J O V I A N J E L I A N A K D U N C A N BAHASA MELAYU BAHASA JIWA BANGSA TESL SK PISMP TAHUN 1 SEMESTER 1 MPU3112M
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan sebelum kandungan isi dibaca untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan menunjukkan penghargaan saya kepada setiap pihak yang telah membantu saya dalam usaha menyiapkan kerja kursus. Ingin saya ucapkan terima kasih kepada ibu saya yang telah menyediakan sokongan dari segi kewangan dan juga semangat. Tidak dilupakan juga rakanrakan saya yang bersama-sama bekerja keras untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana mereka telah memberikan sokongan yang sebanyaknya demi memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan PENGHARGAAN Seterusnya, penghargaan khas diberikan kepada pensyarah saya iaitu Puan Khadijah Adenan atas sumbangan beliau kerana membimbing saya dalam proses menyiapkan penulisan ini. Puan Khadijah Adenan telah memberikan banyak nasihat dan menunjukkan cara bagi memastikan kejayaan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih diberikan terhadap pihak-pihak lain yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini dilaksanakan kerana setiap bantuan yang diterima merupakan satu motivasi dan bimbingan yang saya perlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
ISI KANDUNGAN FUNGSI BAHASA MELAYU PERATURAN DAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI LISAN RUJUKAN
Bahasa merupakan salah satu simbol dan identiti kepada sesebuah kumpulan atau golongan masyarakat. Menurut kamus dewan, Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Apabila Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan, hal ini bermakna bahasa tersebut juga akan menjadi bahasa yang akan dituturkan dalam segala urusan rasmi. Hal ini juga bermaskud Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara kita Malaysia. Sekolah-sekolah di Malaysia juga akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan juga dalam proses pembelajaran bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran yang wajib diajar di semua peringkat sekolah jenis kebangsaan (Adam, R. 2014). FUNGSI BAHASA MELAYU
Selain itu, Menurut Hartmann dan Stork (1976), bahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu atau representasi, untuk menyampaikan maklumat antara anggota masyarakat, penerimaan daripada pendengar, untuk menyatakan dan mengujarkan perasaan atau memberikan penaakulan intelektual. Dengan kata lain, fungsi Bahasa Melayu ini ialah untuk berinteraksi secara dua hala antara satu individu atau lebih kepada individu yang lain. Hasilnya, jika setiap individu dapat menggunakan bahasa yang sama, mereka akan boleh saling memahami antara satu sama lain. Hal ini juga dapat mengelakkan kita daripada berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain. Oleh sebab itu, adalah amat wajar untuk setiap rakyat Malaysia mempelajari Bahasa Melayu. Walau demikian, dalam Perkara 152 dinyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat masih mempunyai hak untuk mempelajari bahasa lain namun Bahasa Melayu diutamakan. (Sumber: Galeri peribadi) Sebagai contoh, seperti yang kita dapat lihat, gambar yang disertakan ialah potongan daripada perbualan antara dua pelajar. Kita dapat lihat bahawa mereka menggunakan bahasa Melayu yang betul dan penuh tanpa menggunakan singkatan. Ini merupakan contoh di mana Bahasa Melayu digunakan dengan baik.
CONTOH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DENGAN BAIK Sumber: Facebook DS Anwar Sumber: Facebook DS Anwar Sumber: TikTok Syed Saddiq
PERATURAN DAN KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI LISAN Dalam komunikasi lisan juga terdapat beberapa peraturan serta kesantunan bahasa yang wajar kita patuhi. Menurut Asmah Haji Omar (2002), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Peraturan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Peraturan linguistik didefinisikan sebagai penggunaan bentuk bahasa yang tepat dan sesuai. Antaranya termasuklah sebutan perkataan yang betul, intonasi yang tepat dan tatabahasa yang bersesuaian. Penggunaan tanda baca adalah amat penting untuk komunikasi bertulis. Sekiranya tanda baca yang kurang tepat digunakan, ianya boleh menyebabkan kekeliruan. Misalnya, ayat penyata yang diakhiri dengan tanda seru atau tanda soal. Penggunaan ejaan yang penuh juga memainkan peranan sebenar. Melihat kepada generasi masa kini yang sering menggunakan kata singkatan. Sebagai contoh: Jika diperhatikan, dalam perbualan antara dua sekawan di sebelah terdapat berlakunya kekeliruan dan terlihat bahawa penggunaan bahasa rojak juga berlaku. Oleh sebab penghantar teks menggunakan singkatan “y” untuk menjawab “ya” , penerima teks menganggap “y” tersebut sebagai “why” atau “kenapa”. Jadi terbuktilah bahawa peraturan linguistik harus dipatuhi untuk mengelakkan kekeliruan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak yang seharusnya dielakkan. Sumber: Galeri peribadi
Seterusnya ialah berkaitan dengan peraturan sosiolinguistik. Peraturan ini merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika berinteraksi dengan orang lain. Hal ini termasuklah penggunaan kata sapaan serta kata panggilan atau gelaran yang betul. Ianya bagi menunjukkan tanda hormat antara individu-individu yang terlibat. Misalnya, penggunaan perkataan tuan dan puan. Sebagai contoh: Setelah dianalisa, kita dapat lihat bahawa perbualan ini dimulakan dengan ucapan serta penggunaan kata panggilan “puan”. Meskipun terdapat banyak kerancuan bahasa berlaku di dalam perbualan ini, contohnya penggunaan kata singkatan, namun tanda hormat antara kedua-dua individu tersebut terserlah. Pada akhir perbualan juga kita dapat lihat ianya diakhiri dengan ucapan selamat. Maka, terbuktilah bahawa kedua-dua individu tersebut mematuhi peraturan sosiolinguistik. Diingatkan bahawa peraturan ini bukan sahaja diaplikasikan dalam interaksi bertulis tetapi juga secara lisan. Penggunaan kata sapaan yang sesuai harus dititkberatkan untuk menunjukkan tanda hormat di antara keduadua pihak terlibat. Bukan itu sahaja, ianya menunjukkan terdapat kesantunan bahasa yang terserlah dalam perbualan tersebut apabila kata sapaan yang sopan digunakan. Sumber: Galeri peribadi
Peraturan yang berikutnya ialah peraturan pragmatik. Peraturan pragmatik melibatkan penggunaan bahasa yang halus dan sopan. Apabila sedang berbicara, sesuatu individu seharusnya tidak menggunakan intonasi atau bahasa sewenang-wenangnya. Apabila seseorang menggunakan bahasa yang kasar, maka orang yang di sekeliling akan mengganggap individu tersebut sedang marah dan tidak puas hati. Hal ini akan menyebabkan mereka kurang selesa untuk berinteraksi. Sebagai contoh: Dalam perbualan di atas, kita dapat perhatikan bahawa individu tersebut ingin bertanyakan soalan tetapi telah menggunakan tanda seru. Hal ini menyebabkan penerima teks tersebut menyangka bahawa rakan tersebut sedang dalam keadaan marah. Maka, terbuktlah bahawa kesilapan pragmatik boleh menyebabkan salah faham dan wajar untuk kita patuhi peraturan pragmatik. Sumber: Galeri peribadi
Contoh grafik perbualan Bahasa Melayu yang tepat dan kurang tepat Sumber: Google Peraturan Sosiolinguistik Peraturan Linguistik Peraturan Pragmatik
KONKLUSI Konklusinya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. Sekiranya kita tidak menjalankan tanggungjawab, lama-kelamaan martabat Bahasa Melayu akan mati ditelan zaman dan generasi baharu tidak akan mengenali Bahasa Melayu. Kesantunan bahasa juga harus kita titikberatkan agar dapat kita tunjukkan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang penuh sopan santun dan wajar dikuasai oleh mana-mana pihak. BAHASA JIWA BANGSA
RUJUKAN Language and Knowledge (SiLK 14). Science Publisher. (MJSSH), 4(4), pp. 19 - 28. 191. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.152 National University, 1985.DOI:10.15144/PL-A67.39 Adam, R. (2014). Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia: Sejarah dan kedudukan masa kini. Proceeding of Symposium of International Hartmann.R.R.K., Stork, F.C. (1976).Dictionary of Language and Linguistics. London: Applied Mohamed, N. A. & Hassan, N. A. (2019) “Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta” , Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities Mohamad Kamil, I. M., & Mohamad, M. (2020). Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Dalam Usaha Mencapai Negara Bangsa Di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(2), 181- Omar, A. H. (2002). The Language Policy of Malaysia: A Formula for Balanced Pluralism. In Bradley, D. editor, Papers in Southeast Asian Linguistics No. 9: Language policy, language planning and sociolinguistics in South-East Asia. A-67:39-49. Pacific Linguistics, The Australian