TAJUK E-FOLIO
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
KOD & NAMA KURSUS
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PROGRAM & KELAS
DIPLOMA GEOMATIK
TUGASAN
E-FOLIO
NAMA PELAJAR KELAS NO.PENDAFTARAN
JASNI BINTI MOHAMAD JAINUDIN DGU1B 05DGU20F2039
CYNTHIA SIA JIA LING DGU1B 05DGU20F2013
IVY TANG YEE LIN DGU1B 05DGU20F2035
THIAN YI CHIAN DGU1B 05DGU20F2051
NAMA PENSYARAH: EN. NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN i
ii
BAB 1 PENGENALAN / PENDAHULUAN 1
BAB 2 OBJEKTIF 2
BAB 3 HASIL DAPATAN (ISI HURAIAN) 3
3.1 Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas) 3
3.1.1 Latar Belakang 3
3.1.2 Tujuan Utama Pembangunan IPNas 4
3.1.3 Kepentingan IPNas 4
3.1.4 Konstruk-konstruk IPNas 2018 5
3.1.5 Nilai Skor IPNas 2018 6
3.2 Proses Penyatupaduan Yang Diusahakan 7
3.2.1 Etnik - Tahap Keenikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial
Rentas Etnik 10
3.2.1.1 Konstruk Tahap Keetnikan 10
3.2.1.2 Konstruk Batas Etnik 11
3.2.1.3 Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik 12
3.2.2 Alat Penyatupaduan - Tawar-menawar, Perundingan dan
Pengantaraan 13
3.2.2.1 Kesepaduan Dari Atas Ke Bawah 14
3.2.2.2 Bawah Ke Atas 15
3.2.2.3 Inisiatif Akar Umbi 16
BAB 4 KESIMPULAN / RUMUSAN 18
RUJUKAN 19
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: i
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan impah dan kurnia-Nya dapat saya dan rakan-rakan sekelas
dalam menyiapkan e-folio ini dengan penuh jayanya.
Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pensyarah kami, Encik Noor Fhakurulzee Abd Talib, pensyarah
matapelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) atas tunjuk
ajar dan bimbingan yang diberikan. Segala tunjuk ajak dan nasihat yang
diberikan banyak membantu sepanjang tempoh menyiapkan e-folio ini.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
ahli kumpulan atas kerjasaama yang diberikan dan maklumat serta ilmu
pengetahuan yang dikongsi dalam menjayakan tugasan ini. Walau
bagaimanapun, pandemik COVID-19 yang melanda negara tidak
mematahkan sikap kerjasama antara ahli kumpulan walaupun berjauhan.
Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak
langsung dalam menyumbang data dan mengumpul maklumat.
Akhirnya, kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan
sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan yang tidak
disengajakan sepanjang proses penghasilan e-folio yang sempurna.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: ii
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
BAB 1 PENGENALAN / PENDAHULUAN
Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyatnya yang
berbilang kaum, bangsa dan agama. Keunikan ini tidak menjadi penghalang
kepada negara kerana rakyat hidup dalam harmoni dan aman.
Pasca kemerdekaan sehingga hari ini, sejarah Malaysia telah
menunjukkan bahawa hanya terdapat tiga konflik etnik yang boleh dikatakan
signifikan telah berlaku iaitu; peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Rawa
1998, dan peristiwa Kampung Medan 2001. Tragedi-tragedi ini sentiasa
dijadikan iktibar dan pengajaran kepada masyarakat Malaysia supaya tidak
mengulangi kesilapan ini kelak.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969 yang mencetuskan keresahan rakyat,
usaha serta komitmen kerajaan dalam menangani isu perpaduan. Kerajaan
secara berterusan mencari formula yang menyumbang kesepaduan sosial,
membentuk kestabilan politik dan sekali gus memupuk hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu.
Perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional dan idaman semua,
tanpa rakyat Malaysia menyedari bahawa mereka sudah menikmati
kesepaduan sosial.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 1
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
BAB 2 OBJEKTIF
Antara objektif penghasilan e-folio ini adalah seperti berikut:
Objektif 02 Objektif 01
Memahami latar belakang, Menjelaskan tiga konsep teras
objektif utama, kepentingan iaitu perpaduan, kesepaduan
dan nilai skor Indeks dan penyatupaduan.
Perpaduan Nasional (IPNas).
Objektif 03
Objektif 04
Memahami proses
Menghuraikan proses pemantapan kesepaduan
penyatupaaduan yang
diusahakan pada setiap nasional di Malaysia.
peringkat
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 2
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
BAB 3 HASIL DAPATAN (ISI HURAIAN)
3.1 Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas)
3.1.1 Latar Belakang
Sebagai the way forward, Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi
Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri telah membangunkan satu lndeks Perpaduan
Nasional melalui pelaksanaan Kajian Pembangunan lndeks Perpaduan
Nasional adalah pada tahun 2018 (IPNas 2018). Sementara itu, Institut Kajian
Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai
perunding kajian ini.
Kajian peringkat nasional telah dilaksanakan bagi mendapatkan data
primer sebagai pasak IPNas. Kaedah pensampelan diperoleh daripada
kawasan kejiranan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Bukan Kawasan
Rukun Tetangga di seluruh negara. Kaedah mix-mode (kuantitatif dan
kualitatif) melibatkan 5,275 orang responden untuk melengkapkan soal selidik
atas talian dengan menggunakan aplikasi SurveyMonkey telah digunakan.
Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah
suatu usaha serius untuk memantau pemantapan kesepaduan nasional.
Kajian pembangunan dan penghasilan IPNas ini adalah usaha komprehensif
untuk membangunkan satu indeks yang akan menjadi petunjuk kepada
perpaduan nasional dan juga menjadi rujukan pelbagai pihak dari dalam dan
luar negara.
Kini kementerian sedang menambah baik IPNas dengan sedaya upaya
bagi melihat trend perubahan tahap kesepaduan nasional bersesuaian
dengan isu semasa dan perubahan masyarakat dari semasa ke semasa. Hal
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 3
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
ini juga bertujuan untuk memantau pencapaian tahap perpaduan Malaysia
berbanding tahun 2018.
3.1.2 Tujuan Utama Pembangunan IPNas
Tujuan utama pembangunan IPNas adalah untuk membangunkan
Indeks Perpaduan Nasional yang menggambarkan tahap perpaduan (dalam
kepelbagaian) dan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
IPNas akan berfungsi sebagai instrumen pemantauan bagi mengukur
tahap perpaduan dan keharmonian negara.
IPNas adalah sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat
nasional dengan menggunakan data empirikal yang diperolehi secara
saintifik dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan
masyarakat di Malaysia.
IPNas akan menjadi alat pemantauan peringkat nasional yang dapat
memperlihatkan keperluan program intervensi sebenar oleh kerajaan kepada
masyarakat berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku kerana nilai indeks
yang diukur akan menjadi satu petunjuk sebenar pencapaian tahap
perpaduan di Malaysia kelak.
3.1.3 Kepentingan IPNas
Kepentingan IPNas adalah seperti berikut:
01 menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap
perpaduan dan keharmonian di Malaysia
mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam
02 mengukur tahap kesepaduan sosial dan perpaduan nasional
di Malaysia
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 4
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat
03 pelbagai etnik di Malaysia bagi melihat trend perubahan
bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat
memandu pembentukan pelan tindakan bagi
04 meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia
menyediakan input bagi perancangan dan pelaksanaan
05 program perpaduan / integrasi nasional berdasarkan data
empirikal
menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai
06 mekanisme pengukuran pencapaian tahap perpaduan
negara
3.1.4 Konstruk-konstruk IPNas 2018
Instrumen IPNas terdiri daripada tujuh konstruk analitikal seperti
berikut:
Konstruk Konstruk
Halangan Sosial Batas
Etnik
Rentas Etnik
Konstruk
Tahap
Keetnikan
Konstruk Konstruk
Detik Tadbir Urus dan
Pembangunan
Perpaduan
Konstruk Konstruk
Kesepaduan Etos
Sosial Bangsa
Gambar 1: Konstruk-konstruk IPNas 2018
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 5
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
3.1.5 Nilai Skor IPNas 2018
Nilai Skor IPNas 2018 juga boleh dipanggil sebagai nilai Kesepaduan
Nasional kerana perubahan nilai Kesepaduan Sosial adalah hasil pengaruh
Etos Bangsa.
