The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tracypelangi, 2020-06-17 02:36:10

Q&A STPM GEOGRAFI ( PENGGAL 1.2.3 )

Q&A STPM GEOGRAFI ( PENGGAL 1.2.3 )

KANDUNGAN

Penggal 1
BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

TEMA Sistem Bumi 1
10
1 1.1 Konsep Bumi 13
1.2 Sistem Suria 21
TEMA 1.3 Kedudukan Bumi dalam Sistem Suria
1.4 Tenaga 29
2 1.5 Peranan Tenaga Suria terhadap Proses Fizikal dan
Hidupan di Bumi 34
37
Sistem Geomorfologi 47
93
2.1 Pengenalan kepada Proses Geomorfologi 96
2.2 Konfigurasi Bentuk Bumi
2.3 Pembentukan Landskap di Kawasan Tropika Lembap
2.4 Kaitan Sistem Geomorfologi dengan Manusia
2.5 Kemahiran Amali Sistem Geomorfologi

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 101
111
TEMA Penduduk 121
145
1 1.1 Konsep Penduduk 156
1.2 Taburan Penduduk
1.3 Pertumbuhan Penduduk 166
1.4 Migrasi 174
1.5 Penduduk dan Sumber Alam 189
TEMA Transformasi Desa dan Pembandaran

2 2.1 Transformasi Desa
2.2 Bandar dan Pembandaran

Kertas Model STPM 942/1

iv

Penggal 2
BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

TEMA Sistem Atmosfera 194
199
3 3.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera 219
3.2 Cuaca dan Iklim 225
3.3 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia 235
3.4 Perubahan Iklim 242
3.5 Mikro Iklim Bandar
3.6 Kemahiran Amali Sistem Atmosfera 245
247
TEMA Sistem Hidrologi 254
262
4 4.1 Fasa Air 272
4.2 Kitaran Hidrologi 281
4.3 Edaran Air Tanih
4.4 Imbangan Air
4.5 Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
4.6 Kemahiran Amali Sistem Hidrologi

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

TEMA Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar

3 3.1 Sektor-sektor Ekonomi 283
3.2 Proses Pembangunan Ekonomi 316

3.3 Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar 322

TEMA Globaliasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau

4 4.1 Globalisasi Ekonomi 329
4.2 Kerjasama Serantau 336
4.3 Segi Tiga Pertumbuhan 348
4.4 Hubungan Malaysia dengan Negara Luar 355

Kertas Model STPM 942/2 358

v

Penggal 3
BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

TEMA Sistem Ekologi 363
371
5 5.1 Ekologi dan Ekosistem 380
5.2 Konsep Rantaian dan Siratan Makanan 389
5.3 Kitar Nutrien dalam Ekosistem
5.4 Kaitan Sistem Ekologi dengan Manusia

TEMA Saling Kebergantungan Sistem

6 6.1 Interaksi antara Sistem 403

6.2 Interaksi Sistem Fizikal dengan Sistem Gunaan Manusia 415

6.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 419

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

TEMA Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya 429
443
5 5.1 Impak Aktiviti Manusia terhadap Alam Sekitar 445
5.2 Impak Sosial
5.3 Pengurusan Alam Sekitar 482

Kertas Model 1 STPM 942/3

Jawapan 487

vi

TemaGeografi Penggal 1 Bahagian A: Geografi Alam Sekitar Fizikal
STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

2 Sistem Geomorfologi

2.1 Pengenalan kepada Proses Geomorfologi

Soalan Struktur

Soalan 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan geomorfologi? [3]

(b) Bezakan antara proses endogenik dengan proses eksogenik di dalam sistem

geomorfologi. [4]

(c) Terangkan dua pengaruh bentuk muka bumi proses endogenik terhadap

kehidupan manusia. [4]

(d) Huraikan dua kesan peningkatan bahang matahari terhadap proses

geomorfologi. [4]

