Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Atur Cara Majlis
2.15 petang - Pendaftaran kehadiran waris dan waris mengambil tempat
2.30 Petang - Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar SK Seri Perdana
- Ucapan YDP PIBG SK Seri Perdana
- Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Syed Mohd Johan Rizal
- Mesyuarat Agung dimulakan
- Bersurai
Agenda Mesyuarat
1. Kata-kata aluan Guru Besar SK Seri Perdana
2. Kata-kata aluan oleh Yang Dipertua PIBG
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-24
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Pembentangan dan Penerimaan Laporan aktiviti Jawatankuasa sesi 2021/2022
6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Sesi 2021/2022
7. Perbahasan usul-usul
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan
1
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
kerana dengan limpah perkenan dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul semula secara
bersama untuk bermesyuarat pada kali ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK Seri Perdana Kali Ke-25.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha untuk membantu
pihak sekolah dalam pelbagai program sekolah. Saya dan semua AJK PIBG akan terus
menyokong segala usaha dan program yang dianjurkan pihak sekolah untuk menjana
kecemerlangan anak-anak kita di SK Seri Perdana.
Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan
faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Justeru itu, sokongan daripada semua
ahli PIBG amat diperlukan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa,
sahsiah terpuji dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum.
Akhir kata, saya bagi pihak diri dan AJK PIBG Sesi 2021 / 2022 memohon ampun
dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah, terdapat kekurangan dan kelemahan
dari segi perlakuan, tindakan atau percakapan yang menyinggung perasaan. Semoga
Mesyuarat Agung Tahunan kita pada tahun ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah
S.W.T.
Terima kasih.
……………………………….
EN. AMRI BIN DATO HAJI HASHIM
Yang Dipertua PIBG,
SK. Seri Perdana.
2
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Kata-kata Aluan Guru Besar
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang
diberikanNya dapat saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan kesyukuran dan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa dan guru-guru yang dapat hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan SK Seri Perdana kali ke-25 ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita semua perlu sedar dan faham bahawa kerjasama dan permuafakatan yang baik
dan bermakna oleh semua pihak adalah penting bagi menjamin pembangunan dan
kemajuan sekolah dalam pelbagai bidang terutama akademik, sukan, sahsiah, kepimpinan
dan kokurikulum. Hubungan dan kerjasama ini akan membentuk suasana kondusif dan
terbaik untuk anak-anak SK Seri Perdana seterusnya membolehkan mereka mencapai
kejayaan cemerlang di masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli PIBG yang sentiasa menyokong dan
memberikan komitmen yang baik dalam semua program yang dirangka pihak sekolah.
Kejayaan sekolah dan kecemerlangan murid adalah hasil daripada usaha gigih murid, ibu
bapa dan guru yang sentiasa bersama dan saling bantu membantu.
Akhir bicara, saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada barisan AJK PIBG
dan semua waris kerana memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen yang baik kepada
pihak sekolah. Semoga semua usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah
S.W.T hendaknya
Terima kasih.
………………………..
(KAMARULZAMAN BIN CHE NIK)
Guru Besar,
SK. Seri Perdana.
3
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
PERATURAN AM
1. Perhimpunan Mesyuarat Agung
Ahli-ahli diminta mendaftarkan kehadiran melalui link yang diberikan melalui guru
kelas atau di kaunter pendaftaran. Ahli-ahli diminta untuk tidak mendaftarkan
kehadiran sekiranya tidak hadir ke sesi mesyuarat.
2. Pengerusi Mesyuarat
Yang Dipertua adalah dengan sendirinya menjadi Pengerusi Mesyuarat Agung dan
bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat dari awal hingga
akhir. Semasa ketiadaan beliau, Naib Yang Dipertua boleh memangku jawatan
sebagai Pengerusi mesyuarat.
3. Susunan Peraturan Mesyuarat
Agenda atau atur cara yang disediakan oleh jawatankuasa PIBG SK. Seri Perdana
sesi 2021 / 2022 hendaklah dibaca oleh ahli-ahli dengan teliti serta difahamkan
maksudnya. Semua perkara yang termaktub dalam agenda atau aturan adalah lebih
diutamakan daripada hal-hal lain.
4. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK. Seri Perdana Kali Ke-24
Ahli-ahli dibenarkan mengemukakan soalan berkenaan dengan butiran minit
tersebut sahaja.
