The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhaidahnabila99, 2021-11-13 03:23:36

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEDA

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEDA

Sejarah perkembangan
bahasa Melayu
Pramerdeka dan
Pascamerdeka

Ahli Kumpulan

Aiza Nur Amira Nursyuhaidah Nabila Nurlyea Afieyana Nurlyan
binti Along binti Nurhussin Shaqina binti Alwie

binti Abd Rashid

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

Laporan Barnes (1950)

•Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes, iaitu matlamat pendidikan dasar hendaklah
membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum.
•Sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil hendaklah dibubarkan dan diganti dengan satu jenis
sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan.
•Sekolah kebangsaan hanya menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris sebagai bahasa pengantar.
•Di sekolah kebangsaan ini, kedudukan bahasa ibunda kumpulan etnik lain diturunkan ke taraf bahasa asing
dan hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Setelah tamat pendidikan dasar, murid-murid boleh
meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
•Isi kandungan yang terdapat dalam Laporan Barnes dapat dirumuskan bahawa waktu persekolahan di
peringkat rendah adalah medium yang sesuai bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, sewajarnya perlu digunakan kesempatan tersebut secara bersungguh-sungguh untuk membina satu
bangsa di Tanah Melayu.
•Penubuhan satu sistem sekolah rendah, dibuka kepada murid-murid semua bangsa dan diajar oleh guru-
guru yang tidak mengira bangsanya, selain pertimbangan bahawa mereka itu mestilah layak dan
merupakan rakyat Persekutuan.

Hasil Laporan Barnes

Kesatuan Guru-Guru Melayu yang
bersikap amat tegas dalam

perkara ini.

Hal ini demikian kerana, prinsip yang
menyatakan bahawa bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris

adalah bahasa rasmi Persekutuan, maka
sewajarnya bahasa Melayu mendapat taraf dan

layanan yang sama dengan bahasa Inggeris di
semua peringkat persekolahan. Namun

itu tidak dijelmakan dalam Laporan Barnes.

Mencetus

penentangan yang hebat terutamanya
masyarakat Cina

Masyarakat Cina menganggap laporan ini
sebagai satu percubaan bagi menindas dan
menghapuskan bahasa dan kebudayaan
mereka. Malah Cheesemen yang berkhidmat
selama 41 tahun dalam bidang pelajaran turut
membidas kerana pengajaran dua bahasa asing
(Melayu dan Inggeris) yang disifatkan sebagai
"beban tak terpikul” bagi anak-anak Melayu
yang berumur enam tahun. Maka laporan ini
menerima kritikan dan dicap sebagai dokumen
Anglo-Malay, yang menyuarakan bukan hasrat
dan cita-cita semua bangsa di Tanah Melayu,
tetapi cuma hasrat dan cita-cita nasionalistik
orang Melayu yang mendapat sokongan British

Pihak UMNO yang
menyuarakan

sokongan padu kepada Laporan
Barnes.

Dato’ Abdul Razak berpendapat bahawa tidak sesiapa pun yang harus
mempertikaikan penggunaan bahasa rasmi sebagai bahasa

penngantar di sekolah kebangsaan kerana “Perjanjian Persekutuan 1948
menetapkan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris harus dijadikan
sebagai bahasa rasmi negara”.16 Malah Tunku Abdul Rahman pula
menyeru kerajaan British supaya melaksanakan perakuan laporan
tersebut secepat mungkin. Dalam tahun 1951 Sir Henry Gurney, yang
merupakan Pesuruhjaya Tinggi pada masa itu, telah melantik
Jawatankuasa kedua untuk mengkaji berkenaan pelajaran Cina di Tanah
Melayu. Akhirnya Laporan Barnes tidak dapat diteruskan oleh kerajaan
British kerana mendapat tentangan dalam kalangan masyarakat Cina dan
sebuah Jawatankuasa Fenn-Wu ditubuhkan pada tahun 1951 bagi
menjawab desakan masyarakat Cina.

Rumusan Laporan Barnes (1950)

Laporan Barnes adalah cubaan pihak British untuk menyatukan masyarakat Tanah Melayu yang
pelbagai kaum melalui pendidikan dengan menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Ini adalah sebagai salah satu persediaan untuk Tanah Melayu berkerajaan sendiri.
Namun usaha ini tidak kesampaian dan telah menerima tentangan yang hebat.

Laporan Fenn-Wu
(1951)

Ekoran daripada tentangan daripada Laporan Bernes, Sir Henry Gurney
telah menlantik sebuah jawatankuasa baharu pada tahun 19521.
Jawatankuasa ini diketuai oleh dua orang penasihat daripada Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu, Dr.W.O. Fenn dan Dr. Wu The Yau.
Kesan daripada Laporan Barnes telah menimbulkan prasangka i'umk di
kalangan masyarakat Cina kerana mereka merasakan penggunaan
bahasa dan budaya mereka di sekolah-sekolah ini akan tergugat.
Oleh hal yang demikian, pihak British terpaksa melayani permintaan
masyarakat Cina.
Laporan ini mengkaji dan menilai semula semula kewajaran Laporan
Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan
tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina.

Hasil Laporan

Walaupun bahasa Melayu Pengajaran bahasa Cina, bahasa

dijadikan bahasa rasmi dan Inggeris dan bahasa Melayu

bahasa Inggeris sebagai bahasa hendaklah diperbaiki.

antarabangsa, namun orang Cina Guru terlatih bagi skolah Cina tidak

perlu diberikan peluang untuk mencukupi.

membentuk kebudayaan Bantuan kewangan untuk skolah

Cina perlu ditambah..

mereka. Buku teks sekolah Cina

Galakan diberikan kepada orang terutamadai negara China dan

Cina untuk menguasai bahasa Hong Kong perlu disemak dan

Melayu dan Bahasa Inggeris. dimasukkan ke mesyarakat Melayu.

Orang Cina digalakkan oleh Dasar pendidikan negara hendaklah

kerajaan Inggeris untuk bermatlakan membentuk

menguasai krtiga-tiga bahasa. kewarganegaraan Melayu.

#5

Rumusan Laporan
Fenn-Wu (1951)

Sebagai kesimpulannya, ia jelas
menunjukkan walaupun kebanyakannya
orang Cina bersedia untuk menerima
bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Namun, mereka masih ingin
mengekalkan bahasa ibunda mereka
sebagai identiti budaya mereka.

ORDINAN PELAJARAN 1952 #3

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan langkah yang dilaksanakan oleh pihak british untuk mengkaji semula
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-wu.
Kajian dilakukan kerana kedua-dua laporan tersebut mempunyai cadangan yang bertentangan.
Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan dikenali sebagai Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran
dengan tujuan untuk mengkaji semula laporan Barnes dan Laporan Fenn-wu bagi menyeragamkan
pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu
Hasil kajian yang dijalankan menyebabkan terbentuklah, Ordinan Pelajaran 1952 dan dibentangkan di
Majlis Perundangan Persekutuan .
Ordinan Pelajaran ini diluluskan pada september 1952 tetapi dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1952

BAHASA MELAYU

Beberapa
Cadangan telah
dikemukan
dalam Ordinan
Pelajaran 1952

Cadangan Penubuhan Sekolah
pertama
Mengadakan dua jenis sistem pendidikan iaitu;
1)Sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar
2) Sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa Pengantar
Sekolah jenis vernakular tidak diterima tetapi pelajaran
bahasa Cina dan Bahasa Tamil perlu disediakn
sekiranya terdapat 15 pelajar yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka

cadangan Penggunaan Bahasa
kedua
Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah
Inggeris dan bahasa Inggeris
diwajibkan di sekolah Melayu
Bahasa Cina dan Bahasa tamil cuma
di ajar sebagai bahasa Ketiga
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di
jadikan sebagai bahasa pengantar
selam 6 tahun di sekolah rendah

RUMUSAN ORDINAN
PELAJARAN 1952

Kesimpulannya, Ordinan Pelajaran 1952 ini bertujuan untuk
menyelaraskan sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan
mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, cadangan dalam ordinan
1952 ini tidak dapat dilaksankana kerana masalah kewangan

LAPORAN RAZAK (1956)

-Laporan ini diperkenalkan pada April 1956.

-Tujuannya untuk wujudkan sistem pelajaran yang
sama bagi semua kaum.

-Diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak.

-Laporan ini ialah asas pembentukan sismem dan TUN HAJI
Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan seperti ABDUL RAZAK
yang termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaaan
1961. BIN DATO'
HUSSEIN

TUJUAN PENYATA RAZAK (1956)

-Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah.

-Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai rumpun bangsa
di Tanah Melayu.

-Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.

-Mewujudkan sistem pendidikan yang cekap berkesan.

-Mewujudkan sutau kelompok masyarakat yang berdisiplin, bertoleransi, liberal dan
progresif.

-Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.

CADANGAN PENYATA RAZAK (1956)

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
dan sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah
Nazir Persekutuan ditubuhkan.

RUMUSAN DARIPADA LAPORAN PENYATA RAZAK (1956)

Laporan Penyata Razak membuahkan hasil apabila beberapa
cadangan telah di masukkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Strategi dan perancangan yang dibuat dalam laporan ini telah
menampakkan kejayaanya. Buktinya, negara kita Malaysia, kini
hidup dengan masyarakat majmuk dalam keadaan aman dan
damai. Penggunaan bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan dan pengantar dalam bidang pendidikan. Oleh
itu, Laporan Penyata Razak merupakan asas penting dalam
perkembangan pendidikan pada masa kini.

KESIMPULAN

Pendidikan di negara ini telah mengalami banyak proses pertukaran
dari semasa ke semasa demi kesesuaian masyarakat yang berbilang
kaum. Pendidikan merupakan wadah yang penting dalam
memenuhi spirsi negara dan memanifestasikan suatu masyarakat
yang hidup sejahtera , membina dan mampu menyumbang kepada
kemajuan negara. Tuntasnya, pendidikan terbukti penting dalam
mewujudkan kesejahteraan sebuah negara


Click to View FlipBook Version