KATA PENGANTAR Malaysia Madani. Puji syukur saya rafakkan ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan kurniaan-Nya yang memberikan laluan kepada pelbagai pihak untuk meneruskan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, saya juga amat bersyukur menyaksikan perjuangan para penyelidik di negara kita yang giat melakukan aktiviti penyelidikan untuk mencungkil minat anak muda terhadap bahasa kebangsaan. Seterusnya, saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada para pengarang yang berjaya menghasilkan buku iringan mata pelajaran Bahasa Melayu sejajar dengan keperluan kumpulan sasaran dalam era digital yang semakin maju ini. Pada pendapat saya, setiap penduduk di Malaysia menggalas tanggungjawab untuk mencungkil minat generasi kini terhadap penggunaan bahasa Melayu agar panji-panji kemegahan bahasa kebangsaan kita sentiasa berkibar tinggi sehingga di persada antarabangsa. Golongan kata merupakan salah satu asas dalam penguasaan bahasa Melayu, terutamanya pada peringkat sekolah rendah. Maka, cara pendedahan asas tersebut amat penting. Pemilihan golongan kata sesuatu perkataan dapat dilakukan berdasarkan aspek semantik, morfologi, dan sintaksis. Namun, pembangunan Konsep MI yang menekankan aspek maksud (semantik) dan imbuhan (morfologi) selaras dengan perkembangan minda generasi kini akan menyelesaikan masalah pengkategorian golongan kata. Di samping itu, saya percaya bahawa unsur seperti Lampu Isyarat Golongan Kata, Orang Adjektif, Model Piramid NAsKp, dan Permainan Cam Kata merupakan nilai tambahan. Di samping itu, kandungan buku yang telah dibahagikan kepada buku Jilid 1 yang menekankan pengkategorian golongan kata berdasarkan maksud perkataan dan buku Jilid 2 yang menyentuh aspek imbuhan dapat memudahkan pemahaman kumpulan sasaran. Lebih-lebih lagi, konsep ini telah dikembangkan sehingga peringkat penerbitan selepas melalui proses uji cuba dalam kalangan 526 orang murid dan 306 orang guru subjek Bahasa Melayu di negeri Selangor, Melaka, dan Johor. Saya yakin bahawa hasil usaha pelbagai pihak dalam membangunkan Konsep MI pasti akan membuahkan hasil dan membantu warga pendidik serta murid untuk memilih golongan kata sesuatu perkataan dengan lebih mudah. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada para pengarang serta selamat meneruskan perjuangan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Selamat maju jaya kepada semua pengguna buku ini dan saya berharap agar aspek pengkategorian golongan kata akan menjadi lebih mudah dengan penerapan Konsep MI. Sekian, terima kasih. ……………………………. YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan, Ahli Dewan Negara Malaysia Mantan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
KATA PENGANTAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Anak yang Baik lagi Cerdik dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya, saya diberi peluang untuk menulis sepatah dua kata tentang Buku Buku Ayuh, Kuasai Golongan Kata Melalui Konsep MI (Jilid 1: Maksud). Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pengarang yang berjaya menghasilkan sebuah buku yang menepati kehendak generasi kini. Pencetusan idea untuk menghasilkan sebuah buku melalui inovasi Konsep MI, iaitu penetapan kriteria maksud perkataan (semantik) dan imbuhan (morfologi) merupakan aspek baharu untuk memudahkan pengkategorian golongan kata dalam kalangan murid sekolah rendah. Buku ini juga terbahagi kepada dua jilid, iaitu Jilid 1 dibangunkan untuk mengukuhkan pemahaman murid terhadap pemilihan golongan kata melalui maksud perkataan, manakala Jilid 2 dibangunkan untuk memantapkan pemahaman murid tentang pemilihan golongan kata melalui penggunaan imbuhan. Hasil penyelidikan selama 2 tahun membuka ruang untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang cara pemilihan golongan kata sesuatu perkataan dengan betul. Hal ini kerana aspek