The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kimia KSSM Tingkatan 4 - Bab 4: Jadual Berkala (Periodic Table of Elements)

Sejarah perkembangan, Kumpulan 18, Kumpulan 1, Kumpulan 17, Kala 3, Unsur Peralihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusmahan yunus, 2021-05-24 01:42:54

JADUAL BERKALA

Kimia KSSM Tingkatan 4 - Bab 4: Jadual Berkala (Periodic Table of Elements)

Sejarah perkembangan, Kumpulan 18, Kumpulan 1, Kumpulan 17, Kala 3, Unsur Peralihan

Keywords: Kimia,Tingkatan 4,Jadual Berkala,Periodic Table,unsur,elements,Kumpulan,Group

 Logam alkali sangat reaktif.

 Apabila terdedah, ia boleh bertindak balas
dengan oksigen dan wap air dalam udara.

 Litium, natrium and kalium mesti disimpan
dalam minyak paraffin, manakala rubidium
dan caesium disimpan dalam tiub kaca
terpateri (sealed glass tubes).

 Elak mengendalikannya dengan tangan.

 Pakai cermin mata keselamatan (goggle) dan
sarung tangan semasa eksperimen.

HALOGEN

 Ini adalah kumpulan bukan logam.

 Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada fluorin,
F; klorin, Cl; bromin, Br; iodin, I and astatin,
At.

 Kumpulan ini dikenali sebagai halogen.

 Pada suhu bilik, fluorin dan klorin wujud
dalam bentuk gas, bromin dalam bentuk
cecair dan iodin dalam bentuk pepejal

 Wujud sebagai molekul dwiatom.

 Tidak mengkonduksi elektrik dan haba (tiada
electron bebas).

 Takat lebur dan takat didih rendah (daya
tarikan intermolekul Van der Waals yang
mudah diputuskan)

 Berbau sengit (pungent smell)

 toksik

 Sifat fizikal unsur Kumpulan 17 berubah
beransur-ansur apabila menuruni kumpulan.

◦ Jisim atom meningkat.
◦ Takat lebur, takat didih dan ketumpatan meningkat.
◦ Keelektronegatifan menurun.
◦ Warna semakin gelap:

 Fluorin: gas kuning pucat (pale yellow)
 Klorin: gas kuning kehijauan (greenish-yellow)
 Bromin: cecair perang kemerahan (reddish brown)
 Iodin: pepejal hitam keunguan (purplish-black)







 Ketumpatan unsur meningkat apabila jisim
atom meningkat.

 Saiz atom meningkat apabila menuruni
kumpulan, oleh itu daya tarikan di antara
atom meningkat, maka takat lebur
meningkat.

 Sifat kimia serupa.
 Kereaktifan menurun apabila menuruni

kumpulan.
 Tiga tindak balas kimia:

◦ Tindak balas dengan air
◦ Tindak balas dengan logam (besi)
◦ Tindak balas dengan natrium hidroksida

 Halogen larut dalam air dan menghasilkan
hidrogen halida (asid hidrohalik) dan asid
hipohalus.

 X2 + H2O → HX + HOX

halogen hidrogen asid hipohalus
halida

 Halogen bertindak balas dengan logam panas
untuk menghasilkan logam halida.

 3X2 + 2Fe →2FeX3

Halogen ferum(III) halide

Klorin:

3Cl2 + 2Fe → 2FeCl3
ferum(III) klorida

 Halogen bertindak balas dengan larutan
natrium hidroksida untuk menghasilkan
natrium halida, natrium hipohalit dan air.

 X2 + 2NaOH → NaX + NaOX + H2O

Halogen natrium natrium

halida hipohalit

Klorin:

Cl2 + 2NaOH → NaCl + NaOCl + H2O
natrium natrium

klorida hipoklorit

 Halogen sangat toksik dan mengakis
(corrosive). Oleh itu ia mesti dikendalikan
dengan berhati-hati:

◦ Elakkan menghidu wap halogen.
◦ Elak mengendalikan halogen dengan tangan kosong

(bare hands).
◦ Sentiasa memakai cermin mata keselamatan

(goggle) semasa eksperimen.
◦ Jalankan eksperimen yang melibatkan halogen

dalam kebuk wasap (fume chamber).

KALA 3

 Kala adalah baris mengufuk bagi unsur
dalam Jadual Berkala Unsur.

 Terdapat 7 kala dalam Jadual Berkala Unsur.
Kala 1 mengandungi 2 unsur sahaja, Kala 2
dan 3 : 8 unsur; Kala 4 mengandungi 18
unsur.

 Unsur-unsur dalam Kala 3 adalah natrium,
Na; magnesium, Mg; aluminium, Al; silikon,
Si; fosforus, P; sulfur, S; klorin, Cl dan
argon, Ar.

 Apabila merentasi Kala 2 atau 3, kedua-dua
sifat fizik dan kimia berubah dalam cara
tertentu.

 Perubahan tersebut adalah dari segi:

◦ Jejari atom (saiz atom)
◦ Keelektronegatifan
◦ Keadaan fizikal
◦ Sifat kelogaman (keelektropositifan)
◦ Kekonduksian elektrik

 Rujuk buku teks jadual
4.7 ms 97.

 Data menunjukkan yang
saiz atom menurun
apabila kita merentasi
kala dari kiri ke kanan.

