Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Atur Cara Majlis
8.30 malam - Pendaftaran kehadiran waris
8.40 malam
- Bacaan Doa
- Mesyuarat Agung dimulakan
- Bersurai
Agenda Mesyuarat
1. Kata-kata aluan oleh Guru Besar SK Seri Perdana
2. Kata-kata aluan oleh Yang Dipertua PIBG
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pembentangan dan Penerimaan Laporan aktiviti Jawatankuasa sesi 2019/2021
6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Sesi 2019/2021
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2021
8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021/2023
8.1 Yang Dipertua PIBG
8.2 Naib Yang Dipertua
8.3 Setiausaha
8.4 Bendahari
8.5 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada
- 5 orang wakil ibu bapa
- 5 orang wakil guru
8.6 Pemeriksa kira-kira
- 1 orang wakil ibu bapa
- 1 orang wakil guru
9. Perbahasan usul-usul
10. Hal-hal lain
11. Ucapan Penangguhan
1
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
kerana dengan limpah perkenan dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul semula walaupun
secara maya dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Perdana Kali Ke-23 & 24 ini.
Sepanjang tempoh 2019 sehingga kini, tidak banyak perkara yang mampu pihak
PIBG jalankan kerana kita semua maklum berkenaan wabak pandemic Covid-19 yang
mula melanda negara pada awal tahun 2020. Antara yang tidak dapat dijalankan adalah
mesyuarat agung tahunan yang ke-23 yang sepatutnya dijalankan pada tahun 2020 terpaksa
ditunda dan dijalankan serentak dengan mesyuarat agung tahunan kali ke-24 pada kali ini.
Walaubagaimanapun, pihak PIBG banyak bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
menyediakan sekolah supaya bersedia dengan pembukaan semula sekolah. Projek
menceriakan persekitaran sekolah, menebang pokok-pokok lama dan berisiko,
membersihkan kawasan semak dan pembinaan dewan sambungan daripada surau adalah
antara beberapa projek yang telah dijalankan dari 2019 hingga kini.
Di kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana ingin
merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru, para pentadbir, warga sekolah dan ahli-
ahli PIBG yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan
mesyuarat agung tahunan kali ini. Sememangnya kerjasama yang erat diantara semua pihak
yang telah disebutkan tadi adalah amat diperlukan dan diharapkan akan terus berkekalan
untuk tahun-tahun mendatang biarpun bertukar-tukar kepimpinan.
Akhir kata, saya bagi pihak diri dan AJK PIBG Sesi 2019 / 2020 memohon ampun
dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah, terdapat kekurangan dan kelemahan
dari segi perlakuan, tindakan atau percakapan yang menyinggung perasaan. Selamat
bermesyuarat.
Terima kasih.
……………………………….
EN. AMRI BIN DATO HAJI HASHIM
Yang Dipertua PIBG,
SK. Seri Perdana.
2
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Kata-kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah diberikan
penghargaan untuk merakamkann sepatah dua kata di dalam buku program meyuarat agung
PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Perdana kali ke-23 dan kali ke-24
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat yang julung kalinya terpaksa
dilaksanakan dalam talian akibat wabak pandemik. Saya telah dimaklumkan oleh guru-
guru dan AJK PIBG yang mesyurat agung ini sendiri telahpun 2 kali ditangguhkan atas
sebab pandemik yang melanda. Selain daripada mesyuarat agung PIBG, aktiviti-aktiviti
kebiasaan sekolah pun turut sama terjejas, baik yang akademik mahupun ko-kurikulum.
Sebelum ini sekolah meriah dengan pelbagai aktiviti seperti hari sukan, sambutan
kemerdekaan, perayaan dan pelbagai lagi program, kini semua aktiviti tersebut tidak dapat
lagi dijalankan seperti kebiasaan.
Sekolah-sekolah diseluruh negara sedang mengalami transformasi dalam cara
pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan ketika pandemik sedang melanda seluruh
dunia. Kita semua terpaksa membiasakan diri dengan apa yang telah disebut sebagai PdPR,
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah. Banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh
pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam menjalankan sesi PdPR ini. Namun kita semua
harus mengharunginya dan saling bantu membantu dalam usaha untuk memastikan murid-
murid SK Seri Perdana tidak tercicir dalam setiap sesi PdPR.