penguasaan golongan kata memang amat dititikberatkan dalam Dokumen Standard Pentaksiran Sekolah (DSKP), iaitu seorang murid perlu memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks sebelum melangkah kaki ke alam persekolahan menengah. Lebih-lebih lagi, golongan kata utama yang terdiri daripada Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) berfungsi sebagai asas dalam pembinaan ayat dan pembelajaran hukum tatabahasa yang lebih kompleks. Malahan, penambahan elemen warna melalui Lampu Isyarat Golongan Kata, teknik lukisan untuk mengingati 9 jenis KA, Model Piramid NAsKp, dan Permainan Cam Kata akan mencungkil semangat belajar murid. Selain itu, kandungan buku ini amat sesuai untuk murid generasi sekarang yang lebih bertumpu kepada teknologi. Saya percaya, melalui penggunaan permainan dalam bentuk imbas QR kod akan menarik minat dan memudahkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari. Tambahan lagi, kerangka buku ini juga telah diatur untuk menggalakkan pembelajaran kendiri agar mencapai konsep pembelajaran berasaskan murid dan guru menjadi pembimbing. Saya percaya, latihan yang berbentuk hands-on dan permainan yang disajikan dapat memberikan implikasi positif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), serta membantu warga pendidik untuk mengendalikan pengajaran, selaras dengan tahap perkembangan minda murid generasi kini. Semoga usaha yang diambil oleh para pengarang dapat menyaksikan kemenjadian murid melalui penggunaan Konsep MI semasa pengkategorian golongan kata dan bermanfaat kepada setiap warga pendidik yang menggunakan buku ini dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih. ……………………………. PROF. DR. ZAMBERI SEKAWI Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM)
PRAKATA Buku Ayuh, Kuasai Golongan Kata Melalui Konsep MI (Jilid 1: Maksud) ini telah dibangunkan berdasarkan inovasi Konsep MI yang telah dihasilkan melalui kerja penyelidikan selama 2 tahun. Hasil penyelidikan terbukti murid sekolah rendah amat lemah dalam pengkategorian Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) yang berfungsi sebagai golongan kata utama. Kebanyakan murid bergantung kepada maksud perkataan dalam menentukan golongan kata sesuatu perkataan, menganggap semua perkataan berimbuhan sebagai KK, dan tidak mengenali imbuhan KN. Perkara ini telah menunjukkan bahawa kita memerlukan satu ketetapan dalam aspek pengkategorian golongan kata yang dapat memudahkan pemahaman murid sekolah. Begitulah terbentuknya Konsep MI yang mengetengahkan kriteria maksud perkataan dan imbuhan yang dapat membantu murid untuk mengkategorikan golongan kata dengan lebih mudah. Konsep MI telah disertakan elemen warna (Lampu Isyarat Golongan Kata), lukisan (Orang Adjektif), model (Model Piramid NAsKp) dan permainan (Permainan Cam Kata). Namun, buku ini hanya menekankan kriteria maksud perkataan untuk menentukan golongan kata dengan lebih mudah. Buku ini boleh menjadi panduan kepada warga pendidik dan murid untuk mengenali cara pengkategorian golongan kata melalui latihan interaktif. Buku ini juga dibangunkan untuk menepati kehendak murid yang terdiri daripada generasi Z dan Alpha yang lebih tertarik dengan bahan interaktif. Perkara ini juga dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Selain itu, buku ini dapat memenuhi kemahiran yang ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Sekolah (DSKP) yang menekankan aspek kemahiran penguasaan golongan kata yang terdiri daripada KN, KK, dan KA. Di samping itu, penerangan dan latihan yang disediakan juga lebih kepada aras pembelajaran kendiri, iaitu guru akan menjadi pembimbing semasa PdP dilaksanakan. Justeru Buku Ayuh, Kuasai Golongan Kata Melalui Konsep MI (Jilid 1: Maksud) yang dibangunkan berdasarkan inovasi Konsep MI harus dimiliki oleh setiap warga pendidik dan murid untuk dijadikan sebagai panduan dalam pengkategorian KN, KK, dan KA.
