The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muaz7839, 2021-06-08 05:21:15

MAJALAH MERCU SARJANA KeSaS 2020

SMK KERAMBIT











Assalamualaikum

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMK Kerambit terutamanya kepada Sidang Redaksi

“Mercu Sarjana” kerana berjaya menerbitkan majalah untuk edisi tahun 2020. Usaha dan komitmen yang ditunjukkan untuk

menerbitkan majalah ini dalam mendepani ancaman wabak covid 19 adalah satu kejayaan yang dapat memaparkan aktiviti

sepanjang tahun 2020.

Modal insan yang berkualiti merupakan aset pentingkepada negara pada abad ke 21 ini. Pelajar akan menetukan

masa depannegara dan bangsa. Usaha untuk mencapai matlamat dan halatuju perlu mendapat kerjasama dan komitmen

yang tinggi secara menyeluruh oleh ibubapa, masyarakat dan komuniti selaras kehendak kerajaan dalam Program

Transformasi sekolah 2025.

Asas pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing yang positif dapat dipacu melalui pendidikan yang

cemerlang. justeru itu kita perlu sensitif terhadap perkembangan ilmu terbaharu serta kehendak dunia pendidikan pelbagai

peringkat agar generasi alaf baru yang dilahirkan mampu bersaing di peringkat global. Setiap pelajar perlu dicungkil bakat

dan dikembangkan kemahiran supaya menjadi insan yang berkualiti, mempunyai minda kelas pertama, pemikiran kreatif

dan kritis dan minda terbuka dalam meneroka ilmu.

Sesungguhnya keazaman yang tinggi mampu mencipta kejayaan yang cemerlang seperti mana keazaman warga

SMK Kerambit menghasilkan majalah ini dan menjadi memori indah kepada seluruh keluarga besar SMK Kerambit. Akhir kata

saya berharap agar seluruh warga sekolah dapat mematuhi SOP dalam mengekang wabak COVID 19 yang melanda dunia

pada ketika ini . Cabaran yang melanda insitusi pendidikan ini diharapkan tidak mematahkan semangat guru dan warga

sekolah untuk terus melonjakkan kecemerlangan SMK Kerambit untuk kejayaan yang berterusan.




Sekian, terima kasih




PN ROZIAH BINTI ABDUL LATIFF

Pengetua SMK Kerambit, Kuala Lipis

PN ROZIAH BT ABDUL LATIFF
PENGERUSI



PN FAZLIHA BT ZAKARIA
N/ PENGERUSI 1




PN NOR RANI BT ABDUL HAMID
N/ PENGERUSI 2





EN SHAHIBON BIN ABU
N/ PENGERUSI 3






AINUL HAYAT BT IBRAHIM
SETIAUSAHA





MUADZAM MOKHTAR
GRAFIK







CIK ROHANI BT MOHAMAD
ASRAMA





AZMAN BIN MOHD NOR
KOKURIKULUM
WAN NORMALA IDAYU BT WAN AYUB
KARYA PELAJAR






ABDUL HISHAM BAHARIN
FOTOGRAFI
AZURA BT MANSUR
PENGURUSAN BAHAN KAHIRIAH CHE OMAR
KURIKULUM
NORAINI ISHAK
ii IKLAN DAN DERMA





Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Prihatin Malaysia.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan
ruangkesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk majalah sekolah bagi
tahun 2020.
Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi
Mercu Sarjana 2020’ yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020. Bagi pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan
yang amat drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, merupakan pelan
pembangunan pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina
modal insan yang mampan dan berdaya saing. Malangnya, tahun 2020
Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak coronavirus COVID-19
sehingga menyebabkan seluruh warga pendidik dan murid terperangkap
dalam kancah berisiko ini. Refleksi daripada pandemik ini menyebabkan
warga pendidikan dan murid terpaksa menjalani pengajaran dan
pembelajaran secara talian. Pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran
berasaskan komputer dan maya perlu dilalui, dan hikmahnya seluruh warga
pendidik dan murid semakin mahir dalam penggunaan komputer untuk
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu
perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan.
Amalan dengan memberi sapaan dan laluan juga menitikberatkan tentang
kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik
sejak di bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat
ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang
dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu,
berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah
terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan
buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk
terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah
kita membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk
memastikan pendidikan di Malaysia berada di
puncak kegemilangan.

Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


DATUK DR. RADZI JIDIN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA






1

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih kepada warga sekolah kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada
warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah
yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan
sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap
sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga
sekolah.
Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan
sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak
kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti
pembelajaran murid serta kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila
ia dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru
serta disokong oleh kepimpinan pengetua. Justeru,
akauntibiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin
pembelajaran murid diutamakan. Akauntibiliti adalah
seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan
komitmen kita ke arah keberhasilan.


Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan
buat semua warga sekolah serta terus Bersama-sama
menjayakan agenda Pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang
cemerlang dan gemilang.


BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!


DATUK DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
















2

Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatnya dapat saya menzahirkan
sepatah dua kata dalam majalah Mercu Sarjana pada tahun 2020. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada warga SMK Kerambit yang telah berusaha dengan gigih meningkatkan imej
sekolah melalui penerbitan majalah sekolah ini terutama kepada sidang redaksi Mercu Sarjana.


Sekolah merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang memikul amanah suci dalam
pembinaan bangsa perlu berusaha mempelbagaikan aktiviti demi melahirkan pendukung
wawasan sekolah. Sekolah merupakan sebuah institusi yang penting dalam penghasilan individu
pemimpin masa hadapan. Dalam sesebuah sekolah guru adalah penggerak utama segala aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah. Pembinaan budaya ilmu dalam
kalangan guru merupakan agenda penting dalam usaha
membangun dan mengembangkan potensi yang ada pada
setiap pelajar.


Namun kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum
sahaja tidak mencukupi sekiranya para pelajar gagal menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri. Pembentukan ilmu dan akhlak serta
sahsiah diri yang baik haruslah seiring agar dapat melahirkan
pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja bijak malah
berbudi-bahasa.

Semoga hasil daripada kerjasama semua pihak, segala impian
akan menjadi kenyataan.


Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR
PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG

























3

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya berpeluang untuk mencoretkan
sepatah dua kata dalam Majalah Mercu Sarjana 2020. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada sidang redaksi. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan
kepada guru-guru SMK Kerambit kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion
keguruan.

Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dalam apa-apa jua program
yang diadakan di sekolah akan memberi kesan dalam melahirkan
generasi baharu yang berupaya bersaing dalam era yang sangat
mencabar ini. Pihak PPD sentiasa berdiri di belakang para guru untuk
terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia
melalui sistem pendidikan negara yang mantap berasaskan nilai dan
budaya negara yang kita sanjungi.


Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua warga
SMK Kerambit agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan
kecemerlangan akademiksebagai persediaan menghadapi dunia yang
semakin mencabar masa ini.Dengan melahirkan modal insan yang
berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab membina
masa depan negara serta mempertahankan kemerdekaan
tanah air.

Semoga SMK Kerambit terus cemerlang dan gemilang
dan terus Bersatu hati untuk merealisasikan harapan sekolah.


Sekian, terima kasih.

Segala puji-pujian hanya kepada Allah S.W.T. atas penerbitan majalah Mercu Sarjana
tahun 2020. Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi Mercu Sarjana dan semua yang
terlibat atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang amat besar maknanya kepada
seluruh warga sekolah ini.


Majalah Mercu Sarjana edisi tahun 2020 ini merupakan suatu dokumen bercetak
yang sangat penting sebagai gambaran kecemerlangan SMK Kerambit sejak 20 tahun
yang lalu. Dalam era teknologi digital ini, SMK Kerambit sentiasa
mengalu-alukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama
berusaha menjaga kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini
iaitu penerbitan dalam bentuk bercetak sebagai dokumentasi yang
bersifat rasmi. Majalah sekolah akan terus relevan sebagai wadah
rujukan pada masa akan hadapan.

Penerbitan majalah Mercu Sarjana merupakan cerminan wajah
sekolah yang membuktikan bahawa warga SMK Kerambit sentiasa
berusaha gigih untuk memastikan matlamat kecemerlangan akan
dapat dicapai. Kecemerlangan seseorang pelajar bukanlah diukur
setakat pencapaian akademik semata-mata tetapi meliputi pelbagai
bidang termasuk ko kurikulum atau sahsiah.

