LEMAN
DAN NAGA
BERKEPALA
ULAR
Di sebuah desa yang kecil, tinggal seorang
lelaki yang bernama Leman. Leman hidup
sebatang kara di sebuah pondok usang di
hujung kampung. Kehidupannya yang
miskin dan tidak mempunyai sesiapa
menyebabkan dia mudah dibuli oleh
remaja-remaja kampung.
“Haha Leman tak ada ibu” jerit seorang
kanak-kanak sewaktu ziad melalui
kawasan pekan.
“Lihat si Leman itu, sudahlah yatim tak
berharta pula”. tinggi suara Pak Uda
ketika berbicara dengan cucunya.
Dalam perjalanan menuju ke rumah
Leman di sapa oleh seorang nenek tua
“Nak, pergilah ke hutan Rimba Sakti dan
carilah Tuan Guru Bimasakti nescaya dia
akan membantumu” bisik nenek tua itu
dengan suara yang serak. Akibat terlalu
takut, Leman terus berlari pulang tanpa
menoleh ke belakang.
Keesokan harinya, sewaktu duduk di
atas tangga rumahnya. Leman berfikir
akan kata-kata nenek tua itu “benarkah
Tuan Guru itu wujud? Benarkah apa yang
dikatakan nenek tua itu ?. Leman ligat
memikirkan jawapan bagi setiap persoalan
yang bermain di fikirannya.
Hampir tiga hari, Leman tidak bisa tidur
memikirkan kata-kata nenek tua yang
dijumpainya tempoh hari. “aku rasa aku
kena cuba cari Tuan Guru itu”. bisik
Leman di dalam hati. Leman terus
bergegas mempersiapkan diri dan
peralatan-peralatan penting sebelum
dirinya masuk ke hutan Rimba Sakti.
Leman mula merasa penat setelah seharian
berjalan. Dia kemudiannya mengambil
keputusan untuk duduk di bawah pokok arah
yang rendang untuk berteduh. Dia terus
menyandarkan diri dan mencoba melelapkan
mata.
“Zzzpppp… Zzppp.. Zzpppp” Leman terbangun
apabila mendengar bunyi seperti ada yang
menyusur di sebalik dedaun di hadapannya. Dia
cuba bangun mengagahkan diri melihat apa
yang sedang berbunyi itu.
Alangkah terkejutnya Leman apabila
melihat seekor Naga dengan kepala yang
berbentuk ular sedang melingkar di atas
sebatang dahan yang telah reput. Keadaan
naga itu seperti sedang berada dalam
kesakitan . Sisipnya banyak yang terbuka ,
kaki kanannya pula banyak mengeluarkan
darah. Naga itu juga seperti sudah tidak
makan selama berhari-hari. Leman cuba
berundur ke belakang kerana takut.
Tindakan Leman itu menyedarkan naga
tersebut. “Siapa kau er..? Jerit naga itu sambil
menahan sakit. Leman terkejut apabila
menyedari bahawa naga itu boleh berkata-kata
dengan pandangan mata yang sinis dan
menyeramkan.
“Sa.. sa… Saya Leman”. gagap leman menjawab
dalam keadaan takut.
Naga tersebut terus memandang Leman seolah-
olah ingin menyerang. Ketika hendak mendekati
Leman, naga tersebut berhenti dan cuba untuk
memalingkan diri seperti menahan sakit. “Arr
kaki aku” jeritnya.
Leman terus bergerak mengambil beberapa
ubat yang disimpan di dalam begnya sebelum
masuk ke dalam hutan. Dia bergegas ke kaki naga
untuk membersihkan luka dan membalut luka
tersebut. Walaupun dalam keadaan terketar
tangannya, namun dia gagahkan juga kerana
kasihan melihat naga itu. “Saya minta maaf” bisik
Leman perlahan dalam ketakutan. Setelah selesai
merawat luka itu leman terus berdiri dan
berundur setapak demi setapak menjauhi naga
tersebut. Dia terus memohon maaf kerana telah
menganggu naga tersebut. “Aku lapar, aku nak
makan” seolah satu perintah, Leman terus
mengeluarkan bekal yang belum dia jamah untuk
diberikan kepada naga tersebut.
