The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

"Program Pendidikan Inklusif" ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI AMPANG Moe, 2022-03-05 03:39:42

"Program Pendidikan Inklusif"

"Program Pendidikan Inklusif" ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan

SMK Puteri Ampang Kuala Lumpur




KOKURIKULUM
PENDIDIKAN KHAS




LATAR BELAKANG

Program Kokurikulum merangkumi 3 bidang utama iaitu
Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan
Sukan/Permainan
Terbuka kepada semua murid berkeperluan khas (MBK) yang
memiliki Kad OKU mengikut kategori yang dipertandingkan
Program peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan
Jemputan rasmi mengikut program kepada sekolah melalui emel
Mencungkil bakat MBK untuk ke peringkat lebih tinggi iaitu
kebangsaan dan antarabangsa.

TAKWIM 2022

Kejohanan e-catur pendidikan khas jpwpkl 2022
Kejohanan e-sukan stacking pendidikan khas jpwpkl 2022
Anugerah e-nilam pendidikan khas jpwpkl 2022
Karnival e-mahabbah pendidikan khas jpwpkl 2022
Kejohanan olahraga pendidikan khas jpwpkl 2022
Kejohanan merentas desa pendidikan khas jpwpkl 2022
Kuala lumpur it challenge (klitc) pendidikan khas 2022

PROGRAM
PENDIDIKAN
INKLUSIF

Dasar Pendidikan Inklusif

Dasar pendidikan kebangsaan adalah untuk memastikan MBK yang berpotensi diberi

peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan

prinsip untuk semua (EFA)

DEFINISI PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF

Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013:
"Program Pendidikan Inklusif" ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan

MATLAMAT

Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bagi MBK

belajar bersama-sama murid arud perdana dalam persekitaran tanpa

halangan. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak

menafikan potensi MBK untuk cemerlang dalam bidang akademik mahupun

bukan akademik

OBJEKTIF PROGRAM

memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran
tanpa halangan
membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka
meningkatkan kesedarakan dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang
kepelbagaian keupayaan MBK

MODEL PPI YANG DILAKSANAKAN DI
SMK PUTERI AMPANG

INKLUSIF PENUH
MBK belajar bersama-sama arus perdana secara sepenuh masa dan mengikut
pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum
kabangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK turut terlibat dalam
aktiviti kokurikulum sebagaimana murid arus perdana yang lain

SMK Puteri Ampang disediakan oleh :

AJK Bantuan & Biasiswa

SMK PUTERI AMPANG KUALA LUMPUR

ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
(EMK)

KELAYAKAN

MBK merupakan warganegara Malaysia
MBK Prasekolah hingga tingkatan 6 di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan
memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
tidak menerima Elaun OKU/Biasiswa/Bantuan Kebajikan daripada mana-mana
Agensi Kerajaan atau Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

KADAR EMK

Kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak
ialah RM150.00 sebulan dan dibayar untuk tempoh 12 bulan
berdasarkan kepada tarikh Kad OKU atau tarikh memulakan
persekolahan pada tahun semasa

TATACARA PEMOHONAN

Permohonan EMK dilaksanakan secara atas talian melalui sistem aplikasi pengurusan bantuan.
Tarikh serta tempoh masa pembukaan system untuk permohonan adalah berdasarkan takwim/
surat siaran pemakluman tarikh pembukaan sistem yang dikeluarkan oleh KPM pada setiap
tahun
Tatacara permohonan dan pengesahan hendaklah dirujuk di dalam garis panduan elaun murid
berkeperluan khas terkini yang dikeluarkan oleh bahagian kewangan, KPM dan manual
pengguna apb untuk modul EMK

BAYARAN EMK

Pembayaran EMK ke akaun murid
JPWPKL terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) murid
Pembayaran 2 kali setahun

KMAurTEidGOBeRrIkeperluan

6 Khas
SMK Puteri Ampang Kuala Lumpur
KURANG UPAYA
PENGLIHATAN
KURANG UPAYA
PENDENGARAN

KURANG UPAYA
FIZIKAL

KURANG UPAYA
PERTUTURAN

KURANG UPAYA
PEMBELAJARAN
KURANG UPAYA
PELBAGAI

Mana-mana kombinasi
ketidakupayaan yang dinyatakan

SMK PUTERI AMPANG, KUALA LUMPUR

Panduan Permohonan Kad OKU



Syarat kelayakan pendaftaran OKU

1.warganegara Malaysia
2.Disahkan atau diperakui oleh Pegawai Perubatan
3.Kes Ketidakupayaan jelas dan boleh disahkan oleh pegawai JKM seperti:

Ketua Pendaftaran OKU : Pengarah JPOKU
Timbalan Ketua Pendaftaran OKU : Pegawai JPOKU yang menguruskan pendaftaran
Pendaftar OKU : Pengarah JKM Negeri
Penolong Pendaftaran OKU : Pegawai yang menguruskan pendaftaran di JKMN & PKMD

Apa itu Kad OKU ?

Kad OKU adalah tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang
berdaftar dengan Jabatan.

Kad tersebut terbahagi kepada 7 jenis warna mengikut ketidakupayaan kes seperti berikut:
1.Penglihatan - Biru
2.Pendengaran - Ungu
3.Fizikal - Hijau
4.Pertuturan - Coklat
5.Masalah Pembelajaran - Kuning
6.Mental - Putih
7.Pelbagai - Merah

Borang Permohonan Kad OKU

1.Pastikan anak-anak atau kenalan OKU mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU
berdasarkan simptom-simptom tertentu.

2.Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk
doktor pakar perubatan kerajaan atau swasta.

3.Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran (BPPOKU) perlu
diisi. Untuk mengisi borang ini, anda boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat
atau memuat turun borang pendaftaran pada pautan yang kami sediakan: Borang
Permohonan Pendaftaran KAD OKU

4.Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan
salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai
JKM.

5.Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2
minggu)


Click to View FlipBook Version