5.. Pindaan Perlembagaan Persatuan
Perlembagaan PIBG SK. Seri Perdana tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan persetujuan majoriti ahli dalam Mesyuarat Agung. Sebarang perubahan
berkuat kuasa mulai tarikh perubahan dan pindaan boleh dibuat sekiranya mendapat
kebenaran daripada Pendaftar Sekolah Negeri Kedah.
6. Korum
Korum Mesyuarat Agung hendaklah bilangannya tidak kurang daripada tiga kali
jumlah bilangan ahli jawatankuasa.
7. Usul-usul dan Pindaan-pindaan
Usul-usul yang akan dibahaskan adalah usul-usul yang akan disediakan oleh
Jawatankuasa dan usul-usul bertulis atau usul-usul semasa ahli. Cadangan pertama
adalah disifatkan sebagai usul asal dan cadangan berikutnya mengenai usul yang
sama disifatkan sebagai pindaan. Usul-usul dan pindaan-pindaan mestilah disokong
oleh ahli-ahli yang hadir sebelum dibahaskan.
4
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Tarikh AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Hari MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25
Masa
Tempat : 29 Jun 2022
: Rabu
Penasihat : 2.30 Petang
Pengerusi : Kantin Sekolah
N. Pengerusi
Setiausaha : En. Kamarulzaman Bin Che Nik
Bendahari : En. Amri Bin Dato Hj. Hashim
: Dr. Sobri Bin Sudin
: En. Muhammad Amin Bin Idris
: En. Muhammad Faris Bin Jusni
Bil Ahli Jawatankuasa
1 Pengacara Majlis
1. En. Ahmad Zaini Bin Ghazali
2 Teks ucapan Guru Besar dan YDP
1. En. Muhammad Amin Bin Idris
2. Pn. Norariyani Binti Abd Majid
3 Bacaan Doa
1. En. Zubir Bin Mohiyadin
4 Buku program
1. En. Muhammad Amin bin Idris
2. Pn. Wan Hasmiza Binti Kamaruddin
3. Pn. Farihan Binti Salleh @ Salleh Hilmi
5 Fotografi
1. Pn. Marina Binti Saad (K)
2. Pn. Sharifah Fitry Binti Syed Rashid
6 Persiapan tempat
1. En. Mohamad Mahyudin Bin Mohd Ishak(K)
2. En. Saifullah Bin Ab. Rahim
3. En. Alias Bin Haris Fadzilah
4. En. Mohd. Afdzal Hilmi Bin Zulkiflee
5. En. Mohammad Zakaria Bin Ariffin
6. En. Ridzuan Bin Md Radzi
5
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
7 Persiapan pentas
1. En. Mohd Nadzri bin Wahab(K)
2. Pn. Azliza binti Ibrahim
3. Pn. Nurul Faiz binti Che Din
4. Pn. Norma Binti Adenan
5. Pn. Noorzafida Binti Othman
6. Pn. Hasnah Binti Yahya
7 Banner
1. En. Sophian Bin Sulaiman (K)
2. En. Rashidi Bin Hussain
8 Sistem siaraya
1. En. Ahmad Tarmizi Bin Rashid (K)
2. En. Ismadi Bin Abu Bakar
9 Pendaftaran
1. Pn. Rohaya Binti Hashim (K)
2. En. Salehuddin Bin Ibrahim
3. Pn. Fazilah Binti Zakaria
4. Pn. Mazeyah Binti Mohamad Saman
5. En. Jeferi Din Bin Osman
6. Pn. Mahariza Binti Morad
7. Pn. Nadasobah Binti Harun
8. Pn. Habibah Binti Yaacob
10 Pencatat minit
1. Pn. Aniza Binti Hamzah (K)
2. Pn. Habibah Binti Sulaiman
3. Pn. Robihaton Binti Ismail
11 Makanan
1. En. Mohd Hazif Zuhrin Bin Abdullah (K)
2. Pn. Fatimawati Binti Ahmad
3. Pn. Fatimah Binti Darus
4. Pn. Siti Noor Binti Ghazali
5. Pn. Mahariza Binti Morad
6. Pn. Afriza Binti Ahmad
7. Pn. Nor Hayati Binti Hussain
8. Pn. Nur Sabarina Binti Che Me
12 Tabung sumbangan
1. En. Zubir Bin Mohiyadin (K)
2. Pn. Noor Azah Binti Abdullah
3. Pn. Najdah Binti Abdul Jalil
6
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 / 2021
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 malam
Tempat : Google Meet
Kehadiran : 203 orang
Agenda
1. Ucapan Guru Besar
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-21
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020 / 2021.
