The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rainnable89, 2024-03-19 23:13:31

D3 BT BM - BAHASA MELAYU SJK

D3 BT BM - BAHASA MELAYU SJK

144 Ketua Kelas yang Bertanggungjawab 4.3.2 BA J2: 71 • Bimbing murid mengubah suai dan mempersembahkan cerita. • Minta murid menyatakan pengajaran. KBT : KB – Menjanakan Idea KP – Verbal-linguistik Nilai : Amanah Cikgu Tan telah meminta murid kelasnya memilih ketua kelas. Murid-murid membuat undian. Akhirnya, Ming Jun terpilih sebagai ketua kelas. Setiap hari, Ming Jun memastikan kelasnya sentiasa bersih. Dia juga meminta kawan-kawannya bertugas mengikut jadual. Selain itu, Ming Jun akan mengumpulkan buku latihan kawan-kawannya.Dia dan penolong ketua kelas akan menghantar buku latihan itu kepada Cikgu Tan. Sebelum pulang, Ming Jun memastikan suis kipas angin ditutup. Dia juga mengunci pintu kelas lalu berbaris dengan kawan-kawannya. Hanif dipilih menjadi pengawas perpustakaan. Setiap hari, _____ Seni Bahasa


145 5.3.1 (ii) BA J2: 72 • Bimbing murid memahami ayat perintah. • Minta murid membina ayat perintah. KBT : KB – Menjanakan Idea Konstruktivisme Nilai : Patuh Ingatlah Pesanan Ayat Perintah Kawan-kawan, minta perhatian. Sila ingat pesanan Cikgu Tan ini. ______ Sila dengar pesanan saya dengan telitinya. Esok, ada ceramah dan pameran tentang Peranan Anggota Polis Menjaga Keselamatan Murid didewansekolah.Minta semua murid hadir. Program itu akan bermula pada pukul 11:00 pagi. Jangan bercakap semasa anggota polis berceramah. Tolong beritahu rakan-rakan kamu.


Berbudi Bahasa Amalan Kita 5.3.1 (iii) BA J2: 73 • Bimbing murid memahami penggunaan ayat tanya dengan kata tanya berdasarkan teks. • Minta murid main peranan berdasarkan situasi dan gambar. • Minta murid melakukan aktiviti main peranan. KBT : KB – Mengecam Konstruktivisme Nilai : Berhemah Tinggi siapa apa di mana mengapa bagaimana Cikgu Suria: Nama kamu siapa? Anis: Nama saya Anis binti Mohd Fuad. Cikgu Suria: Apakah kesalahan kamu? Anis: Saya datang lewat, cikgu. Cikgu Suria: Kamu tinggal di mana? Anis: Saya tinggal di Taman Permai, cikgu. Cikgu Suria: Mengapakah kamu datang lewat? Anis: Kereta ayah saya rosak pagi tadi. Cikgu Suria: Bagaimanakah kamu datang ke sekolah? Anis: Saya menumpang kereta jiran. Maafkan saya, cikgu. Cikgu Suria: Baiklah, Anis. Saya maafkan kamu. Anis: Terima kasih, cikgu. Ayat Tanya Main peranan sebagai guru perpustakaan dan murid semasa memulangkan buku di perpustakaan. 146


147 Tanggungjawab Kita 1.2.3 BA J2: 74 • Bimbing murid menaakul dan memahami maklumat. • Minta murid mengemukakan soalan untuk mendapatkan maklumat. KBT : KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik Nilai : Bertanggungjawab Hargailah Kemudahan Awam Kemukakan soalan. Ayah, apakah yang dimaksudkan dengan kemudahan awam? Kemudahan awam ialah tempat atau peralatan yang disediakan untuk kegunaan orang ramai, Ravin. Apakah _____ Kemudahan awam yang disediakan termasuklah tong kitar semula, taman permainan, hentian bas dan tandas awam, Ravin. Cara kita menjaga kemudahan awam ialah kita perlu menggunakannya dengan baiknya dan tidak merosakkannya. Bagaimanakah _____ UNIT 24


148 Sedia Berkhidmat Encik Goh mengawal lalu lintas. Yang dipastikan ialah pemandu kenderaan mematuhi undang-undang. "Encik, sila patuhi arahan," kata Encik Goh. YenNi bangga kerana mempunyai bapa saudara yang berdedikasi semasa menjalankan tugasnya. 2.3.2 (iv) BA J2: 75 • Bimbing murid menjawab soalan berdasarkan penyataan. KBT : KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik Nilai : Dedikasi • Nyatakan tugas anggota polis trafik. • Apakah yang akan terjadi jika tiada polis trafik? Encik Goh juga baik hati dan bertimbang rasa. Beliau membantu orang kelainan upaya melintas jalan raya. "Pak cik, mari saya bantu pak cik," kata Encik Goh. Baca dan fahami. Encik Goh bapa saudara Yen Ni. Tugasnya sebagai anggota polis. Beliau bertugas dengan penuh dedikasi. "Amboi, segaknya Encik Goh!"


