The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - SULTAN ABU BAKAR - 23 Jun 21.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84024838, 2021-07-06 03:07:18

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - SULTAN ABU BAKAR - 23 Jun 21.pptx

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - SULTAN ABU BAKAR - 23 Jun 21.pptx

TOKOH PEMIMPIN JOHOR
SULTAN ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH:
LOH BENG VOON (5 MERAH)
SJK (C) SEDENAK, KULAI, JOHOR

1

MAKLUMAT PESERTA

NAMA : LOH BENG VOON

KELAS : 5 MERAH

ALAMAT EMEL : [email protected]

SEKOLAH : SJK (C) SEDENAK

KAMPUNG BARU SEDENAK, 81010 KULAI, JOHOR, MALAYSIA

2

PENDAHULUAN

Saya telah memilih Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun
Daeng Ibrahim sebagai tajuk penulisan saya pada kali ini. Sultan Abu Bakar adalah salah seorang tokoh pemimpin Johor
yang sangat disegani sehingga baginda dianugerahkan gelaran bapa Johor moden. Malah, baginda juga sangat dikagumi
dan dihormati dalam kalangan rakyat Malaysia. Pemergiannya membuatkan ramai orang berasa sedih. Oleh itu, saya ingin
menjadikannya sebagai tokoh pemimpin yang sangat bijaksana. Saya berharap generasi sekarang dapat mengetahui lebih
banyak mengenai kisah tokoh-tokoh hebat seperti Sultan Abu Bakar. Saya juga berharap perkongsian saya ini dapat
memberi manfaat kepada semua pembaca.

3

BIODATA SULTAN ABU BAKAR

Nama penuh: Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim

Keputeraan: 3 Februari 1833 di Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura

Pemerintahan: 13 Februari 1886 - 4 Jun 1895

Pendahulu: Sultan Ali Iskandar Shah

Pengganti: Sultan Ibrahim

Raja Muda: Tunku Ibrahim Iskandar

Pasangan: (i)Wan Chik binti Muhammad Tahir (iii) Fatimah binti Abdullah

(ii) Zubaidah binti Abdullah (iv) Khadijah Khanum

4

BIODATA SULTAN ABU BAKAR

Anakanda: (i) Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor) (iv) Tunku Azizah

(ii) Tunku Mariam (v) Tunku Fatimah

(iii) Tunku Putri

Ayahanda: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Bonda: Cik' Ngah

Kemangkatan: 4 Jun 1895 (umur 62) di Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom

Dimakamkan: 7 September 1895 di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

Agama: Islam

5

PENDIDIKAN SULTAN ABU BAKAR

Sultan Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga; pada usia muda dia diajar oleh guru-guru
tempatan mengenai Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional) sebelum dia dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga,
sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini,
baginda diajar mengenai adab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa Melayu jatinya.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan
pentadbiran Barat sejak kecil lagi. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England,
untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbir negara. Kebijaksanaannya menjadikan
baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain.
Pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.

6

KERJAYA SULTAN ABU BAKAR

Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu
Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 telah dipendekkan kepada
gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda dikalangan antarabangsa. Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan
dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877.
Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda juga diiktiraf oleh Inggeris dengan
memakai gelaran Sultan Johor. Berikutan Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri
Johor. Terdahulu, pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada
tahun 1871, Baginda juga mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.

7

SUMBANGAN SULTAN ABU BAKAR

Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, Polis, Penjara,
Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan Pelajaran. Pada 14 April
1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan Negeri Melayu
pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk
peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran
anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda
sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota
dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama berbuat demikian.

8

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

❖ Antara nilai kepemimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang adalah kebijaksanaan dalam mengatur strategi. Sultan
Abu Bakar bijak mengatur langkah dan strategi supaya pentadbiran dan keadaan negeri sentiasa teratur dan aman. Penubuhan
Undang-undang Tubuh Negeri Johor ditubuhkan bagi mengekang kemasukan kuasa asing dalam urusan pentadbiran negeri
Johor.

❖ Hubungan baik dan kerjasama erat dengan pelbagai pihak dan negara adalah antara faktor kejayaan beliau mentadbir sebuah
kerajaan. Sultan Abu Bakar mempunyai hubungan baik dengan Ratu Victoria. Ikatan persahabatan yang erat ini memainkan
peranan penting dalam membina hubungan antara Johor dan Britain. Di samping itu, memastikan bahawa negeri Johor tidak
dijajah oleh British.

❖ Nilai kepemimpinan beliau seterusnya adalah pandangan jauh. Sultan Abu Bakar bekerjasama dengan erat dan menandatangani
perjanjian Anglo - Johor tahun 1885, untuk mengukuhkan kekuasaannya sebagai sultan negeri Johor.

9

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

❖ Pemimpin yang berkebolehan adalah pemimpin yang sanggup dan berani mengambil risiko. Sultan Abu Bakar menunjukkan
ciri ini dengan menubuhkan pelbagai agensi di bawah Kerajaan Negeri untuk melancarkan Kerajaan pada masa itu. Selain
itu, baginda juga membuka peluang kepada pendatang asing memasuki Johor untuk mengembangkan ekonomi Johor
walaupun terdapat risiko wujudnya kongsi gelap dan sebagainya.

❖ Di samping itu, kita mesti bersikap adil dan terbuka. Sultan Abu Bakar memberi peluang kepada orang Cina untuk
melibatkan diri dalam pentadbiran dan kegiatan pertanian. Hal ini memberi ruang kepada kepelbagaian dalam meningkatkan
pembangunan ekonomi pada masa itu.

10

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Sultan Abu Bakar adalah salah seorang pemimpin yang berwibawa dan amat dibanggakan di
negeri Johor dan juga negara kita sendiri. Sumbangan Sultan Abu Bakar merangkumi aspek pentadbiran, ketenteraan,
ekonomi, pendidikan dan budaya. Baginda telah membentuk pentadbiran negeri Johor hari ini dan telah berjaya mengubah
negeri Johor menjadi salah satu negeri yang terkenal di peringkat antarabangsa. Sumbangan Sultan Abu Bakar bukan
sahaja dinikmati oleh rakyat negeri Johor, malahan juga dari negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.

Pada pendapat saya, generasi muda sekarang harus mencontohi nilai kepemimpinannya, agar kita juga dapat
berjaya mewujudkan sebuah negeri Johor yang lebih maju dan terkemuka di masa hadapan.

11

SUMBER RUJUKAN

i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
ii. https://www.thepatriots.asia/maharaja-abu-bakar-bapa-permodenan-johor/
iii. https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
iv. http://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/m-022-sultan-johor-1-almarhum-sultan.html

12

LAMPIRAN

GAMBAR SULTAN ABU BAKAR

13

LAMPIRAN

Penganugerahan dari Kerajaan asing seperti:
1) The Prince of Wales's Gold medal (1876);
2) Grand Commander of the Orders of Kalakaua I of Hawaii (1881);
3) Franz Joseph of Austria (1893);
4) The Order of the Crown of Prussia 1st Class (1880);
5) The Imperial Order of the Osmans (Nishan-i-Osmanieh) special class in brilliants of Turkey (1893);
6) The Imperial Order of the Double Dragon 1st Class of China (1894);
7) Commander of the Order of the Crown of Italy (1891);
8) The Ducal Saxe-Ernestine House Order.

14

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru Bangunan Sultan Abu Bakar Muar Muzium Sultan Abu Bakar (bekas Istana besar Johor)

15

LAMPIRAN

16


Click to View FlipBook Version