The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 SKDM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizahkhalit, 2024-05-10 08:11:25

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 SKDM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-13 SKDM

1


2 KANDUNGAN Isi kandungan Mukasurat 1. Tentatif Majlis 3 2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Murni Kali Ke-13 4 3. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 13 5 4. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 13 6 5. Minit Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 12 7 - 11 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 12 12 – 17 7. Ahli Jawatankuasa Induk PIBG Sesi 2023/2024 18 8. Kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK Desa Murni 2023/2024 19 9. Laporan Aktiviti Program Sekolah Bersama PIBG SKDM Sesi 2023-2024 20 10. Penyata Pendapatan PIBG SKDM 2023 Berakhir Pada 31/12/2023 21 11. Penyata Perbelanjaan PIBG SKDM 2023 Berakhir Pada 31/12/2023 22 12. Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 23 13. Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 24 – 28 14. Jawatankuasa PIBG SK Desa Murni 2024/2025 29 15. Penghargaan 30


3 TENTATIF MAJLIS 8.00 pagi - Pendaftaran ibu bapa/waris 8.30 pagi - Kata aluan pengacara majlis - Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Untuk Negeri Kita’ - Bacaan Doa - Persembahan Murid 1 - Ucapan Aluan YdP PIBG - Ucapan Guru Besar - Ucapan Perasmian MAT Kali ke-13 - Persembahan Murid 2 9.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13 Sesi 2024/2025 11.00 pagi - Bersurai


4 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN DESA MURNI KALI KE-13 1. Ucapan Penasihat PIBG (Encik Mohd Zubir bin Mat Zain) 2. Ucapan Pengerusi PIBG (Encik Norhisham bin Ramli) 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 4. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2023/2024 5. Pembentangan Penyata Kewangan PIBG 31 Disember 2023 6. Perbahasan Usul PIBG 2024/2025 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Tahun 2023/2024 8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Tahun 2024/2025 8.1 Pengerusi PIBG (Ibu bapa) 8.2 Naib Pengerusi ( Ibu bapa) 8.3 Setiausaha (Guru) 8.4 Penolong Setiausaha - PIBKS (Guru) 8.5 Bendahari (Guru) 8.6 Ahli Jawatankuasa Guru 8.6.1 8.6.2 8.6.3 8.6.4 8.6.5 8.7 Ahli Jawatankuasa Waris 8.7.1 8.7.2 8.7.3 8.7.4 8.7.5 8.8 Juruaudit Waris 8.9 Juruaudit Guru 9. Ucapan Penangguhan


5 PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DESA MURNI, TAMAN SUNGAI DUA UTAMA, 13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG Tel : 04-3562921 ( SK Desa Murni ) ___________________________________________________________________________ Rujukan kami : PIBG/SKDM 100-4/1(20) Tarikh : 3 MEI 2024 Kepada : Ibu bapa/Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Desa Murni Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 11 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8:00 pagi Tempat : Dewan Anthurium SK Desa Murni 3. Semoga kehadiran tuan/puan ke mesyuarat dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli PIBG SK Desa Murni. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “PELAJAR CEMERLANG, KAMI GEMBIRA” Saya yang menjalankan tugas, (NORHISHAM BIN RAMLI) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Desa Murni.


