The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfilzah262, 2022-11-01 09:23:45

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU

E-PORTFOLIO
SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN BAHASA
MELAYU

NURIN ANIES NADHIRA BINTI YUSNIZAM
PENSYARAH : PUAN SOHAINI BINTI REJAB

SISTEM TULISAN BAHASA
MELAYU

01 ZAMAN 02 ZAMAN

PRAMERDEKA PASCAMERDEKA

- Sistem Tulisan Rencong - Sistem Ejaan Za’ba
- Sistem Tulisan Pallava - Sistem Ejaan Rumi Kongres
- Sistem Tulisan Kawi - Pedoman Ejaan Rumi Dalam
- Sistem Tulisan Jawi
Bahasa Melayu

01

Zaman Pramerdeka

1. SISTEM TULISAN RENCONG

❑ Sistem tulisan Rencong merupakan bentuk tulisan terawal di Alam Melayu.

❑ Tulisan ini banyak digunakan di Sumatera Selatan, iaitu di Bangkahulu,
Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jambi serta Minangkabau.

❑ Bentuk tulisan ini banyak ditulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar,
kepingan-kepingan logam dan pada batu bersurat.

❑ Sebagai buktinya, tulisan Rencon ini telah dijumpai pada tahun 1892 di
sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka Barat.

❑ Tulisan ini kekal hingga abad ke-18, iaitu sebelum Belanda menjajah
Indonesia.

Tulisan Rencong

2. SISTEM TULISAN PALLAVA

❑ Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu semasa
mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang.
(Nik Safiah seperti yang dinyatakan dalam Shamsul et al., 2020)

❑ Tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika itu
bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

❑ Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan
istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang
kebanyakan membaca dan menulis.

❑ Penemuan terawal tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan
(Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai
Mahakam dengan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja
topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di
Muzium Nasional Jakarta.

Tulisan Pallava

BUKTI PENEMUAN TULISAN PALLAVA:

• Batu Bersurat Kedudukan Bukit,
Palembang (683M)

• Batu bersurat ini diperoleh M.
Batenburg daripada sebuah keluarga
Melayu yang menetap di kampung
Kedudukan Bukit pada 29 November
1920.

• Berbentuk batu kecil
• Ditulis dalam tulisan Pallava.
• Terdapat sepuluh baris ayat yang

diukir pada batu yang berbentuk
bujur.

BUKTI :

• Batu Bersurat Talang Tuwo
(684M)

• Ditulis dalam aksara Pallava
• Ditemui oleh Louis Constant

Westenenk (Residen Palembang)
pada tahun 1920 di kaki Bukit
Siguntang.
• Merupakan salah satu
peninggalan Kerajaan Srivijaya.
• Batu bersurat ini dipahat di atas
batu pasir

BUKTI :

• Batu Bersurat Kota Kapur (685M)
• Berbentuk tugu.
• Tulisan pada batu bersurat ini ditulis

dalam aksara Pallava, dan merupakan
salah satu dokumen bertulis tertua dalam
bahasa Melayu.
• Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K van
der Meulen pada tahun 1892
(Coedes, 2009).

BUKTI :

• Batu Bersurat Kota Kapur (685M)

BUKTI :

Batu Bersurat Kota Kapur
(685M)

Berikut merupakan
gambar skrip Pallava yang
terdapat pada inskripsi
Kota Kapur.
Omar Amir Husin 1962:14
(seperti yang dinyatakan
dalam Hashim Musa, 2003)

3. SISTEM TULISAN KAWI

➢ Tulisan Kawi digunakan untuk menulis dalam Bahasa Kawi yang dituturkan
oleh orang Jawa.

➢ Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan
turunan daripada sistem Pali.

➢ Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair.
➢ Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang

dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel.
➢ Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar berbentuk kursif

dan kemudian diubah suai dan ditulis pada batu.
➢ Banyak meminjam daripada istilah bahasa Sanskrit serta elemen-elemen

Hindu.
➢ Tulisan Kawi lenyap pada tahun 1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan

Majapahit.

Tulisan Kawi

Tulisan Kawi

BUKTI PENEMUAN TULISAN KAWI :

i. Di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara, yang tertulis dalam
bahasa Melayu kuno yang bertarikh 1179 Masihi;

ii. Di Padang Lawas, Tapanuli Sumatera Utara bertarikh 1213
Masihi yang bersifat dwibahasa (Melayu Tua dan Tamil)

➢ Kedua-dua inskripsi itu tertulis dalam skrip Kawi bersegi
empat. Inskrinpsi-inskripsi ini menunjukan bahawa bahasa
Melayu Tua telah menggunakan jenis skrip Kawi pada abad
ke-11 dan ke-12 Masihi sesudah skrip Pallava.
(Hashim Musa, 2003)

BUKTI :

Sejenis lagi skrip di Sumatera, yang
merupakan turunan daripada skrip
Kawi Jawa Timur, iaitu skrip yang
terdapat pada inskripsi-inskripsi
Raja Adityavarman (sekitar tahun
1356-1375) di Sumatera Tengah.
(Hashim Musa, 2003)

4. SISTEM TULISAN JAWI

Hashim Musa (2003) menayatakan bahawa:

Tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu
Bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Skrip Arab tergolong dalam
keluarga Semitik daripada cabang Semitik Utara.

Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu
Klasik. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri. Skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan
enam abjad tambahan (lima abjad tambahan pada awalnya, iaitu ca, nga, pa, ga dan sa
seperti yang terdapat pada Batu Bersurat Terenganu.

Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang
Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera,
Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu Klasik.

BUKTI PENEMUAN TULISAN JAWI :

Pada tahun 1899 Masihi, sebuah batu bersurat
telah ditemui di Sungai Teresat iaitu kira-kira
32 Kilometer dari Sungai Terengganu. Pada
batu bersurat itu terpahat huruf Arab –
Melayu. Huruf yang terletak pada batu itu
dianggap sebagai tulisan Jawi tertua di Asia
Tenggara. Tarikh batu bersurat itu tersebut
adalah pada 22 Februari 1303 Masihi.
Kandungan batu bersurat tersebut adalah
tentang sepuluh fasal “syarat undang-
undang”. Catatan yang terpahat pada batu itu
menerangkan tentang agama Islam dan
undamg-undang sebagai seorang Raja.

4. SISTEM EJAAN JAWI ABAD KE-18M

Hashim Musa (2006) menayatakan bahawa:

Sistem ejaan Jawi dalam manuskrip Hukum Kanun Melaka
mempunyai lebih banyak penggunaan abjad-abjad vokal alif,
wau dan ya untuk melambangkan bunyi-bunyi vokal pada suku
kata tertutup jika dibandingkan dengan manuskrip-manuskrip
terdahulu.

Faktor Kemorosotan Tulisan Jawi

❑ Subjek tulisan Jawi hanya diajar di peringkat rendah dan
tidak diteruskan di peringkat menengah.

❑ Tulisan Jawi tidak dijadikan tulisan rasmi surat-surat rasmi
kerajaan.

❑ Subjek tulisan Jawi tidak tidak menjadi syarat wajib lulus
peperiksaan di sekolah.

Salinan Foto Empat Halaman
Hukum Kanun Melaka

berasaskan naskhah mikrofilem Perpustakaan Negara Malaysia
(Hashim Musa, 2006)

0.2
Sistem Tulisan

Zaman
Pascamerdeka

1. SISTEM
EJAAN ZA’BA

2

BIODATA

o Nama: Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba
o Merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan

Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan
pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang
budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang
terkemuka dalam sejarah Malaysia.

o Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama
hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum
di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris

3

SISTEM EJAAN ZA’BA

❑ Pada tahun 1993, Za'ba telah menghasilkan sistem ejaan rumi bahasa
Melayu dan tulisan beliau telah disiarkan dalam Daftar Ejaan Melayu
Jawi-Rumi 1949.

❑ Terdapat beberapa kelemahaan yang terkandung dalam Sistem Ejaan
Wilkinson yang dipakai sebelum ini.

❑ Oleh sebab itu, sistem Ejaan Rumi Za'ba telah dihasilkan untuk
memperbaiki Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu

4

SISTEM EJAAN ZA’BA

❑ Sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
❑ Dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sutan Idris).
❑ Merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem

Ejaan Baharu.
❑ Dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah-

sekolah dan institusi tinggi sehingga tahun 50-an.
❑ Tidak menggunakan teori dan Teknik linguistik.

5

SISTEM EJAAN ZA’BA

❑ Melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf yang digunakan.

❑ Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang
terdapat dalam bahasa Melayu maka, grofem dan tanda-tanda baru telah
digunakan untuk mencukupkannya.

❑ Contohnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>,
dan tanda-tanda seperti < ‘ >, < ‘ > adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi yang
dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi seperti <a’ in> dan < hamzah>

6

PERLEMBANGAN HURUF-HURUF JAWI DALAM HURUF RUMI

7

SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA

❑ Terdapat beberapa pembaharuan yang terkandung dalam Ejaan Za'ba iaitu
membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf bahasa Melayu,
termasuk saksi dan huruf benar.

