The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Perdana Kali Ke-27/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-73053853, 2024-06-26 10:31:25

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Perdana Kali Ke-27/2024

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Perdana Kali Ke-27/2024

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 1 ATURCARA MAJLIS Masa Aturcara 2.00 petang Pendaftaran ibubapa, waris pelajar dan guru 2.20 petang Ketibaan YDP, Ahli Jawatankuasa PIBG dan Perasmi 2.30 petang i. Bacaan Doa ii. Bacaan al-Quran iii. Ucapan Guru Besar SK Seri Perdana iv. Ucapan YDP PIBG SK Seri Perdana v. Ucapan Perasmian oleh Encik Amizan Bin Haji Ahmad, Assistance Vice President RHB Bank Berhad 3.00 petang Jamuan dan persembahan murid 3.20 petang Mesyuarat Agung dimulakan AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKSP KALI KE 27/2024 1. Kata-kata aluan Guru Besar SK Seri Perdana 2. Kata-kata aluan oleh Yang Dipertua PIBG 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-26 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Pembentangan dan Penerimaan Laporan aktiviti Jawatankuasa sesi 2023/2024 6. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Sesi 2023/2024 7. Perbahasan usul-usul 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan YDP PIBG SK Seri Perdana


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 2 Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-27 ini. Semoga perjumpaan kita ini walaupun hanya setahun sekali akan dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak kita selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru, para pentadbir, warga sekolah dan ahli-ahli PIBG yang telah berusaha gigih menyumbang tenaga dan usaha demi anak-anak kita di SK Seri Perdana. Untuk memastikan SK Seri Perdana terus cemerlang di masa hadapan, sememangnya kerjasama yang erat diantara semua pihak yang telah disebutkan tadi adalah amat diperlukan dan diharapkan akan terus berkekalan untuk tahun-tahun mendatang. Sebagai PIBG, peranan kita adalah penting dalam menentukan arah dan masa depan pendidikan di sekolah ini. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan memberikan peluang terbaik kepada setiap pelajar untuk berkembang dan berjaya. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Justeru itu, sokongan daripada semua ahli PIBG amat diperlukan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa, sahsiah terpuji dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum. Akhir kata, saya bagi pihak diri dan AJK PIBG memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah, terdapat kekurangan dan kelemahan dari segi perlakuan, tindakan atau percakapan yang menyinggung perasaan. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kita pada tahun ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Terima kasih. ………………………………. EN. AMRI BIN DATO HAJI HASHIM Yang Dipertua PIBG, SK. Seri Perdana.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 3 Kata-kata Aluan Guru Besar Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberikanNya dapat saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa dan guru-guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan SK Seri Perdana kali ke-27 ini. Mesyuarat Agung PIBG adalah platform penting untuk membincangkan perkembangan pendidikan dan kemajuan sekolah. Kehadiran anda semua menunjukkan komitmen dan sokongan yang tinggi terhadap anak-anak kita. Terima kasih kepada semua ahli PIBG, guru-guru, dan pihak pengurusan sekolah atas sumbangan yang tidak ternilai dalam menjayakan program dan aktiviti di sekolah. Bersamasama, kita membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membantu anakanak kita mencapai kejayaan. Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid atas penyertaan aktif dalam aktiviti PIBG. Kehadiran dan sokongan anda adalah penting dalam membina jambatan antara rumah dan sekolah bagi kebaikan anak-anak kita. Mari kita gunakan Mesyuarat Agung ini untuk berkolaborasi, berkongsi pandangan, dan merancang langkah-langkah ke hadapan. Dengan kerjasama kita, kita dapat meningkatkan mutu pendidikan dan mencapai kecemerlangan. Akhir bicara, saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada barisan AJK PIBG dan semua waris kerana memberi kerjasama dan menunjukkan komitmen yang baik kepada pihak sekolah. Semoga semua usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya Terima kasih. ……………………….. (KAMARULZAMAN BIN CHE NIK) Guru Besar, SK. Seri Perdana. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 4 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 Tarikh : 27 Jun 2024 Hari : Khamis Masa : 2.00 Petang Tempat : Kantin Sekolah Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik Pengerusi : En. Amri Bin Dato Hj. Hashim N. Pengerusi : Dr. Sobri Bin Sudin Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni Bil Ahli Jawatankuasa 1 Pengacara Majlis 1. En. Mohd. Afdzal Hilmi Bin Zulkiflee 2 Teks ucapan Guru Besar dan YDP 1. En. Muhammad Amin Bin Idris 2. Pn. Suzana Binti Mat Salleh 3 Bacaan Doa 1. En. Ridzuan Bin Md Radzi 4 Buku program 1. En. Muhammad Amin bin Idris 2. Cik Wan Hasmiza Binti Kamaruddin 3. Pn. Robihaton Binti Ismail 5 Fotografi 1. Pn. Nur Liyana Bt. Mat Nor (K) 2. Pn. Nur Hasliha Hasyida Binti Hasballah 6 Sistem siaraya 1. En. Ahmad Tarmizi Bin Rashid (K) 2. En. Ismadi Bin Abu Bakar 7 Persiapan tempat 1. En. Mohamad Mahyudin Bin Mohd Ishak(K) 2. En. Ahmad Zaini Bin Ghazali 3. En. Mohd Lotfi Bin Abd Wahab 4. En. Mohd Saifullah Bin Ab. Rahim 5. En. Alias Bin Haris Fadzilah 6. En. Muhammad Hafizuddin Bin Ab Rashid 7. En. Ridzuan Bin Md Radzi