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi
2020/2021
7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Akaun Surau sesi
2020/2021
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021
9. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2021 hingga 2023
10. Perbahasan usul-usul.
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan.
1. Ucapan Guru Besar
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua waris, AJK PIBG
dan guru-guru yang berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG pada
kali ini walaupun melalui medium Google Meet. Beliau menerangkan
kehadiran pada malam ini membuktikan para waris cakna mengenai
persekolahan anak-anak masing-masing.
Tindakan: Makluman semua
1.2 Beliau menerangkan Prasekolah SKSP akan mula beroperasi pada 31
Oktober 2021 seperti mana arahan daripada JPN dan MKN. Manakala
murid-murid di Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diberikan maklumat mengenai
pembukaan sekolah apabila negeri Kedah mula memasuki Fasa 4 dalam
Pelan Pemulihan Negara. Sementara menunggu pembukaan sekolah, sesi
PdPR akan diteruskan sehingga makluman mengenai pembukaan sekolah
diperolehi kelak.
Tindakan:Makluman semua
7
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
1.3 Beliau menerangkan pihak sekolah telah menyerahkan 94 unit iPad untuk
kegunaan PdPR murid-murid tahun 4 yang terpilih. Pihak sekolah juga
memberikan 46 unit telefon bimbit untuk kegunaan murid-murid yang
mempunyai kekangan dalam menjalani PdPR di rumah. Pihak sekolah juga
memberikan bantuan ‘top-up’ data untuk mana-mana waris yang
memerlukan bantuan untuk meneruskan sesi PdPR anak-anak. Namun,
terdapat pihak waris yang menyalahgunakan pemberian pihak sekolah
kerana didapati ada murid yang selepas diberikan bantuan telefon dan data
masih tidak mengikuti kelas yang dijalankan oleh guru-guru. Guru Besar
berharap waris yang berkenaan supaya lebih cakna tentang pembelajaran
anak-anak kerana bantuan telah diberikan tetapi telah disalahgunakan.
Tindakan: Makluman semua
1.4 Beliau juga memaklumkan pada tahun 2021 ini, pihak sekolah telah dipilih
untuk menjadi sekolah transformasi TS25. Program transformasi ini adalah
usaha daripada KPM untuk meningkatkan kemenjadian murid. KPM telah
menetapkan 3 matlamat utama yang perlu dicapai sehingga tahun 2025
iaitu memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan kualiti guru dan
murid, dan mengukuhkan penglibatan ibu bapa dan komuniti. Beliau
menyeru semua pihak untuk sama-sama berganding bahu untuk
menjayakan program ini.
Tindakan :Makluman semua
1.5 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
untuk sesi 2019/2021 atas segala jasa yang telah diberikan. Beliau
berharap barisan yang baru dilantik nanti dapat bersama-sama bekerja
untuk membantu sekolah.
Tindakan :Makluman semua
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.1. YDP mengucapkan selamat datang kepada semua waris ke Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-23 & 24. Beliau bersyukur kerana Mesyurat Agung
PIBG dapat di adakan selepas segala cabaran yang ditempuh sebelum ini.
Tahniah juga diucapkan kerana kehadiran pada malam ini tidak
mengecewakan dan ini membuktikan para waris sememangnya cakna
terhadap persekolahan anak-anak.
Tindakan : Makluman semua
2.2. YDP menerangkan tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang sangat
mencabar kepada PIBG kerana pandemik yang berlaku. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada para guru kerana sentiasa memantau
dan sabar dalam selama membuat sesi PdPR.
Tindakan : Makluman semua
8
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
2.3. YDP mengucapkan terima kasih kepada para guru kerana membuat
inisiatif sendiri untuk membantu murid-murid SKSP yang terkesan dengan
pandemik Covid-19. Guru-guru telah memberikan bantuan dari poket
sendiri tanpa bantuan kerajaan demi membantu sesi PdPR anak-anak
SKSP. YDP berharap para waris yang telah dibantu agar tidak
menyalahgunakan peranti dan bantuan yang telah disalurkan. Ini kerana
PdPR adalah satu-satunya cara untuk anak-anak kita tidak tercicir dalam
pelajaran.