Akhir bicara, saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada barisan AJK PIBG
dan semua waris kerana memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen yang baik kepada
pihak sekolah. Saya juga meletakkan harapan agar barisan kepimpinan PIBG yang baru
menerajui PIBG nanti dapat meneruskan agenda perjuangan dalam usaha memantapkan
pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum anak-anak didik SK Seri Perdana.
Terima kasih.
………………………..
(KAMARULZAMAN BIN CHE NIK)
Guru Besar,
SK. Seri Perdana.
3
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
PERATURAN AM
1. Perhimpunan Mesyuarat Agung
Ahli-ahli diminta mendaftarkan kehadiran melalui link yang diberikan di dalam
Google Meet. Ahli-ahli diminta mematikan fungsi Microphone di dalam aplikasi
Google Meet masing-masing untuk mengelakkan bunyi-bunyian yang mengganggu
perjalanan mesyuarat.
2. Pengerusi Mesyuarat
Yang Dipertua adalah dengan sendirinya menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung dan
bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat dari awal hingga
akhir. Semasa ketiadaan beliau, Naib Yang Dipertua boleh memangku jawatan
sebagai Pengerusi mesyuarat.
3. Susunan Peraturan Mesyuarat
Agenda atau atur cara yang disediakan oleh jawatankuasa PIBG SK. Seri Perdana
sesi 2019 / 2020 hendaklah dibaca oleh ahli-ahli dengan teliti serta difahamkan
maksudnya. Semua perkara yang termaktub dalam agenda atau aturan adalah lebih
diutamakan daripada hal-hal lain.
4. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK. Seri Perdana Kali Ke-21
Ahli-ahli dibenarkan mengemukakan soalan berkenaan dengan butiran minit
tersebut sahaja.
5. Mengundi
Semua perkara adalah diputuskan secara undian secara online. Hanya ahli yang
telah mendaftarkan kehadiran mesyuarat sahaja yang dibenarkan mengundi dan
hanya calon yang telah mendaftar kehadiran sahaja yang dibenarkan untuk
dicalonkan
6. Pindaan Perlembagaan Persatuan
Perlembagaan PIBG SK. Seri Perdana tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan persetujuan majoriti ahli dalam Mesyuarat Agung. Sebarang perubahan
berkuat kuasa mulai tarikh perubahan dan pindaan boleh dibuat sekiranya mendapat
kebenaran daripada Pendaftar Sekolah Negeri Kedah.
7. Korum
Korum Mesyuarat Agung hendaklah bilangannya tidak kurang daripada tiga kali
jumlah bilangan ahli jawatankuasa.
8. Usul-usul dan Pindaan-pindaan
Usul-usul yang akan dibahaskan adalah usul-usul yang akan disediakan oleh
Jawatankuasa dan usul-usul bertulis atau usul-usul semasa ahli. Cadangan pertama
adalah disifatkan sebagai usul asal dan cadangan berikutnya mengenai usul yang
sama disifatkan sebagai pindaan. Usul-usul dan pindaan-pindaan mestilah disokong
oleh ahli-ahli yang hadir sebelum dibahaskan.
4
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 & 24
Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik
Pengerusi : En. Amri Bin Dato Hj. Hashim
N. Pengerusi : En . Amirul Nizam Bin Mahadzir
Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris
Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni
Bacaan Doa : En. Jefferi Din B. Osman
Juruacara Majlis : Pn. Nurhasliha Hasyida Bt. Hasballah
Pencatat Minit : Pn. Rosmina Bt. Shaari
Pn. Aniza Bt. Hamzah
Pendaftaran : Pn. Fazilah Bt. Zakaria
Pn. Mazeyah Binti Mohamad Saman
Teknikal/ICT : En. Ahmad Tarmizi Bin Rashid
En. Sallehuddin Bin Ibrahim
Dokumentasi : En. Ismadi B. Abu Bakar
5
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 / 2019
Tarikh : 21 Mac 2019
Hari : Khamis
Jam : 11.30 pagi
Tempat : Kantin SK Seri Perdana
Kehadiran : 250 orang
Agenda
1. Ucapan wakil Guru Besar
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-21
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2018 / 2019.
