The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilamskdls, 2022-10-18 02:09:53

Cukai

Cukai

CUKAI

Kononnya ada sebatang sungai
yang dalam airnya. Dia dalam
sungai itu ada banyak buaya.
Kata orang, sungai itu ganjil

kerana ia bermuarakan sebuah
kuala dengan satu sungai yang

lain.

Pada setiap tahun ada sahaja
penduduk yang tinggal di tebing

sungai tu ditangkap buaya.
Apabila tiba musim air pasang

penuh, semua orang takut
untuk mandi-manda di sungai

itu. Mereka takut ditangkap
buaya.

Pada suatu masa, seorang
penduduk di situ mendapat
mimpi. Dia bermimpi seekor

buaya hitam yang ganas
meminta supaya diberikan
seorang manusia pada setiap
tahun. Buaya itu seolah-olah
menita cukai daripada penduduk
kampung dengan menjadikan
seorang manusia sebagai
mangsanya pada setiap tahun.

Seorang anak muda datang
berdagang ke kampung itu. Dia
menghalang permintaan buaya

hitam sebagaimana mimpi
penduduk kampung itu
ditunaikan.

Pada suatu hari, dia terjun ke
dalam sungai untuk mencari
buaya hitam itu. Buaya itu
dapat ditangkapnya. Buaya yang
besar itu disimpai mulutnya lalu
dibawa ke darat. Orang ramai
datang melihat buaya itu. Anak

dagang itu pun membuka mata
buaya yang ditangkapnya lalu
berkata : "Kamu lihat semua
orang ini. Mereka sahabat serta
saudara-mara aku. Lain kali
jangan ganggu mereka lagi !"

Kemudian anak dagang itu
melepaskan buaya hitam ke
dalam sungai. Sejak itu tiada lagi
orang yang ditangkap buaya.
Namun, kampung di tebing
sungai tu tetap dinamakan

Cukai.


Click to View FlipBook Version