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 5 8 Persiapan pentas 1. En. Mohd Nadzri bin Wahab(K) 2. Pn. Azliza binti Ibrahim 3. Pn. Nurul Faiz binti Che Din 4. Pn. Marina Binti Saad 5. Pn. Sharifah Fitry Binti Syed Rashid 6. Pn. Norma Binti Adenan 7. Pn. Noorzafida Binti Othman 8. Pn. Hasnah Binti Yahya 9 Banner 1. En. Sophian Bin Sulaiman (K) 2. En. Rashidi Bin Hussain 10 Pendaftaran 1. En. Salehuddin Bin Ibrahim (K) 2. Pn. Rohaya Binti Hashim 3. Pn. Fazilah Binti Zakaria 4. Pn. Mazeyah Binti Mohamad Saman 5. En. Jeferi Din Bin Osman 6. Puan Siti Rafida Binti Darus 7. Pn. Habibah Binti Yaacob 8. Pn. Salwa Binti Zakaria 11 Pencatat minit 1. Pn. Nor Hayati Binti Hussain (K) 2. Pn. Rosmina Bt. Shaari 12 Makanan 1. Pn. Nur Sabarina Binti Che Me (K) 2. En. Mohd Hazif Zuhrin Bin Abdullah 3. En. Muhammad Faizal Bin Ramli 4. Pn. Fatimawati Binti Ahmad 5. Pn. Aniza Binti Hamzah 6. Pn. Siti Noor Binti Ghazali 7. Pn. Afriza Binti Ahmad 8. Pn. Nadasobah Binti Harun 13 Tabung sumbangan 1. En. Zubir Bin Mohiyadin (K) 2. Pn. Najdah Binti Abdul Jalil 3. Pn. Habibah Binti Sulaiman 14 Cabutan bertuah dan cenderahati 1. Pn. Farihan Binti Salleh @ Salleh Hilmi (K) 2. Pn. Norariyani Binti Abd Majid 3. En. Jagathesan A/L Veerachandran 4. Pn. Jalilatul Husna Binti Azizan 5. Pn. Mahariza Binti Morad 6. Pn. Zarina Bt. Abdul Rahman