Tindakan : Makluman semua
2.4. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
untuk sesi 2021/2023 atas segala jasa yang telah diberikan. Beliau
berharap barisan yang baru dilantik nanti boleh bersama-sama bekerja
untuk membantu sekolah.
Tindakan : Makluman semua
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22
3.1. Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke-21 dari muka
surat 6 hingga 12 untuk disemak dan disahkan.
Tindakan : Setiausaha
3.2. Cadangan : Dr. Sobri Bin Sudin mencadangkan minit mesyuarat tersebut
untuk disahkan.
Sokongan : Disokong oleh Pn. Norafida Binti Ibrahim
Tindakan : Setiausaha
4. Perkara-perkara berbangkit
4.1. – Tiada –
5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020 / 2021
5.1. Setiausaha membentangkan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020
/ 2021 dari muka surat 13 hingga 16. Laporan ini menyatakan aktiviti-aktiviti
yang telah disertai dan dijalankan oleh pihak PIBG
Tindakan : Setiausaha
5.2. Setiausaha memaklumkan laporan ini tidak perlu disahkan kerana ianya
sekadar makluman mengenai perjalanan aktiviti PIBG sepanjang sesi
2020/2021
Tindakan : Makluman semua
9
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2020 / 2021
6.1. Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir
pada 1 Januari 2020 dan berakhir 11 Oktober 2021 pada halaman 18 dan
19 untuk dibahaskan.
Baki berakhir 31 Disember 2019 :
Di bank - RM 15,854.20
Di tangan - RM 140.00
Jumlah - RM 15,994.20
Baki berakhir 11 Oktober 2021 :
Di bank - RM 3,261.12
Di tangan - RM 200.00
Jumlah - RM 3,461.12
Tindakan : Makluman
6.2. Cadangan : Dr. Sobri Bin Sudin mencadangkan penyata kewangan PIBG
untuk disahkan
Sokongan : Disokong oleh Dr. Zulkifli
Tindakan : Setiausaha
7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Akaun Surau sesi
2020/2021
7.1. Bendahari Surau dan Dewan membentangkan Penyata Akaun Surau dan
Dewan dari 1 Januari 2020 hingga 11 Oktober 2021.
Baki berakhir 31 Disember 2019
Di bank - RM 63,004.56
Di tangan - RM 0
Jumlah - RM 64,004.56
Baki berakhir 11 Oktober 2021 :
Di bank - RM 352.74
Di tangan - RM 0
Jumlah - RM 352.74
Tindakan : Makluman
7.2. Cadangan : Dr. Sobri B. Sudin mencadangkan penyata kewangan akaun
surau untuk disahkan
Sokongan : Disokong oleh Dr. Zulkifli
10
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021
8.1. Guru Besar membubarkan barisan AJK Sesi 2019/2021 dan barisan AJK
baru akan dilantik untuk tempoh 2 tahun bagi sesi 2021/2023.
Tindakan : Makluman semua
8.2. En. Amri Bin Dato Hj.Hasim dilantik dengan persetujuan sebulat suara
untuk menjadi pengerusi sementara bagi pemilihan AJK sesi 2021/2023.
9. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020
9.1. Setiausaha memaklumkan pemilihan hari ini adalah untuk melantik Yang
Dipertua, Naib Yang Dipertua, 5 orang AJK waris, dan seorang Juru Audit
waris. AJK dari kalangan guru adalah dilantik oleh pentadbir sekolah.
Tindakan : Makluman semua
9.2. En. Sophian mencadangkan En. Amri Bin Dato Hj. Hashim untuk dilantik
semula sebagai YDP PIBG dan Dr. Sobri Bin Sudin dilantik sebagai Naib
Yang Dipertua. Cadangan adalah disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat yang hadir.
9.3. Pn. Hazila Hashim mencadangkan AJK sedia ada untuk dilantik semula
bagi sesi 2021/2023. Cadangan diterima sebulat suara.