6 Penasihat : En. Mohd Zubir bin Mat Zain Pengerusi : En. Norhisham bin Ramli Setiausaha : Pn. Riza Nazira binti Mohd Sabri Bendahari : Pn. Halimaton binti Abdul Razak SAMBUTAN YDP PIBG dan AJK PIBG Tn. Guru Besar Guru-guru Penolong Kanan BACAAN DOA En. Muhammad Faisal bin Md.Kasim JURUACARA En. Mohd Arfan bin Bakhir (K) Pn. Jaslinda binti Jasmi PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT En. Zupri bin Ismail PENCATAT MINIT Pn. Darliana Suraya binti Desa (K) Cik Norhayati binti Mat Kamil Pn. Mirzawati binti Abd Khalid Pn. Ummu Hani binti Mohammad Pn. Najihan binti Abu Bakar Pn. Siti Nooraien binti Isa BUKU PROGRAM Pn. Norizah binti Khalit (K) Pn. Shahrina binti Ahmad Badalisah Pn. Norjannah binti Jamaluddin Pn. Noormee Asiah binti Ghazali SIARAYA/ LAGU NEGARAKU/ LAGU NEGERI En. Superamaniam a/l Suresh @ Hussain (K) En. Suhaizal bin Mohamad En. Mohamad Tasnim bin Abdul Khalim JAMUAN VIP Pn. Che Hamidah binti Abdul Halim (K) Pn. Sakirah binti Abdul Gafar @ Ahmad Pn. Solehah binti Saad JAMUAN WARIS Pn. Fauziah binti Ahmad (K) Pn. Mahiran binti Awang Pn. Noorhafizah binti Abdul Rahman Pn. Noor Aishah binti Abu Bakar PENDAFTARAN Cik Mazlina binti Zolkifli (K) Pn. Rosilawati binti Jafar Pn. Nurul Aina Aliya binti Mohd Fuad Pn. Nur A’tiqah binti Osman BANNER En. Hasrul Harwady bin Mat Radzi DOKUMENTASI Pn. Intan binti Hanafi (K) Pn. Nor Azah binti Hashim HIASAN MEJA MESYUARAT DAN LABEL MEJA Pn. Kausilya a/p Raman (K) Pn. Siti Hasliza binti Johari Pn. Aminah binti Salleh Pn. Surianti binti Sukardi CENDERAHATI PERASMI Pn. Mashida binti Abdul Samat (K) Cik Zaini binti Zainol PERSIAPAN TEMPAT En. Marzelan bin Mohd Sani (K) En. Naimi bin Osman En. Hasmadi bin Hazalli En. Muhammad bin Zainol PELERAIAN En. Shahnizam bin Din (K) En. Ahmad Fikri bin Ahmad Darji En. Mohd Khairy bin Md Salleh En. Mohd Yusri bin Din PERSIAPAN PENTAS / BACKDROP Pn. Maizaazira binti Seman (K) Pn. Ruhaida binti Ramli Pn. Nurul Nadia binti Mustafa Pn. Zalifah binti Abdul Samat Pn. Abidah binti Fazil KIRAAN UNDI En. Mohd Radzi bin Othman (K) Pn. Aifaa Hazwani binti Mukhtar Affandi Pn. Farahidayah binti Pabillah Cik Nurul Izzati binti Mohd Basri FOTOGRAFI En. Mohd Asrul bin Mohd Yusof (K) En. Abdul Latif bin Hassan Pn. Shakirah binti Talib PERSEMBAHAN MURID Pn. Asmani binti Ahmad (K) Pn. Murni binti Alias Cik Sangetha a/p Ravendran Pn. Noor Rashina binti Mohamad Yusoff Pn. Jariah binti Che Dan JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA MURNI KALI KE-13


7 MINIT MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12 2023/2024 SK DESA MURNI Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8:30 pagi Tempat : Dewan Anthurium SKDM 1.0 UCAPAN ALUAN YDP PIBG 1.1 Encik Badrul Nizam selaku Yang diPertua PIBG (YDP) mengucapkan syukur kerana dapat berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12. 1.2 Untuk makluman semua, terdapat sedikit perubahan iaitu pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak dapat hadir untuk merasmikan mesyuarat dan diganti oleh Puan Guru Besar. 1.3 Pada tahun lepas, PIBG mengambil alih pengurusan jual beli T-shirt sukan. Perubahan yang dilakukan ialah warna T-shirt ditukar daripada oren ke warna biru selain kualiti kain lebih baik iaitu kain jenis jersi. 1.4 Encik Badrul mengucapkan terima kasih atas sumbangan para waris untuk program Ihya Ramadan & Tabung Prihatin. 1.5 Isu berterusan yang dinyatakan oleh YDP adalah mengenai kesesakan waktu menghantar dan mengambil anak. Waktu paling kritikal adalah semasa menghantar anak. 1.6 YDP turut menyatakan jalan akan menjadi lebih sesak jika kediaman baharu berhampiran takungan dibuka. Oleh itu, YDP menasihati ibu bapa agar menggunakan lorong bahagian dalam hanya untuk ‘drop’ anak. Sila salam dan beri duit di rumah. Jika ingin memimpin anak hingga ke pagar sekolah, sila gunakan lorong tengah. 1.7 Kehadiran murid pada setiap hari adalah pada jam 7:30 pagi. YDP turut memaklumkan ibu bapa perlu mengatur jadual untuk menghantar anak.


8 1.8 Selain itu, YDP menyatakan jika ada keperluan, pihak PIBG akan memohon ‘traffic light’ atau bump di simpang tiga bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di sekolah. 1.9 Encik Badrul mewakili AJK PIBG 2022/2023 memohon maaf sepanjang menjalankan amanah dan mengucapkan Selamat Hari Raya. 2.0 UCAPAN GURU BESAR 2.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, Encik Arfan dan Puan Riza serta Ustaz Muhammad atas pimpinan bacaan doa. 2.2 Puan Guru Besar turut mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG Encik Badrul, Naib YDP; Puan Suri, barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan para waris. 2.3 Ucapan syukur dan gembira dengan kehadiran ibu bapa yang ramai ke mesyuarat pada kali ini. 2.4 Puan Guru Besar memaklumkan pegawai PPD yang sepatutnya merasmikan majlis PIBG pada kali ini iaitu Tuan Yusoff tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Hal ini kerana hampir 80% sekolah-sekolah di daerah PPDSPU mengadakan mesyuarat PIBG pada hari ini dan para pegawai PPD diagihagihkan ke sekolah-sekolah berkenaan. 2.5 Puan Guru Besar menjelaskan tentang keadaan cuaca yang panas pada waktu persekolahan kini. Surat telah dikeluarkan untuk membenarkan muridmurid memakai T-shirt dan ibu bapa dinasihatkan untuk membekalkan anakanak dengan botol air. Murid boleh ‘refill’ atau mengisi air yang telah disediakan oleh PIBG untuk mengelakkan strok haba. 2.6 Segala program di luar bilik darjah telah dibatalkan termasuk Sukan Tahunan atas arahan KPM, JPN dan PPD. Kem Jati diri Tahun 6 juga ditangguhkan. 2.7 Puan Guru Besar juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan RM10 untuk pembelian set KFC bagi menyambut Sambutan Hari Guru & Jamuan