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2018/2019
7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Akaun Surau sesi
2018/2019
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
9. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2019 hingga 2021
10. Perbahasan usul-usul.
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan.
1. Ucapan wakil Guru Besar
1.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan selamat datang kepada semua waris ke
Mesyurat Agung PIBG Kali ke 22. Beliau menerangkan sekolah masih tiada Guru
Besar dan beliau mengambil alih sebagai wakil guru besar di dalam mesyurat ini.
Tindakan :Makluman semua
1.2 Beliau menerangkan kekuatan PIBG sekolah adalah kerjasama antara waris dan
guru sekolah. Beliau berharap pihak PIBG akan sama-sama membantu dalam
membentuk pelajar sekolah SK Seri Perdana supaya menjadi pelajar yang seimbang
akademik dan sahsiahnya.
Tindakan : Makluman semua
1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua barisan AJK PIBG sekolah kerana
telah berkhidmat dan memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah.
Beliau berharap kepimpinan yang baru nanti akan meneruskan agenda-agenda yang
telah dirancang bersama pihak sekolah.
Tindakan :Makluman semua
6
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.1. YDP mengucapkan selamat datang kepada semua waris ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-22 terutamanya kepada waris yang pertama kali menjadi anggota
PIBG sekolah SK Seri Perdana.
Tindakan : Makluman semua
2.2. YDP menerangkan PIBG adalah satu entiti yang bertujuan untuk menjadikan
hubungan antara waris, guru, dan murid lebih cantik.Harapan YDP agar semua ibu
bapa dapat lebih banyak menyertai program-program yang telah dirancang oleh
pihak PIBG dan pihak sekolah. Beliau juga berharap pihak ibu bapa boleh
membantu dalam menjana dana untuk PIBG supaya lebih banyak program dapat
di jalankan untuk murid sekolah SKSP. Beliau turut mengajak ibu bapa untuk muat
turun aplikasi sekolah yang telah dibangunkan supaya segala maklumat sekolah
dapat disampaikan kepada setiap waris.
Tindakan : Makluman semua
2.3. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG untuk
sesi 2018/2019 atas segala jasa yang telah diberikan. Beliau berharap barisan yang
baru dilantik nanti boleh bersama-sama bekerja untuk membantu sekolah.
Tindakan : Makluman semua
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-21
3.1. Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke-21 dari muka surat 5
hingga 9 untuk disemak dan disahkan.
Tindakan : Setiausaha
3.2. Cadangan : Dr. Sobri Bin Sudin mencadangkan minit mesyuarat tersebut untuk
disahkan.
Sokongan : Disokong oleh Pn. Noraini Binti Samsudin
Tindakan : Setiausaha
4. Perkara-perkara berbangkit
4.1. – Tiada –
5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2018 / 2019
5.1. Setiausaha membentangkan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018 / 2019
dari muka surat 10 hingga 13.
Tindakan : Setiausaha
5.2. Setiausaha memaklumkan laporan ini tidak perlu disahkan kerana ianya sekadar
makluman mengenai perjalanan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2018/2019
Tindakan : Makluman semua
7
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2018 / 2019
6.1. Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31
Disember 2018 dan berakhir 20 Mac 2019 pada halaman 15 dan 16 untuk
dibahaskan.
Baki berakhir 31 Disember 2018 :
Di bank - RM 7,759.00
Di tangan - RM 29.40
Jumlah - RM 7,788.40
Baki berakhir 20 Mac 2019 :
Di bank - RM 2,024.00
Di tangan - RM 29.40
Jumlah - RM 2,053.40
Tindakan : Bendahari PIBG
6.2. Cadangan : Dr. Sobri Bin Sudin mencadangkan penyata kewangan PIBG untuk
disahkan
Sokongan : Disokong oleh Pn. Intan Safrina
Tindakan : Setiausaha
7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Akaun Surau sesi 2018/2019
7.1. Bendahari Surau dan Dewan membentangkan Penyata Akaun Surau dan Dewan
dari 30 April 2018 hingga 31 Januari 2019.
