KANDUNGAN
Penggal 1
BAB Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu 1
1 Bahagian A Soalan Objektif 1
BAB Fonologi 34
2 Bahagian A Soalan Objektif 34
BAB Pembacaan Kritis dan Analitis 65
3 Bahagian B Soalan Struktur 65
BAB Penulisan Esei Tidak Berformat 95
4 Bahagian C Soalan Esei 95
Kertas Model STPM 910/1 149
Penggal 2
BAB Morfologi 159
5 Bahagian A Soalan Objektif 159
Bahagian B Soalan Struktur 184
BAB Sintaksis 209
6 Bahagian A Soalan Objektif 209
Bahagian B Soalan Struktur 237
BAB Analisis Kesalahan Bahasa 263
7 Bahagian B Soalan Struktur 263
Kertas Model STPM 910/2 274
v
Penggal 3
BAB Wacana 285
8 Bahagian A Soalan Objektif 285
Bahagian B Soalan Struktur 298
BAB Retorik 303
9 Bahagian A Soalan Objektif 303
Bahagian B Soalan Struktur 315
BAB Variasi Bahasa 321
10 Bahagian A Soalan Objektif 321
Bahagian B Soalan Struktur 333
BAB Laras Bahasa 339
11 Bahagian A Soalan Objektif 339
Bahagian B Soalan Struktur 353
BAB Semantik 358
12 Bahagian A Soalan Objektif 358
Bahagian B Soalan Struktur 369
BAB Pragmatik 376
13 Bahagian A Soalan Objektif 376
Bahagian B Soalan Struktur 392
Kertas Model STPM 910/3 403
Jawapan 415
vi
2Bab
Fonologi
Penggal Bahagian A Soalan Objektif
Soalan 1
Yang manakah pernyataan yang benar tentang bidang fonologi?
1 A Mengkaji fenomena bunyi
B Mengkaji pertuturan manusia sejagat
C Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
D Mengkaji sistem sesuatu perkataan dihasilkan
Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi
tertentu yang dihasilkan. Hal ini ditegaskan oleh Henderson yang
mengatakan bahawa bidang ini juga umumnya disebut sebagai
“fonemik” atau functional phonetics. Tugas bidang fonologi ini adalah
untuk merumuskan, menghuraikan, dan mengelaskan segala bentuk
bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan
dan bentuk bunyi yang tertentu itu. Jawapan A dan B kurang tepat
kerana bidang tersebut ialah
fonetik. Terdapat perbezaan TTiipp PPemeriksa
yang jelas antara bidang Calon mesti mengetahui definisi
fonetik dengan fonologi. fonologi dan perbezaannya dengan
Manakala jawapan D pula fonetik.
salah kerana bidang tersebut
ialah morfologi.
34
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi Penggal
Soalan 2
Apakah yang dimaksudkan dengan fonem?
A Unsur bunyi yang terkecil yang mampu memperlihatkan perbezaan
makna
B Kelainan unsur bunyi berdasarkan kedudukan unsur bunyi tersebut
dalam perkataan
C Bunyi-bunyi yang dihasilkan mengikut aturan tertentu untuk membawa
makna perkataan
D Bunyi-bunyi yang bermakna yang dianggap terpisah atau dipenggal
menjadi unit-unit kecil
1
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Fonem ialah unsur bunyi yang terkecil yang mampu memperlihatkan
perbezaan makna. Contohnya, [p] dan [b] ialah dua fonem dalam
bahasa Melayu kerana membezakan makna seperti yang dapat dilihat
dalam pasangan perkataan [pajak] dan [bajak]. Dua bunyi dikatakan
tergolong kepada dua fonem sekiranya pasangan perkataan yang
dibentuk berkontras dari segi
makna. Contohnya, pasangan [kali] Kesalahan Lazim
dan [gali] sama kecuali pada bunyi Calon tidak dapat membezakan
[k] dan [g]. fonem dengan alofon.