9 Aidilfitri. Murid dibenarkan untuk memakai baju raya atau pakaian yang sesuai dan sopan. 2.8 Puan Guru Besar memaklumkan enrolmen murid SKDM 2023. Murid bertambah tetapi kelas tidak mencukupi. Pihak JPN mengarahkan surau diubah menjadi kelas. 2.9 Guru Besar menyatakan pihak sekolah telah membuat permohonan surau baharu pada tahun lepas. Pada mulanya permohonan tersebut diluluskan. Namun begitu akibat kegawatan ekonomi, kelulusan ditarik semula. 2.10 Kelas KAFA hanya dibuka kepada 7 kelas sahaja. Pihak sekolah mengutamakan murid SKDM. Setakat ini kekosongan hanya untuk kelas Tahun 4. Sepatutnya, 1 kelas KAFA hanya terdiri daripada 25 orang murid sahaja tetapi atas ehsan ustazah KAFA, 1 kelas dibenarkan sehingga 33 orang murid. 2.11 Guru Besar turut memaklumkan program-program sekolah yang telah berlangsung, semasa, akan dijalankan dan ditangguhkan iaitu: a) Program Transisi Tahun1 (telah selesai). b) Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas ICT, Pembimbing Rakan Sebaya iaitu keseluruhannya hampir 300 orang murid (telah selesai). c) Pertandingan kelas terbersih dijalankan setiap minggu. d) Kem pengawas (ditangguhkan). e) Dialog prestasi (akan dijalankan). f) Sukan sekolah ditangguhkan ke Oktober. g) Program koakademik (ditangguhkan). 2.12 Guru Besar menyatakan banyak program yang telah dirancang perlu ditangguhkan disebabkan cuaca yang panas. 2.13 Disebabkan PKP, guru-guru ‘struggle’ untuk menghadapi sikap murid yang malas untuk belajar. Pihak bimbingan dan kaunseling sekolah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan jati diri dan sahsiah murid. Namun begitu pada tahun ini pula, kita diuji dengan iklim cuaca yang sangat panas.


10 Guru Besar berharap agar kita sama-sama berdoa supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dan cuaca kembali baik. 2.14 Puan Guru Besar menjelaskan tentang Kurikulum 2.14.1 Pentaksiran PBD akan dijalankan pada bulan Julai ini. 2.14.2 Program SEGAK : semua murid perlu ambil untuk uji tahap kesihatan dan kecergasan murid. 2.14.3 PBD: Murid Tahun 5 dan Tahun 6 perlu mendapatkan TP5 atau TP6 untuk permohonan kemasukan ke SBP, MRSM dan sekolah. Pada tahun 2022, seramai 22 orang murid dapat masuk ke SBP, SMKA dan MRSM. 2.14.4 UASA: Soalan ujian bagi 5 subjek berikut iaitu BM, BI, SN, MATH dan SEJ diberikan oleh KPM. Soalan tidak sama bagi setiap sekolah. Murid perlu menggunakan kemahiran sedia ada untuk mencapai TP6. 2.15 Puan Guru Besar menjelaskan tentang HEM 2.15.1 Rawatan pergigian telah bermula. 2.15.2 Kehadiran murid pada tahun 2022 ialah 89.7% melebihi target JPN iaitu 88%. 2.15.3 Disiplin murid dalam kawalan. 2.15.4 Kantin mendapat tambahan kerusi sebanyak 30 buah dan meja sebanyak 15 buah. Harga makanan meningkat disebabkan kos meningkat. 2.15.5 Bacaan Yasin pada Minggu 1 setiap bulan akan diketuai oleh Ustaz sebagai Khalifah Yasin (ketua bacaan) manakala Minggu 2 hingga Minggu 4 akan dikendalikan oleh murid yang telah dilantik sebagai Khalifah Yasin bagi meningkatkan keyakinan murid. 2.15.6 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh murid. 2.15.7 Terdapat isu mengenai murid perlu berdiri semasa perhimpunan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan fizikal, mental dan fokus dalam diri serta melatih murid untuk mendengar dengan teliti semasa guru berucap di hadapan. 2.15.8 Program Tabung Prihatin; Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sedekah pada setiap Hari Jumaat. Tabung ini dapat membantu murid-murid yang susah dan miskin. Terdapat lebih kurang 16% murid miskin di SKDM.