Baki berakhir 31 Januari 2019
Di bank - RM 44, 973.53
Di tangan - RM 0
Jumlah - RM 44, 973.53
Tindakan : Bendahari Surau dan Dewan
7.2. Cadangan : Pn. Nor Suriati mencadangkan penyata kewangan akaun surau
untuk disahkan
Sokongan : Disokong oleh Dr. Sobri Bin Sudin
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2019
8.1. YDP PIBG membubarkan barisan AJK Sesi 2018/2019 dan barisan AJK baru akan
dilantik untuk tempoh 2 tahun bagi sesi 2019/2020 dan 2020/2021.
Tindakan : Makluman semua
8.2. Tuan YDP dilantik dengan persetujuan sebulat suara untuk menjadi pengerusi
sementara bagi pemilihan AJK sesi 2019/2020.
8
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
9. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020
9.1. Setiausaha memaklumkan pemilihan hari ini adalah untuk melantik Yang
Dipertua, Naib Yang Dipertua, enam orang AJK waris, dan seorang Juru Audit
waris. AJK dari kalangan guru adalah dilantik oleh pentadbir sekolah.
Tindakan : Makluman semua
9.2. Puan Muniroh mencadangkan En. Amri Bin Dato Hashim untuk dilantik semula
sebagai YDP PIBG dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir.
9.3. Pn. Aniza Al-Johari mencadangkan En. Amirul Nizam B. Mahadzir untuk dilantik
sebagai Naib Yang Dipertua PIBG dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
9.4. Lantikan AJK PIBG waris telah dipersetujui ahli mesyuarat seperti berikut
i. Dr. Sobri Bin Sudin
ii. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen
iii. Puan Intan Safrina Binti Abdullah
iv. Puan Noor Shapilah Binti Mansor
v. Encik Izmir Bin Che Ishak
vi. Puan Nor Liza Binti Kamaruddin
vii. Puan Nuranesah Binti Halem (Juru audit)
9.5. Puan Aniza Al-Johari selaku GPK Pentadbiran memaklumkan AJK PIBG Guru
adalah seperti berikut
Setiausaha : Encik Muhammad Amin Bin Idris
Pen. Setiausaha : Puan Muniroh Binti Sulaiman
Bendahari : Encik Muhammad Faris Bin Jusni
AJK : Puan Rohaya Binti Hashim
Ustaz Jefferi Din Bin Osman
10. Perbahasan Usul-usul Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid
Puan Norma Binti Adnan
Encik Mohd Hafiz Zuhrin Bin Abdullah (Juru audit)
10.1. En. Mohamad Zulkifli bin Jamali :
i. Mewujudkan KAFA di sekolah seri perdana bagi menjimatkan masa anak untuk
rehat seketika berbanding beralih ke lokasi lain. Ibu bapa yg bekerjaya tidak
berkejar-kejar untuk pengurusan sekolah KAFA selepas sesi pagi. Apabila anak
terlalu letih kerja sekolah gagal disiapkan.
ii. Memandangkan cuaca semakin hari semakin panas disarankan penapis air
coway dipasang di beberapa lokasi seperti tempat perhimpunan dan padang
sekolah utk mengelakkan hidrasi atau strok haba
9
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Jawapan
GPK Pentadbiran menjelaskan kuasa untuk mewujudkan kelas KAFA adalah
dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan JPN Kedah. Selain itu terdapat
sekolah-sekolah lain yang berdekatan yang menawarkan kelas KAFA. Penapis air
telahpun disediakan oleh pihak sekolah dan diservis secara berkala. Terdapat 3
penapis air yang disediakan di sekitar kawasan sekolah.
10.2. Soeharti Kartika Mohd Yusoff :
i. Labelkan nombor pada cenderamata yang diperolehi oleh murid. Ini untuk
menaikkan semangat daya saing di kalangan pelajar.
ii. Kalau boleh diwujudkan kelas bahasa Cina pada hujung minggu kerana tuisyen
untuk bahasa tersebut sukar diperoleh. Sekolah boleh kutip yuran bagi yang
berminat untuk mengupah guru terlatih dari luar. Minta tolong pihak sekolah
kerana anak saya dan beberapa rakan yang lain juga ada berminat.
iii. Kalau boleh kelab renang dapat diwujudkan lagi bagus. Kalau ada guru yang
boleh melatih berenang. Boleh juga pelajar SKSP dapat masuk pertandingan
renang dan mengharumkan nama sekolah.
