MESYUARAT AGUNG PIBG
SK METHODIST PJ
KALI KE-54
SABTU | 23 OKTOBER 2021
9.30 PAGI
1
INDEKS
Bil Kandungan M/S
1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 3
2 Atur Cara Majlis 4
3 Agenda Mesyuarat 5
4 Notis Mesyuarat Agung Kali - 54 6
5 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 54 7
6 Minit Mesyuarat Agung kali ke 53 10
7 Laporan kewangan PIBG SK Methodist PJ sesi 2020/2021 21
8 Laporan aktiviti PIBG SK Methodist PJ sesi 2020/2021 24
9 Usul usul berbangkit 25
11 Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 26
12 Sekalung Budi 27
2
AHLI JAWATANKUASA PIBG SK METHODIST PJ
SESI 2020/2021
PENASIHAT
En Nik Azman bin Kundor
YANG DIPERTUA
En Muhammad Faizal bin Abdul Rashid
NAIB YANG DIPERTUA
Pn. Rosemiza bt Awi
SETIAUSAHA KEHORMAT
Cik Norfazila Abdul Hamid
BENDAHARI KEHORMAT
Pn. Tai See Nee
AJK GURU
En Muhd Zul'Amin Md Isa
En. Muhd Farhan Ahamad Kamal
Pn. Nor Sumaiyah Md Yusof
Pn. Nik Zarina Ahmad
Pn Atieqah Khairuddin
AJK IBU/BAPA
En Siemen Soosai A/L Arokiam
Pn. Kavitha Gunasegaran
En Kumaresan A/L Kolandai
En Zamri Zainal Abidin
En Ooi Kar Wai
JURUAUDIT
Pn. Kavitha Munthry
En Anbagalan Velu
3
ATUR CARA MAJLIS
8.00 pagi: Ketibaan para tetamu dan
pendaftaran di Google Meet
9.00 pagi: Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan doa
Mesyuarat bermula
10:30 pagi: Ucapan
i. En. Nik Azman Bin Kundor
Guru Besar SK Methodist
ii. En. Muhammad Faizal Bin Abdul Rashid,
YDP PIBG, SK Methodist
11:30 pagi: Mesyuarat bersambung
12.30 t/hari: Bersurai
4
AGENDA MESYUARAT
1 Ucapan
2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung
Kali ke - 54
3 Perkara berbangkit
4 Membentang dan meluluskan penyata kewangan PIBG
bagi Sesi 2020/2021
5 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
6 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2021/2022
7 Membincangkan usul-usul yang diterima
8 Hal-hal lain
9 Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sesi
2021/2022
10 Majlis bersurai
5
6
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, PETALING JAYA,
SELANGOR
PENASIHAT:
ENCIK NIK AZMAN BIN KUNDOR
(GURU BESAR SK. METHODIST)
PENGERUSI:
ENCIK MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDUL RASHID
(YANG DIPERTUA PIBG)
NAIB PENGERUSI:
PUAN ROSEMIZA BT AWI
(NAIB YANG DIPERTUA PIBG)
BARISAN PENTADBIR SEKOLAH :
ENCIK MOHD. FAHMI BIN IBRAHIM
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
EN. MOHD. IZAHAM BIN MOHD. NOOR
(GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
PN. SITI MALINDA BINTI OMAR
(GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM)
PENYELARAS:
CIK NORFAZILA BT ABDUL HAMID
(SETIAUSAHA PIBG)
NAIB PENYELARAS:
PN. TAI SEE NEE
BACAAN DOA:
EN. MOHD. ZUL’ AMIN B. MD. ISA
7
BIL JAWATANKUASA TUGAS
1. PENGACARA MAJLIS ❖ Mengendalikan MAT PIBG
• Pn. Adibatul Izzah bt Mohamad Sirat kali ke-53 mengikut
• Puan Fauziah Hanim Suaibah Ghazali perancangan yang
ditetapkan
2. E-BANNER DAN ICT (PAUTAN GOOGLE ❖ Mendapatkan senarai
MEET) aturcara dari S/U
• En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim
• En. Muhammad Farhan bin Ahamad ❖ Menyediakan e-Banner
Kamal makluman mesyuarat.