PENGHARGAAN Geran Siswazah Putra (GP-IPS) atas sumbangan kewangan dalam pembangunan Konsep MI Murid Tahun 4, 5 & 6 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Ketua Panitia Bahasa Melayu PPD Muar Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Muar Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Kuala Selangor
KEUNIKAN • Semua perkataan diambil daripada Buku Teks Bahasa Melayu sekolah rendah • Penerangan diberikan dengan bantuan bahan grafik • Pengenalan elemen warna Lampu Isyarat Golongan Kata untuk memahami konsep Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) • Pengukuhan untuk mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui aktiviti lukisan juga disertakan • Pemantapan dilakukan melalui model baharu yang dikenali sebagai Model Piramid NAsKp • Mengandungi pelbagai latihan interaktif seperti aktiviti teka laluan keliru dan aktiviti membuat flipbook • Membolehkan murid melakukan aktiviti memotong dan melekat • Permainan disertakan dalam bentuk QR kod • Kepelbagaian aktiviti seperti Jom Cari Kata, Jom Teka Kata & Jom Susun Kata • Aspek Info Bahasa & Imbas Kembali turut disertakan
KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. GOLONGAN KATA 1 2. KONSEP MI 2 3 LAMPU ISYARAT GOLONGAN KATA 3 4 KATA NAMA Kemahiran 1: Mengenali konsep Kata Nama Kemahiran 2: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok orang. Kemahiran 3: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok benda. Kemahiran 4: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok tempat. Kemahiran 5: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok binatang. Kemahiran 6: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok tumbuh-tumbuhan. AKTIVITI 4 5 7 8 9 10 11 12 5 KATA KERJA Kemahiran 1: Mengenali konsep Kata Kerja Kemahiran 2: Mengenali Kata Kerja tanpa imbuhan Kemahiran 3: Mengenali Kata Kerja dengan imbuhan Kemahiran 4: Mengenali Kata Kerja dengan objek Aktiviti 29 30 31 32 33 34 6 KATA ADJEKTIF Kemahiran 1: Mengenali konsep Kata Adjektif Kemahiran 2: Memahami 9 jenis Kata Adjektif Kemahiran 3: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (ukuran) Kemahiran 4: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (warna) Kemahiran 5: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (waktu) 42 43 45 46 47 48
BIL TAJUK MUKA SURAT Kemahiran 6: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (jarak) Kemahiran 7: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (perasaan) Kemahiran 8: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (sifat) Kemahiran 9: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (cara) Kemahiran 10: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (bentuk) Kemahiran 11: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera) Kemahiran 12: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera – mata: lihat) Kemahiran 13: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera – hidung: hidu) Kemahiran 14: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera – lidah: rasa) Kemahiran 15: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera – telinga: dengar) Kemahiran 16: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui lukisan (pancaindera – tangan: sentuh) Kemahiran 17: Mengingati 9 jenis Kata Adjektif melalui aktiviti lukisan Kemahiran 18: Mengenali contoh perkataan bagi 9 jenis Kata Adjektif Kemahiran 19: Mengimbas Kembali 9 jenis Kata Adjektif Aktiviti 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 64 65 7 MODEL PIRAMID NAsKp 72 8 CABAR MINDA 81 9 Koleksi permainan pengkategorian Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), dan Kata Adjektif (KA) 87 10 JAWABAN 88
1 Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas 1 2 3 4 Fokus kita dalam buku ini ialah pengkategorian Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK) & Kata Adjektif (KA). Bagaimanakah anda mengkategorikan golongan kata? 1 GOLONGAN KATA
2 Lampu Isyarat Golongan Kata Orang Adjektif Permainan Cam Kata Model Piramid NAsKp Buku ini hanya memfokuskan penggunaan maksud perkataan melalui Konsep MI. Oleh itu, pengaplikasian Lampu Isyarat Golongan Kata, Orang Adjektif & Model Piramid NAsKp telah diperkenalkan. Penggunaan imbuhan dalam pengkategorian golongan kata melalui Permainan Cam Kata akan dibincangkan secara rinci dalam Buku Jilid 2. (Buku Jilid 2) 2 KONSEP MI
3 Menamakan orang, benda, tempat, binatang & tumbuhtumbuhan Menerangkan sifat, keadaan atau ciri sesuatu nama dan cara perbuatan Menerangkan sesuatu perbuatan 3 LAMPU ISYARAT GOLONGAN KATA
4 Kata Nama 4
5 Kata nama dibahagikan kepada lima kelompok, iaitu kelompok orang, benda, tempat, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kelompok kata nama ini lebih mudah dikenali melalui akronim, iaitu obtbt. orang binatang tempat benda tumbuhtumbuhan obtbt Info Bahasa ⚫ orang = manusia ⚫ haiwan = binatang Kemahiran 1: Mengenali konsep Kata Nama o b t b t
6 doktor Rosa-Sinensis Balai Bomba Kuala Lumpur Sang Belang Bata Doktor Ravi kasut balai bomba harimau bunga raya Kata Nama terbahagi kepada dua, iaitu Kata Nama Am Dan Kata Nama Khas. Kata Nama Am Kata Nama Khas KATA KUNCI KATA NAMA orang = siapa? tempat = mana? binatang = apa? benda = apa? tumbuh-tumbuhan = apa? z Kemahiran 1: Mengenali konsep Kata Nama INGAT: Kata Nama Am ditulis huruf kecil dan huruf pertama Kata Nama Khas ditulis huruf besar.
