The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-07-11 09:29:04

Pinocchio

Pinocchio

Pinocchio


Pada suatu masa dahulu, di
sebuah kampong, ada seorang
tukang kayu tua bernama
Geppeto. Geppeto adalah
seorang yang penyayang dan
sukakan kanak-kanak. Dia selalu
membuat alat permainan untuk
kanak-kanak. Dia juga selalu
memperbaiki alat permainan
mereka yang telah rosak.
Semua kanak-kanak di kampung
itu sayangkan Geppeto.


Pada suatu hari, Geppeto
telah membuat satu anak
patung lalu mengukirnya
menyerupai seorang budak
lelaki.

“Alangkah baiknya jika anak
patung ini dapat hidup dan
menjadi anak saya,” kata
Geppeto seorang diri.


Namun, kata-katanya telah
didengari oleh Sang Pari-Pari.
Sang Pari-Pari selalu melawat
Geppeto kerana suka melihat
alat permainan yang dibuat oleh
Geppeto untuk kanak-kanak.
Sang Pari-Pari berasa kasihan
kepada Geppeto kerana dia tahu
betapa Geppeto sayangkan
kanak-kanak.


Pada malam itu, ketika
Geppeto sedang tidur, Sang
Pari-Pari menyentuh anak
patung kayu Geppeto dengan
kayu saktinya. Tiba-tiba, anak
patung kayu itu mengelipkan
mata dan menggerakkan
tangannya. Anak patung kayu
itu telah hidup.

“Jadilah budak lelaki yang
baik,” kata Sang pari-Pari
kepada anak patung kayu itu.


Keesokan harinya, Geppeto
pergi meligat anak patung
kayunya. Alangkah terkejutnya
dia apabila mendengar anak
patung kayu berkata-kata.

“Selamat pagi, ayah.”

Geppeto berasa sangat
gembira. Dia mendukung anak
patung itu sambil menari-nari.


“Tentu Sang Pari-Pari
mengurniakan anak lelaki ini
setelah mendengar doa saya.
Akhirnya saya mempunyai anak
lelaki.”

“Ayah namakan kamu
Pinocchio,” kata Geppeto sambil
memandang anak lelakinya.

Geppeto menjaga Pinocchio
sebagai budak lelaki sebenar
dengan penuh kasih sayang. Dia
memberikannya makanan dan
pakaian. Dia juga ingin


menghantar Pinocchio ke
sekolah seperti kanak-kanak
lain tetapi dia tidak mempunyai
wang yang mencukupi.

Geppeto menjualkan kotnya
dan membeli sebuah buku untuk
Pinocchio. Pinocchio berasa
sangat gembira. Kini, dia dapat
bersekolah seperti kanak-kanak
sebenar.


Dalam perjalanan ke sekolah,
Pinocchio melihat pertunjukan
anak patung. Dia menjualkan
bukunya untuk membeli tiket.
Pinocchio berasa sangat
seronok melihat pertunjukan
itu. Dia naik ke pentas
bersama-sama anak-anak
patung yang lain.

Pemilik pertunjukan itu
sangat marah kerana Pinocchio
mengganggu pertunjukannya.
Dia terus menangkap Pinocchio.


“Tolonglah lepaskan saya,”
kata Pinocchio.

“Mengapa kamu di sini?
Sepatutnya kanak-kanak
seperti kamu berada di
sekolah,” marah pemilik
pertunjukan itu.

Pinocchio memberitahu lelaki
itu bahawa dua tidak dapat
bersekolah kerana dia telah
menjualkan bukunya untuk
membeli tiket bagi melihat
pertunjukan itu. Pemilik


pertunjukan itu berasa kasihan
kepada Pinocchio. Dia
melepaskan Pinocchio lalu
memberi wang kepada Pinocchio
untuk membeli buku.

Pinocchio kemudian bertemu
dengan seekor musang dan
kucing. Musang dan Kucing
hendak mencuri wang Pinocchio.


“Jika kamu menanam wang
kamu di sini, wang kamu akan
tumbuh menjadi pokok yang
mengeluarkan lebih banyak
wang,” kata mereka kepada
Pinocchio.

