Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 149 salinan invois dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut, 3. Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima pada Kad Stok, 4. Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti contoh di bawah: 5. Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor, lengkapkan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor, 6. Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklah disimpan di dalam Fail Stok (Alatan dan Perabot), 7. Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot), 8. Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir tahun, 9. Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas untuk disahkan sebelum diserahkan kepada pejabat. 2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas 1. Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas, 2. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit, 3. Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu), 4. Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaan terurus sepanjang minggu bertugas, 5. Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunan pagi. 3. Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas 3.1 Fail Am Kelas Pendidikan Khas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah. Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan. 3.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut : Minit mesyuarat, Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas, Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Jadual Pencerapan, Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini dikemaskini dari masa ke semasa.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 150 Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Johor pada bila-bila masa. 3.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut : Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas, Borang Biodata Guru, Borang Biodata Murid, Statistik Murid Pendidikan Khas, Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru, Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa. Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Johor pada bila-bila masa. 3.4 Fail Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran masingmasing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut : Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, Maklumat semasa mengenai mata pelajaran, Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai, Jadual peperiksaan / penilaian, Soalan-soalan peperiksaan / penilaian, Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 3.4 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan. Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas. 3.5 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut : Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor, Salinan Lampiran A,
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 151 Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 - 18 Tahun ), Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada), Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan, 3 keping gambar murid berukuran pasport, Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya, Salinan Kad Orang Kurang Upaya, Kad atau Buku Kesihatan Murid, Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid, Rekod Prestasi Murid, Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid. 3.6 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya. 3.7 Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas. Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut : Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas, Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum, Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas, Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap sesi, Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas pendidikan khas, Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 3.8 Fail Program Inklusif Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan. 3.9 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 152 Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedah pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut : Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas, Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku, Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku, Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut, Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga, Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka, Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut, Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani. 3.10 Fail Stok (Alatan dan Perabot) Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot). Fail ini bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor. Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah : Daftar senarai item, Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain, Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumen penghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor. SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan supaya Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dapat mengetahui status penghantaran barangan tersebut ke sekolah-sekolah. 3.11 Buku Stok Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada pejabat sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua alatan pejabat atau jenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas pendidikan khas ke dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok sebelum diserah kepada pejabat sekolah pada hujung tahun. 3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 153 masing-masing. Laporan mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian borang laporan ini difailkan. Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan khas pada setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu dicatat di dalam laporan harian adalah berikut : guru yang tidak hadir pada hari berkenaan, murid yang tidak hadir pada hari berkenaan, murid-murid yang balik awal, guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan, murid yang ponteng selepas rehat, lawatan atau kunjungan dari pihak luar, lain-lain peristiwa. 4. Pengurusan Data Pendidikan Khas 4.1 Laporan Status Program Pendidikan Khas Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan. Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun tidak terdapat perubahan. Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas. Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor. 4.2 Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar dalam bentuk bercetak (hardcopy) berserta dengan disket (softcopy ). Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada bilangan guru atau murid pendidikan khas. Format maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk bercetak ( hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor. 5. Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas 5.1 Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas pada 30 September tahun sebelumnya. Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%. Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen murid pendidikan khas pada tarikh mula beroperasi. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor pada setiap tahun.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 154 5.2 Buku Tunai PCG Bagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program hendaklah mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap program dapat diselia secara berasingan. 5.3 Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah Merujuk surat Jabatan Pelajaran Johor ________ bertarikh ______ jelas menyatakan bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah hanya boleh ditampung menggunakan peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja. 6. Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia. 7. Pengurusan Kelas Pendidikan Khas 7.1 Peraturan Kelas Pendidikan Khas Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supaya mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut. 7.2 Suasana Kelas Pendidikan Khas Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut : Jadual Waktu Kelas, Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas, Carta Organisasi Kelas, Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas, Carta bergambar murid-murid pendidikan khas, Carta-carta maklumat kelas, Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas, Carta-carta lain yang berkaitan. Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya mengikut kreativiti masing-masing. 8. Pengurusan Jadual Waktu 8.1 Jadual Waktu Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas. Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman. Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.20 pagi hingga 12.50 tengahari Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah - 7.20 pagi hingga 1.20 petang Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 155 Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain. Agihan waktu yang dicadangkan : Subjek Sekolah Menengah Sekolah Rendah Bahasa Melayu 5 waktu 6 waktu Bahasa Inggeris 5 waktu 5 waktu Matematik 6 waktu 6 waktu Pendidikan Seni 2 waktu 2 waktu Agama / Moral 5 waktu 5 waktu Pendidikan Jasmani 4 waktu 4 waktu Sosial Alam Sekitar 6 waktu 4 waktu Kemahiran Hidup 11 waktu 8 waktu Muzik 2 waktu 2 waktu Perhimpunan 2 waktu 2 waktu Jumlah 48 waktu 44 waktu Salinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untuk mengatur jadual penyeliaan. 9. Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru 9.1 Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAKKANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN). Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor kemudiannya akan memproses borang permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas yang sesuai. 9.2 Tempoh Percubaan Murid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana sekolah. Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas bersama dengan semua guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas murid berkenaan dengan melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 156 Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya manakala murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan. Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan tempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab murid berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap sepanjang tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan baik. Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak. 10. Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas 10.1 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan. Bagi pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan Lampiran A tidak perlu disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lama dan telah lulus tempoh percubaannya. Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru. 10.2 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi Borang Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan. Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru. 10.3 Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai perubatan. Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 157 Murid yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas. Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan atau ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak melebihi 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. 11. Pengajaran dan Pembelajaran 11.1 Kurikulum Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas hendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan mata pelajaran berbentuk akademik. Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah memperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau vokasional. 11.2 Kokurikulum Waktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum adalah 120 minit. Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu bekerja. Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas pendidikan khas. Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas. Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktiviti kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana. 11.2 Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri pada bila-bila masa. 12. Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran 12.1 Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah masing-masing. Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut : Tarikh dan Masa Kelas Tajuk Kemahiran Isi Pelajaran Objektif Langkah Pengajaran / Aktiviti Bahan Bantu Mengajar Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran ) 12.2 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 158 Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang diajar. Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 13. Persekolahan Murid Pendidikan Khas Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan khas adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun menjadikan tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk Pekeliling KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002. 13.1 Sekolah Rendah Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12 tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih belum menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih di tahap rendah. Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantuman pendidikan khas sekolah menengah. 13.2 Sekolah Menengah Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13 tahun hingga 17 tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh persekolahannya sama ada di rendah atau menengah). Murid yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan semasa. Rujuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut. 14. Peperiksaan Awam Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR. Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor untuk maklumat selanjutnya. 14.1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 159 Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan. 14.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR) Murid-murid pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 19 tahun sahaja. Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan. Calon pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti peperiksaan di bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan suasana peperiksaan. Calon hanya boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang telah mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran perdana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas. 15. Penilaian dan Rekod Prestasi Murid Penilaian secara `formal’ dan ‘informal’ hendaklah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing. Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk ditandatangani.Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing. Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku. 16. Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka ke sekolah untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak program integrasi pendidikan khas perlu dibuka untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ini. Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor akan memastikan segala kemudahan tempat dan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi. Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti. Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Johor untuk membantu guru pendidikan khas tersebut. Penasihat : Pengetua / Guru Besar Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas N. Pengerusi 1 Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid N. Pengerusi 3 : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum Penyelaras : Penyelaras/setiausaha Kelas Pendidikan Khas Pen. Penyelaras : Guru pendidikan khas Setiausaha : Guru pendidikan khas