149 3.3.2 (ii) BA J2: 76 • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan imbuhan. • Minta murid memurnikan teks. KBT : KB – Mengecam Konstruktivisme Nilai : Prihatin Sehari di Rumah Seri Kenangan Selepasmengisiboranglawatan, aku dan ibu masuk ke rumah tersebut. Aku menyuap bubur kepadaseorangnenekmanakala ibuberbual-bualdenganseorang warga emas. Nenek itu aku bawa pula ambil angin di sekitar kawasan rumah itu. Nenek itu dipuji aku. Katanya, aku anak yang baik, berbudibahasadanmenhormati orang tua. Pada pukul 12:30 tengah hari, kami bersedia untuk pulang. Ibu memberikan buah tangan kepada penghuni di situ. Mereka gembira kerana kami menggambil berat akan dirinya walaupun kami tiada hubungan saudara. Edit teks. Anis menulis pengalamannya melawat ke Rumah Seri Kenangan.


150 4.3.1 (ii) BA J2: 77 • Bimbing murid mencipta pantun. • Minta murid melafazkan pantun. KBT : KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme Nilai : Hemah Tinggi Amalkan Sentiasa Amalan ini menjadi sanjungan. Kawasan redup tiada cahaya; Mendaki bukit usahlah alpa, Pelbagai bangsa satu keluarga, Seni Bahasa Pokok lada dinaungi ceri, _______ Perlulah ada integriti diri, Barulah hidup akan berjaya. Emas suasa amat berharga, Sentiasa disimpan di dalam peti; _______ Bersikap sopan berbudi pekerti. Bunga melati bunga dahlia, Susun berseni menjadi kalungan; Hormat-menghormati sikap mulia, _______ _______ Penat terasa elok berhenti; Rakan yang sakit usah dilupa, Luangkan masa pergi lawati.


151 Anis bersarapan dengan keluarganya. Selepas itu, Anis ke sekolah, dihantar oleh ayahnya. 5.1.2 (i) BA J2: 78 • Bimbing murid mengenal pasti dan memahami kata kerja aktif transitif dan tak transitif. • Minta murid membina ayat. KBT : KB – Menjanakan Idea Konstruktivisme Nilai : Menghargai Masa Hargailah Masa Anis anak yang baik. Dia murid cemerlang. Anis menggunakan masa dengan bijaknya. Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif Anis bangun pada pukul 6:00 pagi. Dia mengemas bilik tidurnya sendiri. Anis menggosok gigi di bilik air. Selepas itu, dia mandi. Dia memakai pakaian seragam sekolah yang bersih. turun bercerita berfikir melambaikan tangan menerima hadiah menjawab soalan


152 5.3.2 (i) & (ii) BA J2: 79 • Bimbing murid mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk. • Minta murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk. KBT : KB – Mengecam Konstruktivisme Nilai : Kasih Sayang Patuhi Peraturan Lawatan Hanif dan ibunya berada di Hospital Kulim. Mereka hendak menziarahi nenek Hanif. Nenek Hanif pesakit di situ. Hanif: Ibu, lihat papan tanda peraturan melawat pesakit itu. Ada masa lawatan dan tatacara lawatan. Puan Alia: Ya, Hanif. Kita mestilah mematuhi peraturan lawatan agar tidak mengganggu pesakit. Hanif: Kita juga perlu melaporkan diri kepada pengawal keselamatan. Puan Alia: Sekarang pukul 4:30 petang. Jom, Hanif. Puan Alia menekan butang lif sambil menunggu pintunya terbuka. Hanif dan ibunya membawa buah tangan untuk nenek. Nenek Hanif gembira kerana mereka datang menziarahinya. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk BIJAK BAHASA Ayat majmuk ialah gabungan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat-ayat ini digabungkan dengan menggunakan kata hubung. Contoh: • Saya pergi ke sekolah. (Ayat tunggal) • Adik pergi ke sekolah. (Ayat tunggal) Saya dan adik pergi ke sekolah. (Ayat majmuk) PERATURAN MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL KULIM MASA LAWATAN: 12:30 tengah hari – 2:00 petang 4:30 petang – 7:00 malam TATACARA LAWATAN: 1. Bersopan santun semasa melawat pesakit. 2. Jangan mengganggu tugas doktor dan jururawat. 3. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah mesti ditemani ibu bapa.


A. Baca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, tuturkannya secara bertatasusila. Iffah anak yang taat akan ibu bapanya. Dia sentiasa mendengar nasihat mereka. "Tahniah, Iffah!" kata kawan-kawannya setiap kali selepas peperiksaan. Di sekolah, Iffah murid yang cemerlang dalam pelajarannya.Dia sentiasa menepati masa dan belajar dengan tekun. Dia menghormati guru-guru dan membantu kawan-kawannya dengan ikhlas. Iffah berazam untuk membalas jasa ibu bapa dan guru-gurunya. Adakah kamu ingin menjadi seperti Iffah? B. Bina dan tulis ayat tanya berdasarkan gambar dan kata tanya yang diberikan. Penilaian 153 siapa bila apa di mana


154 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bacaan Luas Apakahrasuah?Rasuahialahpemberiansesuatuuntukmendapatkan pulangandengancarayangsalahdi sisiundang-undang.Perkataan “rasuah” berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud sogokan atau pujukan. Rasuah berpunca apabila tidak ada nilai kejujuran dalam diri individu. Untuk mengatasi masalah rasuah, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967. BPR kemudiannya dijadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari 2009. Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk membanteras jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM bertanggungjawab menyiasat kes-kes rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan jenayah itu dihukum. SPRM juga mendidik rakyat Malaysia agar menghindari dan membenci jenayah rasuah. Pelbagai program seperti ceramah dan kempen turut diadakan bagi memberi kesedaran tentang bahaya jenayah rasuah kepada rakyat dan negara. “RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA” (Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)) Layari: www.sprm.gov.my www.macc.fm


Click to View FlipBook Version