Tiada kata secamtik ahasa, tiada gambar seindah
lukisan untuk diungkapkan kepada semua pihak yang
terlibat menjayakan agenda kecemerlangan sekolah
sepanjang tahun 2020. Setinggi tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada para pelajar, guru-guru dan
kakitangan, Persatuan Ibu bapa dan Guru, para
pemimpin setempat dan semua pihak yang
menyumbang sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam usaha pihak sekolah
membina kecemerlangan bagi sesi
persekolahan 2020.

Sekian, terima kasih.


SEDERAP SELANGKAH SEIRING SEJALAN
KeSAS GEMILANG”


PUAN ROZIAH BINTI ABDUL LATIFF
PENGETUA SMK KERAMBIT


5

Ucapan terima kasih ditujukan kepada badan sidang redaksi majalah Mercu Sarjana kerana
memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam penerbitan majalah
kali ini. Ucapan tahniah dan syabas juga kepada semua guru, pelajar dan kakitangan
SMK Kerambit yang Berjaya menerbitkan majalah Mercu Sarjana edisi 2020.


Saya, selaku Yang DiPertua PIBG sekolah ini merayu kepada semua pelajar supaya
sedar dan insaf bahawa dewasa ini, ilmu pengetahuan sangat penting bagi memajukan diri,
agama, bangsa dan juga tanah air. Oleh itu, janganlah sia-siakan peluang yang ada kerana
peluang itu tidak selalunya ada. Saya juga menyeru kepada ibu bapa
sekalian agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah
bagi memajukan program pembelajaran anak-anak kita. Sikap dan
disiplin yang baik adalah asas kepada pembentukan sahsiah yang
baik dan seterusnya dapat melahirkan insan yang bukan sahaja
berilmu tetapi juga berakhlak mulia.


Akhir kata, dengan kerjasama yang padu daripada semua
pihak akan terhasillah warisan pemimpin negara yang lebih
berwawasan.

Sekian, terima kasih.


EN SHAFI’E BIN IBRAHIM
YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
































6

Dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah. Dengan rasa rendah diri,
setinggi-tinggi kesyukuran hanya pada Allah dan Rasulullah sebagai tauladan yang baik
untuk dicontohi.

Dengan izin Allah, terciptanya majalah Mercu Sarjana Edisi 2020 ini sebagai tanda
penghargaan kepada seluruh warga SMK Kerambit dalam merakam segala pahit manis
yang diharungi bersama-sama. Tidak dilupakan semua ahli sidang redaksi yang
bertungkus-lumus dalam menyiapkan majalah ini.

Pembaca yang dihormati, semua kejayaan yang dicapai
telah membuka mata masyarakat dan warga KeSaS. Segala
kejayaan yang telah tercapai tidak seharusnya terhenti pada
ketika ini malah harus ditingkatkan lagi bagi melahirkan
kecemerlangan di kalangan pelajar. Tidak dilupakan visi dan misi
yang menjadi target bersama dalam menaikkan nama sekolah.

Menyedari hakikat di atas, saya berharap serta
menyokong segala tindak-tanduk yang dirancang dalam
merealisasikan kejayaan. Saya juga akan selalu mendoakan
agar warga KeSas dipermudahkan segala urusan dan mendapat
keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.


Segalanya tidak mustahil, selagi kita masih percaya pada
Maha Pencipta.

Sekian terima kasih…





PUTRA MUHAMMAD ZULISKANDAR BIN ANDIK
KETUA PELAJAR
SMK KERAMBIT 2020


















7



Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis telah dibuka pada 2
Januari 2001 dikawasan seluas 27 ekar di Padang Endut, Kerambit. Penubuhannya
bertitik tolak daripada pembentukan satu jawatankuasa untuk memohon sebuah
sekolah menengah bagi menampung pelajar-pelajar dari Mukim Cheka 1 dan mukim
Cheka 2. Sebelum ini pelajar dari kedua-dua mukim ini ditempatkan di sekolah
menengah berhampiran seperti SMK Panglima Garang Abdul Samad (Benta), SMK
Orang Kaya Haji (Bandar Lipis) dan SMK Kuala Tembeling (Kuala Tembeling). Apabila
bangunan sekolah siap dibina sepenuhnya upacara penyerahan banggunan telah
dibuat pada 26 Januari 2001 oleh Syarikat Satria Desa Sdn Bhd.