11 2.15.9 Pada 12 Mei 2023, pihak pentadbir telah melawat dan menyerahkan sedikit bantuan kepada bekas pekerja pembersihan di SKDM yang telah dipotong kakinya. Penglihatan mata juga telah terjejas dan tidak dapat melihat. 2.15.10Penyerahan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang telahpun selesai. 2.15.11KWAMP; Pendapatan perkapita RM1169/perkapita. 2.15.12RMT terdiri daripada 103 orang murid. Kadar RMT bagi seorang murid telah dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50. 2.15.13Program Ihya Ramadan; Kutipan yang diperoleh adalah sebanyak RM 32545.20. (Zakat + Sumbangan). 2.15.14Wang tersebut diberikan kepada murid ASNAF iaitu seramai 64 orang, pemberian wang saguhati kepada murid yang telah khatam AlQuran dan murid yang menjadi Khalifah Yasin, pemberian duit raya kepada setiap murid SKDM serta pembelian baju raya untuk 11 orang murid miskin. 2.15.15Pendaftaran Tahun 1 telah dibuka bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2017 & 2018. Waris boleh memohon secara dalam talian. 2.15.16Aktiviti 1M1S dan Kokurikulum ditangguhkan. 2 waktu terakhir akan di bawa ke hadapan. Murid akan pulang pada jam 12:40 tengah hari pada setiap hari Selasa. 2.15.17Kejohanan Olahraga ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. 2.16 Dengan lafaz Bismillah, Puan Guru Besar merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke-12.


12 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 12 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Yang diPertua PIBG, Encik Badrul Nizam mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke mesyuarat kali ini. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Puan Zalifah binti Abdul Samat selaku Setiausaha PIBG membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu untuk diterima dan disahkan. Pencadang : Puan Afifah binti Sahari Disokong : Encik Azmi bin Alang 3.0 MEMBENTANG & MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan aktiviti PIBG. Pencadang : Encik Mohd Azlan bin Ramli Disokong : Encik Mohd. Fadli bin Mohd Alias 4.0 PEMBENTANGAN & PENYATA KEWANGAN 4.1 Puan Halimaton binti Abdul Razak selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan. Pencadang : Encik Mohd Norizhar bin Abd. Hamid Disokong : Encik Adnan bin Ishak 4.2 Pertanyaan oleh Encik Mohd Fadli bin Mohd Alias. 4.2.1 Kenapa langsir dan grill 5 Ruby tidak menggunakan duit peruntukan dari JPN? 4.2.2 Adakah terdapat had pengeluaran perbelanjaan daripada AJK PIBG?


13 4.3 Jawapan daripada Guru Besar. 4.3.1 Langsir adalah hasil usaha sama PIBG. Terdapat aduan daripada murid-murid dan guru mengenai cahaya matahari menembusi tingkap kelas. Hal ini menyebabkan keadaan dalam kelas panas dan silau. Pada tahun ini, kelas-kelas Tahun 6 juga ada membuat permohonan untuk mendapatkan langsir. Guru Besar menyatakan tiada peruntukan daripada JPN untuk membeli langsir. 4.3.2 Kelas 5 Ruby pada asalnya ialah bilik muzik dan tiada grill pada tingkap. Bagi menjamin keselamatan murid, grill telah dipasang pada tingkap. 4.3.3 Guru Besar menyatakan nota perbelanjaan untuk program Ihya Ramadan telah disediakan namun tidak dipaparkan dalam buku program. 4.4 Jawapan daripada Encik Badrul. 4.4.1 Beliau terpaksa membuat keputusan dengan kadar segera mengenai pemasangan grill kerana hal ini berkaitan keselamatan murid. 4.4.2 Sebanyak mana duit yang masuk bagi program Ihya Ramadan, jumlah yang sama juga perlu keluar. 4.5 Encik Adnan bin Ishak selaku seorang bekas jurutera dari Pembangunan PPD & JPN mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana mengambil inisiatif untuk bertindak segera berkaitan pemasangan pagar keselamatan atau grill. Hal ini kerana peruntukan yang diturunkan menjadi pecahan kecil kerana bilangan sekolah di Pulau Pinang yang banyak. 5.0 MEMBAHASKAN USUL 5.1 Usul 1: Sumbangan PIBG. 5.1.1 Puan Zalifah binti Abdul Samat selaku Setiausaha PIBG mewakili ahli jawatankuasa PIBG 2022/2023 mengusulkan sumbangan RM50.00 untuk satu keluarga anak yang belajar di SKDM. 5.1.2 Setiausaha PIBG mencadangkan amaun RM50.00 bagi satu keluarga dikekalkan. 5.1.3 Encik Azmi bin Alang mencadangkan sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM60 dan dipersetujui sebulat suara.