Jawapan

(a) Geomorfologi ialah satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi
antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
[3]
Penggal (b) (i) Proses endogenik ialah proses yang berpunca dari dalam bumi
seperti lipatan, gelinciran, gempa bumi dan letusan gunung berapi
yang berasal dari tenaga dalaman bumi. [2]
(ii) Proses eksogenik ialah proses yang berlaku di permukaan bumi
2 yang disebabkan oleh tenaga matahari seperti luluhawa, hakisan

dan gerakan jisim. [2]
(c) (i) Gunung lipat yang terbentuk hasil daripada proses pertembungan
antara dua buah plat benua merupakan kawasan pelancongan
yang penting dan merupakan legeh sungai-sungai utama di dunia.
Contohnya, aktiviti mendaki gunung di Banjaran Himalaya dan
Banjaran Rocky. [2]
(ii) Tanih lava bes yang terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi
sangat penting untuk kegiatan penanaman padi. Contohnya,
aktiviti penanaman padi di cerun bukit di Pulau Jawa, Indonesia.
[2]
(d) (i) Kesan terhadap proses luluhawa fizikal. Peningkatan bahang
matahari, terutamanya di kawasan gurun panas menyebabkan
peningkatan luluhawa fizikal melalui proses pengembangan dan
pengecutan. [2]

34

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

(ii) Kesan terhadap proses luluhawa kimia. Bahang matahari turut
mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia, khususnya di kawasan
tropika lembap kerana setiap kenaikan suhu sebanyak 1°C akan
meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10%. [2]

Soalan Esei

Soalan 2

(a) Berikan maksud sistem endogenik. [5]

(b) Jelaskan lima proses yang terlibat dalam sistem endogenik. [10]

(c) Terangkan lima pengaruh bentuk muka bumi kesan daripada proses

endogenik terhadap aktiviti manusia. [10]

Jawapan

(a) Maksud sistem endogenik ialah proses yang berpunca dari dalam
bumi yang digerakkan oleh tenaga haba yang berasal dari dalam kerak
bumi. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan mantel bumi (lapisan
astenosfera), iaitu lapisan batuan separa cair. Tenaga ini menghasilkan
arus-arus perolakan yang panas bagi membolehkan bentuk muka bumi
terhasil melalui pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi dan gelinciran,
proses seismik (gempa bumi), aktiviti igneus dan pembentukan batuan
(metamorfosisme) yang mempengaruhi kepelbagaian rupa bumi di
dalam dan di luar kerak bumi. [5] Penggal

(b) Proses-proses utama yang berlaku dalam sistem endogenik. 2
Proses isostasi merupakan proses pengangkatan dan penurunan

blok kerana lapisan astenosfera bersifat elastik. Apabila berlaku
penambahan berat di atas bumi maka blok bumi menurun dan
apabila berlaku pengurangan berat, beban blok bumi terangkat untuk
mencapai tahap keseimbangan.
Proses orogenesis merupakan satu proses lipatan kerak bumi
yang terhasil apabila wujud daya tolakan dari kiri dan kanan (kuasa
himpitan/mampatan). Daya ini akan menghasilkan banjaran gunung
lipat yang diselangi dengan lurah.
Proses gelinciran atau sesaran berpunca daripada daya tegangan
dan himpitan yang dialami kerak bumi. Akibatnya ada blok bumi yang
terangkat membentuk gunung bongkah dan yang jatuh membentuk
lurah gelinciran.
Proses seismik (gempa bumi). Gempa bumi berlaku apabila
ada perlanggaran atau pencapahan plat tektonik. Hal ini demikian
kerana kedudukan kerak bumi yang terletak di atas astenosfera
menyebabkannya berada dalam kedudukan terapung. Gempa bumi
kuat di laut menghasilkan tsunami.

