|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 98 3.3.2 Teknik P&P ‘brain storming’ STRUM/PPAS. 3.3.3 Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan. 3.3.4 Teknik Putaran (ajar uji - ajar semula - ajar semula). 3.3.5 Teknik ‘peer-group’/rakan sebaya. 3.3.6 Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan. 3.3.7 Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI). 4. PROFESINALISME GURU 4.1 Iklim 4.1.1 “High Expectation dan Low Stress” – Best Learning (Study Hard, Study Smart) 4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif - Pujian untuk kejayaan. 4.2 Pengurusan 4.2.1 Memahami matlamat sekolah 4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah. 4.2.3 Menepati masa. 4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah diambil tindakan dengan segera. 4.2.5 Dokumen / tugasan yang telah diambil tindakan. Hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan difailkan. 4.3 Menyertai / menjalani semua program sekolah dan menjalankan semua aktiviti kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang. 4.4 Penampilan 4.4.1 Pakaian yang kemas, lengkap dan sopan. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap. 4.4.2 Pemakaian kasut, tanda nama, tali leher dan aksesori yang minimum. 4.4.3 Gaya komunikasi : 4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang dan mudah difahami 4.4.3.2 Tiada slanggah / longhat kenegerian 4.4.3.3 Lemah lembut 4.4.3.4 Tiada labelling. 4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri. 4.5 Kerahsiaan Segala maklumat yang dibincangkan oleh / dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan kepada / dengan yang tidak berkenaan. 4.6 Etika Guru 4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan langsung, promosi barangan, insurans dan lainlain. Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini. 4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 99 4.6.3 Guru dibenarkan makan dan minum di kantin sahaja pada waktu rehat dan waktu tidak mengajar. 5. TUGAS GURU 5.1 Guru Bertugas 5.1.1 Masa Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan (7.00 pagi) serta pergerakan murid (senyap dan tersusun). 5.1.2 Tugas Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah dipastikan diikuti. 5.1.2.1 Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut) semasa membeli makanan. 5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib. 5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat yang disediakan. 5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih. 5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas). 5.1.3 Bangunan 5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lainlain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan. 5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan). 5.2 Guru Kelas 5.2.1 Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam sistem APDM dan buku kemasukan sekolah. 5.2.2 Fail rekod jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. 5.2.3 Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri. 5.2.3 Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. 5.2.4 Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM. 5.2.5 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 100 kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. 5.2.7 Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya. 5.2.8 Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah. 5.2.9 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. 5.2.10 Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim suratsurat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan. 5.2.11 Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. 5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masingmasing dan memberitahu pelajar. 5.2.13 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 5.2.14 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 5.2.15 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Sistem APDM dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. 5.2.16 Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk Peperiksaan membantu menyusun kerusi meja. 5.2.17 Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet. 5.2.18 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 5.2.19 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 5.2.20 Berada di samping pelajar semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa. 5.2.21 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalahmakalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru. 5.2.22 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis daripada ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 101 a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon atau datang sendiri ke sekolah. b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: i. Hari ke 3 – Amaran Pertama ii. Hari ke 10 – Amaran Kedua iii. Hari ke 17 – Amaran Terakhir iv. Hari ke 31 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturutturut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: i. Hari ke 10 – Amaran Pertama ii. Hari ke 20 – Amaran Kedua iii. Hari ke 40 – Amaran Terakhir iv. Hari ke 60 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan 5.2.23 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terima) dan surat pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar (berdaftar akuan terima). 5.3. Pengurusan bilik darjah 5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah / kelas: a. Di pintu masuk / hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah setiap mata pelajaran. Satu salinan jadual kedatangan murid. b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, satu salinan peraturan kecemasan , carta mata pelajaran, perkara-perkara lain yang difikirkan perlu contoh kalender. c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas. d. Di dinding – Cogan kata jelas , jam dinding. e. Perkara-perkara lain: - Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas - Penyapu , bakul sampah dan penadah sampah disusun dengan kemas dan teratur di belakang kelas. - Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan keselesaan kelas. 5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan jawatankuasa kelas. 5.3.3. Menentukan bilangan kerusi / meja murid mencukupi untuk kelasnya. 5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna. 5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik. 5.3.6. Menentukan kerusi / meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh pelajar-pelajar. Jika berlaku kerosakan / kehilangan, pelajar bertanggungjawab menggantikannya. 5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid seperti rambut, kuku, pakaian, gigi, kasut dan lencana nama. 5.3.8. Mengemas kini maklumat murid dalam Sistem APDM & SSDM.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 102 5.3.9. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan mengeluarkan Sijil Berhenti. 5.3.10. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya. 5.3.11. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan keselesaan bilik darjah. 5.4. Hal-hal lain 5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatankegiatan kokurikulum dan sebarang arahan sekolah. 5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara murid dengan guru dan murid dengan murid. 5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik. 5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka. 5.5 Guru Subjek 5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda. 5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas / gunakan ABM secara berkesan. • Menepati masa, riang, tegas dan adil. • Murahkan pujian. • ‘Class control’. 5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda. 5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera setiap masa. 6. PENGURUSAN TUGAS GURU 6.1 Rutin Harian 6.1.1 Waktu 7.05 pagi hingga 1.45 petang ialah waktu persekolahan rasmi bagi semua guru. 6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi menjana ‘core bisness’. 