14 5.2 Usul 2: Kelas KAFA 5.2.1 Berkaitan dengan permohonan untuk menambah guru KAFA, Encik Badrul menerangkan pihak sekolah tidak boleh menguruskan hal tersebut. Hal ini kerana Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang menguruskan hal berkaitan pengambilan guru KAFA. 5.3 Usul 3: Beg berat & Lokar di dalam kelas 5.3.1 Puan Guru Besar memaklumkan kelas-kelas di SKDM mempunyai ruang yang terhad. Ruangan bay juga kecil. Oleh itu, tidak sesuai untuk dibuat lokar. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak ikut jadual dengan baik. 5.4 Usul 4: Penyertaan sukan 5.4.1 Terdapat waris yang memberitahu anaknya tidak dapat menyertai pertandingan sukan. Guru Besar memaklumkan aktiviti sukan memerlukan had bilangan peserta dan pemain yang terpilih disaring oleh guru. 5.4.2 Pihak sekolah akan sentiasa memastikan murid-murid menjalani sukan-sukan yang ada. 6.0 PEMBUBARAN AJK 2022/2023 6.1 Encik Badrul memohon maaf sepanjang menjalankan amanah yang diberikan. 7.0 PERLANTIKAN AJK PIBG 2023/2024 7.1 Pengerusi sementara : Encik Zupri bin Ismail 7.2 Pemilihan Yang diPertua PIBG 7.2.1 Encik Adnan bin Ishak mencadangkan Encik Badrul Nizam (28 undi) dikekalkan dan disokong oleh Encik Fadli bin Mohd Alias.


15 7.2.2 Encik Asyraf Aziz mencadangkan Encik Norhisham Ramli (111 undi) dan disokong oleh Puan Noor Aishah. 7.2.3 Cadangan ditutup oleh Encik Azmi bin Alang. 7.2.4 Cadangan disokong oleh Puan Zalifah binti Abdul Samat. 7.2.5 Keputusan: Encik Norhisham Ramli 7.3 Pemilihan Naib Yang diPertua PIBG 7.3.1 Pn. Zalifah mencadangkan Encik Badrul Nizam dan disokong oleh Puan Suri Nurtharwa binti Kamauzaman. 7.3.2 Puan Samsiah binti Muhammad mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Encik Iskandar Shah bin Zulkarrain. 7.3.3 Keputusan: Encik Badrul Nizam bin Ismail. 7.4 AJK Waris 7.4.1 Puan Halimaton mencadangkan Puan Suri dan disokong oleh Puan Nadia. 7.4.2 Puan Ruhaida mencadangkan Encik Muhammad bin Hassan dan disokong oleh Puan Siti Nooraien. 7.4.3 Encik Syed Akmal Zulkhimin Syed M. Khir mencadangkan Encik Mohd Fadli bin Mohd Alias dan disokong oleh Encik Nazri. 7.4.4 Puan Maizaazira mencadangkan Encik Adnan Ishak dan disokong oleh Encik Muhammad bin Hassan. 7.4.5 Puan Suri mencadangkan Puan Samsiah dan disokong oleh Encik Norhisham bin Ramli. 7.4.6 Encik Azmi bin Alang mencadangkan juruaudit dalaman dikekalkan. 7.4.7 Puan Zalifah mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Encik Nazri. 7.4.8 Keputusan AJK Waris : a) Puan Suri Nurtharwa binti Kamauzaman


16 b) Encik Adnan Ishak c) Encik Muhammad bin Hassan d) Puan Samsiah binti Muhammad e) Encik Mohammed Fazli Mohammed Alias 7.4.9 Pemeriksa Kira-kira : a) Encik Khairol Izwan binti Salamat b) Puan Zalifah binti Abdul Samat 7.5 AJK Guru 7.5.1 Guru Besar membentangkan AJK guru yang terpilih. 7.5.2 Setiausaha PIBG : Puan Riza Nazira binti Mohd Sabri 7.5.3 Bendahari PIBG : Puan Halimaton binti Abdul Razak 7.5.3 AJK Guru : a) Encik Hasrul Haswady bin Md Radzi b) Encik Mohd Yusri bin Din c) Puan Noor Rashina binti Mohd Yusoff d) Puan Hasneta binti Azmi e) Puan Aifaa Hazwani binti Mukhtar Affandi 8.0 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Yang diPertua : Encik Norhisham Ramli Naib Yang diPertua : Encik Badrul Nizam bin Ismail Setiausaha : Puan Riza Nazira binti Mohd Sabri Bendahari : Puan Halimaton binti Abdul Razak Pemeriksa Kira-kira : : 1. Encik Khairol Izwan binti Salamat 2. Puan Zalifah binti Abdul Samat


17 Ahli Jawatankuasa Waris : 1. Puan Suri Nurtharwa binti Kamauzaman 2. Encik Adnan bin Ishak 3. Encik Muhammad bin Hassan 4. Puan Samsiah binti Muhammad 5. Encik Mohammed Fazli Mohammed Alias 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Encik Norhisham Ramli, Yang diPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada waris yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. 9.2 Beliau mengharapkan hubungan antara pihak guru, ibu bapa dan murid dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. 9.3 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa serta waris dalam membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid-murid. 9.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Disediakan oleh: RIZA NAZIRA BINTI MOHD SABRI Setiausaha PIBG, SK Desa Murni.