Jawapan
GPK Pentadbiran menerangkan sistem pembelajaran sekolah di Malaysia sekarang
ini tidak lagi mengamalkan sistem ranking. Atas sebab itu tiada lagi nombor yang
dilabelkan pada hadiah.
GPK Pentadbiran akan membuat bancian untuk kenalpasti berapa ramai waris yang
berminat untuk mengadakan kelas bahasa Cina di sekolah. Keputusan akan dibuat
berdasarkan bancian yang akan dijalankan kelak.
GPK Kokurikulum menyatakan akan membuat bancian untuk kenalpasti pelajar
yang berminat. Beliau turut akan menghubungi pihak ASRC dan MBAS untuk
mendapatkan maklumat. Jika terdapat bayaran pihak waris hendaklah menanggung
bayaran tersebut.
10.3. Nor Izam Bin Ahmad :
i. Saya cadangkan supaya perlaksanaan satu murid satu sukan 1M1S diperluaskan
kepada murid tahun 1 hingga tahun 6. Sekarang hanya bermula tahun 4 hingga
tahun 6. Macam sudah terlambat utk mengasah bakat dan pembangunan sukan.
ii. Saya cadangkan ibu bapa yang ada pengetahuan dlm sukan membantu sekolah
dalam pembangunanan sukan dengan menjadi jurulatih atau pemberi pendapat
dan idea.
10
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Jawapan
GPK Kokurikulum menerangkan cadangan tersebut perlu mengambil kira faktor
keselamatan untuk murid-murid tahap 1 kerana murid tahap 1 masih lagi tidak
pandai untuk membawa diri pada masa aktiviti. Kekangan jumlah guru untuk
menjalankan aktiviti juga menjadi faktor 1M1S tidak dapat dijalankan untuk murid
tahap 1.
GPK HEM berterima kasih kepada En. Nor Izam atas usul yang dinyatakan. Beliau
menerangkan pihak sekolah telah memberikan buku sarana PIBG kepada waris
dan memohon kepada waris untuk mengisi borang yang disertakan di dalam buku
tersebut untuk pihak sekolah kenalpasti waris yang berkebolehan dan boleh
membantu sekolah.
10.4. Dr. Sobri Bin Sudin :
Mengusulkan agar program Sarana Ibu Bapa ditingkatkan kualiti dan kuantiti bagi
menjadikan sekolah sebagai institusi sosial yang terbuka sekaligus memenuhi
hasrat teras ke 9 sepertimana terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
Jawapan
Dr. Sobri menerangkan usul beliau tidak perlu dijawab. Beliau mengucapkan
terima kasih kerana YDP menyediakan applikasi untuk kegunaan komunikasi
antara para waris dan pihak sekolah. Beliau mencadangkan pihak waris untuk lebih
menglibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pihak sekolah.
11. Hal-hal lain
11.1. Setiausaha membacakan perkara 6.3 dalam minit mesyuarat agung kali ke-21.
Setiausaha memohon kutipan RM1 setiap bulan diteruskan untuk tahun ini
sehingga ke Mesyuarat Agung tahun hadapan. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju tentang perkara tersebut.
Tindakan : Setiausaha
11.2. GPK Pentadbiran memohon untuk menaikan bayaran sumbangan PIBG dari
RM30 ke RM40 untuk seorang anak. Ini kerana perbelanjaan tahun lepas melebihi
kutipan yang telah dijalankan. Ahli mesyuarat tidak bersetuju untuk membuat
kenaikan tersebut. Kutipan sumbangan ditetapkan kekal RM30 untuk seorang
murid dan kutipan akan dijalankan sehingga ke mesyuarat agung yang seterusnya.
Tindakan : Setiausaha
11.3. Puan Nor Liza mencadangkan kutipan sumbangan ikhlas dijalankan pada hari ini.
Tabung sumbangan diedarkan kepada semua waris untuk memberikan sumbangan
ikhlas kepada PIBG sekolah.
Tindakan : Bendahari
11
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
11.4. YDP menerangkan pihak PIBG akan membina satu lagi pagar di dalam kawasan
sekolah untuk membolehkan waris masuk ke kawasan sekolah dengan
berkenderaan untuk mengambil murid. Ini bertujuan untuk mengelakkan
kesesakan yang berlaku semasa mengambil murid pulang pada waktu tengah hari.