• Pn. Atieqah bt Khairuddin
❖ Memastikan pautan
3. E-BORANG USUL, PENCALONAN, google meet disediakan
PENGUNDIAN DAN KEPUTUSAN (selewat-lewatnya 1 jam
KEHADIRAN IBUBAPA DAN GURU sebelum mesyuarat
• Cik Siti Azlin binti Mohammad bermula)
• Puan Nik Zarina bt Ahmad
• Cik Kalyani a/p Thagarajah ❖ Memastikan lokasi
• Nurul Izzati bt Zaman mesyuarat dan capaian
internet dalam keadaan
4. BUKU ATURCARA baik.
❖ En Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim
❖ Cik Norfazila Abdul Hamid ❖ Memastikan e-borang usul,
pencalonan, pengundian
5. PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG dan keputusan serta
❖ Puan Nor Sumaiyah bt Md Yusuf kehadiran guru dan ibu
❖ Cik Priya Malar a/p T. Palanisamy bapa disiapkan (rujuk S/U)
❖ Cik NazhatulNajihah bt Hashim
❖ Memastikan buku aturcara
digital disiapkan selewat-
lewatnya pada 21/10/2021
❖ Buku aturcara bercetak
hendaklah disediakan 15
naskah untuk
jawatankuasa pelaksana
yang hadir mesyuarat di
sekolah.
❖ Mencatat minit mesyuarat
dan serahkan kepada S/U
dalam bentuk softcopy satu
(1) minggu selepas tarikh
mesyuarat PIBG diadakan.
❖ Memastikan nama
pencadang dan usul
direkod dengan betul.
8
6. SEBARAN MAKLUMAT ❖ Semua guru kelas
❖ Semua guru kelas hendaklah cakna tentang
maklumat berkaitan
7. FOTOGRAFI dengan MAT PIBG yang
❖ En. Hafzan Safuan bin Shamuddin akan dimasukkan ke
kumpulan Telegram
8. TUGAS-TUGAS KHAS Channel.
❖ Puan Siti Khadijah binti Muhammad
❖ Cik Rita Selvamalar J.S Henry ❖ Mengambil gambar
❖ Pn. Wong Ai Wee suasana MAT di sekolah.
❖ Bersedia melakukan tugas-
tugas khas untuk
melancarkan perjalanan
mesyuarat
9
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-53
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, PETALING JAYA, SELANGOR
TARIKH : 15 FEBRUARI 2020
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK METHODIST, PETALING JAYA
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA
1. SIEMEN SOOSAI 31. MUHAMMAD FAIZAL
2. ROSEMIZA 32. THISNDA RAJAGOPAL
3. ALBERT DAS 33. BANUN ANAK NGADAN
4. AZLINA WATI KAMARUDDIN 34. AHMAD AKHIR
5. MUHD. ZUL’AMIN 35. RUPPAH
6. MUHAMMAD SHAHIR BIN MANSOL 36. AISHAH
7. UMAIDEVI. M 37. THAVANDRAN
8. NAGESWARY 38. KUMARESAN K.
9. ZANAZWANA IBRAHIM 39. OOI KAR WAI
10. WAN SAIFUL AZREN 40. MAHENDRAN
11. SUKVENDER KAUR 41. RASIDAH
12. KAVITHA M 42. KELVIN HUNT
13. JIVAN 43. CHRISTINE ARTHUR
14. YUSMANIZAM 44. ZAMRI
15. NORHAZLINA 45. M. SHAIFUL AMRE
16. RUSLI 46. NOORAZLINEWATY AZMAN
17. YASOTA DEVI 47. SHANMUGAM NATHAN GOPAL
18. THISNAA RAJAGOPAL 48. SITI AMINAH
19. SAMARU BIN DAUD
20. ZAINUDIN ROZALI
10
21. KAVITHA
22. NOOR JEHAN BEGUM
23. MOHAMMAD HARIS
24. NOR AZURA
25. RUSLI IBRAHIM
26. ZAMRI
27. M. SHAIFUL AMRE
28. NOORAZLINEWATY AZMAN
29. SHANMUGAM NATHAN GOPAL
30. SITI AMINAH
SENARAI KEHADIRAN GURU-GURU
1. EN NIK AZMAN BIN KUNDOR 15. CIK ATIEQAH BINTI KHAIRUDIN
2. EN MOHD FAHMI BIN IBRAHIM 16. EN MOHD FARHAN B AHAMAD
3. PN ZURAINI BT DOLLAH 17. EN AHMAD MUHAIMIN B ABDU
4. PN SITI MALINDA BT OTHMAN RAHIM
5. EN MOHD OTHMAN OMAR 18. PN ADIBATUL IZZAH BT MD SIRAT
6. CIK NURUL IZZATI ZAMAN 19. PN SITI KHADIJAH BT MUHAMMAD
7. CIK NORFAZILA ABDUL HAMID 20. PN NIK ZARINA BINTI AHMAD
8. PN CHUA KAR LING 21. EN ANBALAGAN A/L VELU