6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu pertama. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan kepada Guru Besar. 6.1.4 Guru perlu mengesan jari pada mesin cap jari sebaik sahaja sampai ke sekolah. 6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama pengawas bertugas untuk :- i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah/Bangsa Johor/ Negaraku). ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat). iii. Guru Besar / GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan. iv. Tindakan-tindakan disiplin / peringatan terhadap pelanggaran disiplin. 6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 103 6.2 Perhimpunan 6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap minggu iaitu pada hari Ahad pada jam 7.15 - 7.45 pagi. 6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Pengawas, Guru Bertugas dan Pengawas. 6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut. 6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :- i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal. ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru Besar pada susunan yang terakhir) iii. Semua guru wajib hadir. iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar. v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan senyap dan tersusun. 6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas, GPK dan Guru Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya. 6.3 Cuti /Guru tidak hadir. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib mengikut Peraturan 24. 6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan / swasta (tidak melebihi 2 hari). 6.3.2 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara / kebenaran Guru Besar (ia bukan menjadi suatu hak pemohon). 6.3.3 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon. 6.3.4 Pastikan semua guru dan AKP memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat jika anda sakit / kursus / bertugas di luar sekolah / kecemasan dengan SEGERA (Telegram – Keberadaan selewatnya 6.30 pagi). 6.3.5 Pastikan tugas disediakan / diberi oleh anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan murid hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti berserta rekod mengajar. 6.3.6 Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru Besar. 6.3.7 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah untuk sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar. *** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 104 7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU 7.1 Pentadbiran Kewangan 7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid dengan segera dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan murid mengikut ruang yang ditetapkan dengan betul. 7.1.2 Pembelian Keperluan P&P Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah dibuat melalui Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan pembelian diluluskan (bergantung kepada kewangan dan kemampuan). 7.2 Disiplin dan pergerakan murid. 7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan / bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin. 7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti memastikan murid-murid membersihkan dan mengemaskinikan kelas 5 minit sebelum balik. 7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum. 7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains / RBT / Komputer). Guru-guru hendaklah sentiasa berada bersama-sama murid. 7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas jalan raya. 7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput / lelah, gila babi, jantung berlubang (surat doktor / permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJ / sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. 7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar. 7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum. 7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas keluar’. 7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid perempuan dibenarkan ke tandas bersama kawan (tidak boleh berseorangan). 7.3. Sistem Rekod Kedatangan Murid. 7.3.1 Guru masa pertama perlu mengambil kehadiran dan mengisi butiran kedatangan murid dalam Telegram. Guru kelas perlu mengemaskini kehadiran murid di dalam sistem APDM sebelum jam 10.30 pagisetiap hari persekolahan.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 105 7.3.2 Pastikan semua maklumat dan butiran murid sentiasa dikemas kini dan dilengkapkan dengan tepat dan betul. Semak, lengkapkan dan tutup sistem kedatangan murid setiap akhir bulan dan ditandatangani. 7.3.3 Laporkan ke pejabat (GPK HEM / Guru Besar) sekiranya terdapat murid yang tidak hadir lebih dari 3 hari tanpa kenyataan untuk tindakan selanjutnya. 7.4 Rekod Persediaan Mengajar E-RPH. 7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme, mutu kerja serta taraf seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat berkenaan pencapaian serta kemajuan murid yang diajar. 7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala maklumat berkaitan P&P yang diajar. 7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru dan sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh guru. 7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahunan P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaianperingkat (di sekolah dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta markah kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis panduan yang diberi. 7.4.5 Kemaskini semua Rancangan Kerja Tahunan mengikut Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 mengikut panitia masing-masing. 7.4.6 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran. - Rancangan pelajaran tahunan. - Rancangan pelajaran harian. - Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki. **** Penalti : Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya. Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya. 7.5. Menghadiri mesyuarat. 7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran pemberitahuan / panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurangkurangnya sehari sebelum mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan mesyuarat / kehadiran mesti dicatat. 7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah / PPD / JPN / Kementerian adalah wajib dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan / masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepada Gurur Besar. 7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK / Guru Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 106 7.6. Kursus-kursus profesionalisme. 7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan, PPD yang berkaitan dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan mengambil / mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian. 8. PENTADBIRAN 8.1. Pejabat Sekolah / Penggunaan Telefon / Kemudahan. 8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi. 8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir. 8.1.3 Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh 15 Januari 2004 seperti berikut : Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan, dan sebagainya adalah dilarang sama sekali. 8.2. Bilik Rehat Guru. 8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar. 8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan / kerja di atas meja. 8.3. Keselamatan / Pelawat. 8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat / bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat. 8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah. 8.3.3 Murid-murid dilarang membawa anak / keluarga / kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa kebenaran Guru Besar / GPK. 8.3.4 Jurujual adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru, lain-lain bilik di bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar / GPK.