18 PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DESA MURNI, TAMAN SUNGAI DUA UTAMA, 13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG Tel : 04-3562921 ( SK Desa Murni ) ___________________________________________________________________________ AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2023/2024 Yang diPertua : Encik Norhisham bin Ramli Naib Yang diPertua : Encik Badrul Nizam bin Ismail Setiausaha : Puan Riza Nazira binti Mohd Sabri Bendahari : Puan Halimaton binti Abdul Razak Pemeriksa Kira-kira : 1. Encik Khairol Izwan binti Salamat 2. Puan Zalifah binti Abdul Samat Ahli Jawatankuasa Guru : 1. Encik Hasrul Haswady bin Md Radzi 2. Encik Mohd Yusri bin Din 3. Puan Noor Rashina binti Mohd Yusoff 4. Puan Hasneta binti Azmi 5. Puan Aifaa Hazwani binti Mukhtar Affandi Ahli Jawatankuasa Waris : 1. Puan Suri Nurtharwa binti Tuan Kamauzaman 2. Encik Adnan bin Ishak 3. Encik Muhammad bin Hassan 4. Puan Samsiah binti Muhammad 5. Encik Mohammed Fazli Mohammed Alias


19 KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN DESA MURNI 2023/2024 Bil Nama Jawatan 25/7/2023 25/9/2023 23/1/2024 30/4/2024 1. Hawa binti Mat Yazid GB / 2. Mohd Zubir bin Mat Zain GB / / / 3. Norhisham bin Ramli YdP / / / / 4. Badrul Nizam bin Ismail Naib YdP X X / X 5. Riza Nazira binti Mohd Sabri Setiausaha / / / / 6. Halimaton binti Abdul Razak Bendahari / / X / 7. Suri Nurtharwa binti Tuan Kamauzaman AJK Waris / / / X 8. Adnan bin Ishak AJK Waris / / X X 9. Muhammad bin Hassan AJK Waris X X / X 10. Samsiah binti Muhammad AJK Waris / / / / 11. Mohammed Fazli bin Mohammed Alias AJK Waris X / / X 12. Hasrul Haswady bin Md Radzi AJK Guru / / / X 13. Mohd Yusri bin Din AJK Guru / / / X 14. Noor Rashina binti Mohd Yusoff AJK Guru / / / / 15. Aifaa Hazwani binti Affandi AJK Guru / / / / 16. Hasneta binti Azmi AJK Guru / 17. Mahiran binti Awang AJK Guru X / X


20 LAPORAN AKTIVITI PROGRAM SEKOLAH BERSAMA PIBG SK DESA MURNI SESI 2023-2024 BIL. AKTIVITI TARIKH 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12 13 Mei 2023 2. Wakaf Yasin 30 Mei 2023 3. Kem Jati Diri Tahun 6 23 Jun 2023 4. Kejohanan Merentas Desa SKDM 2023 1 Ogos 2023 5. Taklimat/Penataran PBD dan Panduan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus 4 Ogos 2023 6. Program Gotong-royong Madani 1 9 September 2023 7. Seminar Great Teacher Organization 11 September 2023 8. Let’s Meet ‘Ash The Teacher’ 23 September 2023 9. Bacaan Yasin Khas : Palestin, Bersamamu 27 Oktober 2023 10. Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah 31 0ktober 2023 11. Sukan Tahunan Sekolah 25 November 2023 12. Hari Apresiasi SKDM 9 Disember 2023 13. Hari Kanak-kanak 12 Disember 2023 14. Hari Orientasi Prasekolah 2023/2024 14 Disember 2023 15. Hari Keusahawanan SKDM 14 Disember 2023 16. Welcoming Plukpunya Municipal School, Phuket, Thailand 15 Januari 2024 17. Program Gotong-royong Madani 2 27 Januari 2024 18. Hari Apresiasi Tahun 6 31 Januari 2024 19. Malam Semurni Kenangan 8 Februari 2024 20. Program Sambutan Murid Baharu dan Selamat Kembali ke Sekolah 11 Mac 2024 21. Sumbangan Beg Sekolah Dana Kita Cikgu Fadzli Salleh 23 Mac 2024 22. Kejohanan Merentas Desa SKDM 2024 27 April 2024


