Pak
Pandir
Membeli
Lembu
Pada zaman dahulu kala, tinggal sepasang
suami isteri di sebuah kampung. Nama si isteri,
Mak Andeh dan nama si suami Pak Pandir.
Pada satu hari, Mak Andeh meminta tolong
suaminya untuk membeli lembu. Si suami
bertanya pada isterinya, "Bagaimana rupa
lembu tu ya, Andeh?"
Isterinya pun menjawab, "Rupa lembu itu
senang saja. Ia bertanduk dan makan rumput."
Pak Pandir pun berjalan ke sekeliling kampung
mencari lembu. Sedang dia berjalan, dia terlihat
seorang hamba Allah sedang menyabit rumput
dengan menggunakan sabit.
"Itu pun lembu yang diberitahu oleh Mak Andeh,"
fikirnya sendirian.
Pak Pandir pun menghampiri orang itu. "Saya
hendak beli lembu di tangan saudara itu,"
katanya sambil menunjuk sabit di tangan orang
itu.
"Ini bukan lembu, ini sabit," beritahu orang itu.
"Tidak, itulah lembu. Jualkanlah kepada saya.
Saya mahu membeli nya," kata Pak Pandir
bersungguh-sungguh.
Kerana bersungguh-sungguh benar Pak Pandir
mahu beli sabit itu, orang itupun beri.
"Nah ini bayarannya," sambil Pak Pandir
memberi semua duit yang diberi oleh Mak Andeh
tadi.
"Tapi duit kenapa banyak sangat ni?" orang itu
bertanya kebingungan.
Pak Pandir tidak menghirau apa-apa lagi. Dia
terus mengikat sabit tersebut dengan tali dan
ditarik pulang, seperti menarik lembu.
Setiba nya di halaman rumah, Pak Pandir pun
memanggil isterinya, "Mak Andeh, Ini lembu yang
awak suruh beli."
Mak Andeh yang belum melihat lagi, cuma
mendengar suara Pak Pandir merasa sukacita.
"Cepat dia dapat beli lembu. Sudah boleh
diharap Pak Pandir aku ni," fikir Mak Andeh
sendirian sambil menuju ke tingkap hendak
melihat lembu yang dibawa pulang.
"Ha! Mana dia lembu yang awak katakan itu?"
tanya Mak Andeh.
"Ini! Aku beli dengan semua duit yang engkau
beri itu," sambil Pak Pandir menunjukkan kepada
sabit yang diikat dengan tali itu.
Mak Andeh menepuk-nepuk kepala ..
"Habis duit simpanan aku..," keluh Mak Andeh.
Nilai
1. Bantu-membantu
2. Bersungguh-sungguh
3. Saling mempercayai
Pengajaran
1. Kita hendaklah membantu orang yang
memerlukan bantuan.
2. Kita mestilah bersungguh-sungguh
melakukan perkerjaan supaya pekerjaan kita
menjadi lebih mudah.
3. Kita hendaklah mempercayai orang sekeliling
kita dan sentiasa bantu mereka ketika jika
mereka salah.