Sekolah ini terletak 28 km dari Kuala Lipis dan 37 km dari Jerantut. Sekolah ini
diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. SMK Kerambit
menempatkan blok A (14 buah bilik darjah), blok B (Banggunan Pentadbiran), Blok C,
Blok D, Blok E dan Blok F.

Pada tahun 2001 sebanyak 5 buah kelas telah dibuka untuk menempatkan
pelajar yang terdiri daripada 3 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Pada tahun
berikutnya iaitu 2002 bilangan kelas keseluruhannya telah bertambah menjadikan 6
buah kelas dengan pembukaan tingkatan 3. Bilangan kelas keseluruhannya pada
2003 bertambah menjadi 8 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 4. Bilangan kelas
pada tahun 2004 pula sebanyak 10 buah kelas. Pada tahun 2005 bilangan kelas
menjadi 11 buah kelas dan pada tahun 2006 jumlah kelas di sekolah ini menjadi 12
buah kelas dengan pertambahan satu lagi kelas tingkatan 4. Sehingga 2010, bilangan
kelas bertambah menjadi 12 buah kelas dengan guru seramai 32 orang dan pelajar
seramai 316 orang.

Asrama SMK Kerambit pula boleh menampung 100 orang pelajar lelaki dan
100 orang pelajar perempuan yang telah mula dibuka pada tahun 2004. Ia dilengkapi
dengan sebuah dewan makan, surau dan beberapa kemudahan pembelajaran yang
lain. Pada tahun 2006 beberapa penambahbaikan telah dilakukan iaitu sudut
infrastruktur seperti surau, alatan sukan dan permainan disamping penambahbaikan
dari sudut pengurusan modal insan. Bagi melaksanakan hasrat tersebut empat orang
guru telah dilantik sebagai warden asrama dan dibantu oleh seorang penyelia asrama.
Dari segi penyelenggaraan kebersihan pula dua orang pembantu am rendah swasta
bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan asrama dengan bantuan dua orang
tukang kebun sekolah. Adalah menjadi harapan semua infrastruktur bertaraf kelas
pertama ini akan membentuk minda kelas pertama bagi warga SMK Kerambit.



8

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.




FALSAFAH SEKOLAH
“SEMUA PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI DIRI, SEMUA GURU BERUSAHA UNTUK MENCUNGKIL
DAN MEMPERKEMBANG POTENSI TERSEBUT SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA”



VISI SEKOLAH

MENJELANG TAHUN 2023 SMK KERAMBIT AKAN MENJADI SEKOLAH CONTOH
TS25 DI DAERAH LIPIS.



MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT

SMK KERAMBIT AKAN BERUSAHA BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG MEMILIKI MINDA YANG UNGGUL
MELALUI PENGURUSAN SUMBER SECARA BERSEPADU, CEKAP DAN BERKESAN.




MOTTO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT
“BERILMU BERAMAL BERBAKTI”



SLOGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT
“SATU KELUARGA SATU MUAFAKAT”
















9

DOA RASMI SEKOLAH


Al Fatihah


Astaghfirullah hal ’azim (x1)
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi robbil alamin
Wassolatuwassalam ala asrafil anbiya’i wal mursalin
Wa’ala aalihi wasohbihi ajma’in
Ya allah ampunilah segala dosa kami, guru-guru kami
serta yang bertanggungjawab ke atas diri kami
Ya Allah jadikanlah hari ini dengan segala kebaikan
bagi kami, ya Allah ya tuhan kami kurniakanlah ilmu
yang memberi manfaat kepada kami dan berikanlah
kemanfaatan daripada ilmu yang engkau anugerahkan
kepada kami.
Ya Allah ya tuhan kami janganlah engkau pesongkan hati
kami setelah engkau berikan petunjuk kepada kami.
Allahum Maftah ’ alaina hikmataka wan syur’ alaina min khoza’ini rohmatika ya arhamar rahimin
Rabbana aatina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa Qina azaban Nar
Wa sol llalhu ’ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wasallam
wal hamdulillahi robbil alamin.
Amin.