Soalan 3
Yang berikut ialah padanan yang betul antara istilah dengan
keterangannya, kecuali
Istilah Keterangan
A fonologi mengkaji bunyi bahasa
B suku kata pecahan pada sesuatu perkataan
C alofon kelainan suku kata berdasarkan kedudukannya
D fonem unsur bunyi yang terkecil yang membezakan makna
35
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Alofon ialah kelainan fonem berdasarkan kedudukannya dalam
sesuatu perkataan. Misalnya, fonem [p] biasanya dihasilkan sebagai
bunyi letupan yang sempurna apabila hadir pada awal perkataan
dan tengah perkataan seperti perkataan [pasar] dan [siapa]. Tetapi
apabila [p] wujud pada akhir perkataan, sebagai contohnya perkataan
Penggal [mantap], penghasilan letupan tidak disempurnakan sifatnya
sebagaimana menyebut perkataan [pasar] dan [siapa]. Dalam konteks
ini, terdapat dua jenis fonem
1 [p], iaitu yang dilaksanakan TTiipp PPemeriksa
letupannya dan yang tidak Calon mestilah mengetahui istilah-
dilaksanakan letupannya. Inilah istilah yang digunakan dalam bidang
yang dikatakan alofon, iaitu fonologi ini dengan jelas.
kelainan fonem berdasarkan
kedudukannya.
Soalan 4
Yang manakah pernyataan yang benar tentang bunyi bersuara?
I Terhasil apabila pita suara bergetar
II Semua konsonan ialah bunyi bersuara
III Vokal ialah bunyi bersuara
IV Tidak mempunyai kaitan dengan pita suara
A I dan III C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Bunyi bersuara terhasil apabila pita suara bergetar. Keadaan ini berlaku
apabila udara yang keluar melalui pita suara pada keadaan pita suara
agak rapat, maka akan berlakulah getaran pada pita suara tersebut.
Vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal,
udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Pilihan
36
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
jawapan II salah kerana terdapat sebahagian konsonan yang bersuara,
manakala sebahagian yang lain pula tidak bersuara. Pilihan jawapan
IV juga salah kerana bunyi
bersuara mempunyai kaitan TTiipp PPemeriksa
yang amat rapat dengan pita
suara kerana bunyi bersuara Calon mestilah mengetahui cara-cara
terhasil apabila pita suara penghasilan setiap vokal.
bergetar. Penggal
Soalan 5 1
Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi
bunyi separuh vokal?
A Watak, sawah, tayang
B Dendang, yakin, ladang
C Pawang, sarang, sayung
D Bawang, pelampung, lemang
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Bunyi separuh vokal ialah [w] dan [y]. Bunyi ini terhasil apabila alat
artikulasi lidah dan bibir berada pada kedudukan satu vokal, kemudian
dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain, yang
berlaku secara geluncuran. Bunyi
separuh vokal [w] ialah separuh Kesalahan Lazim
vokal dua bibir, manakala [y] pula
ialah separuh vokal lelangit keras. Calon tidak mengetahui bunyi
separuh vokal dan cara bunyi ini
dapat dihasilkan dengan jelas.
Soalan 6
Yang manakah pernyataan yang berkaitan dengan cara yang menentukan
bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu?
A Keadaan pita suara bergetar atau tidak
B Bahagian lidah yang berperanan
C Naik dan turunnya lelangit lembut
D Kaedah udara dilepaskan
37
Penggal Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Cadangan jawapan: B
Ulasan:
Cara yang menentukan bunyi-bunyi vokal itu ialah bahagian lidah
yang berperanan, iaitu sama ada bahagian hadapan lidah, bahagian
tengah lidah atau bahagian belakang lidah. Terdapat tiga jenis vokal
berdasarkan bahagian lidah yang berperanan, iaitu vokal hadapan,
vokal tengah, dan vokal belakang. Selain itu, ketinggian lidah dinaikkan,
kedudukan bibir sama ada dibundarkan atau terhampar dan luas buka
antara rahang. Sebagai contohnya, untuk menghasilkan vokal [i] dan
[u], lidah dinaikkan tinggi sekali tetapi bagi menghasilkan bunyi [a],
1 lidah hanya diangkat sedikit.
Soalan 7
Pilih pernyataan yang benar tentang vokal.