YDP berharap apabila pagar itu siap kelak, para waris dapat memberikan
kerjasama untuk mematuhi peraturan dan tidak meletakkan kenderaan sewenang-
wenangnya di dalam kawasan sekolah.a
Tindakan : YDP dan Pentadbir
11.5. Setiausaha memaklumkan waris prasekolah akan menjadi ahli PIBG sekolah mulai
tahun ini. Seorang waris murid prasekolah akan dipilih untuk dilantik sebagai AJK
PIBG mewakili waris prasekolah.
Tindakan : Guru Prasekolah dan Pentadbir
11.6. GPK Kokurikulum memaklumkan murid tahap 2 akan pulang pada jam 2:15 pada
hari Rabu. Waris diminta untuk memberikan kerjasama untuk tidak mengambil
murid pulang sebelum jam 2:15.
Tindakan : Makluman semua
12. Ucapan Penangguhan
12.1. GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang lama kerana
telah memberikan komitmen kepada PIBG sekolah. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada AJK PIBG yang baru dilantik dan berharap AJK yang baru dilantik
akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada PIBG sekolah.
12.2. YDP mengucapkan terima kasih atas usul-usul dan pandangan yang telah
diberikan dalam mesyuarat ini. YDP menerangkan akan ada makluman mengenai
aplikasi sekolah nanti. Beliau berharap semua waris dapat memuat turun aplikasi
tersebut dan seterusnya mendapatkan manfaat daripada aplikasi tersebut.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.16 petang.
Dicatat oleh : 1. Puan Aniza Binti Hamzah
2. Puan Rusiatimah Binti Abdullah
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………………….. …………………………………………
( MUHAMMAD AMIN B IDRIS ) (EN AMRI B DATO HJ HASHIM )
Setiausaha PIBG SK Seri Perdana Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana
12
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA
2019- 2021
Untuk makluman, maka inilah dibentangkan laporan perjalanan persatuan ini yang meli-
puti jangka masa dari Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 pada 21 Mac 2019 hingga
Mesyuarat Agung PIBG Kali-23 dan 24 pada 23 Oktober 2021.
1. Jawatankuasa Tadbir
Persatuan ini adalah ditadbir oleh jawatankuasa yang senarainya seperti berikut:
JAWATANKUASA TADBIR
PIBG SK. SERI PERDANA 2019 - 2021
Penasihat : En. Zakaria Bin Hassan (sehingga Mei 2021)
En. Kamarulzaman Bin Che Nik (Jun 2021)
Yang Dipertua (Guru Besar SK. Seri Perdana)
Naib Yang Dipertua
Setiausaha : En. Amri Bin Dato Haji Hashim
Bendahari : En. Amirul Nizam B. Mahadzir
: En. Muhammad Amin Bin Idris
: En. Muhammad Faris Bin Jusni
Jawatankuasa Ibu Bapa :
1. Dr. Sobri Bin Sudin
2. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen
3. Puan Intan Safrina Binti Abdullah
4. Puan Noor Shapilah Binti Mansor
5. Encik Izmil Bin Che Ishak
6. Puan Nor Liza Binti Kamaruddin
Jawatankuasa Guru :
1. Puan Rohaya Binti Hashim
2. Encik Jefferi Din Bin Osman
3. Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid
4. Puan Norma Bin Adnan
Juru Audit :
1. Puan Nuranesah Binti Halem (Waris)
2. En Mohd Hafiz Zuhrin Bin Abdullah (Guru)
13
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
2. Mesyuarat Jawatankuasa
Sejak dari 21 Mac 2019 sehingga yang terkini, Mesyuarat Jawatankuasa telah
dijalankan sebanyak 7 kali:
1. 12 Julai 2019
2. 5 Februari 2020
3. 27 Julai 2020
4. 7 Disember 2020
5. 21 Mac 2021
6. 4 April 2021
7. 11 Oktober 2021
3. Kewangan
Sumber tetap kewangan bagi persatuan ini ialah:
i. Sumbangan tahunan sebanyak RM 30 bagi setiap ibu bapa / waris / guru
ii. Kutipan ikhlas RM1 bulanan
iii. Sumbangan atau derma pihak luar
4. Kegiatan-kegiatan PIBG
Jawatankuasa PIBG sentiasa berusaha mempelbagai dan mempertingkatkan
kegiatannya supaya selari dengan misi dan visi sekolah. Antara aktiviti dan
sumbangan yang melibatkan pihak PIBG ialah:
Aktiviti
Bil Aktiviti Tarikh
1 Persiapan Hari Guru 29.4.2019
2 Sambutan Hari Guru 30.4.2019
3 Majlis penutupan Bulan kemerdekaan 13.9.2019
4 Program Bulan Sukan Negara 24.10.2019
5 Program Kembali ke Sekolah 31.12.2019
6 Pertandingan Boling Sarana 8.1.2020
7 Serahan Duit keceriaan kelas 9.2.2020
8 Majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah 16.2.2020
9 Kejohanan sukan tahunan 20.2.2020
10 Tabung Persediaan Kembali ke sekolah 19.7.2020
11 Majlis Perpindahan Guru 13.8.2020
12 Serahan sumbangan mangsa kebakaran 8.11.2020
13 Gotong-royong mengecat blok sekolah 6.12.2020
14 Program sambutan murid kembali ke sekolah 6.3.2021
15 Taklimat AADK Bersama komuniti 1.4.2021
16 Program Menteri Pendidikan Bersama PIBG 10.4.2021
14
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Sumbangan
Tahun 2019
➢ Sumbangan Majlis Aidilfitri 2019
Sumbangan RM600 telah diberikan kepada pihak sekolah untuk menjayakan
program Majlis Aidilfitri 2019.
➢ Hadiah persaraan dan pertukaran guru dan staf sekolah
Dari Mac 2019 sehingga hujung tahun 2019, terdapat seramai 3 orang guru dan
staf sekolah yang bersara dan seorang Pentadbir yang bertukar sekolah. Bagi
tujuan hadiah persaraan dan pertukaran mereka, pihak PIBG telah
membelanjakan sejumlah RM 342 bagi tujuan tersebut.
➢ Sumbangan Jawatankuasa Hari Guru Kota Setar
Pihak PIBG menyumbangkan sejumlah RM285 untuk Jawatankuasa Hari Guru
Kota Setar.
➢ Program Yasin Perdana
Untuk membantu Program Bacaan Yasin Perdana murid Tahun 6 2019,
sumbangan RM600 telah diberikan untuk tujuan tersebut.
➢ Pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti sekolah
Sebanyak RM 4120 dibelanjaan untuk tujuan yang dinyatakan. Ini merangkumi
aspek keceriaan sekolah, naik taraf fasiliti sedia ada, tambah baik keselamatan
persekitaran sekolah dan lain-lain.
➢ Sumbangan Kem Kepimpinan Pengawas tahun 2019
Pihak pengawas sekolah melalui PK HEM menerima sumbangan RM1000
daripada PIBG sekolah untuk penyertaan ke Kem Kepimpinan Pengawas
Tahun 2019.
Tahun 2020
➢ Bayaran Kertas Peperiksaan
Jumlah perbelanjaan kertas peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun 2019
adalah sebanyak RM3342.87.
➢ Hadiah persaraan dan pertukaran guru dan staf sekolah
Dari Januari 2020 sehingga hujung tahun 2020, terdapat seramai 4 orang guru
dan staf sekolah yang bersara dan bertukar sekolah. Bagi tujuan hadiah
persaraan dan pertukaran mereka, pihak PIBG telah membelanjakan sejumlah
RM 355 bagi tujuan tersebut.
15
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
➢ Sumbangan keceriaan kelas tahun 2020
PIBG memberikan sumbangan RM6400 untuk menjayakan program keceriaan
kelas dan bilik-bilik khas sekolah.
➢ Sumbangan Kejohanan Olahraga Tahunan 2020
Pihak PIBG menyumbangkan RM400 untuk pihak sekolah menjalankan
Kejohanan Olahraga Tahunan
➢ Sumbangan ikhlas mangsa kebakaran
Sumbangan RM200 kepada mangsa kebakaran iaitu salah seorang murid
sekolah kita. Sumbangan diberikan kepada waris murid.