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 / 2023 Tarikh : 15 Jun 2023 Hari : Khamis Jam : 2.30 petang Tempat : Kantin SK Seri Perdana Kehadiran : 176 orang Agenda 1. Kata-kata aluan Guru Besar SK Seri Perdana 2. Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG 3. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke-25 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Pembentangan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022 / 2023. 6. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/2023 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 9. Perbahasan usul-usul. 10.Hal-hal lain 11.Ucapan penangguhan YDP PIBG. 1. Kata-kata aluan Guru Besar 1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua waris, AJK PIBG dan guru-guru yang berjaya merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Tindakan: Makluman semua 1.2 Beliau menerangkan kekuatan PIBG sekolah adalah kerjasama antara pihak waris dan guru sekolah. Pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti dan program untuk anak-anak SK Seri Perdana selepas ini. Beliau berharap pihak PIBG akan bersama-sama membantu dalam membentuk pelajar SK Seri Perdana supaya menjadi pelajar yang seimbang secara akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Tindakan:Makluman semua 1.3 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG atas bantuan dan khidmat bakti yang telah diberikan. Tindakan :Makluman semua


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 7 2. Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG 2.1. YDP mengucapkan selamat datang kepada semua waris ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26. Tahniah juga diucapkan kerana kehadiran pada kali ini tidak mengecewakan dan ini membuktikan para waris sememangnya cakna terhadap persekolahan anakanak. Tindakan : Makluman semua 2.2. YDP mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang telah berkhidmat dengan berdedikasi selama tempoh lantikan. Diharapkan kepada AJK baru yang akan dilantik dapat membawa idea-idea baru dan meneruskan usaha dalam membantu pihak sekolah. Tindakan : Makluman semua 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 3.1. Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali ke-25 dari muka surat 6 hingga 12 untuk disemak dan disahkan. Tindakan : Setiausaha 3.2. Cadangan : Puan Norliza mencadangkan minit mesyuarat tersebut untuk disahkan. Sokongan : Disokong oleh Dr. Sobri 4. Perkara-perkara berbangkit 4.1. – Tiada – 5. Membentang Laporan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022 / 2023 5.1. Setiausaha membentangkan Laporan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/ 2023 dari muka surat 13 hingga 17. Laporan ini menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah disertai dan dijalankan oleh pihak PIBG Tindakan : Setiausaha


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 8 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2022 / 2023 6.1. Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Mei 2023 pada halaman 19 sehingga 23 untuk dibahaskan. Baki berakhir 31 Mei 2022 : Di bank - RM 13,913.72 Di tangan - RM 0 Jumlah - RM 13,913.72 Tindakan : Makluman 6.2. Cadangan : Pn. Intan Safrina mencadangkan penyata kewangan PIBG untuk disahkan Sokongan : Disokong oleh Pn. Nur Fizatulakma 7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 7.1. Setiausaha mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023. Tindakan : Makluman 8. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 8.1. Setiausaha memaklumkan pemilihan pada hari ini adalah untuk melantik Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, 5 orang AJK waris dan seorang Juru Audit waris. AJK dari kalangan guru adalah dilantik oleh Guru Besar. 8.2. Puan Norliza mencadangkan En. Amri Bin Dato’ Hashim untuk dilantik semula sebagai YDP PIBG. Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 8.3. En. Amri mencadangkan Dr. Sobri dilantik semula sebagai NYDP PIBG. Cadangan turut disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir. 8.4. Lantikan AJK PIBG waris yang telah dipersetujui ahli mesyuarat adalah seperti berikut i. Pn. Fizatulakma Bt. Kamaldeen ii. Pn. Noor Sajurratuddur Bt. Nordin iii. Pn. Azura Bt. Mohd Aris iv. En. Mohd. Zubier Bin Abd. Rahman v. En. Abdul Gani Bin Che Su vi. Pn. Juwairiah Bt. Mohamed @ Mohd Jusoh (Juru Audit)