9.4. Lantikan AJK PIBG waris telah dipersetujui ahli mesyuarat seperti berikut
i. En. Amirul Nizam Bin Mahadzir
ii. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen
iii. Puan Intan Safrina Binti Abdullah
iv. Puan Noor Shapilah Binti Mansor
v. Puan Nor Sajaratudul Binti Nordin
vi. Puan Nor Liza Binti Kamaruddin
9.5. Guru Besar memaklumkan AJK PIBG Guru adalah seperti berikut
Setiausaha : Encik Muhammad Amin Bin Idris
Bendahari : Encik Muhammad Faris Bin Jusni
AJK : Puan Rohaya Binti Hashim
Ustaz Zubir Bin Mohiyadin
Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid
Puan Afifah Binti Azizan
Encik Mohd Mahyuddin Bin Mohd Ishak
Encik Mohd Hafiz Zuhrin Bin Abdullah (Juru audit)
11
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
10. Perbahasan Usul-usul
10.1. Waris : Encik Iswan Bin Che Ishak
Anak : Mohammad Qushiri Iqbal
Kelas : 2 Imtiyaz
i) Mengadakan kelas bahasa cina (mandarin)
ii) Memartabatkan budaya, bahasa dan bangsa Melayu. Contoh tokoh
perjuangan kemerdekaan, bahasa daerah atau negeri, dan budaya
sopan santun.
Jawapan
Guru Besar memaklumkan kelas Bahasa Cina hanya boleh dijalankan di
sekolah rintis. Pihak KPM dan JPN yang akan menentukan sekolah mana
yang akan menjalankan kelas tersebut. Guru Besar memohon pihak waris
untuk memberikan perhatian lebih untuk subjek bahasa yang terdapat di
sekolah sekarang kerana subjek-subjek tersebut pun masih ada murid yang
tidak dapat menguasai dengan baik. Pihak sekolah juga sentiasa
mengadakan program untuk memartabatkan budaya, bahasa dan
masyarakat majmuk di Malaysia.
10.2. Waris : Encik Sobri Bin Sudin
Anak : Sofea Tihani Binti Sobri
Kelas : 2 Itqan
Aktifkan kerjasama dan peranan ibu bapa dalam membantu pencapaian
murid dan sekolah.
Jawapan
Encik Sobri menerangkan usul ini tidak perlu dijawab pihak sekolah kerana
beliau memberikan usul ini untuk mengajak para waris untuk sama-sama
membantu pihak sekolah dalam menjalankan dan menjayakan aktiviti yang
dirancang pihak sekolah. Encik Sobri menerangkan PIBG adalah satu
badan yang berkhidmat secara sukarela tanpa mendapat sebarang faedah.
Beliau mengajak para waris untuk sama-sama berganding bahu
membantu, bukan secara wang ringgit sahaja tapi boleh juga dengan cara
memberikan bantuan dalam bidang kepakaran kita yang dapat membantu
pihak sekolah.
12
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
10.3. Waris : Encik Nurerman Bin Mohamad
Anak : Adam Mohamad Errish
Kelas : 4 Imtinan
Pohon pihak sekolah mengadakan kelas tambahan kepada anak-anak
bermula dari darjah 4 agar bila masuk ke darjah 6 anak-anak telah bersedia
dari awal untuk menghadapai peperiksaan UPSR.
Jawapan
Guru Besar menerangkan UPSR telah dimansuhkan dan kelas tambahan
sudah tidak perlu dijalankan untuk tujuan peperiksaan. Walaupun tiada
kelas tambahan, kelas intervensi akan dijalankan kepada murid-murid
yang telah dikenalpasti memerlukan intervensi.
11. Hal-hal lain
11.1. YDP memaklumkan pihak AJK membincangkan kadar bayaran yang baru
akan digunakan untuk sumbangan PIBG. Kadar bayaran yang baru adalah
RM30 untuk seorang anak, dan RM50 sekali bayar sekiranya mempunyai
2 orang atau lebih anak di SKSP. Cadangan ini diterima sebulat suara.
Tindakan : Makluman
11.2. YDP mengajak para waris untuk memberikan sumbangan yang lebih
sekiranya mempunyai kemampuan. Ini bertujuan untuk membantu pihak
waris yang kurang berkemampuan sambil membantu pihak PIBG
Tindakan : Makluman
11.3. YDP menerangkan Akaun Sumbangan Surau dan Dewan Sek. Keb. Seri
Perdana akan ditutup kerana telahpun mencapai tujuan penubuhan akaun
tersebut. Baki wang di dalam akaun akan digunakan untuk fasiliti atau
kegunaan surau.
