The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athira najwa, 2021-05-23 11:49:31

kejadian bintang

kejadian bintang

DIPLOMA TEKNOLOGI KIMIA (MINYAK DAN LEMAK)

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TOPIK 3:
WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

TAJUK TUGASAN BERASASKAN MASALAH :
KEJADIAN BINTANG (DARIPADA ASAP) MENURUT AL-QURAN DAN SAINS

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH FARHA BINTI MUHAMMAD

NAMA NO MATRIK
AHMAD ARIF BIN HISHAM AH HON 33DFO20F1002
A'EISHAH NAFIESAH BINTI RIZAL AZMAN 33DFO20F1010
ATHIRA NAJWA BINTI MOHD SUHUD 33DFO20F1012
AMMAR RAHIMI BIN ZOOLAMLI 33DFO20F1017

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 3
2 OBJEKTIF 3
3 PENGENALAN 4
4 PROSES KEJADIAN LANGIT DAN BUMI MENURUT AL- 5-6
QURAN
5 ENAM FASA PENCIPTAAN LANGIT & BUMI 7-13
6 PENDAPAT SAINTIS TERHADAP PROSES KEJADIAN 14
LANGIT DAN BUMI
7 PENDAPAT SAINTIS TERHADAP PROSES KEJADIAN 15
LANGIT DAN BUMI
8 KESIMPULAN 16
9 LAMPIRAN 16
10 RUJUKAN 17

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek MPU23052
Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang
ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Ustazah
Farha binti Muhammad, selaku Pensyarah Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan
yang diberikan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan darisegi buah fikiran dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak
dapat dilaksanakan dengan baik.

OBJEKTIF

• Memberikan pendedahan kepada pembaca tentang proses kejadian alam yang begitu
sinonim dalam kehidupan seharian manusia.

• Memberi penjelasan terhadap tajuk yang diberi seterusnya menjadikan pembaca dapat
mengambil pengajaran dan iktibar terhadap keburukan dan kesan negatif yang timbul
dari Proses Kejadian Bulan dan BIntang dari sudut pandangan Al Quran dan Al
Sunnah yang begitu mustahil untuk diciptakan oleh manusia sejagat.

• Memberi penjelasan mengenai pembentukan Bintang dan alam semestar menurut Al-
quran.

• Membuktikan pembentukan bintang dan alam semesta mengikut Al-quran.

PENGENALAN

Al-Quran dan Sains merupakan dua bidang kajian yang memiliki hubungan baik saling
berkaitan maupun bertentangan. Al-Qur’an merupakan sumber pengetahuan pasti yang tidak
pernah berubah, sedangkan Sains sebagai hasil pemikiran manusia yang mendasarkan pada
penelitian-penelitian ilmiah memiliki perkembangan yang berkesinambungan dan selalu
mengalami keterbaruan. Memahami hakikat fenomena bintang senja dari dua sudut pandang
akan membawa kita pada pemikiran yang mendalam serta menambah khazanah pengetahuan
antara Al-Qur’an dan Sains dalam menjelaskan sebuah fenomena yang berpengaruh bagi
pemikiran manusia. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hakikat fenomena bintang
senja dalam perspektif Al-Qur’an dn sains.

Kitaran hidup bintang sukar dihitung kerana tempoh hayat bintang menjangkaui jutaan tahun.
Justeru, kajian ini bertujuan merungkai permasalahan kitar hidup sesuatu bintang. Metod
komparatif di antara nas-nas al-Quran dan teori sains digunakan dengan merujuk kitab-kitab
tafsir serta buku-buku astronomi. Hasil kajian ini mendapati, di dalam al-Quran terdapat tujuh
lafaz yang membawa maksud bintang. Manakala hanya terdapat satu ayat yang menerangkan
tentang kelahiran bintang dan satu ayat juga mengenai kematian bintang. Kedua-dua ayat ini
merupakan ayat umum yang memerlukan kepada penjelasan yang terperinci. Dapatan
pengintegrasian di antara al-Quran dan sains mendapati lafaz yang merujuk kepada
pembentukan bintang adalah dukhan iaitu nebula yang didominasikan gas hidrogen dan
helium. Manakala lafaz yang sesuai dikaitkan dengan ayat kematian bintang pula adalah
tumisat yang membawa maksud hilang lenyap. Ayat ini boleh dikaitkan dengan bintang
kerdil putih bagi bintang berjisim ringan dan lohong hitam bagi bintang berjisim berat, kerana
mengikut teori sains sesebuah bintang mengakhiri kehidupannya bergantung kepada
jisimnya. Kesimpulannya, tiada perbezaan di antara ayat-ayat kawniyyah dengan teori sains
bagi asas kelahiran dan kematian sesebuah bintang.