❑ Huruf Saksi
merupakan vokal yang terdiri daripada huruf a, e, e, i, o dan u

❑ Huruf Benar
merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

8

PERATURAN SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA

Terdapat 40 peraturan yang terkandung dalam Sistem Ejaan Za’ba. Antaranya:

Huruf h dan k adalah huruf akhir dalam Sesuatu perkataan perlu dieja dengan
suku kata akhir tertutup, maka vokal e dua ‘g’ dalam tulisan rumi apabila
akan digunakan dan bukan vokal pada terdapat huruf nga dan ga yang
suku kata tersebut. berterusan dalam tulisan Jawi

Contoh: chantek, balek, batek Contoh: langgar, manggis

Contoh: saman, geran, sain Peraturan 1 hingga 5 hanya
menyentuh berkaitan tentang
Perkataan yang dipinjam daripada keserasian vokal dalam suku kata
Bahasa Inggeris yang sudah berlakunya pertama dan kedua jika suku kata
penyerapan sepenuhnya dengan bunyi kedua itu merupakan suku kata
Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu tertutup

9

SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA

❑ Telah mula memperkenalkan huruf Jawi iaitu pinjaman huruf-huruf daripada
bahasa Arab.

❑ Diperkenalkan alif, wau, ya sebagai huruf saksi iaitu huruf vokal dan sebagai
huruf konsonan.

❑ Pada peringkat ini, diterangkan bunyi saksi dalam bahasa Melayu.
❑ Za’ba menerangkan tentang kaedah ejaan dengan menggunakan baris dan

huruf saksi yang pernah wujud dalam tulisan bahasa Melayu huruf Jawi.
❑ Terdapat pembahagian dalam sistem ejaan Jawi Za’ba iaitu:
i. ejaan pada perkataan asal dan
ii. ejaan perkataan bertambah

10

SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA

Peringkat Pertama
➢ Terbahagi kepada lapan pecahan kecil iaitu ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi

yang berlainan, bunyi di atas bersepadu, perkataan bunyi yang berkaitan, alif,
wau dan ya menjadi saksi berjumpa alif, wau dan ya yang bukan huruf saksi,
ejaan tua, perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Arab dan memakai baris
tanda.
Peringkata Kedua
➢ Ejaan perkataan bertambah terbahagi kepada tiga pecahan kecil masuk
menambah di pangkal, masuk penambah di hujung dan masuk penambah di
pangkal dan hujung.

11

2. SISTEM
EJAAN RUMI
KONGRES

12

❑ Ejaan Rumi Kongres telah diwujudkan selepas Ejaan Rumi Za’ba.
❑ Sistem Ejaan Rumi Kongres hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa

Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956.
❑ Sidang tersebut telah membentangkan tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi

bahasa Melayu.
❑ Melalui kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa

Melayu, dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan
Jawi.
❑ Namun, penggunaan system ini tidak dapat digunakan secara meluas kerana
terdapat kesukaran dalam membezakan beberapa huruf atau grafem yang tidak
terdapat dalam mesin taip atau alat pencetak.

13

PRINSIP EJAAN

- Tanda sempang telah - Dari aspek huruf konsonan, - Menggunakan sistem fonologi
dihapuskan kecuali untuk tiga dapat dihasilkan daripada atau fonemik iaitu yang
tempat iaitu: bantuan vokal rumi asli yang melambangkan satu fonem
kata ganda, kata majmuk dan terdapat dalam sistem ejaan dengan satu grafem atau huruf
digunakan untuk memisahkan yang berjumlah 17. Konsonan sahaja.
bahagian yang tidak dapat yang dimaksudkan ialah - Huruf vokal mempunyai nama
ditulis kerana kehabisan b,c,d,f,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,w. yang sama dengan nilai bunyi
halaman yang sebelumnya. - - - Manakala konsonan g,v,x,z fonemnya. Vokal sistem terdiri
- Imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, - tergolong dalam huruf daripa a,e,i,o,u.
an dan partikel –lah, -tah, -kah pinjaman konsonan kerana - Penggunaakan vocal i atau u
akan dicantumkan denagn hanya digunakan ketika dalam suku kata akhir tertutup
kata dasar tanpa mengeja kata pinjaman. tanpa sebarang pengecualian
menggunakan sempang

14

3. PEDOMAN
EJAAN RUMI

BAHASA
MELAYU

15

❑ Terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya abjad dan huruf, huruf vokal, huruf
diftong, huruf konsonan, persukuan, sistem keselarasan huruf vocal, ejaan kata
serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah, ejaan kata serapan
daripada bahasa Arab, penulisan kata dasar, penulisan kata terbitan, penulisan kata
sendi nama, penulisan kata ganti singkat, penulisan partikel, penulisan kata ulang,
penulisan gabungan kata dan penggunaan tanda sempang.

16

ABJAD DAN HURUF

Abjad dan rumi merupakan abjad Rumi
bahasa Melayu yang mengandungi 26 huruf

yang tersusun

17

HURUF VOKAL

▪ Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat lima huruf vokal yang digunakan

bagi melambangkan enam fonem vocal atau bunti vokal baku.

▪ Huruf-huruf tersebut adalah a, e, i, o dan u.

