Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan
sebelum hijrah.
Hari ini disambut oleh orang Islam di
Malaysia bagi memperingati peristiwa yang
sangat luarbiasa yang telah dilalui
Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11
kerasulan Baginda.
Hari Israk dan Mikraj adalah cuti umum bagi
negeri Kedah, N. Sembilan, Perlis &
Terengganu.
Keistimewaan Hari Israk dan Mikraj
Peristiwa besar ini amat luar biasa
yang dialami oleh Nabi saw dan
dianggap sebagai satu anugerah
daripada Allah swt. Ini sebagai
tanda keagungan dan
kebesaranNya.
Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’
yang berlaku hanya dalam satu malam.
Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke
Masjidil-Aqsa.
Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil
Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.
Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui
Allah
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi
merentas tujuh lapis langit ke Sidratul
Muntaha dan ke Mustawa
Kronologi Peristiwa
Dipetik dari Bahagian Dakwah,
JAKIM berikut adalah ringkasan
peristiwa Israk dan Mikraj.
1. Israk
Nabi Muhammad S.A.W dibawa
oleh Malaikat Jibril a.s. dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
dengan menunggang Buraq.
Sebelum baginda memulakan
perjalanannya, hati baginda dibersihkan
oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci
Zam Zam.
Sepanjang perjalanan apabila sampai
tempat-tempat yang tertentu (tempat-
tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak
dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di
mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S.
menerima wahyu daripada Allah.
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S.
dilahirkan).
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui
pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil
tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W
diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
“Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.
Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Rasulullah turun daripada Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan
segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa
Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul.
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda
akan menjadi sesat.
Mikraj
Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa
kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki
tangga daripada syurga.
Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke
sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan
para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya
Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril)
Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan
matanya sendiri, lalu baginda sujud.
Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan
perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat.
(Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat
sebanyak 50 waktu.)
Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang
kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak.
Selepas Mikraj
Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil
Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu
dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada
umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang
tidak percaya sehingga ada yang murtad
dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-
Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang
peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan
membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya
ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan
Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang
memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.
SUMBER RUJUKAN
https://ecentral.my/cuti-umum/israk-dan-mikraj/
Israk & Mikraj Latar Belakang dan Falsafahnya (Syaikh Najmuddin Al-
Ghaithiy)
Israk & Mikraj – Antara Ketulinan Fakta dan Pemalsuan Sejarah l
Syihabudin Ahmad l Santai Ilmu Publication
The Miracle Ensiklopedia Biografi Rasulullah S.A.W by Dr. Ali
Muhamad As-Salab
Periwayatan Lengkap Peristiwa Isra' Dan Mikraj_ Israk Mikraj
ISU ISRAK MIKRAJ DAN PERKARA GHAIB (Islam dan Sains)