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 9 8.5. Guru Besar memaklumkan AJK PIBG Guru adalah seperti berikut Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni AJK : Ustaz Zubir Bin Mohiyadin En. Ahmad Tarmizi Bin Rashid En. Mohd Mahyuddin Bin Mohd Ishak Pn. Rohaya Bt. Hashim Pn. Farihan Bt. Salleh Pn. Nur Sabarina Bt. Che Me (Juru Audit) 9. Perbahasan Usul-usul 1 Pencadang Nur Izzani Binti Nor Azam Anak Muhammad Firash Amsyar, 3 Imtinan Usul Saya mencadangkan supaya pihak sekolah membuat perjumpaan untuk mengambil PBD kepada ibu bapa sebanyak dua kali iaitu pertengahan tahun dan hujung tahun supaya ibu bapa boleh mengetahui penilaian PBD anak dan mengetahui masalah anak di dalam kelas.. Jawapan Pencadang tidak hadir Guru Besar memberikan jawapan pelaporan PBD sememangnya dibuat 2 kali setahun. GB juga maklumkan pelaporan boleh disemak secara online menggunakan sistem yang dibangunkan oleh guru SKSP. Waris juga dialu-alukan untuk datang kesekolah dan berbincang mengenai perkembangan anakanak. 2 Pencadang Nor Zunaida Binti Rozi Anak Nur Hidayah Binti Ahmad Ramzi, 6 Itqan Usul Sekali sekala adakan sesi pembelajaran di luar kelas supaya murid-murid tidak bosan Jawapan Pencadang tidak hadir Guru Besar menerangkan sememangnya sesi pembelajaran diluar kelas ada dijalankan sebelum ini.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 10 Rombongan pembelajaran telah diadakan, sesi perkhemahan dan aktiviti-aktiviti koku sememangnya ada dijalankan selama ini. Cadangan GB adalah untuk mengadakan gazebo di dalam kawasan sekolah sebagai tempat murid berehat dan belajar ikut kesesuai. 3 Pencadang 1. Hilmizi Bin Hussin 2. Mohd Azlan Bin Rodi 3. Suria Binti Salleh Anak 1. Ria Medina Binti Hilmizi, 5 Imtiyaz 2. Puteri Alisha Umaira Binti Mohd Azlan, 1 Imtiyaz 3. Mohamad Airil Zafril Bin Mohd Ridhuan, 5 Itqan Usul Mencadangkan pihak sekolah mengadakan kelas KAFA disekolah Jawapan Guru Besar sedia maklum mengenai perkara ini dan bercadang untuk membuat bancian minat waris terlebih dahulu. Hasilan daripada bancian tersebut akan GB bawa ke Pejabat Agama untuk ditunjukkan dan dinilai oleh pihak mereka. 4 Pencadang Arifullah Bin Ali Anak Muhammad Akid Bin Arifullah, 1 Imtinan Usul Mohon pihak sekolah dan PIBG pertimbangkan untuk membuka pintu pagar belakang sekolah sewaktu murid datang dan pulang sekolah. Hal ini kerana : 1) Untuk memudahkan urusan hantar dan mengambil pelajar 2) Untuk mengelakkan kesesakan jalan dihadapan sekolah. Hal ini menyebabkan waris terpaksa menunggu lama untuk giliran menurunkan pelajar sewaktu pagi.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 11 3) Dalam perhatian saya hari hujan ( pintu pagar belakang dibuka) tiada kesesakan yang teruk berlaku dihadapan sekolah. Keadaan traffik juga semakin lancar. Jawapan Guru Besar memberikan jawapan pagar tidak dapat dibuka kerana melibatkan isu keselamatan. GB lebih pentingkan keselamatan murid-murid yang berada di dalam kawasan sekolah. Pernah berlaku kemalangan kereta melanggar tiang bola jaring dan juga pencerobohan ke kawasan sekolah. Atas sebab itu pagar tidak dapat dibuka untuk kenderaan waris masuk. GB juga berpesan supaya waris tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang bertanda kuning untuk mengelakkan berlaku kesesakan yang lebih teruk. YDP turut berpesan kepada waris untuk menguruskan anak siap-siap sebelum sampai ke sekolah untuk mengelakkan mengambil masa yang lama semasa sampai ke depan sekolah. 5 Pencadang Abdul Gani Bin Che su Anak Muhammad Azim, 4 Imtinan Usul Beg sekolah berat Jawapan Guru Besar menerangkan ianya adalah isu nasional. Pihak sekolah turut membenarkan penggunaan lokar di sekolah tetapi ada isu yang muncul seperti kunci lokar selalu hilang untuk lokar yang berkunci. Dan buku-buku kerap hilang bagi lokar yang tidak berkunci. Inisiatif dari pihak sekolah adalah dengan memberikan arahan kepada guru-guru matapelajaran untuk menggunakan tidak lebih dari 2 buah buku tulis sahaja untuk setiap subjek. Jadual juga disusun supaya setiap kelas mempunyai tidak


