Sultan Sir Abu Bakar Al- Oleh : Student
Khalil Ibrahim Shah Ibni Leaders Board, SK
Al-Marhum Temenggong
Seri Maharaja Tun Daeng Taman Daya 2
Ibrahim (3 Februari 1833 –
4 Jun 1895)
SK Taman Daya 2 1
Isi Kandungan 3
8
1.0 Pengenalan 11
2.0 Keputeraan 12
3.0 Pemerintahan Awal Sebagai Temenggong 14
4.0 Sebagai Maharaja 15
5.0 Sebagai Sultan Johor 16
6.0 Kemangkatan Baginda 21
7.0 Jasa Sultan Abu Bakar 24
8.0 Peninggalan
9.0 Rujukan
SK Taman Daya 2 2
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
1.0 Pengenalan
Baginda telah menggantikan ayahandanya,Temenggong Daeng Ibrahim, bagi mentadbir
Johor dari 1862 hingga 1895.
Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya mangkat. Baginda
memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan Johor era moden pertama.
Temenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana.
SK Taman Daya 2 3
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggong
dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda
telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan
menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggong Abu Bakar memberi galakan
kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
SK Taman Daya 2 4
SK Taman Daya 2 5
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Temenggong Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu
dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan
tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai
penasihat.
Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat
terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat.
SK Taman Daya 2 6
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya
ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan
mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan
pemerintah British.
Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu;
ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggong Abu Bakar pada
tahun 1868.
SK Taman Daya 2 7
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
2.0 Keputeraan
Sultan Abu Bakar dilahirkan pada 3 Februari 1833 di Istana Lama Teluk Belanga, Singapura. Baginda
adalah anak sulung Temenggong Daeng Ibrahim. Baginda keturunan Temenggong Abdul Rahman yang
pada gilirannya adalah keturunan Sultan Abdul Jalil Shah IV, Sultan Bendahara Johor yang pertama.
Sultan Abu Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga. Pada usia
muda Baginda ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenal Islam dan Adat (undang-undang Melayu
tradisional) sebelum Baginda dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh yang
dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah bimbingan guru-guru mubaligh ini,
Sultan Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa Melayu jatinya.
SK Taman Daya 2 8
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Pada tahun 1851, Temenggong telah mewakilkan Baginda, yang masa itu berusia
lapan belas tahun, untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali, yang membuat
percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Johor. Sebagai orang tua Temenggong,
baginda secara beransur-ansur mewakilkan tugas pentadbirannya kepada Sultan Abu Bakar.
Dalam tempoh ini, beberapa pegawai British memuji kemampuan diplomatik Sultan Abu Bakar yang
sangat baik, seperti yang disebutkan dalam buku harian William Napier, pegawai undang-undang kanan
Singapura. Napier telah menemani Sultan Abu Bakar untuk mengambil Tengku Teh, ibunda Sultan Mahmud
Muzaffar Shah Lingga yang dibuang ke Johor tidak lama selepas anaknya mula mengajukan tuntutan
kedaulatan ke atas Pahang.
SK Taman Daya 2 9
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Meletusnya Perang Saudara Pahang pada tahun berikutnya menyaksikan persahabatan dan
pemberian sokongan Sultan Abu Bakar terhadap Tun Mutahir untuk usaha perangnya. Sultan Abu Bakar
berkahwin dengan anak perempuan Tun Mutahir pada tahun 1860 semasa lawatan di Pahang, dan pada
tahun berikutnya baginda menandatangani perjanjian persahabatan, persekutuan dan jaminan sokongan
bersama Tun Mutahir pada tahun 1861. Sementara itu, Temenggong Ibrahim sudah menderita gering
demam yang tinggi mengakibatkan kemangkatannya pada 31 Januari 1862.
SK Taman Daya 2 10
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
3.0 Pemerintahan awal Sebagai Temenggong (1862–1868)
Sultan Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggong Johor 3 hari selepas kemangkatan
ayahandanya dan mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall (kini Taman
Tyersall berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan Mahmud IV
Muzaffar Shah yang digulingkan.
SK Taman Daya 2 11
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
4.0 Sebagai Maharaja (1868–1885)
Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877.
Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang
diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi
gagal. Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
SK Taman Daya 2 12
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui
perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor.
Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor
dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari
luar. Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil.
SK Taman Daya 2 13
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
5.0 Sebagai Sultan Johor
Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak. Dokumen berupa berlembagaan negeri ini
digubal sebagai tindak balas kepada keadaan yang diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang
semakin dicampuri urusan pentadbiran oleh pihak British, lebih lagi dengan kesihatan baginda yang
semakin lemah. Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah mengekalkan kebebasan status negeri
Johor sepertimana yang ada sekian lama.
SK Taman Daya 2 14
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
6.0 Kemangkatan Baginda
Sultan Abu Bakar mangkat setelah beberapa lama gering menghidap sakit paru-paru berair pada 4 Jun
1895 di Bailey's Hotel, South Kensington, Jenazah baginda dibawa kembali ke Tanah Melayu oleh
suatu kapal perang British dari Penang. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Bahru, anakandanya Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada 7 September
1895.
