PATUKAN ULAR
Ular berbisa mempunyai bisa yang fungsi
utamanya adalah untuk mendapatkan
makanan. Ular-ular ini tidak boleh bergerak
pantas dan tidak boleh melilit mangsa seperti
ular yang tidak berbisa. Sebaliknya, mereka
mempunyai bahan kimia iaitu bisa yang
boleh melemahkan mangsa yang menjadi
makanan mereka.
Ular tidak mempunyai daya pendengaran
yang baik. Bagaimanapun, mereka
mempunyai kebolehan untuk mengesan
kehadiran makhluk lain di sekeliling mereka.
Terutamanya, kerana mereka adalah haiwan
yang panjang dan tidak berkaki, badan
mereka di atas tanah dapat merasakan
getaran pergerakan makhluk lain. Lidah
yang kerap dikeluarkan, dapat menangkap
udara yang dimasukkan ke ruang dikenali
sebagai organ Jacobson di lelangit mulut,
membolehkan mereka mengesan mangsa.
Pit vipers (rattlesnakes, Copperheads dan
Cottonmouths) mempunyai sistem pengesan
tambahan. Walaupun ia hanya berfungsi
dalam lingkungan jarak 12 hingga 18 inci,
ianya sangat sensitif dan membolehkan ular
menyerang mangsanya dengan tepat. Di
tengah antara mata dan hidung di kedua-dua
bahagian kepala ular membolehkan mereka
mengesan mangsa melalui haba.
Walaupun memiliki sistem yang hebat,
ular adalah haiwan yang lemah. Mereka tidak
mampu menanggung trauma, tulang rapuh
dan mereka mudah terdedah dengan pelbagai
jangkitan. Mereka juga tidak mampu
menahan cuaca ekstrim. Suhu yang sesuai
untuk ular adalah dalam lingkungan 22
darjah celsius. Jika suhu lebih panas, atau
terdedah kepada cahaya matahari secara
terus, ular akan mati. Jika suhu lebih sejuk,
ular akan menjadi lemah dan lambat
bertindak balas, dan dengan mudah menjadi
mangsa kepada haiwan lain.
MENGAPA ULAR MEMATUK
Ular berbisa tidak mematuk dengan sengaja.
Fungsi utama bisa adalah untuk mencari
makanan, namun ia juga digunakan untuk
mempertahankan diri jika tiada pilihan lain.
Kajian mendapati 25 peratus patukan ular
berbisa tiada bisa. Ular juga biasanya tidak
menyerang kecuali jika ianya rasa terancam.
Ia akan memberi amaran dengan
mengeluarkan bunyi terlebih dahulu. Jika ia
rasa dirinya dalam bahaya, barulah ular akan
mengeluarkan bisanya. Tindak balas ular
berbeza mengikut ancaman yang
diterimanya.
Ular secara alami adalah haiwan yang
pemalu dan mudah panik kerana ia selalu
diancam oleh pelbagai haiwan lain. Ular
mudah dielak jika tabiat ular diketahui.
Kebanyakan ular akan cuba bersembunyi
atau melarikan diri jika didekati, namun jika
ia rasa diancam, ia akan mematuk.