Nilai Skor IPNas menggunakan skala di antara 0 hingga 1 yang
dinyatakan oleh Cohen (1988) sebagai petunjuk yang sesuai bagi kajian sains
tingkah laku manusia. Skala pengukuran Cohen adalah dalam julat 0 hingga 1
dan dibahagikan kepada 3 kategori ukuran seperti di Jadual:
Jadual: Skala Pengukuran Cohen
NILAI UKURAN
0.26 hingga 1.00 Tinggi
0.13 hingga 0.25
0.02 hingga 0.12 Sederhana
Rendah
Rendah Sederhana Tinggi
0.02 0.13 0.26 1.00
Nilai IPNas yang dihasilkan buat pertama kali ini ialah 0.567.
Kedudukan nilai ini adalah besar. Dapatan ini memberi gambaran bahawa
tahap perpaduan yang diukur melalui IPNas adalah kuat dan kukuh walaupun
faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai defisit sosial masih berterusan
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 6
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
ataupun muncul sekali-sekala. Ini menunjukkan bahawa tahap perpaduan di
Malaysia adalah dalam kedudukan yang baik.
Gambar 2: Nilai Skor IPNas 2018
3.2 Proses Penyatupaduan Yang Diusahakan
Usaha proses penyatupaduan oleh kerajaan ialah apabila terbinanya
satu model integrasi kesepaduan nasional yang dinamakan sebagai Indeks
Perpaduan Nasional 2018 (IPNas). Model ini menyenaraikan tiga perkara
utama sebagai asas dałam menentukan indeks perpaduan iaitu perpaduan,
kesepaduan dan penyatupaduan.
IPNas merupakan rujukan untuk mencipta usaha membina łapak
integrasi dengan menggunakan panduan Mengenalpasti Kategori Defisit
Sosial untuk memperbaiki kekurangan tersebut.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 7
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Gambar 3: Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNas)
Kegiatan dan
pengalaman harian
Penyatupaduan
Kesepaduan Perpaduan
Realiti yang telah Gambaran ideal
dikecapi yang ingin dicapai
Gambar 4: Tiga Konsep Teras
Tiga Konsep Teras - Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan
Kepelbagaian etnik masyarakat di Malaysia lebih tepat dikaji secara
mendalam dan meluas dengan menggunakan tiga konsep teras, iaitu
perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Aplikasi tiga konsep ini akan
mempertingkatkan lagi kefahaman terhadap masyarakat Malaysia.
Perpaduan adalah kesatuan masyarakat yang masih diidamkan dan
merupakan matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang etnik.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 8
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Kesepaduan Sosial ialah keadaan aman, stabil, makmur dan
sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang
berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan sosial yang kuat dan terbina
untuk sekian lamanya.
Manakala, Penyatupaduan ialah usaha atau proses berterusan di
semua peringkat lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum merdeka tetapi
terus dilaksanakan hingga kini melalui pelbagai siri Tapak Integrasi yang akan
melibatkan proses Tawar-menawar (bargaining), Perundingan (negotiation)
dan Mediasi (mediation).
