The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-06-09 09:43:48

Abu dengan 100 Ekor Ayam

Abu dengan 100 Ekor Ayam

Abu dengan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin
mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu
dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak
Ali.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam
untuk esok, ini alamat saya (seraya
memberikan kadnya)."

Pak Ali: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah
saya untuk menghantarkannya ke rumah
tuan."

Selepas itu, Pak Ali memanggil anak buahnya
yang bernama Abu dan memberikan arahan.

Pak Ali: "Abu, tolong hantar 100 ekor ayam esok
ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki
kaya tadi)."

Abu : "Hantar ayam? Baik, tuan!"

Esoknya, dengan menunggang motor si Abu
pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50
ekor ayam diletakkan di sebelah kanan dan 50
ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi
malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh
dari motornya. Ayam-ayam yang dibawa
langsung terlepas dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk mengetahui
keadaan si Abu. Tetapi si Abu tidak cedera
malah ketawa terbahak-bahak. Seorang di
antara meraka datang bertanya, mungkin dia
merasa khuatir kerana melihat si Abu ketawa
seperti orang hilang akal.

Orang yang bertanya : "Bang, abang tak apa-
apa kan? Kepalanya tak sakit kan?"

Abu : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Abu: "Ha... ha... ha..., aku ketawa kerana ayam-
ayam ni. Mereka nak lari ke mana? Alamatnya
kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."

Orang yang bertanya : ???????


Click to View FlipBook Version