9. CIK KALYANI TAGARAJAH 22. CIK RITA SELVAMALAR
10. EN SYAIFUDIN YAAKOB 23. CIK CHONG FOONG LING
11. CIK SITI AZLIN MOHAMED 24. PN WONG AI WEE
12. EN SAMARU DAUD 25. PN. FAUZIAH HANIM SUAIBAH
13. PN TAI SEE NEE
14. EN MOHD ZUL’ AMIN B. MD ISA
Tidak hadir (Bersebab)
PN NOR SUMAIYAH BT. MD YUSUF
DATIN AIFA FARHANA BT ZAIRUNI
PN SUZILAWATI MOHAMMED
11
1.1 Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
Pengacara majlis mengucapkan selamat sejahtera dan selamat datang kepada ibu bapa, penjaga dan
guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist, Petaling Jaya Kali ke-53. Pengacara majlis juga
mengucapkan terima kasih kepada YB Puan Maria Chin Binti Abdullah atas kehadiran pada mesyuarat
pada kali ini.
1.2 Ucapan Guru Besar
1.2.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada YB Puan Maria Chin Binti
Abdullah kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist, Petaling Jaya.
1.2.2 Guru Besar akan berbincang beberapa perkara dengan YB Puan Maria Chin Binti Abdullah
berkaitan dengan program sekolah sekitar Petaling Jaya.
1.2.3 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang lalu dan guru-guru yang
sentiasa membantu guru besar. Untuk makluman semua, pada tahun ini, ramai murid yang akan
terlibat dengan pertandingan luar untuk meningkatkan markah PAJSK.
1.2.4 Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada AJK KSIB yang banyak membantu menjayakan
program sekolah.
1.2.5 Perkara pertama yang ingin disentuh oleh Guru Besar ialah berkaitan DLP (Dual Language
Programme). DLP tidak dapat dilaksanakan di MPS kerana tidak mendapat kelulusan di
peringkat kementerian. Kementerian hanya memilih sekolah-sekolah tertentu untuk
melaksanakan DLP. Untuk itu, ibu bapa boleh menguar-uarkan tentang maklumat ini kepada ibu
bapa yang lain.
1.2.6 Perkara kedua ialah berkenaan UPSR. Peratus murid lulus semua mata pelajaran bagi tahun 2018
ialah 79.6% manakala bagi tahun 2019 ialah 82.4%. Peratus ini menunjukkan peningkatan
bilangan murid yang lulus pada tahun 2019 berbanding tahun 2018. Guru Besar memaklumkan
bahawa SK Methodist telah diiktiraf sebagai Sekolah Transformasi bersama 11 buah sekolah
yang lain di negeri Selangor.
1.2.7 Perkara ketiga ialah pendidikan. Guru Besar menyatakan bahawa pendidikan bukan semata-mata
di sekolah tetapi bermula di rumah. Terdapat dua perkara yang ingin diingatkan iaitu berkaitan
tandas dan barang yang hilang. Pihak sekolah telah mengusahakan tandas murid supaya menjadi
cantik. Sekolah telah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kemudian disalurkan
untuk menaik taraf tandas murid. Namun, penggunaan tandas akan mengambil masa sedikit
kerana beberapa penambahbaikan perlu dilakukan agar tandas tersebut boleh digunakan pada
jangka masa yang lama. En. Siemen juga sentiasa memantau proses menaik taraf tandas di
sekolah.
1.2.8 Pendidikan kedua ialah tentang barang yang hilang. Guru Besar memaklumkan terdapat ibu bapa
yang mencadangkan agar menyediakan satu sudut untuk menyimpan barang. Namun, ibu bapa
juga perlu mengajar anak di rumah supaya tahu menyimpan barang dan menjaga barang sendiri
dengan baik. Pihak sekolah tidak akan menyediakan ruang tersebut.