 Semua atom unsur
dalam Kala 3
mempunyai 3 petala
yang dipenuhi elektron.

 Bilangan elektron
meningkat dalam petala
ke tiga.

 Bilangan proton meningkat apabila merentasi
Kala 3 dari kiri ke kanan.

 Cas positif nukleus juga meningkat merentasi
kala.

 Oleh itu, daya tarikan di antara nucleus dan
electron valens meningkat.

 Maka, jejari atom semakin mengecil.

 Rujuk jadual 4.7 ms 97 buku teks.

 Keelektronegatifan ialah kecenderungan
untuk menerima elektron bagi membentuk
ion negatif.

 Kelektronegatifan dari kiri ke kanan Jadual
Berkala Unsur.

 Apabila merentas kala, cas nukleus
meningkat sedangkan saiz atom menurun,
oleh itu atom lebih berupaya menarik
electron dari luar.

 Rujuk jadual 4.7 ms 97 buku teks.

 Apabila merentas kala, sifat fizik berubah
beransur-ansur dari pepejal ke gas.

 Logam di sebelah kiri selalunya dalam
keadaan pepejal kerana takat lebur dan
takat didihnya tinggi.

 Bukan logam di sebelah kanan adalah
dalam keadaan gas kerana takat lebur dan
takat didihnya rendah.

 Apabila merentas Kala 3, unsur-unsur
berubah dari logam ke bukan logam.
Logam adalah konduktor elektrik manakala
bukan logam tidak mengkonduksi elektrik.

 Silikon adalah separa-logam. Ia
mempunyai kekonduksian elektrik yang
sederhana dan digunakan dalam industri
mikroelektronik.

 Natrium, magnesium and aluminium
semuanya merupakan konduktor elektrik
yang baik. Kekonduksian meningkat apabila
kita merentas dari natrium ke magnesium ke
aluminium.

 Silikon adalah semikonduktor.

 Selain daripada yang diatas, semuanya tidak
mengkonduksi elektrik.

 Ketiga-tiga logam, mengkonduksi elektrik
kerana mengandungi electron yang bebas
bergerak dalam pepejal atau cecair logam.

 Yang lain tidak mengkonduksi elektrik kerana
ia adalah bahan molekul. Tidak mengandungi
electron yang bergerak bebas.

 Rujuk jadual 4.14 ms 99 buku teks.

 Oksida dalam kala 3 berubah dari oksida
bes ke oksida amfoterik ke oksida asid.

 Sifat keasidan meningkat manakala sifat
kealkalian menurun apabila merentasi kala.

 Sifat ini ditentukan secara melarutkan
oksida tersebut dalam air suling dan pH
larutan ditentukan dengan menggunakan
penunjuk semesta (universal indicator).

 Oksida asid akan larut (dissolve) dalam
larutan alkali dan oksida bes akan larut dalam
larutan asid.

 Oksida amfoterik akan larut dalam kedua-
dua larutan asid dan alkali.

 Logam biasanya membentuk oksida bes
(basic oxides) manakala bukan logam (non-
metals) membentuk oksida asid (acidic
oxides).

 Juga dikenali sebagai metaloid (metalloids).

 Kebanyakannya digunakan dalam industri
mikroelectronik.

◦ Contoh: sebagai semikonduktor - silikon dan
germanium.

◦ Pembuatan diod, transistor dll.

◦ Cip silikon (Silicon chips) – digunakan dalam jam
kuartza (quartz watches), television, radio dan
komputer.



 Kumpulan peralihan (Transition group)
terletak diantara Kumpulan 2 dan 13

 Sifat fizikal yang serupa dengan logam.

 Lebih keras berbanding logam alkali.
 Ketumpatan tinggi (antara 3 - 9 gcm-3)
 Takat lebur tinggi (antara 420oC - 1900oC)
 Takat didih tinggi (between 900oC -

3400oC)

 Menunjukkan lebih dari satu keadaan
pengoksidaan / nombor pengoksidaan (oxidation
state / numbers)

◦ Contoh:

 Ion kuprum (copper ion) terdiri daripada ion kuprum(I), Cu+ dan
ion kuprum(II), Cu2+.

 Ion ferum (besi / iron) terdiri daripada ion ferum(II), Fe2+ dan
ion ferum(III), Fe3+.

 Membentuk ion atau sebatian berwarna.

◦ Contoh:

 Fe2+ - hijau, Fe3+ - perang.
 Cu2+ - biru dan hijau.

 Membentuk ion kompleks yang berwarna
dalam larutan.

 Bertindak sebagai pemangkin (catalyst)
dalam industri.

◦ Proses Haber (Haber Process) – penghasilan
ammonia: Ferum (besi), Fe.

◦ Proses Sentuh (Contact Process) – penghasilan
asid sulfurik: vanadium(V) oksida, V2O5.

◦ Proses Ostwald (Ostwald Process) – penghasilan
asid nitrik: Platinum, Pt.

◦ Penghasilan marjerin (margarine): Nickel, Ni.

 Membentuk sebatian
berwarna semula jadi
terutama dalam batu permata
(gemstone).

◦ Batu nilam (Sapphire - biru) -
kobalt, titanium.

◦ Batu delima (Ruby - red) -
kromium.

◦ Topaz (kuning) – Besi
(iron)/ferum.

◦ Zamrud (Emerald - green) -
kromium.


Click to View FlipBook Version