18

HURUF DIFTONG

▪ Dalam sistem ejaan rumi terdapat tiga pasang huruf diftong dalam bahasa Melayu :

19

HURUF KONSONAN

▪ Terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi bagi melambangkan 27

fonem atau bunyi konsonan termasuk bunyi konsonan sekunder.

PERSUKUAN

▪ Dalam setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal sahaja dan vokal itu didahului

atau diapit oleh konsonan.

20

SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

▪ Bermaksud keselarasan atau kesesuaian huruf vokal yang dapat membentuk dua suku kata

pada kata dasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal
pada suku kata akhir tertutup.

▪ ua Prinsip keselarasan huruf vokal boleh berlaku dengan syarat keselarasan antara dua huruf

vokal pada kata dasar iaitu kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup dan kata yang
mengandungi suku kata yang lebih daripada duaa, aturan tentang sistem keselarasan huruf
vokal dikenakan dua suku kata yang terakhir iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir
tertutup.

21

EJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA
INGGERIS DAN BAHASA-BAHASA EROPAH
YANG LAIN

▪ Akan ditulis dengan huruf Roman dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf.

EJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA
ARAB

▪ Sudah lama terserap dalam bahasa Melayu dan dieja Rumi mengikut cara mengeja kata-kata

jati dalam bahasa Melayu.

▪ Sebagai contohnya, dalam ejaan Rumi iaitu sahabat, darurat, hakin dan izin.

22

PENULISAN KATA DASAR

▪ Ditulis dengan satu perkataan yang dipisahkan daripada kata lain yang ada di sampingnya.
▪ Contoh: Pak Kasim percaya bahawa engkau tahu akan perkara itu.

PENULISAN KATA TERBITAN

▪ Merupakan kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk

kata yang lain.

▪ Semua imbuhan awalan, sisipan, akhira, dan apitan serta semua bentu terikat lain yang tidak

dapat berdiri sendiri ditulis bersambung dengan kata dasar/ bentuk dasar/ bentuk akar.

▪ Contoh: imbuhan awalan anti-, bentuk dasar a2d3alah karat dan kata terbitan iaitu antikarat

PENULISAN KATA SENDI NAMA

▪ Penulisan kata sendi nama di dan ke atau lain-lain akan ditulis secara terpisah daripada semua

jenis kata yang ada selepasnya.

▪ Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan arah atau

mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu nama yang ada selepasnya.

▪ Contoh: komputernya ada di atas meja tulis itu.

PENULISAN KATA GANTI SINGKAT

▪ Terbahagi kepada empat jenis iaitu kau, ku, mu, dan nya.
▪ Kau dan ku sebagai awaln penanda pasif ditulus serangkai dengan kata dasar di belakangnya.

Contoh: kaudengar dan kuambi.

▪ Ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran yang ditulis di belakang kata dasar. Contoh: cintaku

24

PENULISAN PARTIKEL

▪ Terdapat empat jenis penulisan partikel iaitu –lah, -kah dan –tah yang menggunakan tanda

sempang dalam ejaan Rumi lama.

▪ Manakala, Rumi sekarang ditulis dengan serangkai kata dasar didepannya tanpa ada sempang.
▪ Contoh: ejaan lama iaitu ada-lah manakala ejaan sekarang iaitu adalah.

PENULISAN KATA ULANG

▪ Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu terkini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda

sempang yang diletakkan pada bahagian kata yang diulang.

▪ Contoh: anai-anai (kata ulang semu), anak-anak (kata ulang jamak), bolak-balik (kata ulang

berentak) dan berjalan-jalan (kata ulang berimbuhan)

25

PENULISAN GABUNGAN KATA

▪ Terdapat tiga jenis penulisan gabungan kata yang unsurnya ditulis secara terpisah.
▪ Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum termasuk rangkai kata istilah khusus dan

kata majmuk ditulis terpisah.

▪ Contoh: air hujan,

PENGGUNAAN TANDA SEMPANG

▪ Penggunaan tanda sempang digunakan dalam menulis semua jenis kata yang berulang-ulang.
▪ Contoh: gunung-ganang, kemerah-merahan dan pegawai-pegawai.

26

RUJUKAN

Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd.

Hashim Musa. (2003). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. (2nd ed.). Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

27

RUJUKAN

Iridina Sorfina. (2021, November 14). Sejarah Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu.
[Powerpoint slides]. https://anyflip.com/pvsun/qnby/basic

Shamsudin Abu Bakar. Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu. [Powerpoint
slides].
file:///C:/Users/User/AppData/Local/Microsoft/Windows/INetCache/IE/U3CDUAYB/Tajuk_3.1_
Sejarah_Perkembangan_Tulisan_dalam_Bahasa_Melayu[1].pdf

28


Click to View FlipBook Version