The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengurusan
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mimi Najua Zainal, 2023-09-12 08:10:53

Panduan Pengurusan SKPJ4

Panduan Pengurusan
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4

|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 98 7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup sistem kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani. 7.3.3 Laporkan ke pejabat (GPK HEM / Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya. 7.4 Rekod Persediaan Mengajar E-RPH. 7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar. 7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala maklumat berkaitan P&P yang diajar. 7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru. 7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan yang diberi. 7.4.5 Kemaskini semua Rancangan Kerja Tahunan mengikut Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 mengikut panitia masing-masing. 7.4.6 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran. - Rancangan pelajaran tahunan. - Rancangan pelajaran harian. - Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki. **** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya. 7.5. Menghadiri mesyuarat. 7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran pemberitahuan / panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurangkurangnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan mesyuarat / kehadiran mesti dicatat. 7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah / PPD / JPN / Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan / masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar. 7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK / Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).


|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 99 7.6. Kursus-kursus profesionalisme. 7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan, PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil / mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian. 8. PENTADBIRAN 8.1. Pejabat Sekolah / Penggunaan Telefon / Kemudahan. 8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi. 8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir. 8.1.3 Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut : Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama sekali. 8.2. Bilik Rehat Guru. 8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar. 8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan / kerja di atas meja. 8.3. Keselamatan / Pelawat. 8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat / bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat. 8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah. 8.3.3 Murid-murid dilarang membawa anak / keluarga / kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar / GPK. 8.3.4 Jurujual adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru, lain-lain bilik di bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / GPK.


|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 100 8.4. Kenyataan Media. 8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar. 8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD / JPNJ / Kementerian Pelajaran mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 9. Penutup Risalah Panduan Guru / Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Permas Jaya 4. 10. SURAT PEKELILING IKHTISAS. 10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959 (Corporal Punishment Guru Besar) 10.2 SPI Bil 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak Melebihi Separuh) 10.3 SPI Bil. 3/1979 & 6/1985 Pakaian Guru Pendidikan Jasmani. 10.4 SPI Bil 4/1979 & 3/1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah. 10.5 SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja 10.6 SPI Bil. 3/1983 & 8/1985 Pakaian Murid. 10.7 SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara bukan Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan. 10.8 SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan Sekolah. 10.9 SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 10.10 SPI Bil. 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah. 10.11 SPI Bil. 13/1988 Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama Persekolahan. 10.12 SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani Dan Kokurikulum. 10.13 SPI Bil. 13/1998 Program Membina Minat Membaca. 10.14 SPI Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. 10.15 SPI Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 10.16 SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran. 10.17 SPI Bil. 6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gangster 10.18 SPI Bil. 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat 10.19 SPI Bil. 2/2003 Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih 10.20 SPI Bil. 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan Kokurikulum 10.21 SPI Bil. 8/2016 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 10.22 SPI Bil. 3/2008 Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah


|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 101 10.23 SPI Bil. 3/1993 Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan 10.24 SPI Bil. 11/2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10.25 SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat 10.26 SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru Dan Murid 10.27 SPI Bil. 1/2017 Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan *** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas untuk merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan. 11. Surat Pekeliling 11.1 SPAM Bil. 1/2004 Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di bawah agensi-agensi kerajaan. AKU JANJI Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan Contoh pelanggaran: 1. Bersubahat dengan musuh negara 2. Membocorkan rahsia kerajaan 3. Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan 4. Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur, Amanah, Dan Bertanggungjawab Contoh pelanggaran: 1.Kurang cekap atau kurang berusaha a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa 2.Tidak jujur dan amanah a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga b) membuat tuntutan palsu c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru 3.Tidak bertanggungjawab a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas guru Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi Contoh pelanggaran: 1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan 2. Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya 3. Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi Bercanggah Dengan Tugas Awam Contoh pelanggaran:


|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 102 1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya 2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu 3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa Pegawai Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam Contoh pelanggaran: 1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya 2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi Faedah Diri Sendiri Contoh pelanggaran : 1. Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya 2. Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama Perkhidmatan Awam Contoh pelanggaran : 1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah 2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah 3. Berada dalam keberhutangan kewangan yang serius 4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai 5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di kaunter Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam Contoh pelanggaran: 1. Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat 2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar Perintah Contoh pelanggaran : 1. Membantah atau melawan pegawai atasan 2. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran 3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan 4. Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran


|Panduan Pengurusan 2023-2024| |SK Permas Jaya 4| 103 SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 4 JALAN PERMAS 12 BANDAR BARU PERMAS JAYA 81750 MASAI JOHOR JOHOR DARUL TAKZIM https://www.facebook.com/ 07 – Deisgn by: MNZ 2021


Click to View FlipBook Version