Tindakan : Setiausaha, Bendahari, YDP
12. Ucapan Penangguhan
12.1. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada para waris yang sama-
sama memberikan idea dan cadangan untuk kelangsungan dan
kecemerlangan murid SKSP. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada
AJK PIBG yang baru dilantik dan berharap AJK yang baru dilantik akan
dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada PIBG sekolah.
12.2. YDP mengucapkan terima kasih atas usul-usul dan pandangan yang telah
diberikan dalam mesyuarat ini. YDP berharap pihak PIBG dan pihak
sekolah dapat bekerjasama dengan lebih erat selepas ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:31 malam.
13
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Dicatat oleh :
1. Puan Aniza Binti Hamzah
2. Puan Rosmina Binti Shaari
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………………….. …………………………………………
( MUHAMMAD AMIN B IDRIS ) (EN AMRI B DATO HJ HASHIM )
Setiausaha PIBG SK Seri Perdana Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana
14
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA
2021- 2022
Untuk makluman, maka inilah dibentangkan laporan perjalanan persatuan ini yang meli-
puti jangka masa dari Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 pada 23 Oktober 2021 hingga
Mesyuarat Agung PIBG Kali-25 pada 29 Jun 2022.
1. Jawatankuasa Tadbir
Persatuan ini adalah ditadbir oleh jawatankuasa yang senarainya seperti berikut:
JAWATANKUASA TADBIR
PIBG SK. SERI PERDANA 2021 - 2022
Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik
(Guru Besar SK. Seri Perdana)
Yang Dipertua : En. Amri Bin Dato Haji Hashim
Naib Yang Dipertua : Dr. Sobri Bin Sudin
Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris
Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni
Jawatankuasa Ibu Bapa :
1. En. Amirul Nizam B. Mahadzir
2. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen
3. Puan Intan Safrina Binti Abdullah
4. Puan Noor Shapilah Binti Mansor
5. Puan Nor Liza Binti Kamaruddin
Jawatankuasa Guru :
1. Puan Rohaya Binti Hashim
2. Encik Zubir Bin Mohiyadin
3. Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid
4. Puan Afifah Binti Azizan
5. Encik Mohd Mahyuddin Bin Mohd Ishak
Juru Audit :
1. Puan Noor Sajurratuddur Binti Nordin
2. En Mohd Hafiz Zuhrin Bin Abdullah (Guru)
15
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
2. Mesyuarat Jawatankuasa
Sejak dari 23 Oktober 2021 sehingga yang terkini, Mesyuarat Jawatankuasa telah
dijalankan sebanyak 3 kali:
1. 9 Mac 2022
2. 9 Jun 2022
3. 26 Jun 2022
3. Kewangan
Sumber tetap kewangan bagi persatuan ini ialah:
i. Sumbangan tahunan sebanyak RM 30 bagi setiap waris yang mempunyai
seorang anak dan RM50 untuk setiap waris yang mempunyai 2 orang atau
lebih anak di SK Seri Perdana.
ii. Sumbangan atau derma pihak luar
4. Kegiatan-kegiatan PIBG
Jawatankuasa PIBG sentiasa berusaha mempelbagai dan mempertingkatkan
kegiatannya supaya selari dengan misi dan visi sekolah. Antara aktiviti dan
sumbangan yang melibatkan pihak PIBG ialah:
Aktiviti
Bil Aktiviti Tarikh
1 Ziarah cakna mangsa banjir 4.11.2021
2 Majlis Pertukaran Cikgu Amizan 24.2.2022
3 Program Imunisasi Covid-19 bersama GB dan YDP PIBG 2.3.2022
4 Pendaftaran murid tahun 1 20.3.2022
5 Sambutan murid kembali kesekolah 21.3.2022
6 Sumbangan Keceriaan Kelas 21.3.2022
7 Majlis Persaraan Cikgu Robiah 8.5.2022
8 Sambutan Hari Raya dan Hari Guru 16.5.2022
9 Kejohanan sukan tahunan 28.5.2022
10 Program “Terima Kasih Cikgu” bersama Menteri Besar 20.6.2022
11 Penyerahan pingat kepada atlit sekolah 26.6.2022
16
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Sumbangan
➢ Pembelian Printer untuk TS25
Setiausaha TS25 sekolah memohon sumbangan untuk pembelian printer bagi
kegunaan program-program TS25 dan diluluskan RM300 untuk tujuan tersebut.