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 160 Bendahari : Guru pendidikan khas AJK-AJK : Guru pendidikan khas LAMPIRAN
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 161 MATLAMAT
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 162 Carta Organisasi
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 163 Surat pekeliling
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 164 KELAYAKAN MURID 4. Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: a. Warganegara Malaysia; b. Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6; c. Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan; d. Pelajar di Kolej Matrikulasi; e. Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan f. Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan. KADAR ELAUN 5. Mulai tahun 2009, kadar EMK yang telah diluluskan bagi seorang murid yang layak ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh) sebulan dan dibayar untuk tempoh 12 bulan. Pembayaran EMK dibuat dua (2) kali setahun seperti berikut: Permohonan Fasa 1: Pembayaran Tarikh Bayaran Tempoh Bayaran Pertama Februari Januari hingga Jun Kedua Julai Julai hingga Disember Permohonan Fasa 2: Pembayaran Tarikh Bayaran Tempoh Bayaran Pertama Oktober Bermula tarikh seperti pada para 8 (a) dan (b) sehingga Disember PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 6. Bagi melancarkan proses pemberian EMK, setiap peringkat perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut: a. Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Pendidikan Khas dan menjadi penyelaras keseluruhan bagi data murid OKU; b. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/SMV); c. Bahagian Matrikulasi perlu membuat pengesahan dan meluluskan permohonan secara atas talian (online) daripada Kolej Matrikulasi; d. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membuat pengesahan dan meluluskan permohonan yang diterima secara atas talian (online) daripada sekolah setelah disemak oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan e. Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengetua/Guru Besar perlu mengenal pasti murid-murid yang layak menerima EMK. TATACARA PERMOHONAN 7. Tatacara permohonan EMK adalah seperti berikut: a. Pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah perlu mengedarkan borang permohonan EMK kepada ibu bapa/penjaga murid yang layak untuk diisi seperti di Lampiran A. Borang yang telah lengkap berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak Kolej Matrikulasi/Sekolah; dan b. Borang permohonan yang diterima hendaklah disemak dan disahkan di peringkat Kolej Matrikulasi/Sekolah. Senarai permohonan tersebut hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) kepada BPKhas/Bahagian Matrikulasi/ BPTV/JPN melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/sisoku/ berdasarkan takwim tahun semasa yang diedarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sesi permohonan EMK adalah seperti berikut:
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 165 Sesi Permohonan Tarikh Permohonan Sesi I Januari tahun semasa Sesi II September tahun semasa c. Murid yang tamat persekolahan di Sekolah Rendah perlu membuat permohonan semula di Sekolah Menengah. Murid di Sekolah Menengah yang menyambung pengajian ke peringkat Matrikulasi juga perlu membuat permohonan semula di Kolej Matrikulasi; dan c. Pembayaran tidak akan dibuat bagi permohonan selepas 30 September tahun semasa. TATACARA PEMBAYARAN 8. Kaedah pembayaran EMK bagi murid yang layak adalah seperti berikut: a. Tarikh daftar sekolah bagi murid yang mempunyai kad OKU; atau b. Tarikh menerima kad OKU daripada JKM bagi murid yang sedang bersekolah. 9. Penerima EMK akan menerima bayaran EMK mengikut kadar yang telah ditetapkan sehingga tamat pengajian matrikulasi / tempoh persekolahan. 10. Peranan setiap peringkat dalam proses pembayaran adalah seperti berikut: a. Tanggungjawab Kolej Matrikulasi /Sekolah: i. Memastikan data SisOKU dikemaskini agar tiada murid tercicir dan hanya murid OKU yang masih bersekolah sahaja menerima EMK; ii. Membuat pembayaran EMK terus ke akaun murid; iii. Memastikan EMK dikreditkan ke akaun murid dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan peruntukan; iv. Menyimpan buku akaun simpanan murid untuk tujuan kawalan. Pengeluaran hendaklah disertai dengan borang permohonan seperti di Lampiran B; v. Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, peruntukan EMK yang diterima daripada BPKhas/BPTV/JPN hendaklah direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan EMK di dalam Buku Tunai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari EMK; dan vi. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) atas nama “Setiausaha Bahagian/Pengarah institusi yang berkaitan” dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM. b. Tanggungjawab BPKhas/BPTV/JPN: i. Bagi sekolah yang mempunyai akaun KWK, BPKhas/BPTV/JPN hendaklah mengkreditkan peruntukan yang diterima daripada Bahagian Kewangan ke akaun KWK sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh waran peruntukan diterima; ii. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BPKhas/BPTV/JPN hendaklah menurunkan waran peruntukan ke PPD dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh waran diterima. PPD perlu mengakaunkan jumlah peruntukan yang diterima ke dalam Akaun Khas PPD. Agihan peruntukan kepada sekolah mestilah dilakukan selewat-lewatnya 14 hari bekerja dari tarikh peruntukan diterima; dan iii. Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP.01) atas nama “Setiausaha Bahagian/Pengarah Institusi yang berkaitan” dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM. c. Tanggungjawab Bahagian Kewangan: i. Memastikan peruntukan untuk pembayaran EMK mencukupi; ii. Menurunkan waran peruntukan untuk pembayaran penuh pada bulan Februari ke JPN, BPKhas, BPTV dan Kolej Matrikulasi; dan iii. Menurunkan waran peruntukan tambahan untuk pelarasan pembayaran sekiranya perlu. TATACARA PEMBERHENTIAN/PENARIKAN BALIK/PENANGGUHAN BAYARAN ELAUN
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 166 11. Pemberhentian bayaran EMK perlu dilaksanakan serta-merta kepada murid- murid berikut : a. Murid-murid OKU di Sekolah Rendah yang berhenti sekolah; b. Murid-murid OKU di Kolej/Sekolah Menengah yang berhenti/ diberhentikan sekolah; dan c. Murid menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan atau pertubuhan bukan Kerajaan; 12. Penarikan balik bayaran elaun mestilah dilaksanakan oleh BPKhas/BPTV/Bahagian Matrikulasi/JPN yang melibatkan kes-kes berikut: a. Penipuan taraf kewarganegaraan; b. Pemalsuan kad OKU; atau c. Pertindihan pembayaran. 13. Penangguhan elaun akan dibuat sepanjang tempoh penangguhan pengajian/persekolahan tersebut. Pembayaran elaun hanya akan disambung semula daripada tarikh pelajar/murid tersebut menyambung pengajian/persekolahan. TATACARA PERTUKARAN PELAJAR/MURID 14. Pertukaran pelajar/murid perlu dikemas kini oleh pihak Kolej/Sekolah bagi mengelakkan keciciran dan pertindihan bayaran. 15. Pihak Kolej/Sekolah terdahulu perlu menyatakan status penerimaan EMK pelajar/murid di dalam Borang Permohonan Untuk Bertukar Kolej/Sekolah oleh Murid Warganegara (P.U(A)275) dan dikemukakan kepada Bahagian Matrikulasi/PPD/JPN. 16. Bagi pertukaran pelajar/murid di dalam dan antara negeri, pembayaran hendaklah dibuat oleh Kolej/Sekolah terdahulu dalam tahun semasa. PENYELARASAN DAN PEMULANGAN BAKI PERUNTUKAN 17. Sekiranya berlaku lebihan peruntukan EMK: a. Kolej Matrikulasi/Sekolah dikehendaki memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada BPKhas/BPTV/Bahagian Matrikulasi/JPN melalui cek atas nama “Pengarah/ Setiausaha Bahagian” selewat- lewatnya pada 15 Oktober tahun semasa. b. JPN/BPKhas/BPTV/Bahagian Matrikulasi dikehendaki memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui Waran Tarik Balik selewat - lewatnya pada 31 Oktober tahun semasa.
