The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by waheeda9797, 2021-11-19 04:42:18

NOTA PEMAKANAN SIHAT

GIZI SEIMBANG

 Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang
diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

 Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas
makanan yang diperlukan.

 Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah
mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein
untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral
dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan)
serta bahan pelarut badan (air).

 Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi
seperti yang diperlukan oleh badan.

PIRAMID MAKANAN



 Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya
mengandungi kelas makanan tertentu sahaja.

 Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas
makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak
dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada
badan.

 Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan
segera yang mempunyai kandungan garam atau gula
yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan
protein yang sangat rendah.

 Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.



Bayi memerlukan lebih
banyak protein untuk
membesar.

Remaja memerlukan
karbohidrat untuk tenaga

Orang bersaiz besar
memerlukan lebih banyak tenaga
berbanding orang bersaiz kecil

Lelaki perlukan lebih banyak
tenaga kerana kadar
metabolisme
yang lebih tinggi berbanding
perempuan

Mereka yang kerjanya melakukan banyak aktiviti fizikal
memerlukan banyak tenaga

Orang yang tinggal di iklim sejuk
memerlukan banyak tenaga untuk
memanaskan badan

Orang yang sakit jantung memerlukan banyak serat.

Wanita hamil perlu banyak folat, fosforus, kalsium
dan zat besi

 Tenaga disukat dalam unit kalori.

 1 kalori = 4.2 joule

 Nilai kalori makanan adalah jumlah tenaga
yang dibebaskan apabila 1 gram makanan
dibakar dengan lengkap.

 1 kalori (cal) = 4.2 joule ( J )
 1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule ( kJ )

Terima kasih………


Click to View FlipBook Version