LAGU SEKOLAH



Berilmu Beramal Berbakti
Itulah Slogan Sekolah Kami
Insan Berhemah Tinggi Pekerti Terpuji
Bentuk Peribadi Nilai Yang Murni


Warna Merah Hijau Biru dan Putih
Warna Bendera Sekolah Terpilih
Merah Gagah Perkasa Hijau Lambang Ikhlas
Biru Bersatu Putih Itu Bersih


Dua Ribu Satu Tahun Keramat
Ilmu Penyuluh Hidup Berkhidmat
Membaca Itu Amalan Sihat
SM Kerambit Maju Terus Diingat


Berilmu Tingkatkanlah Jati Diri
Iman Yang Teguh Minda Yang Bestari
Berkhidmat Dan Berbakti Telus Dan Berbudi
Kecemerlangan Nikmat Yang Abadi


Lagu :En. Umran Bin Samsuddin
Lirik :En. Aminnollah Bin Lateh




10

11

12



Berdiri dari kiri: Cik Norhanani, Pn. Khairiah, Pn. Nur Asma, Pn. Wan Normalaidayu, Pn. Nur Abidah, Pn. Norida, Pn. Rohana dan Pn. Nur Akmal Hidayah.



Berdiri barisan tengah: Pn. Nur Azura, Pn. Ainul Hayat, Pn. Zahriyah, En. Aizuddin Amir, En. Md. Amri Firdaus, En. Abdul Hisham, En. Muadzam,































En. Mohd Hasrulhisham, Pn. Zarina Azian, Pn. Siti Nur Azrina dan Pn. Noor Farhan.


























Pn. Azrina dan Pn. Noraini Ishak. Duduk dari kiri: En. Mohd Idid Fakaruddin, En. Shahiran, En. Shahibon, En. Muzainanuiisham, Pn. Roziah, Pn. Fazliha, Cik Noraini Ahmad Maher, 13



Duduk dari kiri: En. Mohd Azmi, Pn. Nur Ain Illani, Pn. Roziah (Pengetua), Pn. Khasmawati, En. Muhammad Zulfadli.




















Berdiri dari kiri: Pn. Khalijah, Pn. Jamaliah, Pn. Zarina, Cik Hasnida, Pn. Nurhayati














15

16

17

18

19

20

21

BERSAMA GURU LELAKI SMKK


















PENYAMPAIAN SURAT PENGHARGAAN KPM
OLEH PPD LIPIS


























BERSAMA PEGAWAIDI PPD LIPIS








































22

23



UCAPAN PENGETUA SMK KERAMBIT






















PENDAFTARAN ASRAMA









Pendaftaran

Pelajar

sesi 2020







Tempat: Kantin sekolah
1 Jan 2020









24

UCAPAN PERASMIAN OLEH

KETIBAAN PERASMI BERSAMA INSP. NORSAIDATUL IDAYU UCAPAN PENGETUA
PPD LIPIS PPS SMK KERAMBIT
Majlis Penyerahan

Watikah Perlantikan

Pengawas Sekolah
Pengawas PSS


Dirasmikan Oleh:
Insp. Norsaidatul Idayu Binti Mohd Salleh
Pegawai Perhubungan PDRM SMKK

Tetamu Jemputan
En Amin Nollah Bin Lateh
PPD LIPIS


En Shafi’e Bin Ibrahim
YDP PIBG SMKK


Tempat:
Dataran SMKK
Tarikh: 15 Januari 2020


PENYAMPAIAN WATIKAT PERLANTIKAN
PENGAWAS PSS



















BARISAN PENGAWAS
SMKK 2020
IKRAR PENGAWAS PSS


25

Majlis Penyerahan

Watikah Perlantikan

Pengawas Sekolah
Pengawas PSS



Ketua Pengawas
Putra Muhammad Zuliskandar Bin Andik


















PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN BACAAN IKRAR PENGAWAS SESI 2020
KETUA PENGAWAS SMKK 2020




























PENGAWAS SMK KERAMBIT SESI 2020
























PENGAWAS PSS SESI 2020




26

AJK MAPEM 2020


FAIRUZ BINTI AZHAR MOBILE CLASS
MUHAMAD DANIAL BIN MUZAFFAR TANAMAN KELAPA
MUHAMMAD SHAHRUL BIN SUHAIMI TANAMAN BELIMBING
NUR ALIYA SAKINAH BINTI HASNAN SENAM ROBIK
TENGKU NUR NABILAH BALQIS SENAM ROBIK
TENGKU RAZLAN BIN TENGKU ABDUL WAHAB TAMAN RECYCLE
NOR FASHA ADILA BINTI NASARUDIN TANAMAN CILI
NURUL AISYAH BINTI KHAIRUDIN PROSAG-SILAT
NURUL AZRA SYAFIQKA BINTI ROSLIZA ROSLI SPEAKER CORNER