21 PENYATA PENDAPATAN PIBG SKDM 2023 BERAKHIR PADA 31/12/2023


22 PENYATA PERBELANJAAN PIBG SKDM 2023 BERAKHIR PADA 31/12/2023


23 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 Usul 1 : Memohon Sumbangan Tahunan RM60 Satu Keluarga Bahawa saya, Puan Riza Nazira binti Mohd Sabri Setiausaha PIBG SK Desa Murni dengan ini membawa usul Memohon Sumbangan Tahunan Sebanyak RM60.00 dikekalkan bagi satu keluarga anak yang belajar di sekolah ini untuk dibahas dan diterima dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-13 Sesi 2024/2025. Jika cadangan ini diterima, kutipan sebanyak RM60.00 akan dilaksanakan pada sesi persekolahan 2024/2025. Usul 2 : Memohon Mewujudkan Kelas Bahasa Cina Bahawa saya, Encik Hasrul Harwady bin Mat Radzi dengan ini membawa usul Memohon Mewujudkan Kelas Bahasa Cina. Hal ini dapat mendedahkan murid tentang bahasa lain selain membantu murid untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain khususnya kaum Cina. Usul 3 : Memohon untuk Menjalankan Program Bacathon Bahawa saya, Encik Zupri bin Ismail dengan ini membawa usul Memohon untuk Menjalankan Program Bacathon. Program ini dapat melahirkan murid yang minat membaca, dapat berbakti untuk sekolah di samping mengisi tabung/dana PIBG melalui Program Bacathon. Usul 4 : Memohon Sumbangan untuk Aktiviti Sekolah Bahawa saya, Siti Normaziah binti Kassim dengan ini membawa usul Memohon Sumbangan untuk Aktiviti Sekolah. Pihak sekolah boleh meminta sumbangan daripada ibubapa untuk aktiviti yang dilakukan di sekolah yang melibatkan muridmurid. Usul 5 : Kelas Dual Language Programme Bahawa saya, Suriati binti Azmi dengan ini membawa usul mewujudkan kelas Dual Language Programme di sekolah.


24 CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 1. Puan Siti Aishah Binti Saad Lawatan sambil belajar ke tempat yang tidak boleh dikunjung oleh orang awam. 2. Norhidayati Binti Mohd Daud Menyediakan rak buku di sekolah sebab buku terlalu berat. 3. Siti Normaziah Binti Kassim Mengadakan pelbagai aktiviti untuk subjek Bahasa Inggeris supaya murid lebih minat mempelajari bahasa Inggeris terutamanya bagi murid yang lemah supaya tidak ketinggalan di dalam kelas. 4. Mohd Syazwan Bin Zakaria Adakan satu hari untuk Hari Keceriaan Kelas. Ibu bapa, guru-guru & pelajar bergotong-royong membersih dan menghias kelas. 5. Zulaiha Bt Hasan Mohon pihak koperasi tidak menjual barang-barang selain barang sekolah. 6. Nor Azliza Binti Akbar Beg terlalu berat bagi murid tahap 2 melibatkan banyak subjek dalam sehari. Cadangan supaya mergekan jadual waktu seperti sebelum ini bagi mengurangkan berat beg sekolah. Terima kasih. 7. Diana Ramli Sediakan loker/ box utk simpanan buku di sekolah. 8. Puan Zaiton Bt Saad Pada pandangan saya, yang paling saya amat tegaskan sekali adalah dari segi keselamatan pelajar. Apa yang saya perhati, security guard tidak menjalankan tugas keselamatan yang sempurna untuk pelajar. Contoh, ketika waktu menghantar dan pulang, banyak kenderaan yang tersekat kerana pelajar masih berkeliaran di kawasan luar dan menghalang ibu bapa sekaligus melambatkan


25 masa untuk ibu bapa ketika mengambil atau menghantar pelajar. Saya cadangkan pengawal keselamatan sila beri tunjuk arah dan lebih teliti kepada pelajar dan lebih tegas untuk mendesak mereka untuk masuk di dalam kawasan sekolah. Cikgu juga boleh untuk turut sekali untuk menjemput pelajar pada waktu pagi supaya pelajar lebih takut dan tidak melengahkan masa mereka untuk berada di luar pagar. Cadangan seterusnya adalah dari segi menjual di luar kawasan sekolah. Makanan tidak seimbang untuk mereka justeru boleh mengakibatkan pelajar tantrum kepada penjaga mereka kerana enggan atau melarang untuk membeli. Saya berharap pihak sekolah boleh menitikberatkan soal pandangan ke-2 yang saya huraikan, perlu saya ingatkan kepada pihak sekolah segala jualan amatlah tidak berfaedah dan tidak sihat bagi tumbesaran kanak kanak. 9. Zukri Bin Abdullah Tambahkan medal merentas desa dari 10 kepada 15 untuk sokongan moral kepada murid. 10. Mohamad Faisal Bin Mansori Banyakkan iklan matlamat pendidikan negara dalam sekolah. 11. Nur Edayu Azmi Pelbagaikan makanan di kantin. Baik pulih rasa makanan di kantin. 12. Mohd Khairi Yaacob Sediakan papan tanda yang jelas tentang lorong berhenti untuk hantar anak sekolah. 13. Siti Azimah Binti Majingkal Pemasangan penghawa dingin. 14. Syed Akmal Zukhimin Bin Syed Mohamad Khir Memperbanyakkan program motivasi yang menarik dan jitu.