➢ Sumbangan keceriaan sekolah
Sepanjang tempoh PKP pihak PIBG memberikan sumbangan berjumlah
RM3500 untuk menceriakan persekitaran sekolah, menebang pokok-pokok
lama dan berisiko dan membersihkan kawasan semak di sekitar premis sekolah.
Tahun 2021
➢ Pembinaan dewan sambungan surau
RM62,750 telah dibelanjakan untuk pembinaan dewan sambungan surau.
➢ Sumbangan hadiah pertukaran guru
Sebanyak RM270 telah digunakan untuk bayaran hadiah kepada 3 orang guru
sekolah yang telah bertukar.
➢ Bayaran elaun guru ganti
PIBG bersetuju untuk menyumbang RM400 untuk bayaran elaun kepada Cikgu
Amin iaitu guru ganti untuk menampung kekurangan guru sekolah.
5. Penghargaan
Jawatankuasa PIBG sepanjang tahun 2019, 2020 dan sehingga kini sedaya upaya
bertindak sebaik mungkin untuk memenuhi objektifnya. Sehubungan itu, PIBG
ingin memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat iaitu para waris,
guru, pihak sekolah, pelajar yang memberi kerjasama dan sokongan dalam
menjayakan program-program PIBG.
Disediakan oleh:
…………………………………………
( MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS )
Setiausaha PIBG 2021
SK Seri Perdana
16
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
LAPORAN TAHUNAN JURU AUDIT DALAMAN
Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli,
PIBG SK Seri Perdana,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
LAPORAN JURU AUDIT DALAMAN TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
DAN 11 OKTOBER 2021.
Bahawasanya, kami Juru Audit Dalaman PIBG SK Seri Perdana mengemukakan laporan
kepada Jawatankuasa dan ahli-ahli, hasil pengauditan yang telah dijalankan dari 14 Mac
2019 hingga 25 Oktober 2021.
2. Skop audit kami adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal ehwal
kewangan, pentadbiran dan aktiviti-aktiviti PIBG SK Seri Perdana.
3. Hasil daripada pemeriksaan, kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal
PIBG telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan serta memberi pandangan yang
benar dan saksama sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) 1998 serta selaras
dengan kehendak piawaian perakuan.
4. Kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan.
Sekian, terima kasih.
……………………………………….. ………………………………………..
(PUAN NURANESAH BINTI HALEM) (EN MOHD HAFIZ ZUHRIN ABDULLAH)
Juru Audit 1, Juru Audit 2,
PIBG SK Seri Perdana PIBG SK Seri Perdana.
17
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
18
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
19
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
20
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
21
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
Usul-Usul
Usul Diterima Dan Akan Dibahaskan
1. Waris : Encik Iswan Bin Che Ishak
Anak : Mohammad Qushiri Iqbal
Kelas : 2 Imtiyaz
i) Mengadakan kelas bahasa cina (mandarin)
ii) Memartabatkan budaya, bahasa dan bangsa Melayu. Contoh tokoh
perjuangan kemerdekaan, bahasa daerah atau negeri, dan budaya sopan
santun.
2. Waris : Encik Sobri Bin Sudin
Anak : Sofea Tihani Binti Sobri
Kelas : 2 Itqan
Aktifkan kerjasama dan peranan ibu bapa dalam membantu pencapaian murid dan
sekolah.
3. Waris : Encik Nurerman Bin Mohamad
Anak : Adam Mohamad Errish
Kelas : 4 Imtinan
Pohon pihak sekolah mengadakan kelas tambahan kepada anak-anak bermula dari
darjah 4 agar bila masuk ke darjah 6 anak-anak telah bersedia dari awal untuk
menghadapai peperiksaan UPSR.
22
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 & 24
SEKALUNG BUDI
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Perdana
merakamkan ucapan stinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada :
✓ Semua Pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan
sokongan kepada PIBG sekolah.
✓ Para waris,guru dan semua staf pejabat atas sokongan dan
komitmen
✓ Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2021, pekerja-
pekerja swasta, pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-23 & 24.
Terima kasih.
**************
Sumbangan kepada PIBG SKSP boleh disalurkan melalui transaksi secara online.
PIBG SEK KEB SERI PERDANA,
Bank Maybank. No. Akaun: 0020 9050 0489
23