35

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

Proses metamorfosisme melibatkan perubahan struktur dan
tekstur dan kandungan kimia batuan. Dua faktor yang terlibat ialah
haba dan tekanan tinggi. Akibatnya batuan bertukar menjadi batuan
yang lebih keras dan bernilai. Contohnya, batu kapur akan bertukar
menjadi batu marmar dan arang batu akan bertukar menjadi granit.
Batu berharga juga terjadi daripada proses metamorfosis.
Proses volkanik (gunung berapi) merujuk pergerakan keluar asap,
debu, pirokls dan lava dari lohong gunung berapi apabila berlaku
letusan. Dengan adanya kuasa tolakan maka bahan gunung berapi akan
dihambur keluar melalui lohong gunung berapi. Batuan membentuk
pelbagai bentuk bumi jalar luar dan bentuk bumi jalar dalam. [10]
(mana-mana 5 isi × 2m = 10m)

(c) Lima pengaruh bentuk muka bumi kesan daripada proses endogenik
terhadap aktiviti manusia.
Membolehkan manusia menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan
lembah/lurah hasil perlipatan muka bumi menjadi kawasan pertanian
dan pembinaan petempatan. Lava gunung berapi membolehkan
manusia menjalankan pertanian kerana menyediakan tanah yang
subur. Contohnya, padi sawah ditanam di lereng-lereng bukit/cerun
gunung berapi seperti di Indonesia dan Filipina.
Menjalankan aktiviti pelancongan. Kawasan pergunungan tinggi
hasil daripada proses perlipatan menjadi daya tarikan pelancongan
seperti Banjaran Himalaya yang terdapat Gunung Everest dan
Penggal Banjaran Crocker terdapatnya Gunung Kinabalu. Begitu juga dengan
bentuk muka bumi yang dihasilkan melalui proses gelinciran telah
menghasilkan air terjun yang turut menjadi kawasan pelancongan.
Contohnya, Air Terjun Niagara.
2 Menjalankan aktiviti perlombongan. Aktiviti metamorfosis

telah menghasilkan batuan bernilai tinggi seperti batu marmar yang
digunakan sebagai lantai, dinding bangunan dan perhiasan serta
batu permata seperti berlian, delima dan zamrud yang amat berharga
sebagai barang perhiasan wanita.
Sumber tenaga. Kawasan gunung berapi turut menjadi sumber
tenaga geoterma yang boleh menjadikan sumber kuasa untuk bekalan
elektrik kepada penduduk.
Menjalankan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan aktiviti
seismik dan volkanik. Tujuan kajian adalah untuk memahami sifat
setiap gunung, meramalkan letusan serta daya kekuatan letupan.
Hasil kajian membolehkan tindakan awal keselamatan diambil oleh
penduduk setempat. [10]

36

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

TTiipp PPemeriksa

Bagi soalan (a), calon harus memberikan jawapan berdasarkan bentuk muka bumi
yang terhasil kesan daripada proses endogenik seperti aktiviti gunung berapi,
gempa bumi, lipatan kerak bumi, gelinciran, dan pergerakan tektonik.

2.2 Konfigurasi Bentuk Bumi

Soalan Struktur

Soalan 1

Rajah 1 menunjukkan struktur bumi.

Lapisan III

Lapisan II

Lapisan I

Rajah 1 Penggal

(a) Berdasarkan rajah di atas, namakan lapisan struktur yang bertanda

(i) Lapisan I [1] 2

(ii) Lapisan II [1]

(iii) Lapisan III [1]

(b) Nyatakan tiga ciri Lapisan II. [3]

(c) Lapisan I terdiri daripada dua lapisan. Namakan lapisan-lapisan tersebut.

[2]

(d) Apakah yang dimaksudkan dengan konfigurasi bentuk muka? [3]

(e) Nyatakan dua contoh

(i) daratan (benua) [2]

(ii) lautan [2]

Jawapan

(a) (i) Lapisan kerak bumi. [1]
(ii) Lapisan mantel. [1]
(iii) Lapisan teras bumi. [1]
(b) Lapisan mantel merupakan lapisan kedua dalam struktur bumi. [1]
Lapisan mantel lebih tumpat berbanding dengan lapisan kerak bumi.
[1]