7 Kemahiran 2: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok orang. guru Salmah Swee Lan Encik Ali Inspektor Lim Cikgu Siti polis kawan posmen Kata Nama Am Kata Nama Khas nenek
8 Kemahiran 3: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok benda. pensel warna kereta Myvi telefon bimbit Samsung jam tangan Rolex Buku Teks Sains pensel warna Pintar buku teks telefon bimbit jam tangan Kata Nama Am Kata Nama Khas kereta
9 Kemahiran 4: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok tempat. hospital Pantai Port Dickson Sekolah Kebangsaan Serdang Taman Permainan Bukit Jalil Kedai Runcit Mega Hospital Serdang kedai runcit sekolah taman permainan Kata Nama Am Kata Nama Khas pantai
10 Kemahiran 5: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok binatang. kucing Sang Gajah Sang Singa Sang Bedal Jimmy Si Comel anjing singa buaya Kata Nama Am Kata Nama Khas gajah
11 Kemahiran 6: Mengenali Kata Nama Am & Kata Nama Khas kelompok tumbuh-tumbuhan. bunga mawar Helianthus Annuus Durio Citrullus Lanatus Cucurbita Rosa labu durian tembikai Kata Nama Am Kata Nama Khas bunga matahari
12 Aktiviti 1: Jom kenal pasti dan warna 5 kelompok Kata Nama
13 Aktiviti 2: Jom lengkapkan teka laluan keliru dengan mengenal pasti Kata Nama Am Bantu Mei Mei untuk pergi ke sekolah dengan bulatkan Kata Nama Am yang boleh dijumpai.
14 Aktiviti 3: Jom lengkapkan teka laluan keliru dengan mengenal pasti Kata Nama Khas Bantu Kumar untuk pergi ke pantai dengan bulatkan Kata Nama Khas yang boleh dijumpai.
15 Aktiviti 4: Jom buat flipbook Kata Nama Am & Kata Nama Khas Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Am yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda pada muka surat seterusnya. Ini siapa? Ini siapa? Ini siapa? Ini siapa?
16 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Khas yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Seterusnya, lekatkan bahagian Kata Nama Am pada kotak yang terletak simbol . Ini siapa? Ini siapa? Ini siapa? Ini siapa?
17 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Am yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda pada muka surat seterusnya. Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
18 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Khas yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Seterusnya, lekatkan bahagian Kata Nama Am pada kotak yang terletak simbol . Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
19 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Am yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda di muka surat seterusnya.Mana? Mana? Mana? Mana ?
20 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Khas yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Seterusnya, lekatkan bahagian Kata Nama Am pada kotak yang terletak simbol . Mana? Mana? Mana? Mana ?
21 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Am yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda di muka surat seterusnya. Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
22 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Khas yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Seterusnya, lekatkan bahagian Kata Nama Am pada kotak yang terletak simbol . Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
23 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Am yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda di muka surat seterusnya. Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
24 Arahan: • Anda perlu mengisi kotak ini dengan Kata Nama Khas yang bersesuaian dengan gambar yang diberikan. • Seterusnya, lekatkan bahagian Kata Nama Am pada kotak yang terletak simbol . Ini apa? Ini apa? Ini apa? Ini apa?
25 1. pen 2. komputer Acer 3. petani 4. harimau 5. taman permainan 6. Sang Gajah 7. Balai Polis Kuala Lumpur 8. bunga orkid 9. Rosa 10. Doktor Badri LATIHAN 1 Kenal pasti dan tuliskan Kata Nama Am atau Kata Nama Khas bagi perkataan yang diberikan.
26 Kata Nama Am Kata Nama Khas Rosa pantai komputer riba Stabilo Si Kancil labu Doktor Ravi gajah rambutan Myvi air terjun Sang Belang Balai Polis Serdang jam tangan Taman Saga balai bomba LATIHAN 2 Kategorikan perkataan yang diberikan berdasarkan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas.
