The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2023-09-14 12:19:12

Kijang Emas

Kijang Emas

KIJANG EMAS


Kononnya, penduduk di sebuah negeri percaya bahawa di hutan negeri itu ada kijang emas. Oleh itu ramailah rakyat di negeri itu masuk ke hutan untuk memburu kijang emas itu.


Raja negeri itu juga memerintahkan perannya yang handal mengetuai pasukan berburu untuk mencari kijang itu. Puaslah mereka pergi dengan


membawa anjing perburuan yang handal-handal. Namun, kijang emas itu tidak juga ditemui. Di mana mereka berasa letih, di situlah mereka akan berhenti berehat.


Oleh sebab itu, banyaklah tempat yang menjadi tempat perhentian kepada pemburupemburu itu. Di mana sahaja berhenti, mereka akan memberi nama tempat itu.


Jika tempat itu berpantai dan putih pasirnya, maka tempat itu dinamakan Pasir Putih. Jika pasukan itu berhenti di kawasan yang merah


tanahnya, maka tempat itu dinamakan Tanah Merah. Jika tempat itu banyak buah macang maka tempat itu dinamakan Macang.


Ada kumpulan yang pergi ke sungai. Mereka dapati di situ banyak ikan jelawat. Maka tempat itu dinamakan Jelawat. Ada sekumpulan pula menemui pasir yang kuning seperti emas. Maka tempat itu


dinamakan Pasir Mas. Akhirnya kijang emas itu tidak juga ditemui. Mereka pun berhentilah berburu. Namun kijang itu tetap menjadi binatang idaman mereka.


Click to View FlipBook Version