The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tijahpardi72, 2021-10-05 22:17:15

BM TAHUN 2 - HARUMNYA DAUN KESUM

BM TAHUN 2 - HARUMNYA DAUN KESUM

PDPR BAHASA MELAYU
TAHUN 2

TEMA 7: TAJUK:
PERTANIAN DAN HARUMNYA
PENTERNAKAN DAUN KESUM

UNIT 19: BERSAMA : CIKGU TIJAH
HARGAILAH POKOK SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR

STANDARD STANDARD
KANDUNGAN: PEMBELAJARAN:

5.3 Memahami dan 5.3.1 Memahami, mengenal
membina ayat mengikut pasti dan menggunakan
konteks ayat mengikut konteks;
(iv) ayat perintah



KEMAHIRAN MEMAHAMI PETIKAN
TATABAHASA TEKS YANG DIBACA

MEMAHAMI MAKSUD MENGGUNAKAN AYAT
AYAT PERINTAH PERINTAH UNTUK
MELENGKAPKAN
DIALOG.







KATA PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.

Jangan: Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu

Harap: Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.

Jemput: Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.

Minta: Menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
Sila: Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab .
Tolong: Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan

sesuatu untuknya.

Usah: Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu.











POKOK
DAUN
KESUM

Pokok Daun Kesum atau Daun Laksa ialah
sejenis tumbuhan .
Daun kesum disebut di sesetengah tempat sebagai
daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam.
Nama saintifiknya Persicaria odorata.

CARA MENANAM POKOK KESUM DALAM BOTOL

RUJUK BUKU TEKS
BAHASA MELAYU JILID 2

MS 48



Mari kita lihat 5 gambar dalam petikan
dialog “”Harumnya Daun Kesum”



Tolong ambil botol
plastik yang dipotong
itu.

Sila masukkan tanah
ke dalam botol itu.

Harap kamu dapat
menanam pokok
kesum di dalam
botol itu.

Tolong siram pokok
kesum itu.

Harap kamu petik daun
kesum itu.

Tolong berikan daun
kesum itu kepada jiran
kita.

TUGASAN

1. Tulis semula latihan menggunakan ayat perintah
untuk melengkapkan dialog

(buku teks muka surat 48)

2. Gunakan buku tulis yang ada di rumah.

3. Latihan Pengukuhan Kuiz Kata Perintah
https://forms.gle/xsqAWLSP5i9mk3p78

4. TEMPOH MASA MENYIAPKAN TUGASAN:

Rabu 6.10.2021

Tajuk: Harumnya Daun Kesum

Ayah: Hasan, tolong ambil botol plastik yang dipotong itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan mengambil botol plastik itu.
Ayah: Sila masukkan tanah ke dalam botol itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Botol itu akan ditanam pokok apa?
Ayah: Harap kamu dapat menanam pokok kesum di dalam botol itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Selepas itu, apakah yang perlu saya buat?
Ayah: Tolong siram pokok kesum itu.
Hasan: Saya akan menyiram pokok kesum itu setiap petang.

Ayah: Harap kamu petik daun kesum itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memetik daun kesum itu.
Ayah: Tolong berikan daun kesum itu kepada jiran kita.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memberikan daun kesum itu kepada jiran.


Click to View FlipBook Version