SITI NURFATIHAH PROJEK KMR
MUHAMMAD FAKRUL AZID BIN ZAHID MAULANA BINA INSAN – IMAM MUDA
AHMAD BASIR BIN AMIN NOLLAH PROSAG- SILAT
MOHAMAD AINUL SAFWAN BIN MOHAMAD HAZRI TANAMAN BELIMBING
NUR KHAIRUNNISA BINTI MOHD ZULAKRAM SPEAKER CORNER
AHMAD NAZREEN BIN FAUZI BINA INSAN IMARAH SURAU
AZZATUL NISYA BINTI CHE AISHAM USAHAWAN

MUHAMMAD DANISH BIN MUZAFFAR BINA INSAN ON AIR
NURUL AIN NABILAH BINTI HASNAN PENJENAMAAN SEKOLAH
FASHIHAH AFLAH BINTI FIRDAUS BULETIN
PUTRA MUHAMMAD ZULISKANDAR BIN ANDIK TAMAN BOTANI
































27

P enyerahan

TOOLKIT

PAK 21




OLEH:
EN SHAFI’E BIN IBRAHIM
YDP PIBG SMKK












































28

SENAMROBIK SEBELUM ACARA MERENTAS DESA



































KATOGERI P 18























29
HAKIM PENAMAT

Tarikh : 14 Februari 2020

Acara yang dipertandingkan


Lompat Jauh



Lontar Peluru


100 Meter




















30

Pada 22 Februari telah berlansung Kejohanan Sukan
Tahunan SMK Kerambit bagi tahun 2020.Kejohanan ini
berlansung serentak bersama Sukan Komuniti anjuran
bersama PIBG SMK Kerambit

Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh Puan Nurhanum Bt
Mohamed , Pegawai Pnerangan Daerah Lipis. Sebanyak 3 acara
yang dipertandingkan iaitu 100m , 4x 100 dan m, 4x 400 meter
bagi setiap katogeri. Secara keseluruhannya rumah Biru berjaya
meraih kejuaraan pada tahun 2020. Kejohanan olahraga kali ini
menobatkan Mohd Farhan Bin Rosli sebagai olahragawan dan
Nur Nabilah Azwani Binti Rosli sebagai olahragawati disamping
Mohd Aiman Bin Hamidi dan Siti Hajar Binti Hj Kamarudin
sebagai olahrawan harapan dan olahragawati
harapan.Tanhiah diuacapkan kepada pemenang.































31

JOHAN PERBARISAN























“SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG”































PERTANDINGAN MOTOR LAMBAT



32

Keputusan Kejohan



Balapan dan Padang 2020





















































































33

Keputusan Kejohan



Balapan dan Padang 2020



















































































34

Keputusan Kejohan



Balapan dan Padang 2020



















































































35

Ahli Jawatankuasa
Pn Faridah Hani Bt Daud
En Nik Lokman Bin Nik Husain
En Mazri Bin Ibrahim
Penasihat : Pn Roziah bt Abdul Lati Pn Rusmawati Bt Ahmad
Yang Dipertua : En Sha e b Ibrahim En Yazid Bin Rejab
Timb Yang Dipertua : En Mohamad Redzuan b Kamaludin Pn Rosnita Bt Jamaluddin
S/U Kehormat : Pn Siti Mariam bt Abdul Rahman Norilaili Bt Mohamad
En Rosli bin Omar
Bendahari Kehormat : Cik Noraini Bt Ahmad Maher En Abdul Rafar bin Awang
En Hamzah Bin Abdul Ghani
En.Che Kamaruzzaman Bin Che Hassan


















PERSEMBAHAN SILAT PENYERAHAN SLIP P1





















MESYUARAT AGONG PIBG
































36

DIRASMIKAN OLEH En Shafi’e Bin Ibrahim
YDP PIBG SMKK

Tetamu Jemputan: Insp. Nursaidatul Idayu Bt Mohd Salleh
PPS SMK Kerambit






















37



ROHANI PN ROZIAH EN AIZUDIN
HASNIDA PN FAZLIHA
EN SHAHIBON PN NOR RANI
































































39

40

41


Click to View FlipBook Version