The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAT 2021 - incomplete [Autosaved]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by laila.zakia, 2021-10-01 10:02:57

BUKU PROGRAM MAT 2021 - incomplete [Autosaved]

BUKU PROGRAM MAT 2021 - incomplete [Autosaved]

PENYATA KEWANGAN PIBG 2020

PENYATA KEWANGAN PIBG 2020

PENYATA KEWANGAN PIBG 2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-39

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39 SESI 2020/2021

Tarikh : 1 Mac 2020

Hari : Ahad

Masa : 10.30-12.30 tengahari

Tempat : Dewan SK (F) Sg. Sibol

Dirasmikan Oleh : EN MOHD TAUFFIC BIN MOHD SAM
(PENGURUS FELDA SUNGAI SIBOL)

1. Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG SK Felda Sg. Sibol sesi 2019

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 39.

1.2 Berterima kasih atas bantuan guru-guru dan AJK PIBG dalam menjayakan
Mesyuarat Agung.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-38 Sesi 2019 –2020

2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung kali ke 38 sesi 2019-
2020.

2.2 Memohon kepada semua ahli dewan agar membuat semakan minit mesyuarat
di mukasurat 12-16 terlebih dahulu sebelum cadangan pengesahan dilakukan.

2.3 Cadangan mengesahkan minit mesyuarat.

Cadangan : Pn. Siti Noraini binti Ahmad Kamar

Sokongan : Ahli dewan menyokong sebulat suara

3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2019-2020

3.1 YDP membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2019-2020.

3.2 Memohon kepada semua ahli membuat semakan terlebih dahulu sebelum
cadangan pengesahan dilaksanakan.

3.3 Memaklumkan kepada semua hadirin bahawa AJK sentiasa dimaklumkan tentang
aktiviti dan anggaran perbelanjaan bagi setiap aktiviti sebelum mencapai kata setuju.

4. Pembentangan Laporan Kewangan

4.1 Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2019.

4.2 Bendahari menjelaskan bahawa terdapat 4 lajur di bawah akaun PIBG iaitu lajur
sumbangan RM60 perkeluarga,lajur akademik/ sahsiah, lajur kedai buku dan lajur kelapa.

4.3 Bagi lajur sumbangan RM60 per keluarga, Bendahari memaklumkan bahawa
sebanyak 69 buah keluarga telah memberi sumbangan.

4.4 Bendahari meminta untuk semua ahli dewan menyemak laporan penyata
kewangan sebelum mengesahkan laporan tersebut.

4.5 Mengesahkan laporan kewangan

Cadangan : Puan Norazima binti Mohd Shukor

Sokongan : Ahli dewan menyokong sebulat suara

5. Pembentangan usul

5.1 Pn Zurina binti Juhari mencadangkan agar jalan keluar masuk murid dan guru
diasingkan kerana mendatangkan masalah ketika hujan dan panas dan agar waktu
Pendidikan Jasmani tidak diselang-selikan. Guru Besar menjelaskan bahawa waktu PJ
diselang-selikan supaya ibubapa sempat untuk mencuci baju aktiviti anak-anak sebelum
digunapakai pada hari sukan yang berikutnya. Sekolah juga kekurangan guru opsyen PJ,
kerana itu ianya diselang-selikan.

Tindakan : makluman semua

5.2 Pn Zakiah binti Ramzan mengusulkan supaya pihak sekolah menyediakan
tempat untuk simpan buku supaya beg sekolah anak-anak tidak berat. Guru Besar
menjelaskan kepada ahli dewan bahawa para ibubapa boleh membawa perbincangan ini
di dalam mesyuarat permuafakatan kelas dan membincangkan bajet dalam bulan Mac
nanti. Oleh kerana setiap kelas ketiadaan rak bagi tujuan ini, buat masa ini, guru-guru
boleh membeli mangga pintu dahulu untuk memastikan buku yang ditinggalkan di dalam
meja tidak hilang.

Tindakan : Semua guru kelas dan ibubapa

5.3 En Mohammad Zamri bin Yusoff mencadangkan agar hari-hari penting seperti
hari anugerah cemerlang, sukan dan hari bertemu pelanggan diadakan pada hari Ahad
agar ibubapa yang bekerja dapat hadir. Guru Besar menjawab usul itu dengan
menyatakan bahawa setiap program besar yang sekolah adakan memang diadakan
pada hari Ahad untuk memudahkan ibubapa untuk datang memberi sokongan. Namun
begitu, pihak sekolah akan mengusahakan untuk mengadakan program-program penting
lain pada hari Ahad.