37

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

Isi padu lapisan mantel meliputi 82% daripada isi padu bumi. [1]
Jisim lapisan mantel meliputi 68% daripada bumi. [1]
Di lapisan mantel, terdapat banyak tenaga haba endogenik yang
menjadi punca gempa bumi, letusan gunung berapi, gerakan tektonik,
perebakan dasar laut, proses-proses gelinciran, lipatan kerak bumi dan
hanyutan benua. [1]

(c) (i) Lapisan SIAL (kerak benua). (mana-mana 3 isi × 1m = 3m)
(ii) Lapisan SIMA (kerak lautan). [1]
[1]
(d) Konfigurasi bentuk muka merupakan kepelbagaian bentuk muka
bumi yang wujud di permukaan bumi disebabkan oleh tindakan agen-
agen hakisan, pengangkutan dan pemendapan termasuklah kegiatan
luluhawa. [3]
(e) (i) Benua Afrika, Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan,
Benua Antartika, Benua Asia. [2]

(mana-mana 2 isi × 1m = 2m)
(ii) Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Artik. [2]

(mana-mana 2 isi × 1m = 2m)

Penggal Soalan 2

Rajah 2 menunjukkan proses perubahan batuan.

Batuan A

Proses Proses

bahangan himpunan

2 Batuan B

Rajah 2

(a) (i) Namakan proses perubahan batuan A kepada batuan B pada rajah di

atas. [1]

(ii) Jelaskan proses perubahan batuan A kepada batuan B melalui proses

sentuhan. [4]

(b) Jelaskan dua ciri batuan B. [4]

(c) Huraikan tiga kepentingan batuan B kepada aktiviti manusia. [6]

Jawapan

(a) (i) Proses metamorfosis. [1]
(ii) Batuan asal dalam kerak bumi (sama ada batuan enapan atau
batuan igneus) apabila bersentuhan dengan magma atau lava
yang sangat panas akan menyebabkan batuan tersebut menjadi
lembut. Tindak balas kimia serta perubahan kandungan mineral

38

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

batuan tersebut menjadikan batuan tersebut bertukar kepada
batuan metamorfosis. [4]

(b) (i) Batuan keras dan teguh. Hal ini kerana batuan tersebut telah
mengalami tekanan yang sangat kuat. Tekanan yang kuat
menyebabkan batuan tersebut menjadi padu dan pejal. [2]

(ii) Batuan berhablur. Apabila batuan asal (enapan dan igneus)
mengalami proses metamorfosis, batuan tersebut bertukar
menjadi berbiji-biji. Contohnya, batuan kalsium karbonat
bertukar menjadi hablur kalsit dalam proses pembentukan batu
marmar. [2]

(c) (i) Batu marmar digunakan untuk membuat lantai dan dinding
bangunan. [2]
(ii) Batu permata seperti berlian dan delima amat berharga sebagai
barang perhiasan wanita. [2]
(iii) Antrasit digunakan sebagai bahan bakar di kilang dan kegunaan
domestik. [2]

Soalan 3

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan batuan enapan? [4]

(b) Nyatakan tiga jenis batuan enapan. [3]

(c) Huraikan dua proses pembentukan batuan enapan. [4]

(d) Terangkan dua kepentingan batuan enapan terhadap aktiviti manusia. [4] Penggal

Jawapan

(a) Batuan enapan merupakan mendakan atau enapan bahan yang terdiri 2
daripada pelbagai komposisi, jenis atau sebatian dalam bentuk berlapis-
lapis yang terbentuk dalam jangka masa yang panjang. [4]
(b) (i) Batu enapan mekanika atau klastik yang terdiri daripada kelikir,
batu pasir, kelodak, tanah lempung atau syal. [1]
(ii) Batu enapan kimia yang terdiri daripada batu garam dan batu
gypsum. [1]
(iii) Batu enapan organik yang terdiri daripada batu kapur dan arang
batu. [1]
(c) (i) Proses pemadatan merujuk satu proses di mana bahan enapan
dimampatkan oleh beban bahan enapan dan dimendapkan
secara berperingkat-peringkat. Hal ini menjadikan bahan enapan
tersebut berlapis-lapis. [2]
(ii) Proses penyimenan berlaku apabila bahan-bahan mineral di
dalam batuan itu diikat antara satu dengan lain oleh bahan
pengikat. Bahan pengikat seperti kalsit, lempung dan silika akan
masuk ke dalam rekahan atau rongga di antara butiran batuan.[2]