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 12 lebih dari 5 matapelajaran dalam sehari. GB turut berpesan supaya waris cakna dengan jadual dan memastikan anak-anak membawa buku-buku yang mengikut jadual. 6 Pencadang Nurul Asikin bt othman Anak Muhammad Affiq Amzar, 6 Imtinan Usul 1. Kurangkan jualan yang tidak berfaedah di kedai buku sekolah 2. Mohon pengawal keselamatan untuk memantau murid semasa pulang. Jangan benarkan murid keluar dari kawasan sekolah sekiranya boleh. Jawapan Guru Besar telah membuat siasatan dan mendapati tiada barangan yang tidak berfaaedah yang dijual oleh pihak kedai buku. Apa yang didapati adalah murid banyak menghabiskan duit di kedai-kedai yang berada di luar pagar sekolah. YDP turut menerangkan beliau juga memantau kedai buku dan berpuas hati dengan barangan yang dijual. 7 Usul tambahan Guru Besar dan guru-guru agama memberikan cadangan supaya murid-murid Tahun Enam balik pada jam 1.45 supaya mereka semua boleh solat berjemaah di surau pada waktu tersebut. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 13 10.Hal-hal lain 10.1 Setiausaha mencadangkan kadar sumbangan PIBG untuk sesi 2022/2023 dikekalkan pada kadar RM30 untuk seorang anak dan RM50 untuk keluarga yang mempunyai dua orang atau lebih anak di SK Seri Perdana. Pihak waris sebulat suara bersetuju dengan kadar yang dicadangkan Tindakan : Bendahari 10.2 YDP turut sarankan mana-mana waris yang berkemampuan untuk tolong bayarkan sumbangan PIBG mana-mana waris lain yang kurang berkemampuan. YDP juga berbesar hari untuk memberikan diskaun untuk servis kosmetik di syarikat beliau sekiranya waris membuat bayaran sumbangan PIBG. Waris hanya perlu membawa resit pembayaran sumbangan PIBG sebagai bukti untuk mendapatkan servis kosmetik tersebut. Tindakan : Makluman 10.3 Guru Besar berpesan kepada semua waris yang hadir untuk samasama bertanggungjawab dan membayar wang sumbangan yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak membuat bayaran ianya umpama mengambil hak orang lain kerana turut menikmati apa yang orang lain berikan. GB turut berpesan sekiranya ada masalah untuk membayar boleh berhubung dengan guru kelas ataupun ustaz Jefri untuk dapatkan bantuan. Tindakan : Makluman 10.4 En. Muhammad Hamizan Bin Pedi waris kepada Muhammad Aneeq Darweesh dari 1 Imtiyaz memberikan pesanan kepada semua waris supaya sama-sama bertanggungjawab untuk memeriksa beg anak masing-masing supaya dapat membanteras budaya menghisap rokok dan vape di kalangan murid-murid sekolah. Tindakan : Makluman 11.Ucapan Penangguhan YDP mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guruguru kerana penganjuran mesyuarat agung pada kali ini berjalan dengan lancar. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua waris yang hadir kerana tidak mengabaikan tanggungjawab masingmasing terhadapa anak-anak yang bersekolah di SK Seri Perdana. YDP berharap pihak sekolah dan pihak ibu bapa dapat sama-sama


