The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLAILA BINTI OSMAN KPM-Guru, 2023-05-24 22:50:02

GARIS PANDUAN HAFAZAN TAHUN 2023

GARIS PANDUAN HAFAZAN TAHUN 2023

_____________________ GARIS PANDUAN HAFAZAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KUCHING TAHUN 2023 KATEGORI SEKOLAH RENDAH PERINGKAT SARINGAN SECARA RAKAMAN


1. PENGENALAN 1.1Peraturan dan panduan ini diedarkan kepada semua sekolah sebagai rujukan pengurusan aktiviti mengendalikan rakaman hafazan penyertaan pertandingan. Peraturan dan panduan ini hendaklah dibaca dengan baik. 1.2Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang hafazan Al-Quran. 2. SYARAT UMUM PENYERTAAN 2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada sesi persekolahan tahun 2023/2024 2.2 Panduan penyertaan bagi kategori sekolah rendah adalah terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 3. BILANGAN PESERTA 3.1Bilangan peserta hafazan bagi kategori sekolah rendah adalah :- a) seorang peserta lelaki b) seorang peserta perempuan 3.2Jumlah semua peserta adalah dua (2) orang. 4. PAKAIAN PESERTA 4.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan. 4.2 Peserta lelaki hendaklah memakai baju melayu cekak musang yang lengkap; berkain samping dan bersongkok hitam. 4.3 Peserta perempuan pula hendaklah memakai baju kurung, bertudung sempurna dan sopan tanpa hiasan. 5. SYARAT RAKAMAN 5.1 Semua rakaman penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media sosial/blog. 5.2 Rakaman video perujian hafazan perlu memenuhi kriteria berikut: a) rakaman secara melintang (landscap) b) rakaman berkualiti tinggi c) suara rakaman hendaklah asli tanpa unsur tambahan seperti gema (echo), lantunan (reverb) dan seumpamanya. d) suntingan audio dan video tidak dibenarkan. e) suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan. f) latar belakang (background) yang sesuai untuk tontonan umum. g) rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah, daerah atau negeri. h) penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara PERATURAN DAN PANDUAN RAKAMAN HAFAZAN AL-QURAN


terbaik. 5.3 Kriteria di atas adalah bagi mengekalkan keaslian persembahan murid. 6. SURAH-SURAH HAFAZAN 6.1 Senarai surah-surah hafazan sekolah rendah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan: 7. PELAKSANAAN UJIAN 7.1 Rakaman hendaklah secara berterusan di hadapan Hakim Fatih dan Munabbih. 7.2 Setiap peserta sekolah rendah diwajibkan menjawab LIMA soalan termasuk surah Al-Fatihah. 7.3 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan, namun Hakim Fatih Munabbih berhak menamatkan sesi ujian mana-mana peserta sekiranya peserta dilihat tidak lancar dalam bacaan serta mengambil masa terlalu lama untuk menjawab. 7.4 Peserta dikehendaki menghafaz dan menjawab soalan mengikut bacaan tadwir sahaja. 7.5 Soalan hanya dibenarkan dibuka dan dibaca setelah set rakaman sedia. 7.6 Tiada istilah buka soalan dulu, hafal dulu kemudian baru buat rakaman. 8. PENGHANTARAN VIDEO RAKAMAN 8.1 Video rakaman hendaklah dihantar mengikut ketetapan masa yang diberikan. 8.2 Video rakaman hendaklah dihantar berdasarkan kategori kepada Penasihat BIL SURAH 10 1-19ألعلى ا 11 1-26يةى الغاش 12 1-30 الفجرى 13 1-20 البل 14 1-15 الشمس 15 1-21 الليل 16 1-11 الضحىى 17 1-8الرشحى 18 1-8 التي BIL SURAH 01 1-40 النباء 02 1-46النازعـىاتى 03 1-42 عـبسى 04 1-29التكويـرى 05 1-19إلنفطارى ا 06 1-36 املطففيى 07 1-25إلنشقاقى ا 08 1-22الربوجى 09 1-17الطارقى BIL SURAH 19 1-19 العلقى 20 1-5القدرى 21 1-8 البينة 22 1-8الزلزةلى 23 1-11العاديىـىاتى 24 1-11القارعـةى 25 1-8التاكثـىرى 26 1-7الفاحتةى