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 167
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 168 LAMPIRAN A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS BAGI TAHUN 20____ Kod Matrikulasi/Sekolah:_________________________Nama Matrikulasi/Sekolah: BAHAGIAN A : BUTIRAN DIRI (untuk diisi oleh ibu bapa / penjaga / pemohon) i) Nama Pemohon ii) No. Kad Pengenalan / No Sijil Lahir iii) Jantina iv) Tarikh Lahir v) Umur vi) Tahun/Tingkatan vii) Keturunan viii) Tarikh Daftar Sekolah/Matrikulasi ix) Tarikh Kad OKU dikeluarkan x) No Pendaftaran OKU xi) Jenis Kecacatan xii) Nama Bank xiii) No Akaun xiv) Nama Ibu/Bapa/Penjaga xv) No KP Ibu/Bapa/Penjaga xvi) Pendapatan (RM) BAHAGIAN B : PENGAKUAN IBU / BAPA / PENJAGA PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA Sekiranya anak jagaan saya layak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) saya bersetuju dengan syarat – syarat di bawah untuk tujuan Kawalan Dalaman. i. Membenarkan pihak kolej /sekolah menyimpan Buku Akaun untuk pembayaran EMK anak jagaan saya; ii. Bersetuju dengan had pengeluaran yang ditetapkan iaitu RM300 untuk setiap dua (2) bulan; dan iii. Berjanji akan menggunakan elaun yang diterima dengan sebaiknya untuk kegunaan anak saya. Saya mengaku bahawa semua butiran yang telah diberikan di atas adalah benar dan pihak kolej / sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri berhak membatalkan pemberian elaun kepada anak saya sekiranya butir-butir yang diberikan oleh saya adalah tidak benar. Saya sedar bahawa sebarang pernyataan palsu akan mendedahkan saya kepada pendakwaan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia. Tarikh : Tandatangan Ibu/ Bapa /Penjaga : Disemak oleh PK Khas/ Disahkan oleh Pengarah Kolej PKHEM: Matrikulasi/Pengetua/ Guru Besar:
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 169 Sila sertakan satu (1) salinan kad pengenalan murid, kad pengenalan ibubapa / penjaga, kad OKU dan buku akaun murid yang disahkan LAMPIRAN B Pengetua/ Guru Besar PERMOHONAN PENGELUARAN WANG ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS 1. Nama : ................................................................................................................................. 2. Tahun/Tingkatan : ............................................................................................................. 3. No. Kad Pengenalan/No Sijil Lahir : .................................................................................. 4. No Pendaftaran/Kad OKU : ............................................................................................... 5. Nama Bank : ........................................................................................................................ 6. No. Akaun: ........................................................................................................................... 7. Nama Ibu/Bapa/Penjaga : ................................................................................................ 8. No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga : ......................................................................... 9. Jumlah yang diperlukan : RM .............................................................................................. (Ringgit Malaysia : ..............................................................................................................) 10. Tujuan wang dikeluarkan :- i. ................................................................................................... RM ................. ii. ................................................................................................... RM ................. iii. ................................................................................................... RM ................. JUMLAH RM ..................................... ................................................................. Tandatangan Murid Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga Tarikh: Permohonan diluluskan/tidak diluluskan. Buku Akaun mesti dikembalikan pada .......................................... ................................. ................................................. Tarikh (Tandatangan Pengarah Kolej/Pengetua/Guru Besar) * Sila gunakan pen berdakwat biru sahaja
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 170
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 171
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 172
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 173
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 174
Pengurusan dan Pentadbiran ‘Seiring Menggapai Kecemerlangan’ 2023/2024 175
07-690 3058 [email protected] 07-690 3058