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 14 bekerjasama dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian anak-anak kita dunia dan akhirat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang. Dicatat oleh : 1. Puan Aniza Binti Hamzah 2. Puan Nor Hayati Binti Hussain Disediakan oleh : Disemak oleh: ................................................. ..................................................... (MUHAMMAD AMIN B IDRIS) (EN AMRI B DATO HJ HASHIM) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SK Seri Perdana SK Seri Perdana


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 15 LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA 2023- 2024 Untuk makluman, maka inilah dibentangkan laporan perjalanan persatuan ini yang meliputi jangka masa dari Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 pada 15 Jun 2023 hingga Mesyuarat Agung PIBG Kali-27 pada 27 Jun 2024. 1. Jawatankuasa Tadbir JAWATANKUASA TADBIR PIBG SK. SERI PERDANA 2023 - 2024 Penasihat : En. Kamarulzaman Bin Che Nik (Guru Besar SK. Seri Perdana) Yang Dipertua : En. Amri Bin Dato Haji Hashim Naib Yang Dipertua : Dr. Sobri Bin Sudin Setiausaha : En. Muhammad Amin Bin Idris Bendahari : En. Muhammad Faris Bin Jusni Jawatankuasa Ibu Bapa : 1. Encik Abdul Gani Bin Che Su 2. Encik Mohd. Zubier Bin Abd. Rahman 3. Puan Azura Binti Mohd Aris 4. Puan Nur Fizatulakma Binti Kamaldeen 5. Puan Noor Sajurratuddur Binti Nordin Jawatankuasa Guru : 1. Puan Rohaya Binti Hashim 2. Encik Zubir Bin Mohiyadin 3. Encik Ahmad Tarmizi Bin Rashid 4. Puan Farihan Binti Salleh 5. Encik Mohd Mahyuddin Bin Mohd Ishak Juru Audit : 1. Puan Juwairiah Bt. Mohamed @ Mohd Jusoh 2. Puan Nur Sabarina Binti Che Me (Guru)


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 16 2. Mesyuarat Jawatankuasa Sejak dari 15 Jun 2023 sehingga yang terkini, Mesyuarat Jawatankuasa telah dijalankan sebanyak 4 kali: 1. 20 Ogos 2023 2. 9 November 2023 3. 21 Mei 2024 4. 25 Jun 2024 3. Kewangan Sumber tetap kewangan bagi persatuan ini ialah: i. Sumbangan tahunan sebanyak RM 30 bagi setiap waris yang mempunyai seorang anak dan RM50 untuk setiap waris yang mempunyai 2 orang atau lebih anak di SK Seri Perdana. ii. Sumbangan atau derma pihak luar 4. Kegiatan-kegiatan PIBG Jawatankuasa PIBG sentiasa berusaha mempelbagai dan mempertingkatkan kegiatannya supaya selari dengan misi dan visi sekolah. Antara aktiviti dan sumbangan yang melibatkan pihak PIBG ialah: Aktiviti Bil Aktiviti Tarikh 1 Majlis persaraan Cikgu Zakaria dan Cikgu Fatimah 27.6.2023 2 Majlis gotong-royong ibadah korban 2023 1.7.2023 3 Kejohanan Olahraga Tahunan SKSP 2024 22.7.2023 4 Jualan minyak masak terpakai 16.8.2023 5 Gotong-royong Madani 2023 9.9.2023 6 Majlis Perlancaran Duta Sahsiah 5.11.2023 7 Hari Keusahawanan 2023 25.11.2023 8 Hari Graduasi Tahun Enam 23.1.2024 9 Majlis Apresiasi Kecemerlangan 30.1.2024 10 Jualan minyak masak terpakai 31.1.2024 11 Gotong-royong Madani 2.0 7.3.2024 12 Minggu pertama persekolahan sesi 2024/2025 19.3.2024 13 Majlis iftar perdana 25.3.2024 14 Majlis sambutan raya peringkat sekolah 25.4.2024 15 Sambutan Hari Guru 16.5.2024


