The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-07-21 01:12:19

Kisah Anjing yang Tamak

Kisah Anjing yang Tamak

Kisah Anjing
yang tamak

Pada zaman dahulu, Sang Anjing dan Sang
Bangau berkawan baik. Mereka sangat suka
tolong-menolong antara satu sama lain.
Mereka sering keluar berjalan bersama-sama
pada waktu petang di dalam hutan.

Pada suatu hari, Sang Anjing menjemput Sang
Bangau datang ke rumahnya untuk menikmati
makan tengah hari. Sang Bangau berasa sanat

gembira dan bersetuju untuk pergi ke rumah
Sang Anjing.

Sang Anjing telah menyediakan makanan yang
lazat untuk Sang Bangau. Namun begitu, Sang
Bangau tidak dapat menikmati makanan
tersebut kerana makanan tersebut disediakan
di dalam sebuah pinggan.

Sang Bangau berasa sangat sedih kerana Sang
Anjing tidak memikirkan keadaan Sang Bangau
yang sukar untuk makan kerana keadaan
paruhnya yang panjang. Sang Bangau pun
pulang ke rumah dengan perasaan yang hampa.

Ketika dalam perjalanan, Sang Bangau
terserempak dengan Sang Kancil lalu

menceritakan kejadian yang berlaku di rumah
Sang Anjing.

Sang Kancil menasihatkan Sang Bangau supaya
bersabar dan tidak berdendam dengan Sang
Anjing. Namun begitu, Sang Bangau telah
berjanji akan membalas perbuatan Sang Anjing
yang mementingkan diri itu.

Pada keesokan harinya, Sang Bangau pergi
berjumpa dengan Sang Anjing untuk
menjemputnya datang ke rumah Sang Bangau
untuk makan tengah hari. Sang Anjing berasa
sangat gembira kerana Sang Bangau ingin
membalas budinya mengajaknya makan tengah
hari yang lalu. Sebaliknya, Sang Bangau telah
merancang sesuatu untuk membalas

perbuatan Sang Anjing yang bersikap
mementingkan diri dan tamak itu.

Ketika tiba di rumah Sang Bangau, dia
menghidangkan makanan di dalam sebatang
buluh kepada Sang Anjing. Sang Anjing mencuba
beberapa kali untuk memasukkan mulutnya ke
dalam buluh tersebut namun gagal. Sang Anjing

berasa sangat marah kerana Sang Bangau
hendak mengenakannya.

Sang Bangau menjelaskan bahawa dia hendak
mengajar Sang Anjing supaya tidak
mementingkan diri sendiri dan tamak. Sang
Anjing berasa sangat malu dan terus
meninggalkan Sang Bangau. Sang Anjing
berjalan pulang sambil memikirkan

perbuatannya dan berasa letih kerana dia
belum makan apa-apa sejak pagi lagi.

Tiba-tiba, Sang Anjing terhidu bau makanan
yang lazat. Tanpa membuang masa, Sang
Anjing mencari bau makanan tersebut.
Akhirnya, Sang Anjing berjaya menemui seketul
tulang yang besar. Sang Anjing berasa sangat
gembira.

Sang Anjing menggonggong tulang tersebut
untuk dibawa pulang. Ketika dalam perjalanan
pulang, Sang Anjing terpaksa melintasi sebuah
anak sungai.

Tiba-tiba, Sang Anjing ternampak seekor
angjing di dalam sungai. Sang Anjing tertarik
dengan tulang yang digonggong oleh anjing
tersebut.

Akibat sifat tamaknya, Sang Anjing menyalak
ke arah anjing itu sehingga menyebabkan
tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam
sungai. Sang Anjing terus terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan tulang miliknya.
Namun begitu, tulang tersebut telah hanyut di
bawa arus sungai.

Sang Anjing berasa sangat menyesal kerana
sikap tamak dan mementingkan dirinya sendiri.
Sang Anjing baru tersedar bahawa anjing yang
dilihatnya di dalam sungai tadi merupakan
bayang-bayangnya sendiri. Sang Anjing
berjalan pulang dengan perasan kesal, lapar dan
keletihan.


Click to View FlipBook Version