A Bunyi-bunyi bahasa yang bersuara
B Bunyi-bunyi bahasa yang tidak bersuara
C Bibir atas dirapatkan dengan bibir bawah
D Melibatkan perubahan vokal secara geluncuran
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara kerana ketika
menghasilkan vokal, udara dari paru-paru keluar melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau
geseran. Penghasilan vokal juga ditentukan oleh keadaan bibir sama
ada bundar atau hampar, bahagian lidah yang terlibat, turun naik lidah,
dan keadaan lelangit lembut serta keadaan glotis.
Soalan 8
Vokal depan + letupan gusi tak bersuara +
letupan dua bibir tak bersuara
Apakah perkataan yang terhasil daripada percantuman bunyi-bunyi di
atas?
A Atap C Ekor
B Asap D Elak
38
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Perkataan atap merupakan cantuman bunyi-bunyi di atas. Vokal
[a] merupakan salah satu vokal depan, vokal yang lainnya ialah [i],
[e], [o], dan [u]. Konsonan
[t] pula ialah letupan gusi TTiipp PPemeriksa
tak bersuara dan konsonan Calon mestilah dapat membezakan Penggal
[p] pada akhir perkataan itu cara penyebutan sesuatu vokal
ialah letupan dua bibir tak dengan cara penyebutan sesuatu
bersuara. konsonan.
1
Soalan 9
• Hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras
• Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung
• Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar menggetarkan
selaput suara
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis vokal yang dihasilkan?
A Vokal hadapan sempit
B Vokal belakang sempit
C Vokal hadapan separuh luas
D Vokal hadapan separuh sempit
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Berdasarkan cara penghasilan TTiipp PPemeriksa
tersebut, bunyi yang dihasilkan
ialah vokal hadapan sempit. Hal Calon haruslah mengetahui
ini demikian kerana, bahagian bahagian-bahagian lidah yang
hadapan lidah yang terlibat terlibat dalam pengeluaran bunyi
ialah bahagian hadapan lidah sesuatu vokal.
yang dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras. Selain
itu, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
39
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
hidung manakala pita suara pula dirapatkan agar udara yang keluar
menggetarkan selaput suara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara
yang merupakan ciri utama bagi bunyi vokal.
Soalan 10
Penggal Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang semua suku
kata praakhirnya mengandungi bunyi vokal hadapan separuh sempit?
A Perak, selak, rebeh
B Dekan, benda, sebak
1 C Dendam, kerak, tebuk
D Dengki, keluk, kelawar
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Kumpulan kata yang semua suku kata praakhirnya mengandungi
bunyi vokal hadapan separuh sempit ialah perak, selak, dan rebeh.
Vokal hadapan separuh sempit [e] ini terhasil apabila hujung lidah
diturunkan separuh daripada kedudukannya semasa menghasilkan
vokal hadapan sempit [i]. Kedudukan lidah pula tidak menyekat
arus udara dari paru-paru manakala bibir dihamparkan dan glotis
dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan dan udara ditekan keluar dari
paru-paru. Pita suara bergetar.
Soalan 11
• Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya
• Udara daripada paru-paru dikeluarkan tanpa sekatan
• Pita suara digetarkan dan bibir berada dalam keadaan hampar
Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah
A vokal depan luas
B vokal depan sempit
C vokal depan separuh luas
D vokal depan separuh sempit
40
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi Penggal
Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Bunyi yang dihasilkan ini ialah vokal depan luas. Bagi menghasilkan
vokal [a], bahagian hadapan lidah diturunkan serendah-rendahnya
dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tanpa sekatan.
Bibir dihamparkan, glotis dirapatkan, dan lelangit lembut dinaikkan.
Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh
kewujudan vokal [a] dalam perkataan ialah atur, buang, tua, bagi,
pelangi, dan bawa.
1
Soalan 12
• Belakang lidah diangkat setinggi-tinggi mungkin
• Bibir dibundarkan manakala glotis dirapatkan
• Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung
• Udara ditekan keluar dari paru-paru
• Pita suara bergetar
Huraian di atas menerangkan penghasilan
A vokal depan luas
B vokal depan sempit
C vokal belakang sempit
D vokal belakang separuh luas
Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Cara penghasilan di atas ialah penghasilan vokal [u] yang merupakan
vokal belakang sempit. Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang
lidah diangkat setinggi-tinggi mungkin, bibir dibundarkan, glotis
dirapatkan manakala lelangit
lembut diangkat untuk menutup Kesalahan Lazim
rongga hidung dan udara ditekan Calon tidak dapat membezakan
keluar dari paru-paru sehingga pengeluaran vokal depan sempit
menyebabkan pita suara bergetar. dengan vokal belakang sempit.