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 17 Sumbangan Bil Sumbangan Jumlah 1 Hari Sukan Sekolah RM2500 2 Projek Taman Matematik kelolaan Panitia Matematik untuk menceriakan kawasan Taman Matematik. RM1000 3 Program Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Shah Alam RM500 4 Bayaran homestay dan makan kepada pasukan bola sepak bawah 10 tahun yang menyertai pertandingan Rollout Cup Perlis RM450 5 Pembelian pancang tiang gol sekolah untuk memastikan keselamatan murid semasa di padang sekolah. RM150 6 Penyertaan 2 bahagian korban RM1600 7 Sumbangan pasukan English Carnival yang mewakili sekolah ke Peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan. RM440 8 Menaik taraf bilik kaunseling, pembelian permaidani dan alas meja, pembelian pakaian persembahan murid dan pembelian mesin rumput. RM3500 9 Kursus kepimpinan TKRS untuk 2 orang murid RM60 10 Sumbangan air mineral dan kewangankepada muridmurid yang berjaya mewakili zon Alor Janggus ke peringkat MSSD RM210 11 Sumbangan kepada kelab BKG sekolah RM1000 12 Sumbangan kem kepimpinan pemimpin cilik RM1600 13 Hadiah persaraan Cikgu Zakaria dan Cikgu Fatimah RM180 14 Gotong-royong Madani RM500 15 Elaun guru ganti sepanjang tahun 2023 RM3800 16 Penyertaan Karnival Kecemerlangan Prasekolah dan makan murid RM130 17 Keceriaan Bilik Galeri Perdana RM2000 18 Bayaran penceramah Kem Bestari Solat RM350 19 Pembelian almari besi penyimpanan susu RMT untuk mengelakkan makhluk perosak. RM500 20 Simen dan pasir tapak gazebo RM953 21 Pembelian 4 unit gazebo untuk kegunaan murid-murid berehat RM10800 22 Bayaran penapis air Coway untuk murid selama setahun. RM1300


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 18 5. Penghargaan Jawatankuasa PIBG sejak dilantik dari 15 Jun 2023 sehingga kini sedaya upaya bertindak sebaik mungkin untuk memenuhi objektifnya. Sehubungan itu, PIBG ingin memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat iaitu para waris, guru, pihak sekolah, pelajar yang memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program PIBG. Disediakan oleh: ………………………………………… ( MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS ) Setiausaha PIBG 2023/2024 SK Seri Perdana 23 Elaun guru ganti Jan-Feb 2024 RM1000 24 Jamuan hari raya aidilfitri 2024. PIBG Menyumbangkan ayam goreng untuk semua murid. RM960 25 Bayaran kepada guru untuk keceriaan kelas RM1200 26 Kejayaan murid sepanjang tahun 2023. PIBG membawa 80 orang murid ke Bertam waterpark atas kejayaan mereka di dalam pelbagai bidang dan kejohanan sepanjang sesi 2023/2024. RM2450 27 Majlis graduasi Pra-sekolah RM500 28 Pembelian sofa untuk kegunaan majlis rasmi untuk mengantikan sofa lama yang telah uzur. RM925 29 Program HAC 2023/2024 RM2500


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 19 LAPORAN TAHUNAN JURU AUDIT DALAMAN Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli, PIBG SK Seri Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, LAPORAN JURU AUDIT DALAMAN BERAKHIR 31 MEI 2024. Bahawasanya, kami Juru Audit Dalaman PIBG SK Seri Perdana mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa dan ahli-ahli, hasil pengauditan yang telah dijalankan dari 15 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024. 2. Skop audit kami adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal ehwal kewangan, pentadbiran dan aktiviti-aktiviti PIBG SK Seri Perdana. 3. Hasil daripada pemeriksaan, kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal PIBG telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan serta memberi pandangan yang benar dan saksama sebagaimana yang telah dikehendaki oleh Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) 1998 serta selaras dengan kehendak piawaian perakuan. 4. Kami merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan. Sekian, terima kasih. ……………………………………….. ……………………………………….. (PN JUWAIRIAH BT MOHAMED) (PN NUR SABARINA BT CHE ME) Juru Audit 1, Juru Audit 2, PIBG SK Seri Perdana PIBG SK Seri Perdana.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 20 PENYATA KEWANGAN AKAUN PIBG SK SERI PERDANA 1 JUN 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 21 WANG MASUK 1 JUN 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 22 WANG KELUAR 1 JUN 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 23 PENYATA KEWANGAN AKAUN PIBG SK SERI PERDANA 1 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 MEI 2024