26 15. Mohammad Firdaus Bin Mohammad Maftuh Sediakan tempat letak buku dalam kelas supaya murid tidak bawa buku yang banyak ke kelas. 16. Noor Syakila Memperbesarkan kantin sekolah sebab nampak ramai sangat anak-anak tidak cukup tempat duduk. 17. Noorazwin Bt Roslan Whims Waktu pulang serentak untuk semua darjah. 18. Muhammad Adam Bin Din Tambah kipas dinding dalam kelas, anak selalu mengadu panas dalam kelas, kipas sedia ada angin tidak kuat. 19. Norhidayati Binti Mohd Daud Harapan dengan parking motor untuk ambil anak sekolah ada dan bukan untuk kereta parking. 20. Mohamad Hazizi Minta pakaian sekolah dipakai semula Isnin dan Jumaat. 21. Mohammad Azhari bin Zubit Mengadakan kabinet buku/tempat simpan buku yg bersesuaian untuk pelajar memandangkan SKDM merupakan sekolah 1 sesi. Saya mengusulkan perkara ini kerana banyak kesan beg berat kepada pelajar terutamanya masalah sikolisis (tulang bengkok) 22. Mohd Firdaus Mewujudkan locker di setiap kelas untuk membolehkan anak-anak menyimpan buku teks masing di sekolah dan mengurangkan masalah beg berat.


27 23. Farhana Abd Halim Mohon pihak sekolah sediakan sijil penyertaan atau pencapaian kepada murid bagi setiap aktiviti dan pertandingan yang disertai di sekolah untuk digunakan sewaktu temuduga ke sekolah khusus jika berkaitan. 24. Md Tarmizi Bin Md Nor Mohon apa-apa aktiviti diberitahu awal kepada ibu bapa bg memudahkan urusan. Ini kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.. 25. Nur Lisa Bt Ismail Hari usahawan diadakan pada hari Sabtu supaya ibu bapa dapat hadir juga untuk memeriahkan lagi. 26. Sazwani Binti Shuib Gandakan latih tubi dan adakan kelas intensif untuk anak tahun 6. 27. Siti Nur Ezlee Bt Amzah Persatuan dan kelab didaftarkan mengikut minat anak-anak dengan mengadakan pendaftaran terbuka (first come first serve). 28. Norsyanida binti Akdedan Penambahbaikan kesesakan di pintu masuk sekolah. 29. Khirulnizam Bin Ahmad Kerjasama antara ibubapa dan guru-guru perlu dipertingkatkan demi melahirkan generasi yang berjaya. 30. Nurul Najwa Binti Nordin Fail poket tidak diwajibkan beli utk setiap tahun. 31. Nur Farhana Amer Kertas peperiksaan diserahkan kepada murid setiap kali selesai menduduki peperiksaan untuk perhatian ibu bapa.


28 32. Natrah Azis Kebersihan toilet - Charlie di dalam toilet pelajar lelaki & perempuan. Sekiranya terdapat aktiviti atau program yang dibuat semasa waktu belajar (contoh:sambutan raya, hari guru) tidak perlu minta pelajar bawa buku. Minta sumbangan ibu bapa untuk bersama sediakan rak di belakang kelas bagi menyimpan buku. Sebelum mula alam persekolahan, pihak sekolah boleh buat program untuk sumbangan atau derma baju-baju sekolah yang lama. Supaya ibu bapa yang tidak mampu boleh ambil baju sekolah yang masih boleh digunapakai untuk anak mereka. Kadang-kadang banyak baju yang masih elok, tapi dah tidak muat.


29 JAWATANKUASA PIBG SK DESA MURNI 2024/2025 Penasihat : Guru Besar SK Desa Murni Yang Dipertua PIBG : ...................................................................................... Naib Yang Dipertua PIBG : ...................................................................................... Setiausaha (Guru) : ...................................................................................... Penolong Setiausaha - PIBKS (Guru) : ………………………………………………….. Bendahari (Guru) : ……………………………………………………………… AJK Waris : 1. .............................................................................................................................. 2. .............................................................................................................................. 3. .............................................................................................................................. 4. .............................................................................................................................. 5. .............................................................................................................................. AJK Guru : 1. .............................................................................................................................. 2. .............................................................................................................................. 3. .............................................................................................................................. 4. .............................................................................................................................. 5. .............................................................................................................................. Juruaudit (Waris) : ...................................................................................... Juruaudit (Guru) : ......................................................................................


30


Click to View FlipBook Version