Tanpa berfikir panjang naga tersebut terus
memakan makanan itu. Leman hanya berdiri
melihat bekal yang dia sediakan habis dimakan
naga tersebut. Setelah selesai makan naga terus
bertanya ‘apa tujuan kamu masuk ke hutan ini?.
“ Saya ingin mencari Tuan Guru Bimasakti” jawab
Leman perlahan.
“untuk apa kamu mencarinya” tanya naga itu
lagi.
“Tempoh hari saya berjumpa dengan seorang
nenek tua, dan nenek itu berkata bahawa Tuan
Guru Bimasakt mampu membantu saya” Jawab
leman.
“Kamu boleh berjalan lurus hingga ke bukit di
hadapan sana kemudian belok ke arah timur.
Kamu akan berjumpa dengannya” jelas naga
berkepala ular itu dan terus menyusur ke dalam
semak-semak hutan.
Leman menghela nafas panjang , ketakutannya
sedikit berkurang. Walaupun dalam keadaan
lapar , dia gagahkan diri juga berjalan ke arah
gunung mengikut arahan naga tadi.
Setelah seharian suntuk berjalan akhirnya
Leman tiba juga di hadapan sebuah gua yang
besar. Di hadapan gua sanga luas seperti medan
pertempuran. Sekelilingnya di hiasi dengan
bunga-bunga hutan yang cantik dan bersinar.
Leman tertarik dengan satu figura besar seperti
pernah ia lihat. ‘Naga berkepala ular” bisiknya.
Dia terus berundur setapak demi setapak ke
belakang.
“Tidak perlu takut nak Leman” terdengar suatu
suara datang dari dalam gua. Muncul kelibat
seorang tua berjanggut panjang berpakaian serba
hitam lengkap bertanjak keluar membawa bekas
makanan yang dihidangkan Leman kepada Naga di
hutan tadi.
“Bagaimana pakcik kenal saya “ leman cuba
memberanikan diri bertanya.
“Orang yang baik hati macam kamu layak untuk
dikenali” jawapan ringkas yang masih
menimbulkan tanda tanya kepada Leman.
“ Saya Tuan Guru Bimasakti orang yang kamu cari
dan Naga yang kamu bantu di hutan tadi”
jelasnya lagi.
Leman sedikit terkejut dengan penjelasan Tuan
Guru itu namun dihulurkan juga tangannya untuk
bersalaman tanda hormat. Tuan Guru hanya
tersenyum dan mengajak Leman untuk duduk
bersamanya. Leman mula menceritakan serba
sedikit kehidupannya dan perjalananya untuk
berjumpa dengan Tuan Guru. Tuan guru juga
memberi tahu Leman bahawa naga yang ia jumpa
itu adalah jelmaan dirinya yang ingin
memastikan orang yang masuk ke Hutan Rimba
Sakti tidak berniat buruk. Tuan guru berdiri dan
menghulurkan tangannya “Saya akan membantu
kamu” Kata Tuan Guru .
S Setelah beberapa bulan berguru, Leman mula
menguasai pelbagai kemahiran. Leman sudah
pandai ilmu mempertahankan diri, berburu,
membuat perahu, membuat rumah dan banyak
lagi. Sepanjang tempoh berguru Leman banyak
belajar untuk lebih berhati-hati, lebih berani.
Walaupun mempelajari banyak hal , Leman tetap
dinasihati untuk sentiasa merendah diri dan
tidak sombong dengan kebolehan yang ia
pelajari.
Pengajaran/Nilai Murni
1. Sentiasa berusaha dan
tidak berputus asa
2. Bersikap sopan santun.
3. Tidak meninggi diri.