BAHAN BUATAN DALAM
INDUSTRI (MANUFACTURED
SUBSTANCES IN INDUSTRY)
BAB 8
KACA DAN SERAMIK (GLASS AND CERAMIC)
KOMPOSISI KACA
& KEGUNAANNYA
• Digunakan secara meluas kerana
sifatnya
• Lutsinar (transparent)
• Keras tapi rapuh (hard but brittle)
• Lengai secara kimia (inert
chemically)
• Senang dibersihkan
• Penebat haba dan elektrik yang
baik (good heat and electrical
insulator)
• Tahan mampatan tetapi lemah
terhadap regangan
• Tidak telap air
KOMPONEN Select Sands Corp
• Komponen utama: Nanografi Nano Technology
• Silika – silicon dioksida, SiO2.
• Wujud secara semula jadi dalam
pasir
• Setiap atom silicon terikat secara
kovalen kepada 4 atom oksigen
dalam bentuk tetrahedron.
• Molekul kovaken raksasa.
• Sejenis bahan keras yang lutsinar
dan tidak mempunyai susunan yang
teratur.
• Tiada takat lebur yang tetap
• Apabila silika dipanaskan kepada
suhu lebih 1700 oC sehingga
melebur, suatu cecair likat terhasil.
• Jika disejukkan dengan cepat, suatu
pepejal amorfus lut sinar terbentuk
– kaca silika terlakur.
JENIS-JENIS KACA
• 4 jenis:
• Kaca silika terlakur (fused silica
glass)
• Kaca soda kapur (soda-lime glass)
• Kaca borosilikat (borosilicate glass)
• Kaca plumbum (lead crystal glass)
KACA SILIKA TERLAKUR (FUSED SILICA GLASS)
• Terhasil daripada silicon dioksida, SiO2,
tanpa bahan kimia lain.
• Perlukan suhu tinggi (~1800 oC) untuk
melebur.
• Tidak mengecut atau mengembang
dengan banyak di bawah perubahan suhu
yang besar.
• Sesuai untuk membuat kanta teleskop.
KACA SODA KAPUR (SODA-LIME GLASS)
• Terhasil daripada silika (silicon dioksida, SiO2), soda
(natrium karbonat, Na2CO3) dan batu kapur (kalsium
karbonat, CaCO3)
• Takat lebur rendah kerana soda menurunkan takat lebur
silika (SiO2)
• Mudah dibentuk dan sesuai digunakan untuk membuat
bekas kaca.
• Tidak tahan terhadap haba.
• Mudah retak apabila dikenakan perubahan suhu yang
mendadak.
KACA BOROSILIKAT (BOROSILICATE GLASS)
• Terhasil daripada silika (silicon dioksida, SiO2),
soda (Na2CO3), batu kapur (CaCO3), boron
oksida (B2O3) dan aluminium oksida (Al2O3).
• Pekali pengembangannya rendah (low expansion
coefficient)
• Tidak mudah retak akibat tegangan terma
(thermal stress)
• Boleh dikeluarkan dari peti sejuk dan terus
dipanaskan tanpa berlaku peretakan.
KACA PLUMBUM (LEAD CRYSTAL
GLASS)
• Terhasil daripada silika (SiO2), soda (Na2CO3)
dan plumbum(II) oksida (PbO)
• Plumbum menggantikan kalsium supaya
kaca yang lebih lembut dan tumpat terhasil.
• Lebih berat dan mempunyai indeks
pembiasan yang tinggi.
• Sesuai untuk membuat prisma
SERAMIK (CERAMIC)
• Pepejal yang terdiri daripada
bahan bukan organik dan
bahan bukan logam.
• Penghasilannya melalui
proses pembentukan dan
pengerasan menggunakan
kaedah pemanasan pada
suhu yang tinggi.
SIFAT ASAS SERAMIK
• Atom didalam seramik terikat oleh ikatan kovalen dan ikatan ion
yang kuat.
• Melebur pada suhu tinggi.
• Keras dan tahan terhadap mampatan.
• Atom-atom dalam seramik tidak dapat menggelongsor di atas
satu sama lain.
• Susunan tidak teratur.
• Tenaga daripada daya akan digunakan untuk memecahkan ikatan
atara atom.
• Rapuh dan lemah terhadap regangan.
• Elektron dalam seramik tidak bebas bergerak untuk
mengkonduksi elektrik atau haba.
JENIS SERAMIK
• 2 jenis:
• Seramik tradisional (traditional ceramics)
• Diperbuat daripada tanah liat – kaolin,
(Al2O3.2SiO2.2H2O)
• Dicampurkan Bersama aiar menghasilakn campuran
lembut dan mudah dibentuk.
• Dibakar pada suhu tinggi.
• Pembuatan batu-bata, tembikar dan pinggan
mangkuk.
JENIS SERAMIK
• Seramik termaju (advanced ceramics)
• Diperbuat daripada bahan bukan organik – oksida,
karbida dan nitrida.
• Mempunyai rintangan haba dan lelasan (abrasion)
yang lebih tinggi.
• Lengai secara kimia (chemically inert)
• Sifat superkonduktiviti.
• Seramik silicon karbida – membuat cakera
pemotong (cutting discs) kerana keras dan kuat.
• Juga dalam pembuatan cakera brek (disc brake)
kerana tahan kejutan terma (thermal shock) dan
rintangan tinggi terhadap haba.
• Pembuatan cincin tungsten karbida (tungsten
carbide rings) – keras dan tahan kepada lelasan.
APLIKASI PENGGUNAAN SERAMIK
TERIMA KASIH