Perpaduan
Penyatupaduan
Kesepaduan
Tawar-menawar (bargaining)
Perundingan (negotiation)
Mediasi (mediation)
Gambar 5: Konsep Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan
Menghayati Pengalaman Malaysia: Dari Kesatuan ke Perpaduan
Sejarah Mencari Membina 13 Mei 1969
Kesatuan Kesatuan Kesatuan Pecah
Berterusan
Berderai
Indeks Perpaduan Perpaduan Dalam RMKe-2 (1971)
Nasional 2018 Kepelbagaian Istilah Perpaduan
(IPNas)
diperkenal dan
diguna
# IPNas 2018: Mengukur tahap Perpaduan Dalam Kepelbagaian berdasarkan nilai Kesepaduan Nasional
Gambar 6: Dari Kesatuan ke Perpaduan
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 9
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Gambar 7: Kesepaduan Sosial
Model struktur IPNas menunjukkan jalinan konstruk Tahap Keetnikan,
Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus dan Pembangunan,
Etos Bangsa, Kesepaduan Sosial dan Detik Perpaduan dalam satu model.
3.2.1 Etnik - Tahap Keenikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas
Etnik
Etnik bermaksud ialah sesuai yang berkenaan bangsa manusia.
Berikut adalah komponen dalam IPNas yang berkaitan dengan etnik iaitu:
3.2.1.1 Konstruk Tahap Keetnikan
Keetnikan (90.6%)
Kemodenan (75.8%)
Kestabilan (86.4%)
Sumber: Furnival, 1948; Mansor, 2000
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 10
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Hubungan Sosial
Rentas Etnik
Tahap Batas Etnik Kesepaduan Sosial
Keetnikan Etos Nasional
Tadbir Urus & Pembangunan
3.2.1.2 Konstruk Batas Etnik
Material Tuntutan Sosial
(71.0%) (67.1%)
Status Tindakan
(61.4%) Gantian (58.7%)
Barth, 1990; Mansor &
Banton, 1992
Hubungan Sosial
Rentas Etnik
Tahap Batas Etnik Kesepaduan Sosial
Keetnikan Etos Nasional
Tadbir Urus & Pembangunan 11
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Instrumen batas etnik boleh dilaksanakan secara berasingan mengikut
dimensi-dimensi yang telah ditetapkan, antaranya material, status sosial,
tuntutan sosial dan tuntutan gantian. Justeru, terdapat beberapa
pandangan yang boleh diberikan perhatian dalam kajian akan datang dengan
tujuan penambahbaikan penghasilan instrumen yang dibina serta boleh
dijadikan sebagai panduan untuk kegunaan di masa akan datang.
3.2.1.3 Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik
Hubungan Sosial Sumber: Mansor, 2000-2019
Rentas Etnik Kesepaduan Sosial
Etos Nasional
Tahap Batas Etnik
Keetnikan 12
Tadbir Urus & Pembangunan
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Hubungan sosial rentas etnik pada peringkat individu, komuniti dan
institusi adalah positif dan signifikan. Amalan rentas etnik pada peringkat akar
umbi ini merupakan faktor yang begitu signifikan dalam pembentukan dan
pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia serta suatu jaminan kestabilan
negara yang berterusan.
3.2.2 Alat Penyatupaduan - Tawar-menawar, Perundingan dan
Pengantaraan
Alat penyatupaduan ialah satu formula dan usaha berterusan pada
peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial
berwahanakan tapak integrasi. Kesepaduan sudah dicapai melalui
pembentukan 'tapak integrasi' yang dibina berasaskan prinsip tawar-menawar
(bargaining), perundingan (negotiation) dan mediasi (mediation).
Penyatupaduan pula adalah terjelma dalam bentuk tindakan susulan
untuk mencari penyelesaian terhadap setiap defisit sosial. Pelbagai bentuk
usaha berterusan yang perlu dilaksanakan membina tapak integrasi di semua
lapisan masyarakat: daripada atas ke bawah, bawah ke atas dan dalam
kalangan kelompak akar umbi.
Tapak Integrasi adalah anak kunci kepada kesepaduan. Proses-proses
tapak integrasi berlaku melalui tindakan berikut:
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 13
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Tapak Sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai
integrasi pihak atau kelompok masyarakat yang berbeza etika dan
peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan
atau titik pertemuan secara aman dan harmoni.