Tindakan : makluman semua

5.4 En Mohd Hairul Amri bin Sahim mengusulkan untuk guru-guru memberi perhatian
lebih kepada murid selain daripada meminta adanya lebih kerjasama dan komunikasi antara
guru dan ibubapa dalam pemantauan murid di rumah dan di sekolah. Guru Besar
menjelaskan bahawa beliau memang ada membuat pemantauan guru-guru mengajar dan
murid-murid belajar sebanyak dua kali sehari. Selain itu, ibubapa boleh mengambil langkah
dengan personal message guru-guru yang mengajar untuk bertanya perkembangan anak-
anak.

Ibubapa juga digalakkan untuk install Telegram bagi memudahkan guru berkongsi gambar
anak-anak di dalam kelas. Demikian juga pentingnya untuk menghadiri mesyuarat
permuafakatan kelas masing-masing kerana ibubapa boleh bersama-sama merancang
aktiviti untuk anak-anak dan menyumbang kepada keceriaan kelas.

Tindakan:makluman semua

5.5 En Daros Shah bin Razali menekankan supaya pihak sekolah pertingkatkan lagi
kebersihan tandas. Guru Besar memberi maklum balas bahawa tandas-tandas di sekolah
memang dibersihkan oleh pekerja setiap jam 10 pagi dan 12 tengahari. Selain itu, untuk
meningkatkan lagi keceriaan tandas sekolah, pihak sekolah berkeputusan untuk
menyediakan selipar, pewangi dan sabun. Oleh yang demikian, pihak sekolah memerlukan
dana daripada PIBG untuk melaksanakannya.

Tindakan : PIBG dan makluman semua ibubapa

5.6 Encik Fadzlishah bin Arifin mengharapkan agar jualan makanan di kantin dipantau
lebih-lebih lagi jualan makanan tidak berkhasiat seperti aiskrim dan coklat. GB menjelaskan
bahawa terdapat pihak yang sentiasa memantau jualan di kantin seperti AJK Kantin, PK
HEM, GB dan KKM. Makanan-makanan yang tidak berkhasiat tersebut berkemungkinan
dibeli oleh murid dari luar. Peniaga kantin juga telah diberitahu oleh GB tentang SOP bahan
makanan dijual, penyimpanan bahan mentah dan kebersihan kantin supaya dititikberatkan.

Tindakan: makluman ibubapa

5.7 En Shahar bin Buyung mengusulkan pungutan RM10 per kepala bagi setiap murid

tahap 1 dan RM20 per kepala bagi setiap murid tahap 2 untuk pembangunan akademik tahun

2020. Keputusan : Semua ahli bersetuju sebulat suara.

5.8 Pn Suhaili binti Ikhwan mengusulkan pungutan bagi sukan tahunan yang
bernilai RM8 bagi tujuan sukan iaitu merentas desa dan sukan tahunan
sekolah.
Keputusan : Semua ahli bersetuju sebulat suara.

5.9 Pn Siti Zubaidah mengusulkan untuk jawatan AJK PIBG 2019 dikekalkan,
namun dengan sedikit perubahan ahli iaitu Pn Rokiah binti Jupri yang tidak
hadir. Pn Siti Noraini mencalonkan dirinya dan telah dilantik sebagai AJK
PIBG baharu bagi menggantikan Pn Rukiah binti Jupri. Pencalonan tersebut
telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli dewan.

5.10 En Mohd Yahya mencadangkan agar kutipan sumbangan PIBG dikekalkan
sebanyak RM60 setiap keluarga. Usul ini tiada bantahan dan ianya diterima
sebulat suara. Ini bermakna setiap keluarga perlu membayar sejumlah RM 60

6. Lantikan AJK Sesi 2020/2021

6.1 Senarai nama AJK PIBG sesi 2020-2021

Penasihat : En Abd Malek bin Hussin
:En Shahrizan bin Abdul Rahim
Yang Dipertua En Azihanizman bin Mohd Dakir
:Cik Nor Alia Syamirah binti Azmi
Naib Yang Dipertua : En Mohamad Alif Izwan bin Mohd Nazri
En Shahar bin Buyong
Setiausaha Pn Rohani binti Harun
Cik Nurul Azfahani binti Aziman
Bendahari :

AJK Guru :

.

AJK Ibu Bapa : Pn Suhaili binti Ikhwan
Pn Haslindawati binti Attan
Pemeriksa Kira-kira : Pn Siti Noraini binti Ahmad Kamar
Pemegang Amanah : Pn Siti Zabedah binti Basri
En Mat Jais bin Mohd Husin
En Zamri bin Saleh
Pn Fadillah binti Mohd Dan

Pn Hazwina binti Haron
Pn Norasma binti Ismail

En Mohd Zakiyamani bin Clivon
En Rashid bin Zainal

7. Ucapan Guru Besar

7.1 Guru Besar menjelaskan tentang dua program yang akan dilaksanakan oleh pihak
sekolah bagi tahun 2020 iaitu Program Ziarah Cakna dan Projek Wakaf Tahun
2020.

