The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohaidah7220, 2021-08-17 09:38:25

JOM KENALI ALAT MUZIK TRADISIONAL

JOM KENALI ALAT MUZIK TRADISIONAL

Keywords: MUZIK

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan
kepelbagaian jenis alat muzik tradisional.

Diwarisi daripada budaya kaum Melayu, Cina, India
dan etnik lain, maka wujudlah berbagai-bagai rupa

dan bentuk alat muzik yang istimewa.
Walaupun diterjah arus pemodenan, warisan seni
muzik yang unik ini tetap teguh mempertahankan
kewujudannya. Apakah alat Muzik tradisional yang

anda ketahui? Mari kita telusuri..

KATEGORI ALAT MUZIK

Alat muzik tradisional boleh diasingkan kepada
empat kategori seperti berikut:

1. Erofon – alat muzik tiupan
2. Kardofon - alat muzik bertali
3. Membranofon – alat muzik ‘berkulit’
4. Idiofon – alat muzik yang menghasilkan

bunyi daripada ‘tubuhnya’ sendiri

EROFON

Alat Muzik Tiupan

SERULING lazimnya dihasilkan daripada bambu, kayu dan
tulang. Manakala seruling moden dihasilkan daripada logam.

Ia mengeluarkan bunyi seperti siulan.
Seruling dimainkan oleh pelbagai kaum di Malaysia
serta di serata dunia, namun dengan nama yang berbeza.

SERUNAI dipercayai berasal dari Lembah Kashmir di India.
Bahagian hujung serunai yang mengembang berfungsi
untuk memperbesar kelantangan bunyinya.
Serunai boleh dimainkan secara solo atau bergabung
dengan alat muzik tradisional yang lain.

NAFIRI dikatakan berasal dari Timur Tengah kerana bentuknya
amat mirip dengan naifr yang popular di sana.

Nafiri merupakan salah satu alat muzik terpenting dalam
upacara diraja. Contohnya upacara penobatan
mahu pun upacara kemangkatan.

SOMPOTON mempunyai bentuk yang unik kerana
diperbuat daripada buluh dan labu air yang dikeringkan.

Sompoton amat popular di utara kepulauan Borneo,
khususnya di negeri Sabah. Masyarakat Kadazan-Dusun

dan Murut telah mempopularkan alat muzik unik ini.

NADASVARAM merupakan instrument yang paling lazim
dalam majlis kebudayaan dan keagamaan masyarakat India,
terutamanya majlis perkahwinan. Nadaswaram diperbuat

daripada kayu pokok aacha, berbentuk panjang
dan bahagian hujungnya bersaiz besar.

KARDOFON

Alat Muzik Bertali

GAMBUS berasal dari Yaman dan merupakan alat muzik
tradisional yang popular di Malaysia serta negara jiran
seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Alat muzik ini

terdapat dalam pelbagai jenis iaitu gambus tiga tali
hingga gambus 12 tali.

REBAB diperbuat daripada kayu nangka dan berongga
di bahagian dalamnya. Alat muzik yang dikatakan berasal
dari Afghanistan ini mempunyai tiga tali dan dimainkan

menggunakan penggesek. Rebab biasanya mengiringi
persembahan Mak Yong dan Main Puteri.

SAPE berbentuk panjang menghampiri satu meter dan
diperbuat daripada kayu jokuvang. Permukaan sape berhias
ukiran bermotif Orang Ulu, Sarawak dengan warna terang

seperti merah dan hitam. Alat muzik bertali empat ini
biasa mengiringi persembahan Tarian Ngajat.

PIPA berasal dari negara China dan amat popular di kalangan
masyarakat Cina di Malaysia. Alat muzik ini mempunyai
empat tali logam, berbentuk cembong di belakang dan
berukir di bahagian kepala. Pipa dipersembahkan secara
solo, mengiringi nyanyian dan dalam orkestra opera Cina.

SITAR amat popular di kalangan kaum India.
Dasarnya yang diperbuat daripada sebiji labu keras
berfungsi sebagai kotak bunyi. Manakala tujuh utas talinya
yang halus berfungsi untuk mengeluarkan bunyi gema
yang bergetar. Sitar sering mengiringi muzik Hindustan.

MEMBRANOFON

Alat Muzik Berkulit

GENDANG merupakan alat muzik yang diperbuat daripada

kulit kerbau, kambing atau lembu yang diregangkan.
Gendang mempunyai pelbagai saiz dan dimainkan dalam

persembahan tarian tradisional, perayaan, persilatan
dan pertabalan diraja.

KOMPANG biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina.
Bahagian dalamnya diletakkan seurat rotan untuk

menegangkan kulit dan menguatkan bunyi kompang.
Alat muzik ini amat popular di nusantara dan dimainkan

pada majlis perkahwinan dan sebagainya.

REBANA UBI dikatanya mula bertapak di negara ini sejak
tiga abad yang lalu. Alat muzik ini popular di Kelantan dan

boleh dimainkan secara dipalu dengan alat khas atau
dipukul dengan tangan sahaja. Rebana ubi lebih besar

berbanding rebana biasa.

TABLA mempunyai bingkai kayu yang bertutup dengan
belulang pada salah satu bukaannya. Alat muzik ini mula
dicipta di negara India dan digunakan untuk mengiringi

persembahan tarian. Pemain biasanya duduk dilantai
dan tabla dipalu menggunakan tangan.

GENDANG 24 MUSIM merupakan sekumpulan 24 buah
gendang Cina yang diletakkan di atas rak khas berkaki empat.

Alat muzik ini lazimnya mengiringi Tarian Singa
serta pembuka tirai pada upacara kebudayaan Cina.
Pemain perlu memukul gendang ini dengan dua batang tongkat.

IDIOFON

Alat Muzik Yang Menghasilkan
Bunyi Daripada Tubuhnya
Sendiri

GONG juga dikenali sebagai tetawak. Alat muzik ini lazimnya
diletakkan secara tergantung dan dipukul untuk

memperdengarkan bunyinya yang kuat namun bernada
rendah. Gong terkadang hadir berpasangan iaitu disebut ibu
dan anak. Fungsinya untuk mengiringi Wayang Kulit dan Menora.

BONANG terbentuk daripada sekumpulan gong kecil yang
disusun di atas tapak khas secara mendatar. Alat muzik
ini memainkan melodi utama dalam Gamelan Melayu.
Bonang beroktaf rendah dipanggil wedok (perempuan)
manakala yang beroktaf tinggi dipanggil lanang (lelaki).

SARON berbentuk bilahan yang diperbuat daripada gangsa.
Ia disusun di atas tapak kayu yang berfungsi sebagai ruang

gema. Alat muzik ini diketuk dengan alat khas yang
dihasilkan dari jenis kayu lembut. Saron juga memainkan

melodi dalam persembahan Gamelan Melayu.

KENONG merupakan salah satu alat muzik dalam
persembahan gamelan. Ia terdiri daripada lima biji gong kecil

yang diperbuat daripada gangsa. Pemain memerlukan
tempat duduk lebih tinggi kerana kenong diletakkan

di tempat khas yang agak tinggi kedudukannya.

ANGKLUNG asalnya dibawa oleh penghijrah dari Ponorogo
untuk mengiringi muzik barongan. Ia diperbuat daripada buluh.
Cara memainkan angklung ialah dengan menggoncangkannya.

Setiap angklung hanya menghasilkan 1 nada. Tetapi
pemain yang mahir mampu memainkan set lengkap angklung.

Semoga Bermanfaat

Sekian Terima Kasih

Rohaida Harun


Click to View FlipBook Version