➢ Pembelian printer untuk bilik pemulihan
Guru pemulihan sekolah memohon sumbangan untuk pembelian printer bagi
tujuan kegunaan murid-murid kelas pemulihan. RM659 telah diluluskan untuk
pembelian printer tersebut
➢ Sumbangan cabutan bertuah mesyuarat BKG
Pihak PIBG menyumbangkan sejumlah RM500 untuk mesyuarat guru SKSP
➢ Sumbangan hadiah pertukaran dan persaraan guru
Daripada Januari 2022 sehingga Jun 2022 seorang guru iaitu Cikgu Amizan
telah bertukar sekolah dan seorang guru telah bersara iaitu Cikgu Robiah.
Jumlah yang dibelanjakan untuk hadiah kepada mereka adalah RM268.
➢ Sumbangan kecerian kelas tahun 2022
Sebanyak RM 5600 dibelanjaan untuk tujuan yang dinyatakan. Sebanyak 28
buah kelas telah diberikan RM200 untuk tujuan keceriaan kelas.
➢ Sumbangan pembelian cenderahati Murid Tahun 6 2021
Pihak PIBG menyumbangkan RM 1540 untuk pembelian cenderahati kepada
154 orang murid tahun 6 sesi 2021 yang telah menamatkan pengajian di SK
Seri Perdana.
➢ Sumbangan keceriaan laman minda SKSP
RM2000 telah diserahkan kepada pihak sekolah untuk membantu projek
keceriaan laman minda SKSP.
➢ Sumbangan kejohanan sukan olahraga tahunan 2022
Pihak PIBG menyumbangkan RM1000 untuk membantu pihak sekolah
menjalankan kejohanan sukan tahunan sekolah.
➢ Sambutan Hari Raya dan Hari Guru 2022
Pihak PIBG menyumbangkan RM900 untuk pembelian ayam goreng dan
diedarkan kepada semua murid, guru dan staff sekolah di majlis tersebut.
➢ Wakaf kebajikan surau
RM5000 sumbangan daripada Koperasi Guru Melayu Kedah diserahkan untuk
menaik taraf surau sekolah
➢ Wang hadiah PERKISS
RM800 wang hadiah kemenangan di dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah
diserahkan kepada pihak sekolah.
17
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
5. Penghargaan
Jawatankuasa PIBG sejak dilantik dari 23 Oktober 2021 sehingga kini sedaya upaya
bertindak sebaik mungkin untuk memenuhi objektifnya. Sehubungan itu, PIBG
ingin memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat iaitu para waris,
guru, pihak sekolah, pelajar yang memberi kerjasama dan sokongan dalam
menjayakan program-program PIBG.
Disediakan oleh:
…………………………………………
( MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS )
Setiausaha PIBG 2022
SK Seri Perdana
18
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
LAPORAN TAHUNAN JURU AUDIT DALAMAN
Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli,
PIBG SK Seri Perdana,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
LAPORAN JURU AUDIT DALAMAN BERAKHIR 31 MEI 2022.
Bahawasanya, kami Juru Audit Dalaman PIBG SK Seri Perdana mengemukakan laporan
kepada Jawatankuasa dan ahli-ahli, hasil pengauditan yang telah dijalankan dari 24
Oktober 2021 hingga 31 Mei 2022.
2. Skop audit kami adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal ehwal
kewangan, pentadbiran dan aktiviti-aktiviti PIBG SK Seri Perdana.
3. Hasil daripada pemeriksaan, kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal
PIBG telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan serta memberi pandangan yang
benar dan saksama sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) 1998 serta selaras
dengan kehendak piawaian perakuan.
4. Kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan.
Sekian, terima kasih.
……………………………………….. ………………………………………..
(PN NOOR SAJURRATUDDUR NORDIN) (EN MOHD HAFIZ ZUHRIN ABDULLAH)
Juru Audit 1, Juru Audit 2,
PIBG SK Seri Perdana PIBG SK Seri Perdana.