1.2.9 Guru Besar memaklumkan tentang perkara ketiga iaitu komunikasi. Guru Besar menyatakan
sekiranya ada mana-mana ibu bapa yang mempunyai masalah boleh terus berjumpa Guru Besar
terutama jika terdapat cadangan atau bantuan. Guru Besar ingin mendekatkan diri kepada ibu
bapa seperti mana guru besar dekat dengan murid.
12
1.2.10 Perkara keempat ialah berkaitan dengan sumbangan. Guru Besar menyatakan bahawa ibu bapa
membelanjakan wang kepada anak-anak. Guru Besar memaklumkan bahawa RM1500 telah
diusahakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan pasukan tarian supaya dapat ke peringkat yang
lebih tinggi. Guru Besar memaklumkan bahawa kewangan sekolah digunakan untuk apa.
Kewangan Lembaga Pengurus Sekolah digunakan untuk pembangunan infrastuktur seperi
mengecat pagar, buat tangga atau tandas. Guru Besar memohon bantuan kewangan daripada
Kerajaan Negeri. Hasil Peruntukan Kerajaan Negeri dicampur dengan sumber lain disalurkan
untuk naik taraf tandas.
1.2.11 Perkara yang terakhir ialah berkaitan sokongan ibu bapa. Guru Besar memaklumkan dan
berterima kasih kepada beberapa ibu bapa yang bekerja di belakang tabir dan tidak mahu dikenali.
Guru Besar juga memaklumkan ucapan salam daripada Guru Besar SK Damansara Damai 1
untuk pasukan tarian Delima Tari SK Methodist, Petaling Jaya. Guru Besar memohon sumbangan
PIBG agar dikekalkan RM60. Begitu juga yuran untuk aktiviti Tahun 6 seperti yang telah
dipersetujui dalam Permuafakatan Tahun 6 sebanyak RM300. Guru Besar menyatakan dengan
sokongan ibu bapa, semoga dapat mengekalkan kecemerlangan dan prestasi UPSR.
1.3 Ucapan En. Muhammad Faizal Bin Abdul Rashid, YDP PIBG Sesi 2019/2020
1.3.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada YB Puan Maria Chin Binti Abdullah kerana sempat
meluangkan masa untuk bersama hadir ke Mesyuarat Agung PIBG. Beliau memaklumkan
bahawa anak-anak MPS mempunyai bakat yang menakjubkan.
1.3.2 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG. Beliau menyatakan fokus utama
PIBG ialah merapatkan ibu bapa dengan warga sekolah kerana pentingnya sokongan ibu bapa
seperti mana sekolah-sekolah hebat yang lain.
1.3.3 Beliau juga menekankan bahawa pentingnya kehadiran ibu bapa dalam program sekolah seperti
mana yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu 60% dalam e-sarana ibu bapa seterusnya menjadikan
KPI PIBG juga tercapai. Untuk itu, YDP PIBG akan mengusahakan sesuatu untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa.
1.3.4 YDP PIBG memaklumkan bahawa infrastruktur sekolah telah diambil perhatian oleh AJK PIBG.
Beliau menyatakan sekolah memerlukan dana, namun ibu bapa tidak semestinya mengeluarkan
duit sendiri tetapi memperkenalkan sekiranya ada mana-mana syarikat atau individu yang boleh
memberikan sumbangan kepada sekolah.
1.3.5 YDP PIBG juga mengalu-alukan ibu bapa yang ingin memberikan sumbangan dari segi tenaga
kerana tanpa ibu bapa, PIBG tidak dapat bergerak. Untuk itu, ibu bapa boleh mendaftarkan diri
sebagai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk mencapai kecemerlangan sekolah.
1.3.6 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG atas komitmen yang diberikan.
1.4 Ucapan YB Puan Maria Chin Binti Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya
1.4.1 YB Puan Maria mengucapkan selamat pagi dan bangga berada di sini walaupun pertama kali
hadir. Beliau menyatakan bahawa yang penting ialah kesedaran ibu bapa dan perlu mengambil
berat tentang pendidikan anak-anak bukan sahaja untuk akademik tetapi untuk non-academic
juga.