PROSES KEJADIAN LANGIT DAN BUMI MENURUT AL-QURAN
Firman Allah yang bermaksud:
"Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu
berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan
perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami
berdua sedia menurut-patuh dengan sukarela."
(Surah Fussilat : 11)
Al-Qur'an juga menggambarkan kepada kita keaadaan langit yang membuktikan tentang
peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W merentasi langit melalui pintu-pintu yang
dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat
pepejal.
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana kami
meninggikannya dan menghiaskannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai
retak-retak sedikit pun".
(Surah Qaf : 6)

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku
kepada langit apabila suhu meningkat terlalu tinggi.
Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hari ketika langit seperti Tembaga cair"
(Surah Al-Maarij : 8)

Al-Qur’an juga menyebutkan dalam sittati ayyaamin yang bererti enam masa yang panjang.
Sebagaimana dalam al-qur’an
(Q.S. Al-Sajdah [32] :4)

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia
melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan
helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksaksa. Begitu juga
langit dan bumi, Allah mencipta langit dan bumi satu-persatu. Mengikut teori Nebular, sistem
tata suria terbentuk dari kondensasi awan panas atau kumpulan gas yang sangat panas. Pada
proses kondensasi tersebut, ada sebahagian yang terpisah dan membentuk seperti cincin yang
mengelilingi satu pusat. Bahagian yang mengelilingi pusat itu dengan cara yang sama, akan
berkondensasi dan membentuk satu formula yang serupa dengan terbentukya matahari.
Setelah suhu menurun, objek-objek ini akan menjadi planet-planet seperti Bumi dengan
objek-objek yang mengelilinginya berupa sateliti atau bulan.

Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya serta telah menyempurnakan penciptaan-
Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap). Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan
telah menjadikannya kuat dan kukuh. Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan
daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.

ENAM FASA PENCIPTAAN LANGIT & BUMI

Artinya : “Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada diantara
keduanya dalam waktu enam hari, kemudian dia bersemayam di atas Arsy. Kamu semua
tidak memiliki seorang penolong dan pemberi syafaat pun selain diri-Nya. Lalu, apakah kamu
tidak memperhatikannya ?”

Dari ayat di atas Allah SWT menyebutkan penciptaan langit dan bumi dalam enam masa
(sittati ayyaamin), selanjutnya para mufasir bersepakat dalam menafsirkan ayat ini, bahawa
yang disebut dengan (sittati ayyaamin) itu adalah enam tahap atau proses, dan bukannya
enam hari sebagaimana pengertian daripada perkataan ayyaamin.

Antara kronologi penciptaan langit dan bumi dalam Al-Qur’an adalah :

Fasa Pertama
Artinya: “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya…”
(Q.S. AlAnbiya [21] :30)

Ini dimulai dengan sebuah ledakan besar (bigbang) sekitar 12-20 milion tahun lalu. Inilah
awal penciptaan matahari, tenaga, dan waktu. “Ledakan” pada hakikatnya adalah
pengembangan ruang. Matahari yang mula-mula terbentuk adalah daripada hydrogen yang
menjadi bahan dasar bagi bintang-bintang generasi pertama. Hasil dari ledakan antara gas-gas
hydrogen, meghasilkan unsur-unsur yang lebih berat dan padat, seperti karbon, oksigen serta
besi. Ledakan ini juga disebut Nukleosintesis Big Bang.

Fasa Kedua
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan Dia Maha mengetahui segala
sesuatu”

(Q.S. Al-Baqarah [2] : 29)

Pada fasa ini, proses pembentukan langit berlaku. Umum ketahui bahawa langit yang
berwarna biru adalah disebabkan pantulan cahaya matahari oleh partikel-partikel di
atmosfera. Di luar atmosfera, langit tidak lagi berwarna biru, bahkan yang ada hanyalah titik
cahaya seperti bintang, galaksi, dan benda-benda lainnya. Jadi, langit bukanlah hanya kubah
biru yang ada di atas, melainkan keseluruhan yang ada di atas sana (bintang-bintang, galaksi,
dan benda-benda langit lainnya), maka itulah hakikat langit yang sesungguhnya. Adapun
dalam fasa ini, pembentukan bintang-bintang di dalam galaksi masih berlaku sehingga ke hari
ini.