MAKRO MESO MIKRO
(Atas ke Bawah) (Bawah ke Atas) (Inisiatif Akar Umbi)
Peranan Peranan NGO Peranan
Kerajaan (Organisasi Bukan Rakyat
Kerajaan)
Perlembagaan Agih / pantau Street Wedding
Persekutuan pembangunan Kedai mamak (the
Rancangan third space)
Malaysia
Rukun Tetangga
3.2.2.1 Gambar 8: Tiga Tahap Tapak Integrasi
Kesepaduan Dari Atas Ke Bawah
Perlembagaan Persekutuan ialah mercu tanda tapak integrasi yang
menjadi asas dan teras kesepaduan rakyat Malaysia. Perlembagaan Tapak
integrasi ini sering juga dipanggil sebagai ‘kontrak sosial’ oleh beberapa pihak.
Wujud parti politk yang bersekutu (coalition politics), seperti Perikatan dan
Barisan Nasiona, kemudian Pakatan Rakay dan kini Pakatan harapan adalah
bentuk-bentuk tapak integrasi politik yang tumbuh, mekar bugar selepas
tertubuhnya Communities Liasion Committee pada Januari 1949 yang
dianggotai oleh pemimpin tiga kumpulan etnik terbesar di Malaya ketika itu,
iaitu, Melayu, Cina dan India.
Tapak integrasi boleh dilihat dalam bentuk top down seperti
Rancangan Malaysia. Rancangan Malaysia adalah perancangan lima tahun
yang diasaskan secara bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak
dalam Persekutuan Malaysia. Kesemua rancangan pembangunan lima tahun
negara selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteliti dan dianalisis bagi
menyokong fakta bahawa kerajaan memandang serius akan isu
ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan eokonomi negara.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 14
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Rancangan Malaysia merupakan pelan pembangunan yang bertujuan untuk
mencapai perpaduan dan integrasi nasional.
Rukun Tetangga merupakan satu lagi tapak
integrasi yang sama-sama dibina oleh rakyat
Malaysia. Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
telah wujud semenjak 1970 dan diperkasakan
berdasarkan konsep kejiranan yang termaktub
di bawah Akta Rukun Tetangga 2012. KRT di
Malaysia bersifat kelompok dan strategik. KRT
memberi penekanan kepada aspek kejiranan dan
semangat komuniti, rasa kesepunyaan, kualiti hidup bermasyarakat dan
penglibatan komuniti. Rukun Tetangga diperkasakan sebagai pemangkin
perpaduan dan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional,
meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti. Lebih 8,000 kawasan
rukun tetangga (KRT) di seluruh negara yang kini di bawah KPN yang sudah
aktif dengan pelbagai kegiatan perpaduan. KRT terus mekar dan matang
sehingga bermula dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan.
3.2.2.2 Bawah Ke Atas
Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan. NGO sebagai
agen pemantauan pelaksanaan program untuk kaum minoriti.
Kerajaan membuat anjakan paradigma dengan mengadakan
kerjasama dan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi dan badan bukan
kerajaan (NGO) bagi memastikan mereka dapat menyumbang dengan
melakukan usaha-usaha mempromosikan perpaduan dan mengintegrasikan
masyarakat pelbagai kaum agar dapat terus memelihara perpaduan negara
dan kesejahteraan sosial.
NGO memainkan peranan penting dalam mempromosikan perpaduan.
Kementerian mengadakan kerjasama dengan NGO dalam penggubalan
kerangka perundangan dan polisi-polisi kerana NGO mempunyai kepakaran
dan keupayaan dalam bidang-bidang tertentu yang dapat membantu
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 15
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
kementerian melaksanakan program secara cekap dan berkesan. NGO juga
sentiasa bersedia menyumbang dana dan sumber ke arah peningkatan
perpaduan dalam kalangan rakyat negara.