41
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Soalan 13
Jenis vokal Contoh perkataan
I Vokal hadapan luas api, maka, bola
II Vokal tengah panjang oleh, bolot, bodoh
III Vokal belakang sempit baru, tiru, pupus
Penggal IV Vokal belakang separuh sempit kueh, elok, leher
Pilih pasangan jenis vokal dan contoh perkataan yang betul.
A I dan II
1 B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Cadangan jawapan: B
Ulasan:
Vokal hadapan luas [a] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan sedikit
ke arah lelangit keras, anak tekak, dan lelangit lembut menutup rongga
hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini amat banyak dalam bahasa
Melayu. Contoh perkataannya ialah api, maka, bola, dan mama. Vokal
belakang sempit [u] pula terhasil apabila bahagian belakang lidah
dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut
tetapi tidak mencecah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan
anak tekak pula dinaikkan dan pita suara bergetar. Contoh perkataan
yang terhasil ialah baru, tiru, pupus, upah, tubuh, dan pulut.
Soalan 14
Depan lidah Zainuddin diturunkan serendah-rendahnya, kemudian
digeluncurkan serta-merta ke arah bunyi belakang sempit. Perkataan
yang dilafazkan oleh Zainuddin ialah
A bila
B bela
C elok
D boleh
42
Bahasa Melayu Penggal 1 STPM Bab 2 Fonologi
Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Vokal [e] ini dikenal sebagai vokal depan separuh luas. Untuk
menghasilkan vokal ini, hujung lidah diturunkan kira-kira dua pertiga
daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit [i]
dan lidah tidak menyekat arus udara
dari paru-paru. Keadaan bibir pula Kesalahan Lazim Penggal
dihamparkan, glotis dirapatkan,
manakala lelangit lembut dinaikkan. Calon lazimnya tidak dapat 1
Udara ditekan keluar dari paru-paru membezakan vokal depan
dan pita suara bergetar. separuh luas [ε] dengan vokal
depan separuh sempit [e] dan
vokal tengah [ә].
Soalan 15
Pernyataan yang benar tentang keadaan alat artikulasi semasa penghasilan
bunyi vokal [u] ialah
I rahang terbuka luas
II lidah diangkat tinggi
III keadaan bibir terhampar
IV yang terlibat ialah lidah belakang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Bunyi vokal [u] ialah vokal belakang sempit. Untuk menghasilkan
vokal ini, belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi mungkin. Bibir
pula dibundarkan, glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru, dan pita suara bergetar.
43
Jawapan
Kertas Model STPM 910/1
Bahagian A 2. B 3. A 4. C 5. D
1. C 7. A 8. C 9. D 10. A
6. C 12. B 13. B 14. D 15. B
11. B 17. C 18. C 19. C 20. A
16. D
Bahagian B
21. (a) pola perubahan penggunaan alat peranti sangat mendadak dan
memainkan peranan penting menentukan corak kehidupan masyarakat
(b) amat kuat keinginan terhadap internet dan aplikasi-aplikasi di internet
sehingga runtuh nilai-nilai murni dalam diri
22. Mesej yang mahu disampaikan oleh penulis ialah kita tidak boleh menolak
kepentingan penggunaan Internet dalam kehidupan kita. Selain itu, kita harus
bijak menggunakan kemudahan Internet supaya Internet tidak menghakis
jati diri kita. Dalam pada itu, golongan tua pula harus mendidik generasi
muda agar menggunakan Internet secara bijak dan pengguna Internet harus
mengelakkan daripada memberikan komen negatif atau menghukum orang
lain. Mesej yang lain pula ialah penggunaan Internet haruslah secara berhemah
demi mengelakkan unsur-unsur yang boleh mengancam keselamatan negara
23. Kesan yang timbul daripada komen-komen negatif yang dipaparkan di
media-media sosial ialah pengguna Internet memberikan tindak balas
terhadap komen-komen negatif tersebut sehingga menghilangkan nilai-nilai
murni yang menjadi pegangan masyarakat, Hal ini secara tidak langsung
telah menghakis jati diri masyarakat kita. Selain itu, komen-komen negatif
tersebut telah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan pergaduhan dan
perselisihan dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini memberikan impak
negatif terhadap keharmonian negara terutama dalam konteks negara yang
mempunyai penduduk berbilang kaum.