Pinocchio percaya dengan
kata-kata Musang dan Kucing.
Dia pun menanam wangnya di
dalam tanah lalu tidur sebentar
kerana terlalu penat. Ketika
Pinocchio sedang tidur, Musang
dan Kucing mencuri wang
Pinocchio.


Apabila Pinocchio terjaga, dia
melihat Kucing dan Musang
telah tiada. Lalu dia segera
melihat tempat wangnya
ditanam dan mendapati tanah
telah dikorek dan wangnya telah
hilang. Pinocchio menangis.
Ketika itu, Sang Pari-Pari
muncul.


“Mengapa kamu menangis?”
Tanya Sang pari-Pari.

“Buku saya hilang. Saya takut
ayah saya akan marah,”
Pinocchio berbohong.

TIba-tiba, hidung Pinocchio
menjadi panjang.

“Eh, apa yang berlaku?” tanya
Pinocchio dengan cemas.


“Setiap kali kamu berbohong,
hidung kamu akan menjadi
panjang,” kata Sang Pari-Pari
sambil menggoyangkan kayu
saktinya. Sebuah buku muncul.
“Sekarang ambil buku ini dan
pergi ke sekolah.”

Tetapi, Pinocchio tidak pergi
ke sekolah. Dia takut kanak-
kanak lain akan
mentertawakannya. Dia pun
duduk di tepi pantai.


TIba-tiba, satu ombak besar
datang dan menghanyutkan
Pinocchio ke laut. Seekor ikan
paus datang dan menelan
Pinocchio.

Di dalam perut ikan yang
gelap-gelita, Pinocchio berjalan
ke sana sini untuk mencari jalan
keluar. Pinocchio terkejut
melihat Geppeto pun berada di
dalam perut ikan itu.


“Bagaimana ayah boleh
berada di sini?” Tanya Pinocchio
sambil memeluk ayahnya.

“Ayah mencari kamu. Ketika
ayah belayar di laut, ikan paus
ini menelan ayah,” kata
Geppeto.

Ketika ikan paus itu tidur,
Pinocchio dan Geppeto keluar
melalui lubang udara di badan
ikan itu. Akhirnya, mereka dapat
menyelamatkan diri.


Pinocchio berasa menyesal
atas apa yang telah
dilakukannya.

“Saya berjanji akan menjadi
budak yang baik,” kata Pinocchio
kepada Geppeto.

Hari berikutnya, Pinocchio pun
pergi ke sekolah dan belajar
dengan rajin.


Namun, Pinocchio tidak
gembira. Dia hendak menjadi
budak lelaki yang sebenar
seperti kanak-kanak yang lain.
Dia juga tidak suka akan
hidungnya yang panjang. Kanak-
kanak lain selalu
mentertawakannya.


Pada suatu hari, Pinocchio
melarikan diri dari rumah. Dia
hendak mencari Sang Pari-Pari
yang menolongnya dahulu.
Ketika dia tertidur di dalam
sebuah bangsal, Pinocchio
bermimpi bertemu dengan Sang
Pari-Pari.

“Pulanglah. Ayah kamu jatuh
sakit kerana merindui kamu,”
kata Sang Pari-Pari.


Pinocchi terjaga. Dia pun
berlari pulang ke rumah.
Pinocchio mendapati Geppeto
sedang sakit.

“Ayah sudah tua dan lemah,”
kata Geppeto. “Jadilah budak
yang baik. Jika ayah tiada lagi,
kamu harus pandai menjaga
diri.”

Pinocchio berasa sangat
sedih. Dia berjanji akan menjadi
budak yang baik.


Sejak hari itu, dia menjaga
ayahnya sehingga ayahnya
sembuh.

Pada suatu malam, Pinocchio
bermimpi. Sang Pari-Pari muncul
dalam mimpinya dan berkata,
“Pinocchio, kamu telah menjadi
budak yang baik. Oleh itu, saya
akan menukarkan kamu menjadi
budak lelaki sebenar,” kata Sang
Pari-Pari.


Keesokan harinya, Pinocchio
mendapati dirinya bukan lagi
anak patung kayu. Dia telah
menjadi budak lelaki sebenar.

“Ayah!” panggil Pinocchio.
“Lihat, saya telah menjadi budak
lelaki sebenar!”

Geppeto berasa sangat
gembira lalu memeluk Pinocchio.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
11° EMD festival
Next Book
אפי נצר