Nama: Kelas: Tarikh: 50 51Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan.Pokok TebuAyah Rafik menanam pokok tebu di tepi rumah. Pokok tebu itu tumbuh dengan subur. Semakin lama, tebu itu tumbuh semakin banyak.Ayah Rafik memotong beberapa batang tebu. Dia memilih tebu yang sudah matang. Kemudian, dia mengerat tebu itu mengikut ruas.Ayah Rafik membuka gerai menjual air tebu. Rafik turut membantu ayahnya di gerai itu. Jualan air tebu mereka sangat laris.1Idea Utama Ayah Rafik menanam pokok tebu di tepi rumah.Idea Sampingan 1 Pokok tebu itu tumbuh dengan subur.Idea Sampingan 2 Semakin lama, tebu itu tumbuh semakin banyak.2Idea Utama Ayah Rafik memotong beberapa batang tebu.Idea Sampingan 1 Dia memilih tebu yang sudah matang.Idea Sampingan 2 Kemudian, dia mengerat tebu itu mengikut ruas.3Idea Utama Ayah Rafik membuka gerai menjual air tebu.Idea Sampingan 1 Rafik turut membantu ayahnya di gerai itu.Idea Sampingan 2 Jualan air tebu mereka sangat laris.Nama: Kelas: Tarikh: Unit 21Tema 7: Pertanian dan PenternakanHalaman Buku Teks: 55 – 5651Rajin dan Usaha Tangga KejayaanLembaran KerjaKemahiran MembacaSP 2.2.1 Membaca, memahami dan mengenal pasti; (iv) idea utama, (v) idea sampingan.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 51 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 52 53Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Kenal pasti kata hubung yang betul bagi ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis ayat majmuk.1 Johan dan adiknya rajin belajar.2 Misha sedang membaca buku atau menonton televisyen?3 Pasukan bola sepak itu menang kerana selalu berlatih.4 Hani menyiram pokok bunga sambil menyanyi.Ayat Majmuk1 Johan dan adiknya sangat rajin belajar.2 Misha sedang membaca buku atau menonton televisyen?3 Pasukan bola sepak itu menang kerana selalu berlatih.4 Hani menyiram pokok bunga sambil menyanyi.atau sambil dan keranaNama: Kelas: Tarikh: Unit 21Tema 7: Pertanian dan PenternakanHalaman Buku Teks: 55 – 6052Rajin dan Usaha Tangga KejayaanLembaran KerjaAspek TatabahasaSP 5.3.2 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan ayat mengikut konteks; (iii) ayat majmuk.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 52 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 52 53Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Ahmad mengikut ayahnya pergi ke pekan. Mula-mula, mereka singgah di sebuah bank. Ahmad ternampak seorang perempuan tua menjual pelbagai jenis kerepek di tepi bank. Perempuan tua itu kelihatan seperti orang susah. Ahmad berasa kasihan akan perempuan tua itu. Ahmad memberitahu ayahnya bahawa dia hendak membeli kerepek. Ayah Ahmad memberikan wang kepadanya. Perempuan tua itu tersenyum apabila Ahmad membeli kerepek yang dijualnya.Setelah itu, Ahmad dan ayahnya pergi ke sebuah kedai gunting rambut. Ayahnya hendak menggunting rambut. Ahmad ternampak pula seorang pengemis di tepi kaki lima kedai itu. Ahmad memberikan wang kepada pengemis itu. Sebelum pulang, ayah Ahmad membawanya makan di sebuah restoran. Seekor kucing mengiau sambil menggesel-geselkan badannya ke kaki Ahmad. Ahmad mengambil sedikit makanannya lalu memberi kucing itu makan.1 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?Ahmad yang Baik Hati 2 Nyatakan tempat-tempat yang dituju oleh Ahmad dan ayahnya di pekan.(a) Bank (b) Kedai gunting rambut (c) Restoran 3 Apakah amalan baik yang dilakukan oleh Ahmad seperti yang diceritakan dalam petikan di atas?(a) Membeli kerepek yang dijual oleh perempuan tua (b) Memberikan wang kepada pengemis (c) Memberikan makanan kepada kucing Nama: Kelas: Tarikh: Unit 22Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 64 – 6853Anak yang BaikLembaran KerjaKemahiran MembacaSP 2.2.1 Membaca, memahami dan mengenal pasti; (vi) idea keseluruhan.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 53 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 54 55Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Catatkan maklumat yang betul berdasarkan petikan di bawah.Berbelanja di Pasar Mini DahliaAmira dan Zurina pergi ke Pasar Mini Dahlia. Pasar mini itu berdekatan dengan rumah mereka. Amira membawa wang sebanyak lapan ringgit. Zurina pula membawa wang sebanyak sepuluh ringgit.Amira membeli sebungkus biskut coklat yang berharga dua ringgit lima puluh sen dan sekotak jus mangga berharga dua ringgit. Baki wangnya digunakan untuk membeli sebatang sikat.Zurina membeli sebungkus tepung gandum dan satu tin sardin yang dikirim oleh ibunya. Tepung gandum itu berharga dua ringgit dan sardin pula berharga lima ringgit. Dia juga membeli sebungkus coklat yang berharga dua ringgit.Perbelanjaan Amira dan ZurinaNamaPerkara Amira ZurinaWang yang dibawa RM8.00 RM10.00Perbelanjaan(1) biskut coklat(RM2.50)(2) tepung gandum(RM2.00)jus mangga(3) (RM 2.00 )sardin (4) (RM 5.00 )(5) sikat(RM2.00) (6) coklat(RM2.00)Baki (7) RM1.50 (8) RM1.00Nama: Kelas: Tarikh: Unit 22Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 64 – 6854Anak yang BaikLembaran KerjaAspek TatabahasaSP 3.2.3 Menyusun dan mencatat maklumat yang bermakna tentang sesuatu perkara. Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 54 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 54 55Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Tulis penggunaan kata yang betul bagi perkataan yang dicetak tebal dalam petikan di bawah.Gotong-royong Membersihkan KelasPada pagi itu, murid Tahun Dua Delima bergotongroyong membersihkan kelas mereka. Guru kelas telah mengagihkan tugas membersihkan kelas kepada mereka. Nasrul, Salmah dan Shafinaz diberikan tugas untuk membungkus permukaan meja. Mereka menggunakan kertas pembalut hadiah yang berwarna-warni. Nanthini dan Suraya diberikan tugas membersihkan lantai. Mereka menyapu sampah dan melempar sampah itu ke dalam tong sampah. Janet dan Azmi sibuk mengatur pelbagai jenis buku di sudut bacaan yang disediakan di belakang kelas. Papan kenyataan di hadapan kelas turut ditekapdengan pelbagai maklumat. Tugas itu dilakukan oleh Vimala dan Ai Lee. Kini, kelas Tahun Dua Delima menjadi jernih dan ceria. Guru kelas memuji sikap rajin anak-anak muridnya. Beliau turut mengumumkan terima kasih kepada mereka.Penggunaan Kata yang Salah Penggunaan Kata yang Betul1 membungkus membalut2 melempar membuang3 mengatur menyusun4 ditekap ditampal5 jernih bersih6 mengumumkan mengucapkanNama: Kelas: Tarikh: Unit 23Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 69 – 7455Amalan Baik di SekolahLembaran KerjaKemahiran Mendengar dan BertuturSP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari aspek; (iii) penggunaan kata.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 55 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 56 57Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Lengkapkan petikan di bawah dengan kata ganda yang sesuai.kata-kata aktiviti-aktiviti Hadiah-hadiahMurid-murid atlet-atlet Guru-guruPerhimpunan sedang berlangsung di dataran Sekolah Kebangsaan Permata. (1) Guru-guru duduk di bahagian hadapan ketika guru besar sedang memberikan ucapan. (2) Murid-murid mendengar ucapan itu dengan asyik.Guru besar mengucapkan tahniah atas kejayaan (3) atlet-atletsekolah dalam kejohanan sukan pada minggu lalu. Beliau juga memberikan (4) kata-kata semangat kepada murid-murid agar terus berusaha mencipta kejayaan.Guru besar juga memaklumkan bahawa Hari Kesenian akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut beliau, (5) aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pertandingan berbalas pantun, pertandingan deklamasi sajak serta persembahan tarian dan nyanyian. (6) Hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan.Setelah tamat perhimpunan, semua murid kembali ke kelas masingmasing. Suasana di kelas menjadi riuh-rendah seketika. Suasana kembali tenang apabila guru masuk untuk mengajar.Nama: Kelas: Tarikh: Unit 23Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 69 – 7456Amalan Baik di SekolahLembaran KerjaAspek TatabahasaSP 5.2.3 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata ganda mengikut konteks.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 56 11/08/2025 6:17 PM
Nama: Kelas: Tarikh: 56 57Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6Nyatakan maklumat tersirat berdasarkan situasi yang diberikan.Maklumat TersiratSikap baik hatikerana membantu rakan yangdalam kesusahan .Situasi 1Maklumat TersiratSikap ringan tulangkerana menolong ibu mengemasrumah .Situasi 2Bolehkah saya menolong ibu mengemas rumah?Adakah basikal kamu rosak? Saya boleh tolong baiki.Maklumat TersiratSikap jujurkerana memulangkan wang yangditemui .Situasi 3Saya menemui wang kamu yang tercicir di kaki lima kelas.Nama: Kelas: Tarikh: Unit 24Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 75 – 8157Berbuat Baik SelaluLembaran KerjaKemahiran Mendengar dan BertuturSP 1.2.2 Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 57 12/08/2025 10:13 AM
Nama: Kelas: Tarikh: 58Lembaran PBD Bahasa Melayu KSSR • Tahun 2TP 1 2 3 4 5 6A Baca petikan di bawah dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.Lawatan ke Rumah Kebajikan InsaniahPada 12 Jun 20__, ahli Kelab Penyayang Sekolah Kebangsaan Seri Melati mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Insaniah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memupuk rasa kasih sayang terhadap anak-anak istimewa.Rumah Kebajikan Insaniah menempatkan seramai 14 orang kanakkanak yang kurang upaya. Kedatangan ahli Kelab Penyayang disambut dengan mesra oleh pengurus dan kakitangan Rumah Kebajikan Insaniah.Ahli Kelab Penyayang berpeluang untuk melihat aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah kebajikan tersebut. Ahli kelab turut beramah mesra kanak-kanak istimewa dan berbual-bual dengan mereka. Selain itu, ahli kelab bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah kebajikan tersebut. B Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan petikan tersebut.1 Ahli Kelab Penyayang mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Insaniah.2 Siapakah yang tinggal di Rumah Kebajikan Insaniah?Kanak-kanak yang kurang upaya tinggal di Rumah Kebajikan Insaniah .3 Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Ahli Kelab Penyayang di rumah kebajikan itu.(a) Melihat aktiviti yang dilakukan oleh penghuni rumah kebajikan(b) Beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa dan berbual-bual dengan mereka(c) Bergotong-royong membersihkan kawasan sekitarNama: Kelas: Tarikh: Unit 24Tema 8: IntegritiHalaman Buku Teks: 75 – 7858Berbuat Baik SelaluLembaran KerjaKemahiran MembacaSP 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (iv) petikan bukan sastera.Lembaran BM Thn2(LK28-58)New.indd 58 11/08/2025 6:17 PM