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 24 WANG MASUK 1 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 MEI 2024 WANG KELUAR 1 JANUARI 2024 SEHINGGA 31 MEI 2024


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 25 Usul dan cadangan 1 Pencadang Rozman Bin Ismail Anak Rizqy Ramadhan, 1 Imtinan Usul Perkemaskan lagi keselamatan dan mengelakkan dari kesesakan lalulintas pada waktu awal persekolahan dan balik persekolahan. 2 Pencadang Jamilah Abu Bakar Anak Muhammad Naufal Nor azhar, 5 imtinan Usul 1.Tambun tanah di tepi pagar sekolah yg berlopak supaya memudahkan dan melancarkan pergerakan serta parking kenderaan waris yang menghantar anak-anak. 2. Larangan menjaja di kaki lima jalan krn mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan waris (ketika masuk keluar) 3 Pencadang Nor Izam Bin Ahmad Anak Nur Ariesya Irdina Bin Nor Izam, 5 Ikram Usul 1) Saya mencadang utk pihak sekolah meletakan papan tanda tidak boleh menunggu anak dihadapan pagar utama sekolah bersama kenderaan, kerana menggangu pegerakan keluar masuk bg org yg berurusan dgn pihak sekolah dan membahayakan murid 2) Saya juga mencadangkan supaya gerai jual makanan diselaraskan disatu bahagian pagar sekolah supaya tidak merbahaya murid untuk pergi membeli 4 Pencadang Wan Nor Nor Hamizah bt Mior Shariffuddin Anak Muhammad Emir Rayyan, 3 Ikram Usul Sila pastikan guard di hadapan pintu pagar menjalankn tanggungjawabnya memastikan tidak kesesakan kereta di hadapan pintu pagar sama ada ibu bapa parking motor atau kereta menghalangi laluan pintu pagar. Begitu juga dengan kereta yg suka double park hingga menyukarkan kereta lain membuat U-turn dan sebagainya.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 26 5 Pencadang Muhammad Khairul Anwar Bin Abd Rahim Anak Puteri Mikayla Kayyisa, 1 Imtiyaz Usul Mohon pihak sekolah sediakan ruang menunggu atau tempat parking bagi waris berkereta supaya aliran lalu lintas di hadapan sekolah berjalan lancar ketika waktu pulang pelajar. 6 Pencadang Muhammad Amin Bin Idris Usul Cadangan untuk meletakkan tabung jariah pembangunan sekolah dihadapan pagar sekolah pada hari-hari tertentu. 7 Pencadang Dr. Sobri Bin Sudin Anak Sofea Tihani Binti Sobri, 5 Imtiyaz Usul Sumbangan Tahunan bagi tabung PIBG RM50 sekeluarga berdasarkan kewajaran dan kesesuaian semasa. Tambahan RM10 untuk pengurusan surau menjadikan sumbangan sebanyak RM60 untuk satu keluarga


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 27 SEKALUNG BUDI Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Seri Perdana merakamkan ucapan stinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : ✓Semua Pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan sokongan kepada PIBG sekolah. ✓Para waris,guru dan semua staf pejabat atas sokongan dan komitmen ✓Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2024, pekerjapekerja swasta, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 Terima kasih. ************** Sumbangan kepada PIBG SKSP boleh disalurkan melalui transaksi secara online. PIBG SEK KEB SERI PERDANA, Bank Maybank. No. Akaun: 0020 9050 0489


Click to View FlipBook Version