The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL SHAHIRA, 2024-06-19 13:20:03

GKEB 1072 TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK

NOTA DIGITAL

Tugasan 1 gkeb 1072 kemahiran belajar kata ganda penghasilan produk NOTA DIGITAL


1 2 3 4 5 6 7 8 Isi Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Penghargaan Pengenalan Definisi Kata Ganda Jenis-jenis Kata Ganda Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak Kata Ganda Seluruh


9 10 11 Isi Kandungan 4.5 5.0 Persamaan dan Perbezaan Kata Ganda Seluruh dan Kata Ganda Separa Penutup 6.0 Sumber Rujukan


PenghargAAN Assalamualaikum, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya laksanakan tugasan Pentaksiran Berterusan GKEB 1072 Kemahiran Belajar dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.Badruddin bin Hassan selaku pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail atas kemudahan yang telah disediakan kepada para guru pelatih seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat -maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan Pentaksiran Berterusan ini. 1


Pengenalan Kemahiran belajar bermaksud sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta menyebabkan berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya. Kemahiran berfikir melibatkan aspek kritis, kreatif, pemilihan, dan penyelesaian masalah, serta menggunakan alat-alat berfikir untuk memperkukuhkan kebolehan berfikir. Seterusnya, alat berfikir pula dapat memperkukuhkan keupayaan kita untuk menggunakan minda secara lebih efektif dan bijak. Dengan ini, pemikiran kita menjadi lebih teratur, luas, dan jelas, mengelakkan keadaan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Alat berfikir boleh dikelaskan dalam empat kategori, iaitu peta I-think, peta minda, pengurusan grafik, Cort I, dan Cort IV. 2


Umum DEFINISI KATA GANDA Tokoh Kata yang digandakan dengan diulang kata dasar secara penuh atau secara sebahagiannya. Proses pengulangan kata berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu perkataan tersebut Menurut Nik Safiah Karim (19977), dalam buku Tatabahasa Dewan, beliau menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar, sama ada melibatkan seluruh atau sebahagian kata dasar, dan kata dasar juga boleh digandakan secara berentak. 3 Peta Pokok


Jenis-jenis Kata Ganda Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak 4 Peta Buih


Kata Ganda Seluruh Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti ditulis tanpa sempang. Terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan keterangan. 5 Contoh Kata Ganda Seluruh Awal-awal Tinggi-tinggi Meja-meja Guru-Guru Murid-murid Orang Sifat Alat Pagi-pagi Waktu Peta Bulatan


Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf “e”. Kata Berimbuhan Kata Tunggal Kata Nama Imbuhan Akhiran Imbuhan Awalan Imbuhan Akhiran Kata Ganda Separa Peta Konsep Imbuhan Apitan bebenang tetikus dedaun jejari lelabah pepijat Kata kerja se- sepandai-pandai berterdimeNberkata-kata tersengeh-sengehdimarah-marah menjerit-jerit Kata kerja Kata adjektif Kata nama bunga- -an bungaan -kan -i doa-doakan amat-amati Kata kerja Kata adjektif Kata adjektif ber...an meN...kan meN...i di...kan di...i bersalam-salaman mendewa-dewakan mengulang-ulangi dimanja-manjakan, dimarah-marahi bedekelebebawang dedaun kekabu lelaki 6 doa-doakan


Kata Ganda Berimbuhan Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan sama ada berupa awalan, akhiran, apitan dan sisipan. 7 Peta Minda Kata Ganda Berimbuhan Awalan Akhiran Apitan Sisipan tercaricari berjamjam ketujuhtujuh tersipusipu buahbuahan galigalian bijibijian ulamulaman bersalamsalaman keanakanakan sekecilkecilnya kebirubiruan awankemawan tilikmenilik tulismenulis usikmengusik


Kata Ganda Berentak Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi asal kata dasar adalah dengan mengulangi atau mengubah bunyi-bunyi tertentu. 8 Peta Dakap Kata Ganda Berentak Pengulangan vokal Sayur-mayur Pengulangan konsonan Pengulangan bentuk bebas Kuih-muih Lauk-pauk Gunung-ganang Bukit-bukau Kayu-kayan Anak-pinak Saudara-mara Lintang-pukang


Persamaan dan Perbezaan Kata Ganda Seluruh dan Kata Ganda Separa 9 Pengurusan Grafik Banding Beza Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Separa Persamaan Bentuk kata majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan yang digabungkan dan kedua-dua kata ini diberi tanda sempang (-). Perbezaan Seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Pengulangan suku kata pertama pada kata aslinya. Terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contohnya, pagi-pagi, tinggi-tinggi dan awal-awal. Ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya. Contohnya, menjerit-jerit, dedaun dan bebenang.


penutup Kesimpulannya, penguasaan dalam kemahiran berfikir adalah pentying untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat kemahiran berfikir yang menarik juga dapat membantu murid-murid menguasai topik pembelajaran dengan lebih lancar. Dengan itu, guru perlu mengajar dan melatih pelajar untuk menggunakan alat kemahiran berfikir dalam sesi pembelajaran. Guru perlu pandai mencipta alat-alat kemahiran berfikir yang sesuai untuk membantu mereka memahami topik pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah. 10


Sumber rujukan 11 Azizun Zakaria. (28 April 2020). Kata ganda | PPT. slideshare. Diakses pada 18 Jun 2024, daripada: https://www.slideshare.net/slideshow/kata-ganda-232766103/232766103 Cikgu Fauziah. ( 4 Julai 2011 ). Bentuk Kata. SlideShare. Diakses pada 20 Jun 2024, daripada: https://www.slideshare.net/slideshow/bentuk-kata/8511263 Cikgu Krocetminim. (1 September 2017). Alat-alat Berfikir. wordpress. Diakses pada 20 Jun 2024, daripada: https://cikgukrocetminim.wordpress.com/2017/09/01/48/ Cikgu Rohaini. Kata Ganda | PDF. Scribd. Diakses pada 19 Jun 2024, daripada: https://www.scribd.com/document/74030581/Kata-Ganda Mis Sem. ( 23 Jun 2013). Kemahiran belajar. SlideShare. Diakses pada 18 Jun 2024, daripada: https://www.slideshare.net/slideshow/kemahiran-belajar-23393815/23393815


Click to View FlipBook Version