1.4.2 Beliau memaklumkan bahawa kerajaan prihatin tentang bajet bukan sahaja untuk sekolah tetapi
juga untuk lain-lain aktiviti. YB Maria menyatakan KPM mempunyai bajet terbesar iaitu
13
sebanyak 64.1 bilion ringgit. 785 juta untuk membaiki sekolah daif, 23 juta untuk sekolah mesra
OKU, 5.9 bilion untuk TVET iaitu kursus kemahiran untuk belajar kemahiran yang baharu seperti
ekonomi digital.
1.4.3 YB Maria juga menyatakan KPM telah merancang Pelan Strategik Pembangunan Sukan. Ini
adalah sebagai satu usaha kerajaan untuk membangunkan sukan dan memastikan sukan untuk
semua. 299 juta diperuntukkan untuk tambah baik kemudahan sukan dan sebagainya.
1.4.4 YB Maria juga memaklumkan tentang cabaran kementerian untuk mengembalikan wanita untuk
kembali bekerja. Beliau memberitahu ibu bapa yang inginkan maklumat lanjut boleh datang ke
pejabatnya.
1.4.5 YB Puan Maria Chin Binti Abdullah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist, Petaling
Jaya Kali ke-53 sesi persekolahan tahun 2020.
1.4.6 *Beliau juga telah memberikan sumbangan berbentuk cek kepada pihak sekolah.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
2.1 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung tahun 2019/2020
Dicadang oleh : Pn. Azina Hamid Sultan
Disokong oleh : Pn. Zanawana Ibrahim
2.2 Mengesahkan Laporan Tahunan
Dicadang oleh : En. Samaru bin Daud
Disokong oleh : En. Ooi Kar Wai
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1.1 Karnival Bacathon
Proses untuk kelulusan Karnival Bacathon mengambil masa yang lama kerana perlu melalui
tapisan polis, KPM, PPD dan sebagainya.
3.1.2 Town Hall
Tarikh untuk menjalankan Program Town Hall tidak mencapai persetujuan. YDP PIBG
mengharapkan agar AJK PIBG bagi tahun hadapan dapat meneruskan program ini kerana melalui
program ini, ibu bapa dapat berbincang tentang struktur sekolah.
3.1.3 Gotong-royong Perdana Sekolah
Telah dapat dilaksanakan pada tahun lepas, walaupun keputusan dibuat dalam waktu yang
singkat sempena sambutan bulan kebangsaan.
4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2019/2020
4.1 Pengesahkan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2019/2020
Dicadang oleh : En. Samaru bin Daud (Muhammad Azhad Shahiddin -6H)
Disokong oleh : En. Ooi Kar Wai (Ooi Zi Shen -1H)
14
4.2 Pembentangan Penyata Penerimaan dan Pembayaran Akaun PIBG oleh Pn. Fauziah Hanim Suaibah
bt Ghazali.
4.2.1 Pn. Fauziah telah membentangkan Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan bagi Tahun
2019 dengan merujuk lampiran di muka surat 21-22 Buku Program Mesyuarat Agung
Kali ke-53.
4.2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjelaskan sumbangan
PIBG sebanyak RM 60.00 per keluarga.
JAWATAN NAMA
Penasihat En. Nik Azman bin Kundor
Yang Dipertua PIBG En. Muhammad Faizal bin Abdul Rashid
Naib YDP PIBG Pn. Rosemiza binti Awi
Setiausaha Cik Norfazila binti Abdul Hamid
Bendahari Pn.Tai See Nee
AJK Ibu Bapa En. Kumaresan A/L Kolandai
AJK Ibu Bapa Pn. Kavitha Gunasegaran
AJK Ibu Bapa En. Ooi Kar Wai
AJK Ibu Bapa En. Siemen Soosai a/l Arokiam
AJK Ibu Bapa En. Zamri bin Zainal Abidin
AJK Guru Pn. Nik Zarina binti Ahmad
AJK Guru Cik Atieqah binti Khairudin
AJK Guru En. Muhd Zul’Amin bin Md Isa
AJK Guru En. Muhammad Farhan bin Ahamad Kamal
AJK Guru Pn. Nor Sumaiyah binti Md. Yusuf
Juruaudit Ibu Bapa Pn. Kavitha Munthry
Juruaudit Sekolah En. Anbalagan a/l Velu
4.2.4 Pelantikan ahli jawatankuasa ibu bapa sesi 2020/2021 telah dilantik dengan cara kiraan
undi. Manakala ahli jawatankuasa guru telah dilantik oleh pihak sekolah.
