BAHASA MELAYU
TAHUN 6
PERIBAHASA
Disediakan oleh :
Ustazah Sabturia Talip
SR Islamiah Tawau
Maksud Peribahasa
• Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang
mempunyai pengertian tersirat.
• Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan
seharian oleh masyarakat.
• Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang
digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi
generasi sejak berzaman.
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Simpulan Bahasa
• Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Simpulan
bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang
membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada
yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. Ia
mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.
Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
• Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas, buah tangan, lipas kudung.
• Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga,cakar ayam
• Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh sepat,kecil hati, berat hati
• Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk
• Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Perumpamaan
• Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
• a) yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
• b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti,
umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata
perbandingan tersebut.
• Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan
• a. seperti katak di bawah tempurung
• b. umpama kaca dengan permata
• c. Bagai pungguk rindukan bulan
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Bidalan
• Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua
lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan
umpama.
• Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai
nilai, ilmu dan pengajaran> Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai
pengajaran.
Contoh bidalan:
· Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
· Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
· Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
· Hujan emad di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
· Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Pepatah
• Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi
pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat
atau berpatah-patah. Contoh:
• Diam ubi berisi, diam besi berkarat
- orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik
daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Perbilangan
• Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan. Namun,
perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau
lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.
• Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan
berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang
di daerah Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.
• Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat
Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi.Perbilangan adat
ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam,
perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini :
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat
JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Kata Hikmat
• Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai.
Kata hikmat dijadikan pedoman hidp dan percakapan umum. Bentuknya ringkas
tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.Mengikut Kamus Dewan, kata
hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai
pengertian yang tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan
peringatan serta dijadikan pedoman hidup. Zaaba juga menyebut tentang kategori
yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang
bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.
• Contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju
bangsa maju negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang
sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang
bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.
Contoh-contoh
Sekian,
Terima Kasih