Teknikal yang dilantik iaitu : a) Kategori Lelaki : Ustazah Suhaila binti Alwi (013-8837507) b) Kategori Perempuan : Ustazah Norlaila binti Osman (013-5676022) 8.3 Setiap penghantaran hendaklah disertakan a) Nama Penuh Peserta b) Nama Sekolah c) Set Soalan 8.4 Sekiranya terdapat gangguan dalam talian yang menyebabkan kesukaran untuk menghantar video melalui telegram, maka perlu dimaklumkan kepada penasihat teknikal. 9. PENJURIAN 9.1 Hafazan Al-Quran akan dijurikan berdasarkan 4 bahagian berikut : a) Bahagian Hafaz dan lancar ( 40 markah ) b) Bahagian Tajwid ( 30 markah ) c) Bahagian Fasahah ( 20 markah ) d) Bahagian Suara dan gaya ( 10 markah ) 9.2 Sekiranya berlaku persamaan markah, keputusan pemenang hendaklah dirujuk mengukut susunan berikut : a) Hafaz dan lancar b) Tajwid c) Fasahah d) Suara dan gaya 9.3 Jika masih lagi berlaku persamaan markah, maka juri-juri hendaklah bersidang. 9.4 Sebarang keputusan yang diputuskan oleh Jemaah Juri adalah muktamad dan sebarang rayuan ataubantahan tidak akan dipertimbangkan. 9.5 10 orang peserta terbaik dari setiap kategori akan bertanding secara bersemuka pada 12 hingga 13 Julai 2023. 10.Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.


PERINGATAN 1. Tiada istilah buka soalan dulu, hafal dulu kemudian baru buat rakaman. 2. Penghantaran rakaman wajib mengikut tempoh yang telah ditetapkan. 3. Sudut rakaman wajib dipatuhi mengikut Pelan Lantai Rakaman Lampiran. 4. Fatih dan Munabbih dibenarkan guru yang sama sekiranya tidak mencukupi guru. 5. Keputusan hakim adalah muktamad. 6. Mohon semua yang terlibat, intergriti dan kejujuran sangat penting dalam melaksanakan tanggungjawab ini. 7. Link Group Whatsapp Hafazan Rendah 2023 akan diberikan kemudian. Segala maklumat akan disalurkan melalui ‘group’ tersebut.


CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN HAFAZAN SARINGAN SECARA RAKAMAN 3 JULAI 2023 (ISNIN) 9:00 PAGI : EDARAN SET SOALAN MELALUI LINK GOOGLE DRIVE : SESI RAKAMAN 10:00 PAGI : RAKAMAN DIHANTAR KE TELEGRAM 8:30 PAGI : AGIHAN PENETAPAN SET SOALAN 7:30 PAGI : PERSEDIAAN TEMPAT RAKAMAN 11:00 PAGI : PENGHANTARAN RAKAMAN TAMAT


CONTOH SET RAKAMAN HAFAZAN Fatih/Munabbih Peserta


TUGAS HAKIM FATIH Mempersilakan Peserta Menyebut Nombor @ Set Soalan ( untuk makluman jemaah hakim ) Membaca Soalan : 1. Menyebut soalan yang ke berapa 2. Menyebut nama surah dan ayat 3. Membaca Basmalah (sekiranya ayat adalah permulaan surah) @ Ta’wwuz (sekiranya ayat soalan adalah di tengah surah) 4. Membaca 1 kali untuk 1 soalan. i. jika diminta ulang, boleh ulang 1 kali ( tiada pemotongan markah oleh Hakim Hafaz Lancar ) ii. jika diminta ulang kali kedua, Hakim Fatih mesti ulang untuk kali yang ke-2 ( dipotong 1 markah oleh Hakim Hafaz Lancar ) 5. Meneruskan soalan yang berikutnya dengan : i. “ soalan yang berikutnya”…. / ii. “soalan yang seterusnya”… / iii. “soalan yang ke…” / 6. Menamatkan bacaan peserta *Hakim Fatih / Munabbih tidak boleh menegur kesilapan bacaan tajwid peserta.


CONTOH PELAKSANAAN UJIAN HAFAZAN ( Rujukan ) Peserta Lelaki : https://youtu.be/8o5DH_xM7hY https://youtu.be/P9v9fYB-FuA Peserta Perempuan : https://youtu.be/m7v3y3XJICg https://youtu.be/l8W8qG3-2Pg TUGAS HAKIM MUNABBIH 1. Menegur peserta yang tersalah baca baris, kalimah, ayat @ terlangkau 2. Menegur peserta yang tidak membaca secara tadwir sebelum memulakan soalan yang berikutnya. 3. Menegur peserta untuk kali ke 2 Jika peserta masih membaca bukan secara tadwir. (Hakim Hafaz Lancar akan potong 1 markah) 4. Membaca sebahagian ayat kepada peserta yang terlupa atau ragu2 sebanyak: a) 2 kali (maksima) / b) Bergantung kepada pemerhatian Hakim Munabbih terhadap peserta / c) Menamatkan bacaan peserta jika terlalu banyak kesalahan bacaan @ terlalu lama untuk menjawab. 5. Menamatkan bacaan peserta bagi setiap soalan dengan kalimah: a) خالص ) cukup ) / b) “Soalan yang seterusnya” / صدق هللا العظيم (c *Hakim Fatih / Munabbih tidak boleh menegur kesilapan bacaan tajwid peserta.


Click to View FlipBook Version