Pemimpin
Negara yang
Kusanjungi
NAMA :ABDUL QAYYUM BIN
JEFRI
KELAS :6 UTARID
ALAMAT E-MEL :m-10637227@moe-dl.
:edu.my
NAMA SEKOLAH :SK Taman Seri Pagi
ALAMAT SEKOLAH :Taman Seri Pagi, 70400
Seremban, Negeri
Sembilan
Isi kandungan:-
Pendahuluan 3
Biodata tokoh 4
Pendidikan tokoh 5
Kerjaya 6
Sumbangan 7
Nilai kepimpinan yang boleh 8
dicontohi oleh generasi sekarang
Kesimpulan 9
Sumber rujukan 10
2
Pendahuluan
Pemimpin bermaksud orang yang
memimpin sesuatu kumpulan atau
keluarga.Di Malaysia juga terdapat
pemimpin-pemimpin negara yang
memastikan keadaan di negara sentiasa
aman dan damai.Hari ini, saya akan
menceritakan tentang salah seorang
pemimpin negara yang saya kagum
dan sanjungi.
3
Biodata Tokoh
Pertama sekali,saya akan menceritakan
tentang biodata tokoh tersebut.Nama
tokoh yang saya sanjungi ialah Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj.Tunku
lahir pada 8 Februari 1903 dan
meninggal dunia pada 6 Disember
1990.Tunku merupakan perdana
menteri pertama di Malaysia.Tunku
dilahirkan di Alor Setar,Kedah.
4
Pendidikan Tokoh
Tunku memulakan pendidikannya di
sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu,Kedah.Pada umur 10
tahun,Tunku dihantar ke Bangkok
untuk menetap bersama abangnya dan
belajar di Debsirindir School.Ketika
berumur 16 tahun pula,Tunku
menerima Biasiswa Negeri Kedah
untuk melanjutkan pendidikannya di
Kolej St Catharine di University of
Cambridge.
5
Kerjaya
Jika kawan-kawan hendak tahu,Tunku
merupakan Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu pada 1955 serta perdana
menteri Malaysia yang pertama dari 1957
sehingga 1970.Sebelum kemerdekaan,Tunku
pernah dilantik sebagai kadet dalam
Perkhidmatan Awam Kedah.Setahun
kemudian, Tunku dinaikkan pangkat sebagai
Pegawai Daerah Padang Terap.Selain
itu,Tunku pernah ditugaskan untuk bekerja di
sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di
Alor Setar pada 1949.
6
Sumbangan
Tunku banyak berjasa pada negara bukan
sahaja selepas kemerdekaan malah sebelum
kemerdekaan lagi.Selepas
kemerdekaan,Tunku mendominasikan politik
Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum
pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
adalah salah satu pencapaian yang terbesar
dan teristimewa baginya.
7
Nilai Kepimpinan yang Boleh Dicontohi oleh
Generasi Sekarang
Selain banyak berjasa pada bangsa dan
negara, Tunku juga mempunyai nilai-nilai
kepimpinan yang boleh kita
contohi.Antaranya ialah Tunku sentiasa
berbuat baik dengan semua
orang.Walaupun dilahirkan dalam
keluarga diraja, Tunku adalah seorang
yang berjiwa rakyat.Tunku selalu bermain
bola bersama-sama anak-anak kampung
dan tidak suka dikawal oleh pengasuh
istana.Selain itu, Tunku suka membantu
sesiapa sahaja yang berada didalam
kesusahan.Semasa Jepun menjajah Tanah
Melayu,rakyat hidup dengan tidak
aman.Ketika itu, Tunku berusaha untuk
menyelamatkan penduduk dan
memastikan keselamatan mereka.
8
Kesimpulan
Setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu
bapa dan guru yang selalu membantu
menyiapkan buku skrap digital
ini.Semoga buku skrap ini dapat memberi
sedikit sebanyak manfaat kepada orang
yang membacanya.Saya berharap kita
dapat berjumpa lagi di masa yang akan
datang. Assalamualaikum,selamat
sejahtera dan terima kasih.
9
Sumber Rujukan
1.Google
2.Wikipedia Bahasa Melayu
3.Lain-lain bahan