The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6565196, 2021-09-25 01:21:38

PROFIL TOKOH SUKAN PANDELELA

PROFIL TOKOH SUKAN PANDELELA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI
PROFILE TOKOH SUKAN

NEGARA MALAYSIA

Pandelela Rinong anak Pamg

ATLET TERJUN MALAYSIA

1. Nama penuh : Pandelela Rinong anak Pang

2. Nama popular : Pandelela Rinong (Lela)

3. Tarikh lahir : 2 Mac 1993

4. Tinggi : 160 CM

5. Berat : 52 KG
6. Asal – usul : Kampung Jugan, Bau, Sarawak, Malaysia

7. Tahun aktif : 2007 hingga kini

8. Nama bapa : Pamg Joheng
9. Nama ibu : Hartini Lamim

10. Adik- beradik : Pardika Indoma (abang)

Pici Parnia ( adik)

Parcelia Renyelia (adik )

❖ Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, sebuah
perkampungan Bidayuh di Bau, Sarawak kepada Hartini
Lamin dan Pamg Joheng.

❖ Beliau mempunyai ketinggian 5'3" dan mempunyai berat
52kg. Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau.

❖ Beliau berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak,
Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi
perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah
Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

❖ Beliau kini mengambil ijazah Sains Sukan di Universiti
Malaya, jurusan Pengurusan Sukan.

❖ Pandelela ialah peminat setia K-pop dan anime Jepun. Beliau
menamakan Big Bang sebagai kumpulan muzik
kegemarannya.

❖ Pandelela mempunyai 100,000 pengikut di Instagram, dan
mempunyai lebih daripada 117,000 orang di laman Facebook
rasmi beliau.

❖ Pandelela Rinong menjadi wanita pertama Malaysia
pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik
Musim Panas 2012 di London.

Tahun 2007

• Pingat Emas di Sukan SEA Nakhon Ratchasima 2007 acara 10
m synchro platform

Tahun 2009
• Kejohanan Dunia Rom 2009 acara 10 m synchro platform –
Pingat Gangsa
• Sukan SEA Vientiane 2009 acara 10 m platform – Pingat Emas

• Sukan SEA Tenggara Vientiane 2009 acara 10 m synchro
platform – Pingat Emas

Tahun 2010
• Youth Olympics Singapura 2010 acara 10 m platform – Pingat
Perak
• Youth Olympics Singapura 2010 acara 3 m batu loncatan –
Pingat Perak

• Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m platform – Pingat
Gangsa

• Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m synchro platform –
Pingat Perak

• Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m synchro platform –
Pingat Perak

• Sukan Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m platform – Pingat
Emas

Tahun 2011
• World Series Moscow 2011 acara 10 m platform – Pingat Perak
• World Series Beijing 2011 acara 10 m synchro platform –
Pingat Perak
• Universiade Shenzhen 2011 acara 10 m platform – Pingat
Perak
• Universiade Shenzhen 2011 acara 10 m synchro platform –
Pingat Gangsa

Tahun 2012
• Sukan Olimpik London 2012 acara 10 m platform – Pingat
Gangsa

Tahun 2016
• Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 m platform – Pingat
Perak.

• Pandelela tidak menjadikan kesempitan hidupnya sebagai
satu halangan untuk berjaya dan mencapai impian.
Kekurangan yang dihadapinya sejak kecil menjadi pemangkin
untuk beliau terus berusaha sehingga mendapat apa yang
diimpikan selama ini. Sokongan kedua ibu bapanya yang
tidak henti memberi dorongan sejak kecil menjadikan beliau
atlit renang yang berjaya mengharumkan nama negara di
arena renang sehingga berjaya mendapat pingat emas, perak
dan gangsa untuk Malaysia tercinta. Berbekalkan semangat
“Agi Idup Agi Ngelaban” membuatkan Pandelela terus
berdedikasi serta komited terhadap bidang yang diceburinya
tanpa menoleh ke belakang lagi.


Click to View FlipBook Version