24. Generasi muda mudah hilang jati diri sebagai akibat penggunaan media sosial
kerana pengaruh media sosial yang kuat terhadap golongan ini sehingga
mampu mengetepikan jati diri dan nilai murni dalam kalangan mereka.
Tambahan pula, banteng keimanan mereka begitu rapuh sehingga mereka
berasa tindakan tersebut tidak salah dalam norma masyarakat. Selain itu,
mereka juga perlu berani bertindak begitu kerana berselindung di sebalik
papan kekunci dan bukan menggunakan identiti sebenar. Mereka juga ingin
menimbulkan kontroversi dan menarik perhatian pengguna Internet lain
dengan cara yang salah.
415
Bahasa Melayu STPM Jawapan
25. Terdapat pelbagai bukti yang dapat dikemukakan bahawa teknologi moden
seperti Internet ini memberikan kesan negatif. Bukti yang paling jelas ialah
banyak kenyataan, gambar, video, dan komen-komen yang dimuat naik dalam
media sosial pada hari ini bersikap negatif dan menghina orang lain. Keadaan
ini amat mendukacitakan kerana jelas menunjukkan masyarakat kehilangan
nilai murni dan jati diri. Mereka sanggup berbuat demikian semata-mata
mahu mencuri perhatian, menimbulkan kontroversi, dan memenuhi keinginan
diri sendiri. Namun begitu, mereka mungkin tidak sedar bahawa perbuatan
mereka ini boleh menjatuhkan maruah diri orang lain, menjejaskan sesebuah
perniagaan, dan meruntuhkan nama baik sesebuah negara. Banyak komen
yang dibuat bersifat berat sebelah, iaitu dengan hanya berdasarkan satu sisi
pandang sahaja sehingga tidak memberikan peluang kepada pihak tertentu
untuk menjelaskan perkara sebenar. Oleh itu, pihak yang menjadi mangsa
tidak mempunyai peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Di
samping itu, terdapat sesetengah pihak yang gemar menularkan gambar atau
video pihak lain. Sebagai contohnya, video kemalangan yang ngeri. Perbuatan
tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mencuri tumpuan masyarakat, tetapi
perbuatan ini akan mengguris hati ahli keluarga mangsa. Bagi menangani
perkara ini, masyarakat terutama golongan muda haruslah mempunyai kawalan
jati diri yang kukuh dan pegangan agama yang utuh penting untuk melahirkan
generasi yang bijak dengan menggunakan Internet secara berhemah.
Bahagian C
26. Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada manusia.
Hal ini demikian kerana, dengan badan yang sihat, manusia mampu menjalani
kehidupan dengan lebih bermakna. Banyak yang sedar akan hakikat tersebut,
namun mereka pula tidak berusaha untuk mengekalkan kesihatan tubuh
badan mereka. Di mana-mana kita melihat banyak yang gemar menikmati
hidangan mereka sepuas-puasnya tetapi terlalu sedikit yang mahu menjaga
kesihatan mereka. Natijahnya, pada hari ini kita melihat semakin banyak
rakyat negara ini yang menghidap pelbagai penyakit kronik akibat gaya hidup
yang kurang mementingkan penjagaan kesihatan. Kerajaan juga mengalami
kerugian kerana saban tahun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar
bagi aspek rawatan kesihatan kerana semakin banyak wang yang diperlukan
untuk membeli ubat-ubatan dan melatih pakar perubatan. Oleh itu, sudah
sampai masanya rakyat Malaysia mengambil langkah-langkah yag proaktif
untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.
416