Kenali
Kelkatu
Kelkatu merupakan anai-anai.
Anai-anai merupakan haiwan yang unik kerana mereka
ini disifatkan sebagai haiwan yang bagus dari segi
sosialnya. Ini kerana mereka mempunyai kasta dan
setiap jenis kasta mempunyai tujuan masing-masing.
Dalam setiap koloni anai-anai akan ada pekerja, askar,
dan pembiak berserta dengan raja dan ratu.
Kitaran Hidup
Kehidupan anai-anai bermula dari telur yang akan
bertukar menjadi larva. Larva ini kemudian akan
bertukar menjadi sama ada pekerja atau askar atau
menjadi pembiak.
Pekerja
Anai-anai pekerja secara ringkasnya membuat kerja-
kerja seharian dalam dunia anai-anai; termasuklah
menjaga ratu, membaiki sarang, memberi anai-anai
kasta lain makan, menjaga telur dan mencari makanan.
Biasanya, tugas-tugas ini dibahagikan mengikut umur
dan juga saiz anai-anai pekerja. Anai-anai inilah yang
selalu anda lihat memakan kayu.
Askar
Anai-anai berkasta askar pula mempunyai satu tujuan
sahaja – iaitu untuk melindungi koloninya. Mereka ini
‘pakar’ dalam pertahanan. Cara untuk mengenalpasti
anai-anai askar adalah dengan melihat objek tajam
hitam di bahagian kepalanya.
Pekerja dan askar mempunyai satu persamaan iaitu
mereka buta. Mereka berkomunikasi menggunakan
signal kimia dan juga getaran yang dihasilkan melalui
hentakan kepala.
Pembiak
Selepas peringkat larva, anai-anai kasta pembiak akan
bertukar menjadi nimfa dan seterusnya akan melalui
proses molting sebelum menjadi matang iaitu kelkatu.
Kelkatu amat jarang dihasilkan. Malah, masa untuk
satu-satu koloni mula menghasilkan kelkatu mungkin
lebih dari empat tahun; berbeza mengikut spesis dan
koloni.
Apabila tiba masa yang sesuai, semua anai-anai
bersayap dan bermata ini akan keluar secara
berkelompok dari sarang mereka untuk mencapai
objektif mereka iaitu memulakan koloni baru.
Pada hari mencari pasangan itu, kawasan-kawasan
berlampu akan dipenuhi oleh serangga ini. Apabila
kelkatu jantan sudah berjaya menemui kelkatu betina
idaman, mereka akan jatuh ke tanah dan sayap
mereka akan tertanggal. Selepas itu, mereka akan
mengorek kawasan tanah atau kayu terdekat yang
sesuai bagi memulakan sarang/koloni baru.
Kelkatu jantan itu akan menjadi raja anai-anai,
manakala kelkatu betina pula akan menjadi ratu
kepada koloni baru itu. Biarpun kelkatu dihasilkan
banyak, namun hanya sedikit dari mereka berjaya
meneruskan kehidupan kerana keberadaan pemangsa
dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika membentuk
koloni.
Raja
Ratu
Busut atau Sarang