4.2.5 YDP PIBG Sesi 2020/2021 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK
PIBG yang baru dilantik. Beliau berharap semua AJK PIBG 2020/2021 memberikan
komitmen dan kerjasama serta melaksanakan tugas sebaik mungkin.
15
4.3 Perbincangan usul-usul yang diterima.
Bidang Kurikulum :
4.3.1. Usul pertama:
Dicadangkan oleh : Azlina binti Hamid
Nama anak : Mohammad Danial Hakim (2 Hibiscus)
Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diberi pada akhir tahun supaya ibu bapa
dimaklumkan perkembangan anak-anak.
Jawapan En. Fahmi :
Slip keputusan PBD akan diberi kepada ibu bapa sebanyak dua kali iaitu pada pertengahan
tahun dan akhir tahun bermula tahun 2020.
4.3.2 Usul ke-2
Dicadangkan oleh : Kavitha a/p Munthry
Nama anak : Keshwar Ganesan (4 Jasmine)
Dual Language Programme (DLP)
- Aliran DLP masih tidak dijalankan / tidak mendapat kelulusan. Perkara ini saya membawa
sejak anak masuk darjah satu (2017)
- Please initiate “field visit” to P.J. school for teachers. By doing so, teachers are exposed to
different administration & capture best practices.
Jawapan En. Faizal:
Seperti mana dimaklumkan oleh Guru Besar DLP tidak diluluskan dan tidak dapat
dilaksanakan. Pencapaian murid dalam bahasa inggeris juga mempengaruhi faktor untuk
mendapat kelulusan. Kesediaan anak murid juga mungkin salah satu faktor DLP tidak
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bidang Hal Ehwal Murid
4.3.3 Usul ke-3
Dicadangkan oleh : Muhammad Shaiful Amre bin Saleh
Nama anak : Putera Cahaya Zatul Akhbar (6 Hibiscus)
Putera Cahaya Zatul Aqla (1 Jasmine)
- Mohon guru tidak tahan murid terlalu lama pada masa balik.
- Meja murid yang kotor menyebabkan baju murid mudah kotor
16
Jawapan En. Fahmi:
Tiada penahanan dilakukan keatas murid pada waktu balik. Bagaimanapun kelewatan
tersebut mungkin terjadi disebabkan beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam bilik
darjah. Guru juga sedia maklum tentang perkara ini kerana jika murid tertinggal van atau bas
akan lagi banyak masalah yang timbul.
Jawapan En. Faizal:
Mencadangkan supaya gotong -royong boleh dilakukan bagi menceriakan kelas. Ibubapa juga
boleh menyumbang untuk keceriaan kelas. AJK PIBG mengambil maklum akan perkara ini dan
akan berbincang dalam mesyuarat AJK PIBG.
4.3.4 Usul ke-4
Dicadangkan oleh : Muhammad Shaiful Amre bin Saleh
Nama anak : Putera Cahaya Zatul Akhbar (6 Hibiscus)
Putera Cahaya Zatul Aqla (1 Jasmine)
- Memastikan murid yang lambat diambil oleh penjaga agar tidak keluar daripada pintu
sekolah dengan mudah.
Jawapan En. Faizal:
Pihak sekolah telah berpesan kepada pengawal keselamatan untuk tidak membenarkan murid
atau ibu bapa keluar masuk sekolah. Untuk pengetahuan ibu bapa, hanya dua orang pengawal
keselamatan sahaja yang jaga pintu pagar. Pintu pagar belakang hanya digunakan untuk bas
atau van manakala pintu pagar hadapan digunakan untuk ibu bapa mengambil anak.
4.3.5 Usul ke-5
Dicadangkan oleh : Kavitha Guna Segaran
Nama anak : Nikhil Declan Singh (3 Hibiscus)
- Murid-murid diberikan takwim tahunan sekolah pada bulan Januari setiap sesi
persekolahan.
Jawapan En. Faizal:
Takwim sekolah telah diberikan kepada PIBG tetapi sedikit lewat. Hal ini kerana terdapat
beberapa perubahan kerana perlu selaras dengan aktiviti yang digariskan oleh PPD. Namun
begitu, pihak sekolah akan usahakan untuk memberikan salinan takwim sekolah kepada ibu
bapa. Hebahan juga akan dimakumkan kepada murid semasa perhimpunan.