Fasa Ketiga
Pada fasa ini penciptaan alam semesta adalah proses penciptaan tata suria, termasuk bumi.
Selain itu, pada fasa ini juga telah terjadinya proses pembentukan matahari yang berlaku
sekitar 4 hingga 6 juta tahun yang lalu. Proto-bumi (bayi bumi) yang telah terbentuk terus
berorientasi mengelilingi matahari di atas paksinya serta menghasilkan fenomena siang dan
malam, sebagaimana yang Allah SWT firmankan dalam ayatnya :

“dan Dia menjadikan malamnya gelap gelita, dan menjadikan siangnya terang benderang.”
(Q.S An-Nazi’at [79] : 29)

Fasa Keempat
Bumi terbentuk daripada debu-debu antara bintang yang dingin mulai menghangat dengan
pemanasan daripada cahaya matahari dan pemanasan dari dalam (endogenik) dan juga
daripada unsur-unsur radioaktif di bawah kerak bumi.
Akibat pemanasan endogenik tersebut, batu-batuan di bawah kerak bumi menjadi lebur,
antara lain muncul sebagai lava dari gunung api. Batuan basalt yang menjadi dasar lautan
dan granit yang menjadi batuan utama di daratan merupakan hasil daripada pembekuan
leburan tersebut. Pemadatan yang berlaku di kerak bumi akan menjadi dasar lautan dan
daratan yang terhasil itulah yang dimaksudkan sebagai “hamparan bumi” .sebagaimana Allah
SWT berfirman :

“dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.”
(Q.S. an-Naziat [79] :30)

Fasa Kelima
Hadirnya air dan atmosfera di bumi yang menjadi syarat terciptanya kehidupan di bumi.
Sebagaimana firmanAllah SWT :
“…dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup… “
(Q.S. al-anbiya [21] : 30)

Selain itu, pemanasan matahari menimbulkan fenomena cuaca dibumi, yakni awan dan
halilintar. Melimpahnya air laut dan keadaan atmosfera purba yang kaya dengan gas metana
(CH4) dan ammonia (NH3). Persenyawaan organik yang mengikut aliran air akhirnya
tertumpu di laut. Kehidupan dijangka bermula dari laut yang panas sekitar 3 hingga 5 milion
tahun yang lalu berdasarkan fosil tertua yang pernah ditemui. Sebagaimana diceritakan dalam
surah Al Anbiya ayat 30 yang telah mengatakan bahawasannya semua makhluk hidup berasal
daripada air.

Fasa Keenam
Fasa keenam dalam proses penciptaan alam ini adalah dengan lahirnya kehidupan di bumi
yang bermula daripada makhluk bersel tunggal dan tumbuh-tumbuhan. Hadirnya tumbuh -
tumbuhan dan proses fotosintesis sekitar 2 milion tahun lalu menyebabkan atmosfera bumi
mulai terisi dengan oksigen bebas. Pada masa ini juga, proses geologi yang menyebabkan
lipatan atau mampatan plat tektonik akan menyebabkan terhasilnya rantai pergunungan di
bumi terus berlanjutan.

Langit & Bumi

Penciptaan bumi di dahulukan sebelum penciptaan langit. Sebagaimana dinyatakan oleh
firman Allah (yang artinya), Dia-lah Allah, yang menciptakan segala yang ada di bumi untuk
kamu kemudian Dia naik ke atas dan menjadikan tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui
segala sesuatu.”
(Al Baqoroh : 29)

Diibaratkan sebuah bangunan yang dibina, asas dibuat terlebih dahulu sebelum atap. Maka
bumi adalah asas dan langit adalah atapnya.

Allah S.W.T telah berfirman (yang artinya), “Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu
tempat menetap dan langit sebagai atap”
(Qs. Ghofir : 64.)

Langit pula diciptakan dengan tujuh lapisan. Begitu juga dengan bumi. Walaupun bumi selalu
disebutkan dalam bentuk tunggal di dalam Al Qur’an, tidak sebagaimana langit yang
seringkali disebutkan dalam lafadz jamak. Namun ada sebuah ayat yang menunjukan bahawa
bumi juga mempunyai tujuh lapis seperti langit. Allah telah berfirman:

(Yang Artinya), “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu juga bumi. Perintah
Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Qs. At Tholak : 12).

Dan dikuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa berbuat kezaliman (meneroka
tanah orang lain meski hanya) sejengkal tanah, maka Allah akan menimbunnya dengan tujuh
lapis bumi”.

Kemudian Allah memisahkan antara langit dan bumi, sehingga angin pun bertiup, hujan pun
turun, tumbuhlah berbagai macam tumbuhan, gunung-gunung ditancapkan ditempatnya,
Allah menjadikan makhluk ciptaan berpasang-pasangan, diciptakan kehidupan dari air,
diciptakannya matahari sebagai penerang, dan bintang-bintang serta rembulan sebagai hiasan.
Semua itu bukti kebesaran Allah S.W.T

Jarak antara langit dan bumi adalah lima ratus tahun perjalanan. Begitu juga antara satu
lapisan langit dengan lapisan selanjutnya. Disebutkan dalam hadits riwayat Abbas bin Abdul
Mutthalib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tahukah kalian berapa jarak antara langit dan bumi? Kami berkata, “Allah dan RosulNya
lebih mengetahui”, kemudian beliau bersabda, “Jarak keduanya adalah perjalanan lima ratus
tahun, dan antara satu langit dengan langit selanjutnya perjalanan lima ratus tahun, dan tebal
setiap langit adalah perjalanan lima ratus tahun, dan diantara langit ketujuh dengan arsy ada
laut yang jarak antara dasar dan atasnya adalah seperti jarak antara langit dan bumi, dan Allah
diatas itu semua, tidak tersembunyi baginya amalan manusia….”

Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia
melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan
helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksaksa. Dalam
surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan :

"Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu Dia berkata
kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Keduanya
menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'."

Di sini Allah menyatakan langit dan bumi diperingkat awal dahulu kosong daripada sebarang
objek di langit. Yang wujud hanyalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta
galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Perkataan Dukahn yang di
maksudkan di sini ialah asap,dalam bahasa inggerisnya ialah smoke. Penggunaan kalimat
asap atau smoke ini selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang
panas dan suasana di peringkata wal kejadian alam sememangnya panas.

Astronomers Report Hubble Find, Report Reveals Light from Oldest Galaxy

Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas
(terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu.
Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, cloud of gas, fog of
neutral hydrogen and helium, hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud, gas-gas
di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud seperti bentuk awan-awan hitam, awan-
awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi dan
yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada
asap. Oleh sebab bumi adalah satu objek, maka langit yang di nyatakan Allah juga
merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. kesemua objek ini lahir
daripada asap.

PENDAPAT SAINTIS TERHADAP PROSES KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Al-Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai
daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau adalah pengarah Natioal Astronomical Observatory
di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan
berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, beliau merasakan
seolah-olah ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat
tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku.
Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-
penemuan semasa menunjukkan fenomena-fenomena ini benar-benar berlaku. Alam sebelum
ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada asap itulah lahirnya bintang-
bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.

Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam
Al-Quran. Dengan membaca Al-Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya
rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang." Hal ini
dilaporkan di dalam A Brief Understanding Islam, Darus Salam Publications,edisi kedua, Mei
1990.

Sumber: Quran Saintifik,Meneroka kecemerlangan Quran Daripada teropong Sains,Dr.
Danial Zainal Abidin

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PENCIPTAAN BUMI

Antara teori yang telah dikaitkan dengan kejadian pemisahan di antara langit dan bumi ialah
Teori 'Big Bang'.Teori ini,asasnya ialah daripada General Theory of Relativity yang telah
diasaskan oleh Albert Einstein pada tahun 1915 dan diperkukuhkan lagi oleh Alexander
Freidmann pada tahun 1922.Ia menyatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum,
kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun
dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan
penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang
seumpamanya .Pelbagai saintis,ahli astronomi dan ahli fizik telah mengukuhkan teori 'Big
Bang' dengan mengemukakan idea-idea baharu mengenainya.

KESIMPULAN

Dalil tentang penciptaan langit dan bumi terdapat di dalam surah Al Baqarah ayat 117, yang
menjelaskan tentang kekuasaan Allah yang dengan kebesaranNya telah menciptakan langit
dan bumi dengan penuh keindahan dan keunikan yang sungguh luar biasa dan tiada
tandingannya. Dalam surah At-Talaq ayat 12 menjelaskan bahwasanya langit yang Allah
ciptakan terdiri daripada tujuh lapisan, begitu juga dengan bumi. Keterangan pada surah
tersebut juga dibuktikan oleh para ilmuan pada abad 21.

Kemudian, dalam Surah Al-Maidah ayat 190 dan surah Al-Isra’ ayat 12 menjelaskan agar
kita dapat menemui hubungan antara malam dan siang, serta langit dan bumi. Allah SWT
mengajak orang-orang yang berakal dan para ilmuan untuk memikirkan ayat tersebut agar
dapat menemui keagungan sang khalik, kerana alam ini pasti ada yang mengatur iaitu Allah
SWT.

Allah SWT juga telah menciptakan segala yang ada di antara keduanya (antara langit dan
bumi) dengan perancangan yang rapi, indah, serta harmoni. Ini menunjukkan bahawa Allah
tidak bermain-main, yakni tidak menciptakannya secara sia-sia tanpa arah dan tujuan yang
benar. Hal yang demikian, tertulis di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 16 dan surah Shad ayat 27.

LAMPIRAN

Kejadian alam semesta:

RUJUKAN
• http://studentsrepo.um.edu.my/5085/
• http://proseskejadianlangitdanbumi.blogspot.com/2016/02/penghargaan.html?m=1
• http://inspikreatif.blogspot.com/2013/11/permulaan-alam-menurut-al-quran-dan.html
• http://repository.radenintan.ac.id/13094/
• https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-malaysia/sains-

teknologi-dan-manusia/tutorial-work/kejadian-langit-dan-bumi-daripada-
asap/2985945/view

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version