Angsa bertelur
emas
Sepasang suami isteri bekerja sebagai petani.
Mereka mencari rezeki dengan menjual sayur-
sayuran hasil tanaman mereka.
Selain itu, mereka juga ada memelihara
seekor angsa.
Angsa itu merupakan harta yang sangat
berharga kepada pasangan suami isteri itu.
Mereka sangat menyayangi angsa tersebut.
Pada setiap hari, petani dan isterinya akan
mengutip telur angsa. Telur-telur akan
dikumpul dan dijual di pasar selain daripada
menjual sayur-sayuran.
Pada suatu hari, petani menjumpai sebiji
telur emas di dalam reban angsanya. Dia berasa
sangat gembira.
Petani itu segera memanggil isterinya. Isteri
petani pun pergi ke reban angsa.
Isteri petani berasa terkejut melihat telur
emas itu. Dia dan suaminya akan menjadi kaya-
raya jika mereka menjual telur emas itu.
Petani segera ke pekan dan mencari kedai
emas. Dia menjual telur emas kepada tukang
emas. Tukang emas membeli telur emas itu
dengan harga yang sangat mahal dan ingin
membeli lebih banyak telur emas.
Petani berasa sangat gembira. Dia
memperoleh wang yang banyak. Selepas ini,
dapatlah dia dan isterinya mengubah nasib
mereka sekeluarga.
Pada keesokan paginya, petani pergi melihat
sama ada angsanya bertelur emas lagi.
Alangkah gembiranya dia apabila melihat sebiji
lagi telur emas di dalam reban angsa itu.
Sejak hari tu, petani dan isterinya menjadi
kaya-raya hasil daripada jualan telur-telur
emas angsanya. Mereka hidup senang dan tidak
mahu bertani lagi. Mereka bergantung
pendapatan pada jualan telur emas itu sahaja.
Petani menjadi semakin tamak. Dia hendak
mendapatkan telur emas dengan cepat. Dia
percaya dalam perut angsa itu ada banyak lagi
telur emas.
Petani bercadang untuk menyembelih angsa
itu. Isteri petani turut bersetuju.
Petani segera menangkap angsa itu lalu
membelah perut angsa itu. Namun, mereka
tidak menjumpai walau sebiji telur emas pun di
dalam perut angsa itu. Malangnya, angsa
mereka telah mati.
Impian petani dan isterinya untuk mendapat
lebih banyak wang telah musnah. Tidak ada lagi
angsa bertelur emas.
Petani dan isterinya berasa sangat
menyesal akan perbuatan mereka. Ibarat
peribahasa, orang yang tamak selalu rugi.