4.3.6 Usul ke-6
Dicadangkan oleh : Kavitha a/p Munthry
Nama anak : Keshwar Ganesan (4 Jasmine)
17
- Menggunakan buku komunikasi untuk sebarang pemberitahuan atau mesej dua hala.
Nota jarang digunakan. Cikgu-cikgu harus menjadikan penggunaan buku komunikasi
sebagai ‘tool’ untuk menghubungi ibubapa dan sebaliknya.
Jawapan Pn. Zuraini:
Buku komunikasi tidak wajib digunakan. Guru akan menyampaikan maklumat melalui
WhatsApp group.
4.3.7 Usul ke-7
Dicadangkan oleh : Bathhmastivan a/p Ramasundram
Nama anak : Johnavan Kumar (4 Jasmine)
- Tandas yang belum siap untuk digunakan
Jawapan En. Faizal:
PIBG dimaklumkan oleh pihak kontraktor yang tandas murid boleh mula digunakan pada
minggu hadapan. Menasihatkan ibubapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya
sentiasa menjaga kebersihan tandas.
Bidang Kokurikulum
4.3.8 Usul ke-8
Dicadangkan oleh : Kavitha a/p Munthry
Nama anak : Keshwar Ganesan (4 Jasmine)
- Please provide a timetable for weekly activities. What are the date for each activity? Make
it easy for parents to arrange food/ uniform / transportation.
Jawapan En. Faizal:
Aktiviti Mingguan Kokurikulum akan dimaklumkan oleh guru-guru dalam ‘Whatsapp group
parents’.
Lain-lain
4.3.9 Usul ke-9
Dicadangkan oleh : Nor Aishah Ismail
Nama anak : Nur Qaireen Qisya bt Mohd Kamal Ruzi (1 Jasmine)
- Mohon buku teks yang diberikan kepada pelajar berada dalam keadaan baik.
Jawapan Pn. Zuraini:
18
Buku Teks yang diberikan oleh pihak sekolah dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat buku
teks yang koyak, mohon ibu bapa memulangkan semula dan pihak sekolah akan berikan yang
lain jika ada buku teks lebih. Buku teks perlu dibalut kerana buku tersebut akan digunakan
sehingga silibus baharu diperkenalkan.
4.3.10 Usul ke-10
Dicadangkan oleh : Mohd Shaiful Amre bin Saleh
Nama anak : Putera Cahaya Zatul Akhbar (6 Hibiscus)
Putera Cahaya Zatul Aqla (1 Jasmine)
- Membawa buku terlalu banyak ke sekolah. Memastikan agar perkara ini diperkemaskan
dari surat jadual supaya ringan.
Jawapan En. Fahmi:
Guru mata pelajaran akan menetapkan buku yang perlu dibawa oleh murid supaya murid tidak
terbeban.
4.3.11 Usul ke-11
Dicadangkan oleh : Kavitha Guna Segaran
Nama anak : Nikhil Declan Singh (3 Hibiscus)
- Meskipun murid-murid tahap 1 tidak dikehendaki menduduki peperiksaan, mereka harus
diberikan anugerah kecemerlangan di dalam bidang masing-masing pada Hari Anugerah
sekolah.
Jawapan En. Faizal:
PIBG juga bersetuju untuk dijalankan pada akhir tahun lepas namun, kriteria pemilihan masih
belum jelas untuk membuat Anugerah Kecemerlangan kepada murid Tahap 1. Anugerah ini
akan cuba dilaksanakan pada tahun ini.
4.3.12 Usul ke-12
Dicadangkan oleh : Kavitha a/p Munthry
Nama anak : Keshwar Ganesan (4 Jasmine)
- Makanan di kantin harus dipertingkatkan. Lebihkan pilihan makanan. Hampir setiap hari
makanan.
- Mengenalkan “Student Accident Shield” insurans (optional) bagi murid-murid sekolah
dengan hanya RM32 setahun. Melindungi beberapa kemalangan di kawasan dan luar
kawasan sekolah. AIA Insurance.
Jawapan En. Faizal:
19
Menu makanan di kantin telah lama dipelbagaikan oleh pengusaha kantin seperti mi kari,
bihun sup dan chicken chop. Maklumat yang diperoleh ibu bapa adalah berdasarkan makanan
yang sering dibeli oleh murid-murid tersebut.