39

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

(d) (i) Batuan enapan seperti syal (tanah liat) boleh dijadikan bahan
mentah dalam industri seramik seperti membuat pasu, labu
sayong atau barang tembikar. [2]
(ii) Batu pasir yang mengandungi silika boleh digunakan sebagai
bahan mentah untuk membuat kaca dan barangan lain yang
berasaskan kaca. [2]

Soalan 4

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan batuan? [3]

(b) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi proses pembentukan batuan

metamorfik. [4]

(c) Terangkan dua pengaruh batuan terhadap pembentukan bentuk muka

bumi. [4]

(d) Terangkan dua kepentingan batuan terhadap aktiviti manusia. [4]

Jawapan

(a) Batuan merupakan komponen semula jadi seperti mika, kuartza,
feldspar, kalsium, karbonat yang terikat secara langsung menerusi
pembekuan magma atau diikat oleh bahan pengikat seperti kaolin,
kapur, oksida menerusi proses simentasi atau penyimenan. [3]
(b) (i) Lipatan kerak bumi. Batuan metamorfosis serantau terbentuk
apabila berlakunya lipatan terhadap kerak bumi. Lipatan kerak
Penggal bumi menghasilkan tekanan yang kuat terhadap lapisan batuan
akibat daripada himpitan. Tekanan yang kuat hasil daripada
himpitan akan mengubah struktur, tekstur dan komposisi
batuan. [2]
2 (ii) Pemanasan haba dari dalam bumi. Batuan metamorfosis terma
terbentuk apabila magma dari teras bumi mengalir ke kerak
bumi dan menyentuh atau memanaskan batuan yang sedia ada
di atas permukaan bumi seperti batuan igneus dan batu mendak.
Kesannya kedua-dua jenis batuan ini mengalami perubahan
bentuk dan komposisinya serta mengalami proses penghabluran
semula dan terbentuknya mineral-mineral yang baharu. [2]
(c) (i) Batuan yang bersifat lebih keras seperti batu granit membentuk
banjaran gunung seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran
Keledang di Malaysia. [2]
(ii) Batuan yang lebih lembut seperti kumpulan batu syal akan
menghasilkan lurah dan dataran tinggi serta tanah pamah kerana
telah mengalami proses hakisan. [2]
(iii) Batu kapur yang telah mengalami proses luluhawa kimia akan
membentuk beberapa bentuk muka bumi karst (gua batu kapur,
stalaktit, stalagmit dan lohong batu kapur). [2]

(mana-mana 2 isi × 2m = 4m)

40

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

(d) (i) Aktiviti pertanian. Batuan igneus jenis basalt yang terhasil
daripada magma gunung berapi menjadi tanih yang subur
(terluluhawa) yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis
tanaman seperti padi sawah. Contohnya, penanaman padi sawah
giat dijalankan di lereng-lereng gunung berapi di Pulau Jawa
(Indonesia) dan Mindanao (Filipina) kerana memiliki tanih lava
bes yang sangat subur. [2]
(ii) Pembentukan tanih gambut dan laterit oleh proses luluhawa
batuan juga sangat sesuai bagi penanaman kelapa sawit dan getah
yang turut menyumbang kepada sumber pendapatan negara,
khususnya negara Malaysia. [2]

(mana-mana 2 isi × 2m = 4m)

Soalan Esei

Soalan 5

(a) Jelaskan perbezaan proses pembentukan antara batuan enapan dengan

batuan igneus. [10]

(b) Huraikan perkaitan antara jenis-jenis batuan dengan pelbagai jenis

aktiviti manusia. [15]