7.2 Program Ziarah Cakna ialah ziarah ke rumah murid yang tidak datang ke sekolah,
murid yang ditimpa musibah, murid yang berpotensi tetapi ada masalah kewangan
dan murid yang berpotensi dalam akademik tapi tidak berkemampuan. Beberapa
orang guru bersama dengan PKHEM akan bersama-sama membuat lawatan ke
rumah pelajar berkenaan bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah
bersama-sama.

7.3 Projek Wakaf tahun 2020 pula melibatkan pembinaan laluan tangga murid di
hadapan surau sekolah (RM15,000) , projek naiktaraf dewan (RM9,000) dan
projek pintu gerbang sekolah (RM5,000). Jumlah anggaran perbelanjaan
adalah RM29,000.00 dimana cadangan wakaf dibuka bagi ibubapa, guru,
AKP, alumni SK Felda Sungai Sibol, peneroka Felda dan keluarga sekitar
Taman Anggerik dan penduduk Bandar Tenggara.

8. Ucapan YDP PIBG 2020/2021

8.1 Ibubapa yang mempunyai sebarang masalah atau aduan diminta untuk
berjumpa dengan YDP dahulu sebelum YDP bawa ke pengetahuan pihak
sekolah.

8.2 YDP berterima kasih kepada semua ahli dewan yang hadir dan mengakhiri
mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.

Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.12 tengahari.

AKTIVITI DAN PROGRAM PIBG
2020/2021

AKTIVITI
MAJLIS AKUR JANJI & PENETAPAN TARGET UPSR 2020
MESYUARAT AJK PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG
MOHON SUMBANGAN PEMBELIAN ALATAN SANITASI
PERMOHONAN NAIKTARAF DEWAN SERBAGUNA DAN BINA LALUAN
PEJALAN KAKI - DATUK SERI DR. ADHAM BABA
MEMOHON KHIDMAT BANTUAN PEGAWAI RELA SEMPENA
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PEMBELIAN PERALATAN KECERIAAN SEKOLAH @ PERALATAN
PENCEGAHAN COVID-19

USUL

NAMA USUL TINDAKAN

En Mohammad Semasa pdpr, sekiranya ada
Zamri bin Yusoff perbincangan harap cikgu

dpt beri perhatian siapa yg
mengikuti perbincangan
tersebut. Kerana cikgu
sering memanggil pelajar yg
sama saja.. Kdg2 ada murid
yg pendiam dan kurang
menonjol hrp diberi
perhatian yg sama.

En Mohammad 1. Waktu bermula kelas pdpr

Syihan bin dimulakan pada jam 8.00

Sudarma pagi.

2.Susun semula jadual waktu

murid yang padat

Pn Syarifah binti Suasana ketika rehat lebih

Suliman baik dari sekarang.Ada

meja dan kerusi untuk

pelajar makan ketika rehat.

AJK PIBG TAHUN 2021/2022

Penasihat : EN ABD MALEK BIN HUSSIN

YDP PIBG :

NYDP PIBG :

Setiausaha :

Bendahari :

Jawatankuasa guru :

:

:

Jawatankuasa ibubapa :

:

:

:

:

:

:

Pemeriksa kira-kira :
Pemegang amanah :

:
:

PENGHA

Setinggi-tinggi penghargaa

Guru besar SK FE
Yang Dipertua PIBG S

AJK PIBG SK FEL
Semua guru dan kakitang

Ibu bapa da
Semua pihak yang telah member

secara langsung at
dalam me

MESYUARAT AGUN
TAHUN

Budi baik dan kerjasam

Tahniah dan t

ARGAAN

an dan terima kasih kepada

ELDA Sungai Sibol
SK FELDA Sungai Sibol
LDA Sungai Sibol
gan SK FELDA Sungai Sibol
an penjaga
rikan kerjasama dan sumbangan
tau tidak langsung
enjayakan

NG PIBG KALI KE-40
N 2021

ma tuan amat dihargai.

terima kasih!

T E N TAT I F

MASA AKTIVITI

2.30 petang Pendaftaran melalui Google Form

3.00 petang Ucapan pengerusi majlis
Bacaan doa

Ucapan En Ab Malek bin Hussin
Guru Besar Sk Felda Sungai Sibol
Ucapan En Shahrizan bin Abdul Rahim
YDP PIBG Sk Felda Sungai Sibol
Membentang dan mengesahkan minit
mesyuarat yang lalu
Membentang dan mengesahkan laporan
kewangan berakhir pada 31.12.2020
Membahaskan usul jika ada

Bersurai


Click to View FlipBook Version