27 LATIHAN 3 Susun semula perkataan di bawah untuk membentuk Kata Nama Khas yang betul berdasarkan gambar yang diberikan. Imbas QR kod yang diberikan. Masukkan nama anda. Sekarang, anda boleh bermain dengan memilih Kata Nama. Selamat Berjaya!
28 LATIHAN 4 Jom cari Kata Nama Am yang tersembunyi berdasarkan gambar yang diberikan. Imbas QR kod yang diberikan. Masukkan nama anda. Sekarang, anda boleh bermain dengan memilih Kata Nama. Selamat Berjaya!
29 Kata Kerja 5
30 Info Bahasa ⚫ perbuatan = pergerakan KATA KUNCI KATA KERJA perbuatan = buat apa? untuk apa? Kata Kerja merupakan kata yang digunakan untuk merujuk perbuatan. buat apa? Ali mengayuh motosikal menunggang untuk apa? Kemahiran 1: Memahami konsep Kata Kerja
31 baca lukis tangkap padam rawat masak tulis rakam ajar Kemahiran 2: Mengenali Kata Kerja tanpa imbuhan
32 membaca melukis merakam mengajar memasak merawat menangkap memadam menulis Kemahiran 3: Mengenali Kata Kerja dengan imbuhan
33 mengajar murid memadam api membaca buku merawat pesakit menulis kerja rumah menangkap pencuri memasak ayam melukis gambar merakam gambar Kemahiran 4: Mengenali Kata Kerja bersama dengan objek
34 Aktiviti 1: Jom kenal pasti dan warna Kata Kerja yang boleh ditemukan dalam gambar di bawah. • Kata Kerja tanpa imbuhan: hijau • Kata Kerja dengan imbuhan: biru Tentukan perkataan yang diberikan sama ada kata kerja yang hadir tanpa imbuhan atau dengan imbuhan. Kemudian, warnakan bola beradasarkan warna yang ditetapkan.
35 Aktiviti 2: Jom lengkapkan teka laluan keliru dengan mengenal pasti Kata Kerja. Bantu Doktor Ali untuk pergi ke hospital dengan bulatkan Kata Kerja yang boleh dijumpai.
36 Aktiviti 3: Jom buat flipbook kata kerja. Arahan: • Potong garisan bertindih dan lekatkan pada kotak yang bertanda pada muka surat seterusnya. Apa dia buat? Apa dia buat? Apa dia buat? Apa dia buat? Apa dia buat? Apa dia buat?
37 Dia sedang __________________ Dia sedang __________________ Dia sedang __________________ Dia sedang __________________ Dia sedang __________________ Dia sedang __________________ Arahan: • Isi tempat kosong dengan kata kerja yang bersesuaian dengan gambar.
38 LATIHAN 1 Sambungkan Kata Kerja dengan gambar yang betul. membaca
39 1. Aiman suka merakam gambar binatang-binatang liar. 2. Ibu telah memasak makanan kegemaran ayah sempena hari jadi beliau. 3. Ahli bomba berusaha untuk memadam api di taman perumahan kami. 4. Doktor sedang merawat pesakit di biliknya. 5. Polis berjaya menangkap pencuri itu. 6. Cikgu mengajar kami formula baharu untuk memahami hukum tatabahasa. 7. Mei Mei telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis. 8. Salmah suka meluangkan masa lapangnya dengan membaca buku. 9. Aiman sedang menulis nota dengan pen yang berwarna-warni. 10. Pihak polis berjaya menangkap pencuri itu. LATIHAN 2 Gariskan Kata Kerja yang boleh ditemukan dalam ayat di bawah.
40 LATIHAN 3 Susun semula perkataan untuk membentuk Kata Kerja yang betul berdasarkan gambar yang diberikan. Imbas QR kod yang diberikan. Masukkan nama anda. Sekarang, anda boleh bermain dengan memilih Kata Kerja. Selamat Berjaya!
41 LATIHAN 4 Cari Kata Kerja yang terdapat di dalam kotak berdasarkan gambar yang diberikan. Imbas QR kod yang diberikan. Masukkan nama anda. Sekarang, anda boleh bermain dengan memilih Kata Kerja. Selamat Berjaya!
42 Kata Adjektif 6