Zoo Taiping merupakan taman zoologi bertempat di Bukit Larut, Taiping,
Perak, Malaysia. Diasaskan pada tahun 1961, zoo ini merupakan zoo tertua di
Malaysia dan juga merupakan perintis kepada Night Safari di negara ini.
Zoo ini menempatkan 1,300 haiwan dalam kawasan seluas 30 ekar.
Night Safari Taiping
Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan
keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu
malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi.
Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada
waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada
pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi
sambil berhibur serta menenangkan fikiran.
Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping 34000 Taiping, Perak, Malaysia
Website https://zootaiping.gov.my/
Sumber: Zoo Taiping & Night Safari | Facebook
Taman ini terletak di berdekatan dengan Bukit Larut dan Zoo
Taiping. Taman Tasik Taiping ini pada asalnya merupakan tapak
perlombongan bijih timah yang terbiar sebelum dijadikan taman
awam pada tahun 1880. Idea untuk mewujudkan taman awam
untuk penduduk Taiping ini asalnya daripada Kolonel Robert
Sandilands Frowd Walker. Kawasan seluas 64 hektar (160 ekar)
merupakan taman awam pertama di Tanah Melayu dan
dihargai kerana keindahannya yang telah dijaga dengan rapi
semenjak taman tersebut dibuka.
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping,
Perak
Sumber: Taman Tasik Taiping, Taman Awam Tertua Di Malaysia
| Orang Perak
Bukit Larut atau Bukit Maxwell merupakan kawasan reakreasi
Tanah Tinggi berketinggian 1,200m. Dinamakan sempena
residen British ketika itu iaitu William George Maxwell pada tahun
1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah
Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30
minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam
dilereng bukit. Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki
Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit
Larut
Alamat: 34000 Taiping, Perak
Sumber: Bukit Larut - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Dibina pada tahun 1883, muzium ini merupakan muzium tertua
di Malaysia. Bangunan ini dibina berdasarkan konsep seni bina
British. Terdapat pelbagai pameran tentang sejarah negeri
Perak. Terdapat juga pelbagai koleksi seperti radio lama,
basikal, dan fosil haiwan. Terdapat lebih kurang 5,074 koleksi
kebudayaan, 523 koleksi alam semula jadi dan 2,877 koleksi
barang-barang lama yang unik.
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari 9 pagi – 5 petang
Sumber: Perak Museum, Taiping - Visit Perak
Bandar atau Pekan Taiping mempunyai tarikannya tersendiri
seperti bangunan-bangunan yang dipengaruhi oleh budaya
Inggeris. Menariknya tentang bandar ini kerana ia mempunyai
banyak infrastruktur yang pertama dibina di Malaysia dan
menyebabkan orang ramai memanggil bandar ini sebagai ‘yang
pertama’. Antara kemudahan tersebut adalah bangunan telegraf
(1876), Bukit Larut sebagai stesen perhentian di kawasan tinggi
yang pertama di Malaysia, Hospital Taiping (1880), landasan kereta
api (1884), Penjara Taiping (1879), padang golf (1885) dan lain-lain.
Bandar Taiping juga terkenal dengan pengeluaran buah durian
yang dikatakan antara yang terbaik di Malaysia terutamanya di
kawasan Bukit Gantang dan Batu Kurau.
Sumber: 10 Aktiviti & Tempat Menarik Di Taiping [2021] |
Melancong.my
Antara yang menjadi tarikan pengunjung adalah Mee Udang.
Antara kedai yang popular adalah Mee Udang Mak Jah. Selain
itu, pengunjung boleh juga melakukan aktiviti lain seperti:
• melawat kilang pembuatan arang tradisional
• naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan
• melihat kelip-kelip
• melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama
di Port Weld
• Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang
Sumber: Tempat Menarik di Taiping Perak - MESTI DATANG
(caridestinasi.com)