Jawapan Batuan enapan Batuan igneus Penggal
(a) Ci ri pembentukan Sangat keras dan
tahan hakisan atau
Kekerasan Kurang ketahanan luluhawa
dan mudah dihakis Penyejukan dan
atau luluhawa pembekuan magma di 2
dalam lapisan kerak
Proses Pemadatan dan bumi atau permukaan
penyimenan melalui bumi
proses luluhawa dan Sangat lama
hakisan Berhablur, tidak
berlapis-lapis
Jangka masa Lama Tidak bercampur
Struktur Tidak berhablur, dengan fosil
berlapis-lapis
Kandungan Bercampur dengan [10]
fosil

41

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

(b) Aktiviti manusia yang pertama ialah perlombongan. Batuan kaya
dengan kandungan logam. Perlombongan bijih logam dijalankan di
kawasan yang mempunyai logam yang banyak, mudah didapati dan
murah. Contohnya di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah Katanga
di Congo dan di tengah dan barat Australia.
Aktiviti manusia yang kedua ialah pembinaan. Terdapat banyak
batuan seperti granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat yang
boleh digunakan sebagai bahan binaan. Misalnya, batu granit boleh
digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling dan
batu pengasah. Pasir digunakan di dalam relau bagas manakala tanah
liat digunakan untuk membuat periuk belanga.
Aktiviti manusia yang ketiga ialah perindustrian. Batuan yang
mengandungi pelbagai jenis garam boleh digunakan dalam kegiatan
perindustrian. Contohnya, pemendapan fosfat yang banyak di
Maghribi dan Tunisia. Kalium karbonat terdapat di Sttassfort dan
nitrat di Gurun Atakama.
Aktiviti manusia yang keempat ialah pelancongan dan rekreasi.
Pelbagai pandang darat karst di kawasan gua batu kapur seperti
stalagmit, stalaktit dan tiang kalsit mampu menarik kedatangan
pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini menggalakkan
perkembangan ekopelancongan.
Aktiviti manusia yang seterusnya ialah akiviti sukan dan rekreasi.
Batuan enapan daripada bahan organik seperti bitumin digunakan
Penggal untuk membina trek untuk acara balapan. Manakala batu grafit pula
digunakan untuk membuat batang rakit bagi sukan rakit. [15]

2 Soalan 6
(a) Terangkan konsep hanyutan benua. [5]

(b) Mengapakah berlakunya hanyutan benua? Huraikan. [10]

(c) Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi.

[10]

Jawapan

(a) Hanyutan benua merupakan satu proses pemecahan benua yang
berlaku dari dahulu hingga kini. Mengikut Alfred Wegener, pada
asalnya dunia ini hanya terdiri daripada satu benua tunggal yang
dikenal sebagai Pangea yang kemudiannya telah berpecah kepada
Laurasia dan Gondwana. Kemudiannya, kedua-dua benua ini hanyut
secara berperingkat lalu membentuk benua-benua yang ada sekarang.
Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun yang lampau. [5]