3.2.2.3 Inisiatif Akar Umbi
Tapak integrasi daripada bawah dan akar umbi, atau bottom-up, terjadi
tanpa kita sedari dan berlaku di depan mata kita. Contohnya, street wedding
(majlis perkahwinan di jalanan) dan kedai mamak sebagai pusat perhimpunan
sosial (social gathering centre) semua lapisan rakyat daripada semua
kumpulan etnik.
Pelaksanaan 'Street Wedding' iaitu majlis perkahwinan rakyat yang
berlangsung di seluruh negara setiap hujung minggu. Dalam street wedding
yang selalunya mula dan tamat dalam tempuh 48 jam, dari mula pasang
khemah sampai turun khemah, adalah kerjasama dalam kalangan penduduk
lazimnya di beberapa buah rumah dan keluarga yang berdepan dengan jalan
raya yang akan ditutup selama 48 jam untuk kenduri kawin berkenaan. Tiada
arahan Perdana Menteri atau Presiden UMNO dalam kegiatan sosial ini.
Semuanya inisiatif membina tapak integrasi yang berpunca dari
kerjasamaaman dan harmonis di akar umbi.
Gambar 9: Majlis Perkahwinan di Jalanan (Street Wedding) 16
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
Kedai mamak adalah ‘ruang ketiga’ (the third space) yang menjadi
tapak integrasi bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum
dan kelas. Ruang pertama, ialah rumah kediaman (home), ruang kedua ialah
tempat kerja (work place) dan ruang ketiga (third place) adalah ruang santai.
Rakyat Malaysia, khsusunya di bandar sering memlih kedai mamak sebagai
tempat ketiga sebagai ruang santai utama. Tiada arahan Menteri Besar atau
Presiden Parti Bersatu kepada rakyat supaya melepak di kedai mamak
selepas kerja. Ini adalah pilihan sendiri setiap individu tanpa mengira latar
belakang kelas dan etnisiti. Ini adalah tapak integrasi pilihan orang ramai.
Proses ini menurut KITA-UKM diungkapkan sebagai ‘mamakization’ yang
berlaku meluas di Malaysia.
Gambar 10: Kedai Mamak (the third space)
Insiatif kelompok akar umbi paling berkesan tanpa penglihatan
langsung pemerintah. Secara tidak langsung, inisiatif ini juga meningkatkan
sosio-budaya dan ekonomi negara.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 17
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
BAB 4 KESIMPULAN / RUMUSAN 18
Usaha penyatupaduan pada semua peringkat melalui pembinaan
tapak integrasi perlu diteruskan supaya teras kesepaduan rakyat Malaysia
kekal utuh. Perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan usaha terus
menerus pemantauan kesepaduan dan pembinaan tapak integrasi sebagai
instrumen utama penyatupaduan.
Perpaduan yang diidamkan boleh dicapai dengan usaha terus
menerus pemantauan kesepaduan dan pembinaan tapak integrasi sebagai
instrumen utama penyatupaduan. Usaha-usaha menyediakan tapak integrasi
untuk memupuk, mempromosi dan menyemarak semangat perpaduan tidak
hanya terhad kepada penyediaan ruang-ruang fizikal sahaja. Perkembangan
pesat teknologi dan akses yang meluas kepada capaian internet misalnya,
telah menyediakan ruang yang lebih luas, cepat dan mudah untuk
dimanfaatkan.
Penyatupaduan terjelma dalam pelbagai bentuk usaha yang perlu
terus dilaksanakan untuk mencari penyelesaian defisit sosial dengan
membina tapak integrasi di semua lapisan masyarakat. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan untuk membentuk masyarakat yang lebih bersatu-padu dan
berintegrasi di negara ini, namun usaha-usaha tersebut tidak dapat
dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak kerana usaha memelihara
perpaduan bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi
tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat di negara ini.
Usaha pembentukan IPNas adalah berasaskan buah fikiran dalam
bentuk teori dan konsep dan juga indeks lain yang pernah dibentuk dan
diasaskan di dalam dan di luar negera. Kewujudan indeks ini sebagai sebuah
model pengukuran komprehensif dan sistematik di peringkat nasional ini
adalah usaha julung kali untuk memahami dan menjelaskan kedinamikan
masyarakat di Malaysia.
