Buku Program - Majlis Penutup Bulan Kebangsaan SEDESA
Pada 24hb Ogos yang lalu, SEDESA telah merasmikan Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya pertandingan-pertandingan yang melibatkan seluruh murid SEDESA. Pertandingan-pertandingan ini telah dianjurkan mengikut panitia masing-masing. Pelbagai hadiah juga turut disediakan kepada para pemenang.
Kali ini, SEDESA berbesar hati mengadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan SEDESA secara maya. Dalam majlis ini, SEDESA menyajikan beberapa persembahan daripada murid-murid dan guru-guru SEDESA. Di samping itu juga, sesi cabutan bertuah turut dijalankan.
SEDESA berharap agar penganjuran Bulan Kebangsaan pada kali ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada seluruh komuniti serta warga SEDESA khususnya dalam penghayatan erti kemerdekaan di samping meningkatkan kebolehan dan jati diri sebagai rakyat yang bertamadun.
SEDESA juga ingin menyatakan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat memberi sumbangan dan kerjasama sepanjang Bulan Kebangsaan pada kali ini. Semoga kita akan berjumpa lagi pada aktiviti penganjuran akan datang. Sekian, terima kasih.
___________________
Jangan lupa follow fb SEDESA dan Subsribe youtube channel SEDESA untuk maklumat lanjut atau sebarang info sesungguhnya follow dan subscribe itu percuma. terima kasih.
https://www.facebook.com/sedesaskda
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload