INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP
-KERJA KURSUS -
KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072
KANDUNGAN: Bahagian A: Penghasilan Produk
i. Bahagian B: Penulisan Akademik
ii.
Nama Guru Pelatih : NUR SYUHAIDAH NABILA BINTI NURHUSSIN
No. Kad Matrik : P21074321
Kumpulan : PPISMP BMSK1
Ambilan :JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi : 1/September 2021
No. Telefon Bimbit : 01140119533
Alamat E-mel : 1383-24-
[email protected]
Nama Pensyarah Kursus
: Hj Bustam Bin Daman
Markah : 40% 40% Jumlah
KRITERIA Penghasilan Produk Penulisan ( 80 %)
Akademik
Pemeriksa 1
Pemeriksa 2
A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.
Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.
SyuhaidahTanda tangan Pelajar: Tarikh: 8 NOVEMBER 2021
B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)
TUGASAN
2
KEMAHIRAN
BELAJAR
GKEB 1072
NAMA PELAJAR : NUR SYUHAIDAH NABILA BINTI NURHUSSIN
NO KAD PENGENALAN : 030520-12-0688
ANGKA GILIRAN : 2021072310026
KUMPULAN/UNIT : BM SK 1
KOD/NAMA KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR / GKEB 1072
NAMA PENSYARAH : HJ. BUSTAM BIN DAMAN
1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran
kehadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia dan
izin-Nya kerana memberikan saya khudrat untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Encik Hj. Bustam Daman selaku
pensyarah bagi kursus GKEB 1072 ini atas bimbingan dan
nasihat yang diberikan sepanjang kerja kursus ini
dijalankan. Tidak dilupakan, terima kasih kepada ahli
keluarga yang banyak memberikan sokongan moral dalam
proses penyiapan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga
ingin memberikan apresiasi kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi dorongan bahkan
sentiasa bersikap terbuka dalam berkongsi pendapat dari
awal sehingalah tamatnya kerja kursus GKEB 1072 ini.
Di dalam penghasilan kerja kursus ini, banyak onak
dan duri yang terpaksa dilalui. Namun, banyak juga ilmu
yang dapat diserap dengan lebih mendalam.
Keseluruhannya, kajian ini banyak membuka minda saya
sebagai seorang pelajar Institut Pendidikan Kampus Gaya.
2
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 4
2.0 Kepentingan 5
3.0 Justifikasi 6
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran 7
Berfikir
5.0 Penutup 10
6.0 Rujukan 11
3
1.0 Pengenalan
Kemahiran membaca dan membuat nota adalah
sangat penting bagi semua lapisan pelajar.
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas
yang penting untuk dikuasai sejak dari prasekolah
sebagaimana yang terdapat dalam Dokumen
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Membaca
adalah proses komunikasi langsung antara pembaca
dan bahan bacaan, dan secara tidak langsung dengan
pembaca ( Safiah Osman, 1990). Kemahiran membaca
ini terdiri daripada dua Teknik membaca iaitu
pembacaan cepat dan perlahan. Seterusnya, menurut
Kamus Fajar perkataan membuat bermaksud
menghasilkan sesuatu manakala nota bermaksud
caatan-catatan bertulis. Oleh itu, membuat nota
adalah proses menghasilakn suatu catatan bertulis.
Menulis nota membantu pelajar untuk memberi
tumpuan dan mengingat apa yang disampaikan oleh
pendidik ( Kesselmen-Turkel. J,. K & Peterson F. ,
1982). Terdapat kaedah-kaedah mengambil nota
seperti kaedah cornel, kaedah rangka, kaedah
pemetaan, kaedah carta dan kaedah ayat. Oleh itu,
kemahiran membaca dan membuat nota saling
melengkapi.
4
2.0 Kepentingan
Kemahiran membaca sangat penting untuk memperolehi
ilmu pengetahuan terutamanya dalam dunia sains dan
teknologi ini. Membaca dapat menambahkan
pengetahuan, meninggikan pelajaran, mengembangkan
daya cipta yang kreatif serta memupuk gaya hidup dan
nilai yang luas (Wijayasuriya, 1979).
Seterusnya, kemahiran membuat nota pula penting
sebagai bahan rujukan utuk mengulang kaji suatu
pelajaran dan untuk mengingat semula apa yang
dipelajari. Menurut G. Stanley orang yang menyalin nota
akan mengingat 65% hasil kerjanya.
Tuntasnya, kemahiran mambaca dan membuat nota
mampu melahirkan individu yang cemerlang dalam
pelbagai bidang.
.
5
3.0 Justifikasi
Berdasarkan alat kemahiran berfikir yang dipilih iaitu
peta minda, antara justifikasi pemilihannya ialah peta
minda dapat merumuskan nota yang panjang bagi
memudahkan otak untuk mengingat dan mentafsir nota.
Selain itu, peta minda mampu membantu pelajar untuk
menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan
semasa belajar. Seterusnya, peta minda juga dapat
digunakan bagi melambangkan idea yang rumit.
Selanjutnya, peta minda merangsang kreativiti kerana ia
membenarkan idea baru bercambah. Maka, jelaslah
bahawa penggunaan peta minda yang meluas mampu
membantu menyimpan nota seseorang individu itu
dengan baik.
6
4.0 Pemilihan Alat Kemahiran
Berfikir
Alat kemahiran berfikir yang dipilih ialah
peta minda jenis cabang. Penggunaan peta
minda bermula pada akhir 1960-an yang
dicipta oleh Tony Buzan. Peta minda ini
dikenali senagai “Swiss army knife for the
brain”. Penggunanya melebihi 250 juta
individu dari serata dunia. Pengunaannya
juga amat luas dalam bidang perniagaan
dan pendidikan (Buzan, 2002). Berikut
merupakan Rajah 1 bagi peta minda
kemahiran membaca dan Rajah 2 bagi peta
minda kemahiran membuat nota.
7
KEMAHIRAN
MEMBACA
(TEKNIK)
RAJAH 1 : KEMAHIRAN MEMBACA (TEKNIK)
8
(KAEDAH)
RAJAH 2 : KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA (KAEDAH)
9
5.0 Penutup
.
Keseluruhannya, kemahiran membaca dan menulis
nota merupakan kemahiran yang perlu dikuasai
bermula dari peringkat awal lagi. Justeru, kesemua
pihak yang terlibat seperti ibu-bapa, guru-guru, dan
individu sekeliling perlu membantu pelajar yang
lemah dalam memantapkan kemahiran ini. Seterusya,
penggunaan alat berfikir seperti peta minda turut
memberikan impak yang besar kepada pelajar.
Berdasarkan Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta
Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang
mengamalkan penggunaan peta minda dalam
pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi
keputusan yang lebih baik. Oleh itu, penggunaan peta
minda dapat diaplikasikan apabila pembacaan dibuat
untuk membuat nota agar lebih ramai pelajar yang
cemerlang.
10
6.0 Rujukan
.
A.ng, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind
Map in Comprehension. Recent Research on Mind Maps in
Education. m.s. 11-19.
Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons.
m.s. 65
Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd
Anwar; Hazel Lim; Law, Ee Peng; Leong, Pei Ying and Wee,
Chiu Mei (2006). Reading With Understanding Through The
Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in
Education. m.s. 5-19.
Habibah, Norshahrul Marzuki Mohd. Nor, Wan Muna
Ruzanna Wan Mohammad & Salfulazry Mokhtar. (2020),
Analisis Kandungan Kemahiran Bahasa Melayu Dalam
Kurikulum Prasekolah di Malaysia, PENDETA Journal of
Malay Language, Education and Literature, 11 (1), 46-67
11
.
K. ementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya : Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kesselman-Turkel, J., & Peterson, F. (1982). Note-taking
made easy. Chicago: Contemporary Books.
Nik Safiah Karim. (2014). Kamus Fajar (ed. ke3). Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sapiah Osman. 1990. Pendekatan metakognitif - Satu
perspektif baru. Pelita Bahasa 9,30-3.
12