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN:
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
RUJUKAN
Buku Penghayatan Etika Dan Peradaban ( Munirah Mustaffa, Mohamad Bazli Md
Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Mohamad Faizal
Ahmat, Mohammad Tarmizi Balya) versi POLITEKNIK MALAYSIA
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564059/bersama-bersatu-hati-
membina-malaysia-baharu
https://prezi.com/37h2zpxtg1th/perpduan-kesepaduan-dan-penyatupaduan-satu-
negara-satu-ka/?frame=aefaf037e97377c5b74bb784b5315de00c800ba4
https://coggle.it/diagram/WuSXEkFEQgyzHoSl/t/usaha-usaha-penyatupaduan-
ke-mengukuhkan-kesepaduan-sosial-%E2%9A%A0
https://www.slideshare.net/izzahnoah/kepelbagaian-etnik-di-malaysia
http://journal.kuim.edu.my/index.php/JSS/article/view/448
https://www.researchgate.net/publication/330131686_Peradaban_dan_perkauma
n_di_Malaysia_hubungan_etnik_Melayu-Cina
https://www.slideshare.net/Datoknye/topik-1-kesepaduan
https://www.slideshare.net/ezonearefizt/bab-1-malaysia-kesepaduan-dalam-
kepelbagaian
https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kesepaduan_dan_Penyatupadu
an_Satu_Negara_Satu_Kata_Akar_Tiga_Konsep_Keramat
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Angka_korban
https://bingkisan.wordpress.com/teknik-membuat-folio/
https://www.google.com/search?q=maksud+etnik&rlz=1C1CHBD_enMY906MY9
06&sxsrf=ALeKk02MBNQaGelmUH-
KwPHG_25XkfOzFw:1602404226482&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=uNwVns
QS2duxiM%252CUoYcORKQy56WsM%252C_&vet=1&usg=AI4_-
kRqMLvn54ojlfFVlyVgS1bswAkxjg&sa=X&ved=2ahUKEwixwdL1jKzsAhUoILcAH
eJcBDwQ9QF6BAgKEEk&biw=661&bih=561#imgrc=uNwVnsQS2duxiM
http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-etnik.html
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/682114/cara-lama-fahami-
perpaduan-perlu-diubah
https://www.google.com/search?q=maksud+penyatupaduan&rlz=1C1CHBD_enM
Y906MY906&sxsrf=ALeKk03LrCTXSiAGn2PgLE2ywEahuWgT-
Q:1602405566359&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiekcb0kazsAh
Xl7nMBHcXbAFgQ_AUoAnoECA0QBA&biw=656&bih=561&dpr=1.5
http://peristiwamei1969.blogspot.com/
https://www.google.com/search?q=maksud+ras&rlz=1C1CHBD_enMY906MY906
&sxsrf=ALeKk02Ma43oaCOq1_veHd6gCef7_mGQmA:1602414220903&tbm=isc
h&source=iu&ictx=1&fir=RQdhpLeqZS33JM%252Cyq7WikL-
zbCSaM%252C_&vet=1&usg=AI4_-
kQkYMz0m96h45gmtMSXbecKxkDUxw&sa=X&ved=2ahUKEwib0K2TsqzsAhWk
ILcAHda1B-UQ9QF6BAgKEEQ&biw=656&bih=561#imgrc=RQdhpLeqZS33JM
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 19
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN
https://www.google.com/search?q=peribahasa+rosak+susu+sebelanga&rlz=1C1
CHBD_enMY906MY906&oq=peribahasa+rosak+&aqs=chrome.2.69i57j0i457j0j0i
22i30l5.24744j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.slideshare.net/padilmael/112526061-bab4
http://anyflip.com/bhakx/ticj/basic
https://www.slideshare.net/suana6/hubungan-etnikdimalaysia1-92183493
PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN: 20
ETNIK DAN ALAT PENYATUPADUAN