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 107 8.4. Kenyataan Media. 8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar. 8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD / JPNJ / Kementerian Pelajaran mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 9. Penutup Risalah Panduan Guru / Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Permas Jaya 4. 10. SURAT PEKELILING IKHTISAS. 10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959 (Corporal Punishment Guru Besar) 10.2 SPI Bil 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak Melebihi Separuh) 10.3 SPI Bil. 3/1979 & 6/1985 Pakaian Guru Pendidikan Jasmani. 10.4 SPI Bil 4/1979 & 3/1985 Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah. 10.5 SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja 10.6 SPI Bil. 3/1983 & 8/1985 Pakaian Murid. 10.7 SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah Masa Dan Atur Cara bukan Tempat Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan. 10.8 SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan Sekolah. 10.9 SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 10.10 SPI Bil. 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah. 10.11 SPI Bil. 13/1988 Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama Persekolahan. 10.12 SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikanjasmani Dan Kokurikulum. 10.13 SPI Bil. 13/1998 Program Membina Minat Membaca. 10.14 SPI Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. 10.15 SPI Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 10.16 SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran. 10.17 SPI Bil. 6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gangster 10.18 SPI Bil. 4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat 10.19 SPI Bil. 2/2003 Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih 10.20 SPI Bil. 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan Kokurikulum 10.21 SPI Bil. 8/2016 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 10.22 SPI Bil. 3/2008 Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 108 10.23 SPI Bil. 3/1993 Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan 10.24 SPI Bil. 11/2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10.25 SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat 10.26 SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru Dan Murid 10.27 SPI Bil. 1/2017 Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan *** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas untuk merujuk surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan. 11. Surat Pekeliling 11.1 SPAM Bil. 1/2004 Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di bawah agensi-agensi kerajaan. AKU JANJI Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan Contoh pelanggaran: 1. Bersubahat dengan musuh negara 2. Membocorkan rahsia kerajaan 3. Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan 4. Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur, Amanah, Dan Bertanggungjawab Contoh pelanggaran: 1.Kurang cekap atau kurang berusaha a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa 2.Tidak jujur dan amanah a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga b) membuat tuntutan palsu c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru 3.Tidak bertanggungjawab a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas guru Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi Contoh pelanggaran: 1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan 2. Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya 3. Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi Bercanggah Dengan Tugas Awam Contoh pelanggaran:
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 109 1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasmiya 2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu 3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa Pegawai Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga Menjejaskan Kegunaan Sebagai Penjawat Awam Contoh pelanggaran: 1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya 2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi Faedah Diri Sendiri Contoh pelanggaran : 1. Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya 2. Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama Perkhidmatan Awam Contoh pelanggaran : 1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah 2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah 3. Berada dalam keberhutangan kewangan yang serius 4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai 5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di kaunter Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau Memajukan Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam Contoh pelanggaran: 1. Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat 2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar Perintah Contoh pelanggaran : 1. Membantah atau melawan pegawai atasan 2. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran 3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan 4. Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran
|Panduan Pengurusan 2024-2025| |SK Permas Jaya 4| 110 https://www.facebook.com/ 07 – Deisgn by: MNZ 2021 SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 4 JALAN PERMAS 12 BANDAR BARU PERMAS JAYA 81750 MASAI JOHOR JOHOR DARUL TAKZIM https://www.facebook.com/profile.php?id=10 0057395412401 07 – 388 2161