The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohaidah7220, 2021-08-17 09:53:06

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Keywords: MUZIK

KEUNIKAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Seni tarian tradisional melayu di Malaysia
seharusnya menjadi suatu kebanggaan
bagi kita. Tarian melayu yang sering
memperlihatkan gerak-geri yang
lemah gemalai dapat menunjukkan
sifat asli masyarakat melayu lama.
Keunikan tarian melayu ini tentunya
dapat juga dilihat menerusi alat muzik
tradisional yang digunakan, keindahan
pakaian penari, aksesori, majlis di mana ia
dipersembahkan dan simbolik di sebalik tarian itu sendiri.

TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS

Pakaian yang digunakan dalam tarian
tradisional telah disesuaikan
dengan budaya dan sensitiviti
masyarakat di Malaysia.
Jika dahulu terdapat penari yang
perlu berkemban, kini sudah diubah
sesuai dengan kebangkitan Islam
di negara ini. Begitu juga unsur magis
dan ritual dalam tarian sudah tidak lagi diamalkan.
Oleh itu, tarian-tarian ini boleh terus dipelajari oleh
golongan muda agar kesenian ini tidak pupus di telan zaman.

Tarian Inang

Tarian ini asalnya bernama tarian
Mak Inang. Tarian yang diadaptasi dari
tarian pengasuh ini mempunyai lenggok
badan yang lembut dan lemah gemalai.
Tarian yang sering dipersembahkan
pada majlis-majlis sosial ini ditarikan
mengikut tempo rebana, gendang,
gong dan biola.
Pakaian penari terdiri daripada baju
kurung atau kebaya, kain dan
selendang.

Tarian Zapin

Tarian ini diilhamkan oleh seorang
mubaligh Parsi dari Yaman. Awalnya
hanya kaum lelaki yang boleh menari.
Namun ia telah disesuaikan dari segi
bentuk dan ragamnya agar lebih
kemelayuan. Malah, wanita juga turut
menjadi penari. Namun jumlah penari
tidak ditetapkan.
Alat muzik yang mengiringi tarian ini
adalah gambus, gendang, marawis
dan rebana.

Tarian Canggung

Tarian ini sudah menjadi identiti
bagi negeri Perlis. Juga popular di
negeri-negeri utara Malaysia.
Tarian ini dipersembahkan ketika
musim menuai, majlis perkahwinan
dan keramaian.
Terdapat nyanyian pantun yang berisi
usikan dan jenaka untuk menghiburkan
orang ramai. Ia melibatkan dua hingga
lapan orang penari secara
berpasangan.

Tarian Piring

Tarian ini asalnya merupakan seni
budaya orang Minangkabau dari
Sumatera. Kini ia amat popular di
Negeri Sembilan.
Dinamakan tarian piring kerana para
penarinya memegang piring di tapak
tangan mereka.
Pada masa dahulu, terdapat sisi magis
dalam tarian ini di mana para penarinya
akan melontar, menghempas dan
memijak kaca piring tanpa luka.

Tarian Dabus

Tarian ini mula dimainkan di negeri
Perak sejak 300 tahun lalu setelah
diperkenalkan oleh orang Parsi.
Tarian ini mempunyai unsur ritual
yang mana penarinya sering
mencederakan diri menggunakan
sejenis senjata yang dikenali sebagai
anak dabus atau cengkering.
Tujuan tarian ini adalah untuk
menunjukkan kepahlawanan
rakyat negeri Perak.

Tarian Joget

Tarian ini awalnya popular di Melaka.
Antara lagu yang sering mengiringi
tarian ini pada waktu itu ialah
Jingkli Nona yang menjadi kegemaran
orang portugis.
Tarian yang berentak sederhana
sehingga agak rancak ini kemudiannya
mula popular di negeri lain. Antara
lagu yang dihasilkan ialah Joget
Serampang Laut, Joget Pucuk Pisang
dan Joget Pahang.

Tarian Endang

Tarian yang amat sinonim dengan
budaya Minangkabau ini jelas terlihat
dari pakaian penari serta muzik
caklempongnya. Paluan gong menjadi
keutamaan dalam tarian ini.
Tarian ini popular di Negeri Sembilan
dan negeri Kedah.
Penari duduk dalam satu barisan
dan memperlihatkan pergerakan badan,
kepala dan tangan yang lincah. Tarian ini
boleh ditarikan lelaki dan perempuan.

Tarian Masri

Tarian ini mempunyai pengaruh dari
Negara Timur Tengah dari segi
pergerakan, pakaian dan muzik
iringan yang digunakan.
Penarinya adalah kaum perempuan
yang biasanya memegang tamborin.
Mereka menari sambil menggoncang
tamborin.
Kini tarian ini boleh dilakukan secara
berpasangan iaitu empat orang
lelaki dan empat orang perempuan.

Tarian Ayam Didik

Tarian ini diadaptasi daripada gerakan
berlaga ayam yang amat popular
di kalangan masyarakat melayu
pada masa lampau.
Tarian ini sering ditarikan di negeri-
negeri utara Semenanjung Malaysia.
Sesuai dengan maksud ayam didik
iaitu ayam yang dimanjakan, tarian ini
menonjolkan unsur kasih-sayang dan
kemesraan antara para penari. Lagu
Ayam Didik mengiringi tarian ini.

Tarian Ceracap Inai

Tarian ini amat popular di negeri Johor.
Sejak zaman kesultanan melayu Melaka
lagi, tarian ini sering dipersembahkan
di hadapan sultan dan para pembesar.
Tarian ini mempunyai unsur menyembah
duli yang merendah diri.
Tarian ini dikatakan mempunyai
pengaruh India kerana unsur sembahan
itu. Malah nyalaan api dalam tarian ini
dianggap sebagai simbolik kepada
pembawa cahaya dan kebahagiaan.

Tarian Asyik

Tarian ini popular di negeri Kelantan.
Ia merupakan tarian istana dari Patani.
Asyik yang ertinya kekasih ini ditarikan
dengan lemah gemalai.
Penarinya berjumlah sepuluh orang dan
diketuai oleh Puteri Asyik. Bahagian
utama tarian ini menunjukkan aksi
bersimpuh yang sopan.
Tarian ini sering dipersembahkan dalam
majlis berinai dan majlis perkahwinan
di istana.

Semoga bermanfaat

Sekian terima kasih

Rohaida Harun


Click to View FlipBook Version