42

Geografi Penggal 1 STPM Tema 2 Sistem Geomorfologi

(b) Terdapat beberapa sebab berlakunya hanyutan benua pada masa yang
lampau.
Mengikut Teori Alfred Wegener, berlaku dua arah utama
pergerakan atau hanyutan benua, iaitu pergerakan ke arah barat
yang berpunca daripada kuasa tektonik yang ada di dalam bumi dan
pergerakan dari arah kutub, kesan daripada tekanan ke atas benua.
Pergerakan kedua ini menyebabkan bumi seolah-olah terapung-apung
di atas lautan magma yang panas. Keadaan ini sebenarnya ada kaitan
dengan perbezaan ketumpatan di dalam bumi sehingga menyebabkan
wujud daya-daya yang mampu menggerakkan plat-plat bumi.
Teori lain yang menyebabkan berlakunya hanyutan benua ialah
pengaruh arus perolakan yang panas di dalam perut bumi, terutamanya
di atas lapisan mantel. Batuan yang terdapat di dalam mantel mengalami
suhu dan tekanan yang amat tinggi sehingga batuan tersebut menjadi
cair atau separa cair. Keadaan inilah yang menyebabkan terbentuknya
arus-arus perolakan yang mampu menggerakkan lapisan kerak bumi di
sebelah atasnya. Pergerakan lapisan kerak bumi ini boleh menyebabkan
benua-benua terpisah.
Faktor ketiga yang dikaitkan dengan hanyutan benua ialah proses
pergerakan plat-plat yang dikenal sebagai Teori Plat Tektonik. Teori ini
menyatakan kerak bumi dibahagikan kepada kepingan-kepingan bumi
yang dipanggil plat. Plat-plat ini dibahagikan pula kepada dua, iaitu
plat benua yang membawa daratan dan plat lautan yang membawa
lautan atau bahagian bumi berair. Plat-plat ini sentiasa bergerak kerana Penggal
wujudnya pergerakan arus perolakan magma yang panas di dalam
perut bumi atau di lapisan astenosfera. Pergerakan plat-plat tersebut
berlaku secara amat perlahan dan kadar pergerakannya juga berbeza-
beza mengikut plat. 2

Terdapat tiga cara plat-plat bergerak, iaitu secara pertembungan,
percapahan dan perselisihan. Pertembungan plat berlaku apabila dua
sempadan plat bertembung antara satu sama lain. Apabila berlaku
pertembungan, plat yang mampat akan jatuh ke bawah. Dalam proses
percapahan, plat-plat akan terpisah dan bergerak menjauhi antara satu
sama lain. Percapahan ini menyebabkan berlakunya proses tegangan
yang kuat pada lapisan kerak bumi sehingga sempadan percapahan
menjadi retak dan merekah. Perselisihan atau geseran plat berlaku di
sepanjang garis gelinciran atau sesar plat-plat. Garis sempadan yang
berlakunya kejadian perselisihan antara plat-plat ini dipanggil sebagai
“sempadan berkecuali” kerana tidak berlaku sebarang pertembungan
atau percapahan plat-plat. Proses hanyutan benua di sini hanyalah
proses perselisihan. [10]

43

Geografi STPM Jawapan

Jawapan

Kertas Model STPM 942/1

1. (a) (i) Semasa ekuinoks musim bunga, kedudukan matahari pada waktu tengah
hari adalah tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa dan seluruh dunia
menerima 12 jam malam dan 12 jam siang. Kejadian ini berlaku pada 21
Mac setiap tahun. [2]
(ii) Semasa ekuinoks musim luruh, kedudukan matahari pada waktu tengah
hari adalah berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi. Hemisfera Utara dan
Hemisfera Selatan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang,
iaitu 12 jam waktu siang dan 12 jam waktu malam. Kejadian ini berlaku pada
23 September setiap tahun. [2]
(iii) Semasa solstis musim panas, kedudukan matahari pada waktu tengah hari
adalah berada tegak di atas kepala di Garisan Sartan. Ketika ini, Hemisfera
Utara menerima matahari dan waktu siang lebih panjang dari waktu malam,
sebaliknya pula berlaku di Hemisfera Selatan. Kejadian ini berlaku pada 21
Jun setiap tahun. [2]
(iv) Semasa solstis musim sejuk, kedudukan matahari pada waktu tengah hari
adalah berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi. Ketika ini, Hemisfera
Utara mengalami malam lebih panjang daripada siang manakala di
Hemisfera Selatan pula adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku pada 22
Disember setiap tahun. [2]
(mana-mana 3 isi × 2m = 6m)
(b) (i) Bumi beredar mengelilingi matahari dengan kecondongan 23½° dan
kedudukan matahari berada di Garisan Sartan menyebabkan siang dan
malam tidak sama panjang, iaitu semasa soltis musim panas. Kawasan
sederhana di Hemisfera Utara mengalami siang lebih panjang daripada
malam dan kawasan sederhana di Hemisfera Selatan mengalami waktu siang
lebih panjang. Hal ini menyebabkan Kutub Utara mengalami waktu siang
yang lebih panjang berbanding malam, iaitu hampir 24 jam. [2]
(ii) Pada 22 Disember pula ialah solstis musim sejuk. Bumi beredar mengelilingi
matahari dengan kecondongan 23½° dan kedudukan matahari berada di
Garisan Jadi. Kawasan sederhana di Hemisfera Utara mengalami malam
lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana di Hemisfera Selatan
pula mengalami panjang siang melebihi waktu malam. Hal ini menyebabkan
Kutub Utara mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam dan Kutub
Selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. [2]
(c) Peredaran bumi menghasilkan empat musim yang boleh mempengaruhi aktiviti
pertanian. Hal ini kerana di kawasan sederhana dunia hanya dapat menjalankan
kegiatan pertanian pada musim-musim tertentu sahaja dan tidak sepanjang
tahun. Contohnya, di kawasan Prairie di Kanada, pada musim bunga, tanaman
mula ditanam, pada musim panas dituai, pada musim luruh tanah dibajak dan
pada musim sejuk tanah dibiarkan kosong. [5]