SK Taman Daya 2 15
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
7.0 Jasa Sultan Abu Bakar
Permodenan Pentadbiran Johor
Dalam melaksanakan pentadbirannya, Baginda turut mengambil pegawai British sebagai
penasihatnya dalam pentadbiran. Ini menyebabkan British merasakan mereka terbabit sama
dalam pentadbiran di Johor.
Bagi memakmurkan ekonomi, Johor meneruskan Sistem Kangcu yang diasaskan oleh
Temenggong Daeng Ibrahim. Sistem ini bermula apabila Temenggong Daeng Ibrahim
mengeluarkan Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina yang bernama Lau
Lib Keng, pada 9 Oktober 1844. 'Kangchu' adalah perkataan Teochiew yang bererti Ketua
Petempatan Cina, manakala Kerajaan Johor menggunakan istilah sungai.
SK Taman Daya 2 16
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Dengan adanya Surat Sungai itu, bermula penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke
Johor dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu. Kesannya
Johor menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia. Baginda Sultan Abu Bakar turut
mementingkan hal kebajikan rakyat. Baginda menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital
dan jalan raya. Jika kita mengkaji sejarah perlembagaan moden di Tanah Melayu, maka kita akan dapati
Johor adalah negeri terawal memperkenalkan perlembagaan moden di negara ini. Sultan Abu Bakar adalah
Raja Melayu yang mula-mula mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang
merupakan perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu. Ia menjadi asas kepada pembentukan
institusi Raja Berperlembagaan.
SK Taman Daya 2 17
SK Taman Daya 2 18
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Menurut Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusof (2014), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
adalah satu himpunan undang-undang yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Kewujudannya
menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
Undang-undang itu telah dimasyhurkan selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar, iaitu pada 14 September
1895 oleh anakanda baginda, Sultan Ibrahim.Antara perkara yang terkandung dalam Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Johor itu ialah Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing. Ini dinyatakan
dalam Fasal 15 yang melarang raja yang memerintah menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian
menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian daripada negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa
Eropah atau bangsa lain. Jika itu yang berlaku maka raja berkenaan disifatkan telah melakukan dosa dan
rakyat tidak diwajibkan lagi memberikan taat setia kepada baginda.
SK Taman Daya 2 19
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
Undang-undang itu juga menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
perlu ditubuhkan. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab
menasihati Sultan dalam pentadbiran. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri juga terdiri daripada rakyat Johor yang
berperanan menggubal undang-undang.
SK Taman Daya 2 20
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895)
8.0 Peninggalan
Terdapat seberapa binaan yang diberi nama memperingati baginda baik di Johor Bahru mahupun
di Muar yang menonjol kerana ditampilkan binaan bercirikan seni bina Victoria dan Moor berbanding binaan
Sekelilingnya iaitu :-
• Masjid Negeri Sultan Abu Bakar - dibina dari 1892 hingga 1900,
• Maktab Sultan Abu Bakar (English College)
• Muzium Diraja Abu Bakar yang merangkumi Istana Besar Johor itu sendiri,
• Kompleks Sultan Abu Bakar, tempat pangkalan kastam Malaysia sepanjang Laluan Kedua Malaysia-
Singapura.
SK Taman Daya 2 21
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar Maktab Sultan Abu Bakar
SK Taman Daya 2 22
Muzium Diraja Sultan Abu Bakar Kompleks Sultan Abu Bakar
SK Taman Daya 2 23
9.0 Rujukan :
1.^ Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Dewan Sastera, pg 14
2.Christopher Buyers, Johor10, dicapai pada 20 April 2009
3.[Carl A. Trocki, ms 128.]
4.Milner, The Invention of Politics in Colonial Malaya, pg 208
5.Jessy, History of Malaya (1400–1959): 1400–1959, pg 225
6.Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 107
7.Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 136
8.Nadarajah, Johore and the Origins of British Control, pg 20
9.Turnbull, The Straits Settlements, 1826–67: Indian Presidency to Crown Colony, pg 286
10.Andaya, A History of Malaysia, pg 199
11.Nadarajah, Johore and the Origins of British Control, pg 48
12.Winstedt, A History of Johore (1365–1941), ms 137
13.Buckley, An Anecdotal History of Old Times in Singapore, from the Foundation of the Settlement Under the Honourable the East India Company, on 6
February 1819, to the Transfer to the Colonial Office as Part of the Colonial Possessions of the Crown on 1 April 1867, pg 45
14.Tate, Karim, Information Malaysia (2005), pg 877
15.Destinations: Johor–Royal Abu Bakar Museum 2009-08-30 di Machine, retrieved 26 April 2009
16.A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 195
17.Keabsahan perkahwinan ini diperdebatkan. Rujuk A History of Johore (1992), pg 195
18.A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 54
19.A Portrait of Malaysia and Singapore (1978), pg 102
20.Sejarah Johor (1980), pg 211
21.Federation of Malaya Official Year Book (1962), pg 26
22.Died in infancy. Johor15, by Christopher Buyers, retrieved February 22, 2009
Lain-lain
•Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 978-9971-69-376-3.
SK Taman Daya 2 24