The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeeky01, 2020-02-27 20:53:39

kertas cadangan dana PIBG

kertas cadangan dana PIBG

SMK Sri Utama merupakan sebuah sekolah di
daerah Petaling Utama dengan enrolmen seramai
300 orang murid dari kelas peralihan hingga
tingkatan 5. Sekolah ini telah ditubuhkan pada
tahun 1994 dan kini telah mencapai usia 26 tahun.
Justeru itu, sekolah ini memerlukan sumbangan dan
dana untuk membaikpulih dan menaiktaraf
kemudahan dan infrastruktur yang semakin uzur.
Keperluan prasarana dan persekitaran yang lebih
kondusif sangat penting untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran murid. Menjadi
lebih berkesan.

MATLAMAT

1. Menambah dana PIBG SMK Sri Utama
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang kondusif , selamat dan
berkesan
3. Mengeratkan jalinan antara sekolah, komuniti
dan masyarakat setempat

OBJEKTIF

1. Menambahbaik infrastruktur sekolah.
2. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk

pembelajaran.
3. Memberi keselesaan kepada murid dan semua

warga sekolah.
4. Penyelenggaraan dapat dilakukan secara

berkala.
5. Mengelakkan berlakunya kemalangan atau

kejadian yang tidak diingini.

Anggaran Dana Diperlukan :

BIL. PENYELENGGARAAN ANGGARAN
KOS

1 Paip Utama bocor. RM2000.00
Saluran paip utama yang ditanam dalam tanah bocor.

2 Tangki air bocor. RM 3000.00

Tangki dan saluran paip air di blok Delima bocor. Ini
menyebabkan siling dan peralatan elektrik seperti kipas
dan suis di Bilik Seni rosak.

3 Cat bangunan sekolah. RM25000.00
Pemandangan luaran sekolah sangat kusam dan tidak
ceria. Semua blok perlu dicat semula.

4 Lantai di Bilik Mesyuarat. RM10000.00
Lantai jubin di dalam Bilik Mesyuarat telah pecah dan
tercabut. Ini boleh mendatangkan kecederaan dan
merbahaya.

5 Sistem pendawaian elektrik. RM20000.00
Memandangkan usia sekolah telah menjangkau 25 tahun,
maka pendawaian elektrik perlu diganti. Akibat dari
masalah ini ,banyak soket dan suis rosak serta sering
berlaku gangguan elektrik. Semua bangunan tiada wayar
bumi.

6 Makmal Komputer. RM 25000.00
Makmal Komputer tidak dapat digunakan lkerana masalah
pendawaian dan selalu mengalami ‘trip’ bekalan elektrik.

7 Bumbung bocor. RM 5000.00
Sebahagian bumbung di blok Nilam dan Dewan Gemilang
telah bocor. Rabung bumbung di blok Zamrud juga telah
tercabut.

8 Longkang tersumbat. RM6000.00
Longkang di sekeliling gelanggang futsal telah tersumbat.
Ini menyebabkan air bertakung di gelanggang futsal terse-
but. Memandangkan gelanggang futsal ini terletak berse-
belahan kelas PPKI, ini akan menimbulkan masalah
keselamatan kepada murid-murid PPKI.

9 Pintu kelas. RM5000.00
Terdapat lima kelas yang telah tercabut pintu.

10 Keretakan bangunan.
Blok Mutiara dan Makmal Komputer mengalami keretakan
pada bahagian bawah bangunan manakala Dewan
Gemilang pula mengalami keretakan pada dinding
belakang dewan. Ini disebabkan berlakunya tanah
gelongsor.

11 Lantai. RM1000.00
Banyak lantai kelas yang berlubang. Sekolah memerlukan
peruntukan untuk membeli simen untuk menampal lantai
yang berlubang.

12 Tar di kawasan parkir kereta. RM8000.00
Tar di kawasan parkir dalam kawasan sekolah berlubang
menyebabkan air bertakung dan mengancam keselamatan
murid.

13 Rumah Pam. RM5000.00
Tangki di Rumah Pam telah rosak dan masih belum
dibaikpulih.

14 Penyelenggaraan Alat Pemadam Kebakaran. RM10000.00
32 unit Alat Pemadam Kebakaran tidak dapat diselenggara
kerana masalah kewangan sekolah. Peruntukan
Kewangan Sekolah tidak mencukupi untuk penyeleng-
garaan Alat Pemadam Api tersebut.

15 Kebuk wasap. RM2500.00
2 kebuk wasap di Makmal Kimia rosak

16 Anai-anai RM10000.00
Sebahagian besar bahagian kayu di bangunan sekolah
telah dimakan anai-anai.

PENUTUP
Matlamat sekolah adalah untuk
mewujudkan sekolah yang selesa,
ceria dan selamat supaya dapat
merangsang suasana yang kondusif
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Amatlah diharapkan
agar peruntukan perbelanjaan
penyelenggaraan dapat disalurkan
kepada SMK Sri Utama supaya
matlamat ini dapat dicapai.

BARISAN PIBG SRI U
TAHUN 2020/2021

GAMBAR-GAMBAR KEROSAKAN

KEADAAN BILIK SENI AKIBAT TANGKI AIR YANG TERLETAK DI ATAS BUMBUNG BLOK DELIMA BOCOR.

BUMBUNG DI BLOK NILAM DAN RABUNG DI BLOK ZAMRUD

LANTAI BILIK MESYUARAT


Click to View FlipBook Version