487

Geografi STPM Jawapan Kerak bumi
2. (a) Mantel

Teras luar
Teras dalam

Ciri-ciri lapisan bumi:

Lapisan kerak bumi ialah merupakan lapisan luar bumi yang sangat keras
dan pejal dengan ketebalan kerak bumi adalah di antara 5 hingga 40 km. Kerak
bumi terbahagi kepada dua bahagian lapisan struktur bumi, iaitu SIAL dan
SIMA. SIAL ialah bahagian atas dan SIMA ialah bahagian bawah. Di samping itu,
bagi kandungannya pula, lapisan atas adalah benua yang terdiri daripada granit
manakala di bawah granit adalah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.
Mantel ialah merupakan lapisan kedua selepas kerak bumi. Mantel
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mantel atas dan mantel bawah. Ketebalan
lapisan mantel adalah 2 900 km. Selain itu, suhu di dalam mantel pula berada di
antara 800°C hingga 1 600°C. Di samping itu, di lapisan mantel juga terdapat arus
perolakan yang menyebabkan berlakunya pergerakan batuan di dalam bumi dan
kandungannya terdiri daripada batuan separa pepejal kerana suhunya tinggi.
Teras bumi pula ialah lapisan yang paling dalam dan terletak di bawah
mantel. Teras bumi juga terdiri daripada dua lapisan, iaitu teras luar (cair) dan
teras dalam (pepejal). Bagi ketebalan pula, teras luar terletak di antara 2 900 km
hingga 5 600 km dari permukaan bumi manakala teras dalam terletak di antara 5
000 km hingga 6 380 km dari permukaan bumi. Suhu di dalam lapisan ini ialah
sebanyak 5 000°C. Manakala bagi kandungan pula, teras bumi ini mengandungi
mineral seperti nikel dan besi. [15]
(b) Kepentingan tanah pamah kepada manusia.

Antaranya ialah sebagai pusat petempatan penduduk. Hal ini kerana tanah
pamah boleh dikaitkan dengan faktor tapak bina yang mudah untuk didirikan
bangunan kediaman, iaitu lebih selamat kerana mempunyai tapak yang stabil.
Petempatan di kawasan tanah pamah mudah berkembang pesat sehingga menjadi
bandar-bandar besar. Sebagai contoh, Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, tanah pamah sesuai dijadikan sebagai tapak untuk menjalankan
aktiviti pertanian. Hal ini kerana kawasan tanah pamah ini biasanya diliputi oleh
tanih aluvium yang penting dan bersesuaian untuk aktiviti penanaman padi
kerana tanahnya yang subur manakala di kawasan yang bertanih laterit pula
sesuai dijadikan tempat penanaman getah dan kelapa sawit kerana mempunyai

488


Click to View FlipBook Version