The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-07-16 03:17:19

Kuda dan Rusa

Kuda dan Rusa

Kuda dan Rusa

Tidak lama dahulu, tinggal seekor kuda di
sebuah ladang yang berhampiran dengans
ebuah padang rumput yangs egar. Kuda itu
sangat gembira kerana setiap hari dia dapat
makan rumput yang segar. “Akulah pemilik
padang rumput yang luas ini,” katanya dengan
megah.

Pada suatu hari, seekor rusa dari ladang lain
mula meragut di padang rumput itu. Kuda yang
sedar akan kehadiran rusa tidak menyukainya.
“Kenapa kamu datang ke kawasan saya?
Tinggalkan tempat ini sekarang juga!” teriak
kuda. Tetapi rusa itu enggan meninggalkan
tempat itu. Tiba-tiba, kuda ternampak
seorang askar lalu di situ.

“Saya akan mendapatkan bantuan askar itu
untuk menghalau rusa ini,” katanya. Maka, dia
pun berjumpa dengan askar itu dan bertanya,
“Tuan, sudikah tuan membantu saya menghalau
rusa jantan itu dari sini?” “Boleh, tetapi kami
kamu mesti sanggup memakai tali kekang dan
mendukung saya selepas itu,” jawab askar itu.
“Saya sanggup buat apa saja jika tuan

menolong saya menghalau rusa itu dari sini,”
jawab kuda.

Askar itu pun terus mengikat tali kekang dan
menaiki kuda itu. Selepas itu, askar itu pun
mengambil kesempatan untuk pergi ke
destinasinya. Dia menggunakan cemetinya
untuk menyebat kuda itu. Dia tidak
mempedulikan rusa jantan yangs epatutnya

dihalau. “Sekarang kamu menjadi hamba saya
buat selama-lamanya,” teriak askar itu.

Barulah kuda itu sedar yang dia telah
diperdaya. Dia menyesal meminta bantuan
daripada askar itu.

Moral: Jangan bersikap tamak dan busuk hati.


Click to View FlipBook Version