19
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
PENYATA KEWANGAN AKAUN PIBG SK SERI PERDANA
1 JANUARI 2022 SEHINGGA 31 MEI 2022
20
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
21
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
22
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
Usul-Usul
Usul Diterima Dan Akan Dibahaskan
1. Waris: Mohd Hanasir Hanafi,
Anak : Muhammad Muzaffar
Kelas : 2 Itqan
Waris : Nur Hayati binti Ahmad
Anak : Muhammad Hanif Al-Fattah Bin Mohd Fuad
Kelas : Pra sekolah
Usul : Membuka pintu pagar kedua untuk mengelakkan kesesakan semasa
menghantar dan mengambil anak di sekolah.
2. Waris: Mohd Abd. Muhaymin Bin Mustafa
Anak : Muhammad Hariz Musyrif
Kelas : 3 Imtiyaz
Usul : Laluan khas motorsikal – supaya dapat melancarkan aliran trafik di
kawasan sekolah
3. Waris: Ibrahim bin Hasan
Anak : Nur Zahra Iman Binti Ibrahim
Kelas : 1 Itqan
Usul : Saya mencadangkan supaya peranan PIBG dapat membantu anak-anak
sekolah secara berterusan apa yang telah dijalankan selama ini
4. Waris: Nor Shazreen Elieana
Anak : Muhammad Qhaiwiem Afiq
Kelas : 1 Iltizam
Usul : Saya mohon makanan RMT dimakan pada waktu rehat supaya tidak
membazir makanan dan anak-anak pun ramai yang tidak makan pada waktu
pagi. Bagi yang kurang pendapatan dapat membantu meringankan duit
perbelanjaan anak-anak sekolah. Terima kasih
5. Waris: Siti Salina Ahmad
Anak : Nur Azwa Safrina Bt. Mohd Zukhi
Kelas : 4 Imtiyaz
Usul : Minta pihak bertanggungjawab untuk periksa keadaan makanan sebelum
dijual kepada murid kerana anak saya dan rakan sekelas pernah dijual nasi
goreng yang sudah basi dan berbau.
23
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
6. Waris: Iswan Bin Che Ishak
Anak : Muhammad Qushairi Iqbal
Kelas : 3 Imtiyaz
Usul : i. lawatan sambil belajar ke pusat pelupusan sampah (IDAMAN). Penting
kelestarian alam dan agama
ii- ikhtiar hidup – Bagaimana hendak memetik pemetik api – contoh pelerai
ubat nyamuk dan lain-lain
iii- menjemput jabatan bomba, polis, askar ke sekolah-sekolah untuk demo,
tugasan, matlamat
7. Guru : Muhammad Faris Bin Jusni
Usul : Memohon waris yang belum menjelaskan bayaran sumbangan PIBG sesi
2021 untuk menjelaskan bayaran tersebut bersama dengan bayaran sumbangan
sesi 2022.
8. Guru : Nasirudin Bin Abdullah
Usul : i) Memohon PIBG untuk menyumbangkan RM100 untuk bayaran sukan zon
Alor Janggus.
ii) Memohon PIBG untuk menyumbangkan RM50 seorang kepada mana-
mana murid yang mewakili sekolah ke peringkat negeri.
CADANGAN
1. Waris mencadangkan untuk diadakan kelas KAFA di sekolah
Jawapan- Pihak Majlis Agama Islam Kedah menyatakan terdapat 2 tempat yang
berdekatan sekolah yang turut mengadakan kelas KAFA.
2. Waris mencadangkan untuk diadakan ‘locker’ di setiap kelas untuk menyimpan buku
Jawapan – Waris di dalam kelas boleh sama-sama berbincang untuk membelikan
locker buat kelas anak masing-masing
24
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25
SEKALUNG BUDI
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Perdana
merakamkan ucapan stinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada :
✓ Semua Pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan
sokongan kepada PIBG sekolah.
✓ Para waris,guru dan semua staf pejabat atas sokongan dan
komitmen
✓ Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2022, pekerja-
pekerja swasta, pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-25
Terima kasih.
**************
Sumbangan kepada PIBG SKSP boleh disalurkan melalui transaksi secara online.
PIBG SEK KEB SERI PERDANA,
Bank Maybank. No. Akaun: 0020 9050 0489
25