Jawapan Pn. Zuraini:
Wakil insuran akan datang ke sekolah pada setiap tahun cuma awal atau lewat. Pada tahun
ini wakil insuran belum datang ke sekolah. Namun, insuran ini adalah pilihan kerana KPM juga
telah menyediakan insuran dengan harga RM10. Namun begitu, insuran ini hanya melindungi
murid jika berlaku kemalangan jalan raya sahaja dan murid perlu masuk wad untuk membuat
tuntutan. Ibu bapa yang inginkan maklumat lanjut boleh membuka laman web takaful dan cari
tentang perlindungan untuk murid.
5.0 Hal-hal lain
5.1 YDP PIBG memohon kelulusan daripada ahli mesyuarat, sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak
RM60 sekeluarga dan program kecemerlangan tahun 6 sebanyak RM 300.
5.2 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara tentang sumbangan PIBG dan kutipan program tahun 6.
5.2 YDP PIBG memaklumkan pembayaran yuran Tahun 6 akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG
sebagai transit.
5.3 Usul-usul ibu bapa yang tidak hadir pada mesyuarat kali ini akan dibincangkan dalam mesyuarat
AJK PIBG.
6.0 Penutup
6.1 Ucapan penangguhan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-53
Y.D.P P.I.B.G., En. Muhammad Faizal bin Abdul Rashid mengucapkan terima kasih kepada semua
hadirin dan berharap agar AJK PIBG, para ibubapa serta guru dapat bekerja bersama-sama untuk
memberikan yang terbaik kepada sekolah. Beliau juga mencadangkan agar mesyuarat ini
ditangguhkan. Semua ahli bersetuju.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.35 tengah hari.
Disediakan oleh: Urus setia pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020
Tarikh: 25 Februari 2020
20
LAPORAN KEWANGAN
PIBG SK METHODIST PJ
SESI 2020/2021
21
22
23
LAPORAN AKTIVITI
Program PIBG yang telah dijalankan pada tahun 2020/2021.
Bil Program Tarikh
Pertandingan Seni Kraftangan Bertema 15 APRIL 2020
15 JULAI 2020
1. 14 FEBRUARI 2021
Angkasa Lepas 14 FEBRUARI 2021
2. Sumbangan Banner Cegah Covid 1 MAC 2021
Sesi Perkongsian Kaedah Pembelajaran Atas
21 MEI 2021
3. 14 OGOS 2021
Talian Bersama PIBG 28 OGOS 2021
Pemberian Bantuan Chromebook Kepada
4.
Ibubapa
Program Jom Kongsi Sumbangan :
Baju Dan Seluar Sekolah
5.
Beg Dan Kasut Sekolah
Baju Dan Seluar Sukan
6. Sumbangan Hari Guru
7. Sumbangan Covid
Program Bulan Kebangsaan 2021: Sains Dari
8.
Kaca Mata Profesor Ulung Malaysia
24
USUL USUL BERBANGKIT 2020/2021
Bil. Usul Bidang Kurikulum Nama
TIADA
Bidang Hal Ehwal Murid
Bil. Usul Nama
1 Ingin mencadangkan supaya pengelasan murid Waris: Azina bt Hamid Sultan
kumpulan A dan B dapat dikelaskan mengikut adik Murid: Mohamad Mahaziq
beradik supaya lebih mudah untuk ibubapa Hakim bin Mohd Sukri
menguruskan pengangkutan.
Bil. Usul Bidang Ko-kurikulum Nama
TIADA
Bil. Usul Lain-lain Nama
TIADA
25
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
Penasihat: En. Nik Azman bin Kundor
Yang Dipertua: _____________________________
Naib Yang Dipertua: _____________________________
Setiausaha Kehormat: _____________________________
Bendahari Kehormat: _____________________________
AJK Guru: _____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
AJK Ibu/bapa: _____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________
Juruaudit Dalaman: _____________________________
(Guru)
_____________________________
(Ibu Bapa)
26
SEKALUNG BUDI
Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG Sesi 2020/2021
serta seluruh warga SK Methodist PJ ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada:
AJK PIBG SK METHODIST
SESI 2020/2021
Ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam memberi sumbangan dan bantuan
kepada PIBG dan sekolah sehingga mencapai
kejayaan yang cemerlang.
27
CATATAN
28